34 | Waktu Makan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Saya edit beberapa perkara dekat bab yang saya tulis 'edited', kebanyakannya tentang AGM Rangkasa. Tarikh, hari dan orang yang hadir ke AGM tu. Biar semua maklumat seimbang. Mungkin pembaca tak perasan apa yang tak kena tapi saya yang susah nak sync dengan tarikh dan information tu haha. So saya edit biar saya yang jelas untuk tulis.

Kalau korang nampak macam berbeza sikit tu, maksudnya itu berkait dengan benda saya edit dekat bab sebelum ini.

Selamat membaca!

.
.
.

AGM Rangkasa semakin hampir. Irdina sibuk dalam keadaan kerja yang bertindan-tindan. Dia perlu merumuskan rekod cukai pendapatan semua target, kemudian dia juga perlu mengambil laporan persediaan Rangkasa yang akan berlangsung minggu ini.

Irdina juga perlu meminta laporan tentang jemputan terhadap semua korporat yang bakal hadir pada hari perasmian nanti. Senarai nama korporat terpilih sudah diberi, termasuk enam target mereka sendiri dan juga pemilik syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Tuan Fathi. Mereka semua sudah menerima kad jemputan ke majlis perasmian itu. Pastinya para target itu akan hadir memandangkan kesemua mereka sudah berjaya diumpan Waiz dan Irdina.

Tidak cukup itu, pastinya Irdina perlu melakukan kerjanya sehari-hari iaitu memeriksa dokumen-dokumen syarikat yang baru dihantar melalui email. Mencetaknya, memasukkan ke dalam fail dan mengasingkannya. Itu memang kerjanya saban hari. Jika kerani syarikat cukup baik, dokumen akan dihantar dalam bentuk hardcopy. Jadi dia terus dapat merumusnya. Jika tidak, memang berlipat kali ganda kerja Irdina kerana dia juga yang perlu mencetak dan menyusun seperti kerani.

Paling penting, dia tak dapat membawa pulang semua tugasan itu, bermakna dia perlu menyelesaikan semuanya di pejabat. Dia tahu kerja ini ialah sulit dan rahsia, namun dia tetap perlu membawa pulang walau sedikit kerja ke rumah bagi memudahkan urusannya esok hari. Sekurang-kurangnya dia tidak terkejar-kejar.

Tapi antara peraturan tetap, sedikit pun dia tidak dapat keluarkan apa-apa maklumat daripada kediaman ini. Malah, sebelum ini Hadi sudah menegurnya agar tidak log masuk akaun one drive pejabat di rumah. Akaun itu cuma boleh dilog masuk di pejabat.

Natijahnya, hari-hari padat ini Irdina menjadi sangat penat kerana berkejar untuk menamatkan tugasannya pada waktu petang. Kadang dia mahu saja pulang waktu malam, tapi dia sendiri tidak gemar memandu pada waktu malam.

Esok akan berlangsungnya AGM Rangkasa, bermakna semakin teruklah jadual Irdina. Berkali ganda kesibukannya. Menerima panggilan, membuat panggilan, menghantar email, menghubungi orang itu dan orang ini. Memastikan banyak perkara. Dia sudah menjadi tempat Tuan Fathi melepaskan separuh kesibukan. Memang cukup dahsyat kerjanya.

Di meja rendah biliknya ini, Irdina membelek dokumen yang ada di depannya. Sesekali membelek tablet. Sesekali membelek telefon. Sudah jam tiga petang. Dengan perut yang baru terisi makan tengahari, dia jadi mudah mengantuk. Tapi dia terus membuat kerjanya biarpun mata dah berpinar. Dia sendiri tidak sedar keadaannya sudah kritikal.

Masa berlalu, tiba-tiba dia tersentak dari lenanya apabila mendengar ada orang memanggilnya. Dia tidak sedar bila dia terlena dalam keadaan duduk. Sempat bermimpi dua tiga perkara.

Mengangkat wajah, dia ternampak Puan Leila sedang berdiri di muka pintu.

"Auntie..." Irdina meraup wajah. Segannya ditangkap tertidur waktu bekerja.

Puan Leila tersenyum kecil.

"Nak auntie tolong?" Soalnya. Dia menghampiri Irdina yang duduk di balik meja bawah.

"Tak apa, auntie. Dah siap dah baca dan rumus. Tinggal nak periksa aje." Jawab Irdina. Memang tugasannya sudah siap. Tinggal lagi memeriksa draf terakhir.

"Laju Irdina buat kerja." Puan Leila memuji.

Irdina senyum pendek. "Dah terbiasa, auntie. Auntie duduklah." Irdina mengosongkan ruangan sofa berdekatannya.

Puan Leila melabuhkan duduk di sofa, betul-betul di sebelah Irdina yang memilih untuk duduk di bawah.

"Okay tak kerja? Nampak padat sangat jadualnya sejak dekat dekat AGM Rangkasa. Risau auntie tengok kamu berdua." Puan Leila bertanya. Memang risau benar dia melihat Irdina dan Fathi. Anaknya itu apatah lagi, jam dua pagi pun masih terlihat di pejabat.

"Irdina okay aje, auntie." Irdina menjawab dengan senyum kecil. Dia meraup pipi dan hadapan wajahnya. Mana tahu terlihat sembap sebab tertidur tadi.

"Kalau penat, berehatlah. Jangan sampai sakit. Kalau nak auntie hantar makanan ke bilik, tak ada masalah, auntie boleh hantarkan."

"Ish, auntie... Auntie ibu kepada majikan saya. Tak akan saya nak buat macam tu. Tak apa, auntie. Irdina boleh ambil makanan sendiri dekat pantri bawah. Lagipun makanan yang auntie masak semua sedap dan mengenyangkan. Rasanya Irdina tak perlu makanan lain dah selain makanan auntie." Irdina sempat lagi memuji begitu.

Puan Leila tertawa malu. Dia menampar bahu Irdina lembut. Blushing pula dia.

Irdina turut tertawa.

"Kalau macam tu, nanti balik jangan lupa bungkus makan malam sekali. Macamlah auntie tak tahu, Dina selalu tak makan malam kan?"

Mengendur tawa Irdina. Memanglah dia tak makan. Fikir tentang makan pun tak ada. Dia cuma makan sebab Puan Leila mengajak.

Puan Leila tersenyum, mengusap bahu Irdina.

"Dina tahu kenapa auntie selalu pastikan waktu makan Fathi? Auntie masakkan untuk dia. Auntie panggil dia. Dan auntie temankan dia makan sampai dia selesai. Dina tahu kenapa?"

Irdina terdiam, sebelum menggeleng. Memang dia berasa aneh kenapa Puan Leila sangat menitikberatkan waktu makan Tuan Fathi tapi dia tidak bertanya pula kenapa.

Puan Leila senyum mendung.

"Sejak Fathi masuk ke dunia politik ini, fikirannya penuh tentang orang-orang korup, bagaimana mahu jatuhkan mereka, bagaimana mahu bersihkan dunia politik ini. Jadi Fathi selalu lupa waktu makan. Dia lupa kesihatan dirinya. Dia tak fikirkan pasal dia langsung."

Irdina diam mendengar.

"Masa umurnya 21 tahun, itu waktu kritikalnya... Dia hanya fikir tentang cara nak bersihkan korupsi sehingga keadaan dirinya tak terurus. Badannya kurus. Tidak cukup zat. Waktu makannya entah ke mana. Mungkin kesan kemarahan kepada ayahnya buat dia begitu. Auntie sampai buntu nak buat apa." Cerita Puan Leila sayu.

"Sehinggalah auntie jumpa pakar kaunseling. Beliau kata, auntie yang paling utama dalam membantu anak auntie. Sejak itu, auntie jumpa dengan ustaz ustazah. Auntie belajar agama untuk kerohanian auntie. Dan auntie ajak Fathi juga. Ustazah kata, pentingnya makan berjemaah. So auntie berusaha untuk pastikan Fathi selalu makan bersama auntie. Auntie sanggup berlapar tunggu dia. Fathi kasihan dekat auntie, dia mula jaga waktu makan sebab tak nak auntie berlapar. Dia mula jaga solat bila lihat auntie solat." Puan Leila tersenyum kecil.

Irdina tekun mendengar. Dia tidak pernah dengar cerita Tuan Fathi dan Puan Leila dari sudut itu.

"Masa tu, auntie suka beri dia epal bila dia buat kerja. Supaya banyak sikit zat dia. Yalah, badan kurus sekeping. Kesian auntie menengoknya. Alih-alih sampai sekarang asyik hadap epal dia tu. Mulalah nak epal sepanjang masa. Tak ada epal, boleh murung dibuatnya." Puan Leila menggeleng kepala.

Irdina tertawa mendengarnya.

Puan Leila tersenyum halus melihat tawa Irdina.

"Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah pandai jaga diri, jaga badan, jaga solat, malah lebih baik daripada auntie lagi... Auntie gembira kalau tutup mata macam ni."

Sayu pula Irdina mendengarnya.

"Cuma itulah, satu aje masalah dia. Belum beristeri. Kalau auntie tak ada nanti, siapa nak uruskan makan minum dia? Risau auntie lihatkan dia. Tak akanlah dia nak hire orang gaji kalau makan minum pun cerewet." Puan Leila menggeleng.

Irdina mendiamkan diri.

"Bila auntie cerita pasal anak kawan auntie, satu pun tak berminat. Dia tu bukannya makin muda, makin berumur... Kalau iya pun sibuk fikir nak bersihkan korupsi, janganlah sampai diri sendiri tak terjaga kan?" Panjang pula Puan Leila mengadu.

Irdina masih diam. Dia juga tidak tahu hendak membalas apa. Jarang Puan Leila berbual perkara begini dengannya.

"Dina dah ada sesiapa?" Tiba-tiba Puan Leila bertanya.

Irdina tersentak disoal begitu. "Saya?"

"Ya, Dina lah. Ada tunang ke, bakal suami ke?"

Irdina kekok hendak menjawab apa. "Saya pun tak sempat jumpa sesiapa, auntie." jawabnya dengan tawa kekok.

"Samalah macam Fathi. Sibuk sungguh kerja sampai tak terfikir nak cari jodoh." Puan Leila menggeleng perlahan.

Irdina tertawa kelat.

"Dalam sibuk bekerja, kita perlu juga fikir, nanti dah berusia siapa nak jaga kita, siapa nak doakan kita selepas kita tiada. Itu juga penting." Puan Leila menegur. Lembut saja nadanya tapi terselit tegas.

"Insya-Allah, auntie."

Puan Leila tersenyum kecil mendengar jawapan Irdina.

"Auntie datang ke bilik ni, ada nak beritahu Dina apa-apa ke?" Irdina bertanya kemudiannya sekaligus mengubah topik. Baru terfikir hendak bertanya tujuan Puan Leila.

"Tak ada apa. Saja nak jenguk Dina. Tadi baru lepas hantar puding dekat Fathi. Lepas tu merasa nak jenguk Dina." Jawab Puan Leila.

"Sedapnya puding."

"Dina nak jugak? Auntie boleh ambilkan untuk Dina sekali."

"Eh, tak apa. Nanti Dina turun sendiri." Irdina menolak pantas.

Puan Leila mengangguk dengan senyum.

"Auntie dah boleh turun rasanya. Lama pula mengacau Dina. Esok nak ke Rangkasa pula kan?" Puan Leila bertanya.

"Haah, auntie."

"Majlis esok mula jam berapa?"

"Jam sebelas, auntie."

Puan Leila mengangguk. Esok ialah permulaan bagi rancangan anaknya untuk menjatuhkan tujuh target kali ini. Dia mendoakan agar semuanya berjalan lancar.

"Okaylah. Auntie turun dulu. Nanti nak makan puding, ambil aje di peti dapur. Auntie simpan dekat situ. Sebelum balik, jangan lupa bungkus makan malam."

"Okay, auntie." Irdina tertawa kecil. Banyak pula pesanan wanita itu.

Puan Leila bangkit meminta diri kemudiannya. Lama pula dia berada di bilik ini berbual dengan Irdina. Tapi Irdina tidak merungut, sekurang-kurangnya hilang kantuknya gara-gara kehadiran Puan Leila.

.
.
.

Usai waktu asar, Irdina berjumpa Tuan Fathi di bilik. Jika keadaan biliknya sudah sesak, keadaan bilik Tuan Fathi lagi penuh dengan dokumen dan fail. Hampir setiap hari Wafiy datang menghantar dokumen baru. Nasib baik juga dalam masa yang sama Wafiy mengambil dokumen yang sudah selesai. Berkurang juga beberapa suku dokumen dalam bilik ini.

"Kamu pasti semua dah dijemput?" Fathi bertanya sambil dia membelek tabletnya.

"Ya, tuan. Setakat ini 49 korporat terpilih sudah dijemput ke majlis perasmian tersebut. Senarai nama saya sudah muatkan di one drive. Semua menerima baik jemputan tersebut." Irdina membalas.

Antara para korporat yang dijemput ialah pemegang saham dalam Rangkasa sendiri. Pastinya mereka dijemput untuk majlis AGM yang bakal berlangsung esok. Pemegang saham Rangkasa tidak melebihi 30 orang. Mereka semua pemegang saham sejak Mustakim menerajui Rangkasa lagi, masih kekal sehingga kini.

Selain para korporat sendiri, ramai wartawan dan pegawai awam turut hadir. Pengapungan saham Rangkasa akan diwar-warkan di rancangan berita berkaitan bisnes, juga di web-web saham dan perniagaan dunia. Ia satu hal umum dalam dunia perusahaan.

"Baguslah. Kamu akan ke Rangkasa esok jam berapa?" Fathi meletakkan tablet.

"Jam sepuluh saya akan sampai di sana." jawab Irdina.

Fathi mengangguk. Esok Irdina dan Hadi sahaja menjadil wakilnya ke sana, manakala dia cuma menonton majlis itu berlangsung dari kaca TV biliknya ini. Jarang dia menonton AGM atau apa-apa majlis perasmian, tapi untuk kali ini dia mahu melihat bagaimana semuanya berjalan. Ada hal besar di sebalik majlis ini.

"Bagaimana dengan pernyataan cukai?" Soal Fathi. Mahu mendengar laporan tentang tugasan itu pula.

"Seperti tuan beritahu sebelum ini, memang kesemua mereka membayar cukai pendapatan melalui Yayasan Jiwa Malaysia. Cuma seorang sahaja yang tidak berbuat begitu, YB Marhani. Dia bayar cukai pendapatannya ke LHDN secara langsung."

"Resit mereka?"

"Kesemua resit yang direkodkan sah di sisi undang-undang. Dan tiada bukti menunjukkan pemulangan wang daripada yayasan." Jawab Irdina.

"Rumusannya kamu sudah selesai?"

"Insya-Allah, saya akan siapkan Jumaat ini." Irdina tidak dapat siapkan dalam masa terdekat kerana sudah sibuk dengan Rangkasa dan perihal syarikat lain.

"Okay." Fathi mengangguk. Sedikit lega mendengarnya.

Irdina sangat cekap menyelesaikan tugasan. Kerana itu dia percaya untuk memberikan separuh kerjanya pada Irdina. Nampak memberi beban, tapi dia cuma berasa lebih selesa memberikan kerja itu pada Irdina berbanding Hadi atau pekerja lain. Teringatkan pesanan ibu tempoh hari membuatkan Fathi lebih berfikir setiap kali mahu memberi tugasan pada Irdina. Tapi perkara itu memang tidak boleh dielak. Irdina merangkap pembantunya, siapa lagi dia dapat harapkan dengan kerja-kerjanya ini.

Dia meraup wajah. Menghela nafas. Tanda mahu berehat seketika daripada memikirkan kerjanya.

"Sebelum asar tadi ibu ada masuk ke bilik kamu?" Soal Fathi. Dua tangan diletak bawah dagu, merehatkan kepala. Dia teringatkan sebentar tadi ibu ada menghantar puding padanya, kemudian ibu kedengaran mengetuk pintu bilik sebelah. Pastinya ibu ke bilik Irdina.

Irdina terdiam sejenak. Sebelum mengangguk.

"Ibu buat apa?"

"Borak-borak dengan saya." Jawab Irdina jujur.

Fathi mengangguk perlahan, diturunkan tangan. "Dia ceramah kamu tentang waktu makan?"

Irdina tidak sangka tepat pula tekaan Tuan Fathi. Dia mengangguk lambat-lambat.

"Maaflah, ibu memang begitu setiap kali jadual saya padat. Kali ini kamu juga jadi mangsa bebelannya." Fathi sudah kenal benar ibunya.

Irdina tersenyum sedikit mendengar perkataan mangsa bebelan. Padahal dia bukan dileteri Puan Leila pun, Puan Leila cuma berkongsi cerita.

"Tapi apa Puan Leila cakap itu betul juga, tuan. Sesibuk apa pun kita, kita perlu jaga waktu makan juga. Bukan waktu makan sahaja, waktu tidur, waktu solat, waktu rehat. Semua itu penting. Jika kita tak jaga salah satunya, ia boleh mengganggu fokus kita dalam menyiapkan kerja." Ulas Irdina.

Fathi memandang Irdina. Irdina jadi terdiam.

"Kamu pula nak membebel pada saya?"

"Maaf." Irdina tertunduk. Malu pula dirinya. Dia cuma teringat cerita Puan Leila tentang Tuan Fathi waktu muda dahulu.

"Dah selesai semua?" Soal Fathi bila Irdina tiada lagi memberi laporan.

"Sudah, tuan."

Fathi mengangguk. Maksudnya Irdina sudah boleh beredar. Tapi Irdina masih belum keluar.

"Ada apa-apa lagi kamu mahu laporkan?" Soal Fathi bila Irdina masih tercegat di depan mejanya.

Irdina seperti baru tersedar. Dia menggeleng tanda tiada apa-apa lagi. Dia kemudian meminta diri. Melangkah keluar dari bilik dengan tablet dalam pelukannya.

Sebenarnya dia perasan sesuatu tentang Tuan Fathi sepanjang dia berada dalam bilik ini. Tuan Fathi kelihatan tidak aktif dan tidak bermaya. Jarang dia melihat Tuan Fathi begitu. Biasanya Tuan Fathi lebih banyak bercakap berbanding dia. Kali ini, Tuan Fathi seperti mahu selesaikan perbincangan dengan segera.

Mungkin kerana kepadatan jadual juga membuatkan Tuan Fathi tidak cukup tidur dan mudah penat. Patutlah Puan Leila sangat risaukan anaknya setiap kali kesibukan meruncing begini. Tuan Fathi seperti tidak memikirkan tentang dirinya.

.
.
.

Hampir maghrib, Irdina bersiap untuk pulang. Melihatkan matahari yang hampir tenggelam, Irdina bergegas mengemas barangnya. Ini hari terakhir sebelum majlis esok, betapa bagusnya kalau dia boleh bawa pulang beberapa kerjanya. Tapi syukurlah semua kerjanya sudah selesai, tinggal lagi beberapa perkara yang sempat diselesaikan esok.

Ketika Irdina bersiap inilah telefon pejabatnya berbunyi. Irdina mengangkat gagang telefon dalam tangan ligat mengemas.

"Cik Irdina, Hadi ni." Hadi terus menyambut sebaik panggilan diangkat.

"Ya, Encik Hadi?" Irdina membutang begnya.

"Boleh periksa Tuan Fathi? Saya call tuan tiga kali, tapi tuan tak angkat."

Irdina terdiam. Jarang Tuan Fathi tidak mengangkat panggilan.

"Baik, sekejap saya periksa." Irdina meninggalkan gagang telefon dalam keadaan terbuka. Sengaja belum memutuskan panggilan.

Irdina keluar dari bilik, mengetuk pintu bilik Tuan Fathi.

"Tuan, Encik Hadi ada hubungi tuan." Irdina memberitahu dari luar. Tiada sahutan dari dalam.

Irdina cuba mengetuk lagi. Juga tiada sahutan.

Irdina berfikir mungkin Tuan Fathi tiada dalam bilik.

"Tuan, saya masuk ke dalam." Irdina meminta izin dahulu biarpun mungkin Tuan Fathi tiada di dalam bilik.

Pintu ditolak perlahan. Irdina melihat ke meja dahulu. Nampaknya meja Tuan Fathi kosong. Tuan Fathi tiada di meja.

Irdina menjenguk lebih ke dalam. Mahu memeriksa jika benar Tuan Fathi tiada di dalam bilik pejabat. Tingkah Irdina terhenti bila dia ternampak sesosok tubuh sedang terbaring di sofa. Tertidur penat dengan lengan menindih wajah.

Irdina tidak menjangkakannya. Tuan Fathi tidur? Sangat lena sehingga tidak terkesan langsung dengan timbunan fail yang tersusun di sekelilingnya.

Irdina menutup pintu kembali dengan perlahan-lahan. Menghormati majikannya yang lena. Dia sudah mengagak Tuan Fathi pasti tidak cukup tidur. Tidak pernah sekali pun sepanjang dia bekerja di sini dia melihat Tuan Fathi tertidur waktu kerja. Apatah lagi tidur pada waktu petang yang tidak menyihatkan.

Irdina kembali ke biliknya. Dia mengambil gagang telefon.

"Encik Hadi?"

"Ya saya." Hadi masih di talian.

Irdina cuba membentuk ayat untuk memberitahu sebab kenapa Tuan Fathi tidak mengangkat panggilan, tapi tiba-tiba dia rasa tidak nyaman hendak memberitahu tentang lelaki ajnabi sedang tidur. Dia berfikir ayat apa sebaik dan sesopannya. Tapi dia tetap tidak dapat membentuk sebarang ayat.

"Tuan Fathi ada di bilik?" Hadi bertanya.

"Ada, tapi..." Irdina terdiam lagi. Dia masih belum berjaya berjumpa ayat yang sesuai.

"Tapi? Tuan Fathi tidur?" Lain pula dengan Hadi yang sudah dapat meneka.

"Y...ya..." Irdina menjawab perlahan.

Hadi spontan ketawa mendengarnya. Irdina pula diam seribu bahasa.

"Mesti tuan tak tidur semalam. Saya dah agak." Hadi menggeleng kepala di sana.

Irdina masih diam.

"Tak apalah, biarlah tuan tidur. Cuma nanti Cik Irdina tolong beritahu pada Auntie Leila yang Tuan Fathi tidur. Risau nanti dia terlepas maghrib."

"Baik." Irdina mengangguk.

Panggilan dimatikan kemudiannya.

Irdina meletakkan gagang telefon. Dia diam sejenak. Kemudian dia melihat jam dinding. Sudah jam tujuh. Lagi 10 minit maghrib akan masuk. Irdina melepas nafas, dia labuhkan duduk. Dia mahu pulang sementara matahari belum tenggelam tapi entah kenapa dia rasa bersalah melihatkan keletihan Tuan Fathi. Dia rasa bertanggungjawab untuk meringankan mana-mana beban kerja Tuan Fathi.

Sukar sungguh. Jiwa setiausaha sudah sebati dalam dirinya. Dia tidak senang bila dia pulang sedangkan majikannya masih berperang di pejabat. Ketika Rangkasa di ambang bankrap, sehari-hari dia hanya bermalam di pejabat kerana dia tidak sanggup melihat majikannya melakukan kerja sendiri.

Irdina menggenggam tangan. Dia kemudian meraup wajah dengan dua tangan. Berfikir apa dia patut lakukan. Jika dia pulang sekarang, pasti dia tidak akan tenang memikirkan kerja-kerja yang masih berbaki. Juga terfikirkan bagaimana Tuan Fathi uruskan semua kerja sendiri.

Dua tangan diturunkan. Dia diam sejenak. Akhirnya dia membuat keputusan. Dia bangkit dari kerusi. Dia mahu mencari Puan Leila.

.
.
.

Puan Leila berada di taman belakang rumah sepanjang petang ini. Dia membaja anak pokok dan menggunting mana-mana pokok yang semakin besar. Damai sekali dengan angin pantai bertiup lembut. Jam tujuh, dia belum mahu masuk, sengaja menunggu sehingga matahari terbenam lalu dia dapat menikmati pemandangan matahari terbenam itu.

Bunyi pintu kedengaran. Dia menoleh ke sana. Terlihat Irdina baru saja keluar.

"Eh, Irdina..." Puan Leila gembira melihat Irdina menyertainya.

"Auntie..." Irdina mendekati Puan Leila. Sempat menyarung alas kaki khas untuk kawasan taman ini. Dia dapat lihat Puan Leila baru selesai menyiram pokok bunga.

"Dina dah nak balik?" Soal Puan Leila, menyimpan penyiram plastik di tangannya. Memang biasanya Irdina datang berjumpa dengannya petang begini untuk meminta diri sebelum pulang.

Irdina terdiam. Dia menggengam dua tangan. Sesekali menunduk. Seperti hendak meminta sesuatu yang besar pula.

Puan Leila menyedari tingkah Irdina.

"Dina?" Serunya.

Irdina tersenyum kecil. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Auntie..."

"Ya?"

"Boleh tak saya bermalam di rumah auntie malam ni?"

.
.
.




Saja buat ending tergantung. Nampak saspen sikit kan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro