6 | Dirompak?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KFC seperti biasa penuh bila waktu makan tengahari. Irdina dan Najah pilih meja makan aras atas dan paling hujung. Nak bincang benda sulit. Tapi sempat saja mereka beli makanan, sambil bincang benda sulit boleh isi perut. Nanti lapar pula.

Irdina tekun dengar rekod perbualan Najah dan Lili. Najah beritahu dia jumpa dengan bekas setiausaha yang senasib macam Irdina. Bekerja dengan CEO di bawah Muhammad Al-Fathi.

Irdina hela nafas berat. Dia sudah selesai mendengar perbualan Najah dan Lili. Earphone ditanggalkan.

"Kenapa hanya lima tahun?" Najah kembali buka soalan tersebut. Soalan yang sama dia dan Lili tertanya-tanya.

"Dia macam tak ambil faedah pun dari syarikat-syarikat yang dia masuk." Komen Najah.

Irdina diam, berfikir panjang.

"Kalau melihat pada waktu awal-awal dia masuk, memang mencurigakan.. Masuk betul-betul waktu company nak bankrap. Tapi, waktu dia keluar.. Tak ada apa yang curiga. Company makin elok dari sebelum ada lah." Najah sambung lagi.

"Jadi dia masuk syarikat yang hampir bankrap, pulihkan dan keluar? Apa motifnya?" Irdina pula bersuara.

Najah bersandar. Nafasnya terhela. "Pelik kan?"

Irdina cuba berfikir tapi satu soalan pun tak terjawab dalam kepalanya.

Dari apa dia simpulkan melalui perbualan Najah dan Lili, Muhammad Al-Fathi tiada niat jahat memasuki sebuah syarikat.. Hanya masuk untuk memulihkan kemudian keluar.

Tapi, yang musykilnya ialah bagaimana lelaki itu boleh muncul tepat selepas pengarah syarikat mengalami sesuatu - seperti ditahan reman, dimasukkan penjara, bunuh diri.. Seperti perkara itu sudah lama dirancang.

Kemudian, hanya memerlukan masa seminggu untuk Muhammad Al-Fathi uruskan semua bersama orang-orang bawahannya.. Sekelip mata syarikat tersebut menjadi miliknya. Dia masukkan orang-orang kepercayaannya di dalam syarikat itu. Malah lembaga pengarah juga ditukarnya.

Irdina menekup wajah. Berpinar matanya berfikir.

Jelas, Muhammad Al-Fathi bukan lelaki biasa-biasa.. Dia mula buat kerja begini sejak tahun 2008. Tidak pernah pula tertangkap atau terbuat kesilapan sepanjang-panjang ini. Sekarang sudah 2022. Bermakna sudah 14 tahun dia buat kerja ini dengan sangat kemas dan bersih.

Irdina yakin, ramai yang sepertinya.. Tertanya-tanya siapa Muhammad Al-Fathi. Tapi akhirnya, mereka semua menemui jalan mati hanya demi mencari identiti lelaki misteri itu. Satu klu pun tiada di mana-mana. Kerana itu walau berpuluh syarikat menjadi mangsa Muhammad Al-Fathi, tetap tiada siapa dapat membongkar siapa sebenarnya lelaki billionaire tersebut.

Apa niatnya? Apa motifnya? Siapa dia?

Irdina bersandar di kerusi dengan nafas panjang. Dia faham kenapa Lili letak jawatan. Lili bertahan hanya tiga bulan selepas mengetahui Tuan Fahim bekerja dengan Muhammad Al-Fathi. Dia sekarang pun sudah tiga bulan bekerja dengan Encik Umar, patut ke dia letak jawatan?

Dia tak mahu terlibat dengan jenayah. Apa saja yang Muhammad Al-Fathi buat, dia tak mahu terlibat. Samada niat lelaki itu baik atau tidak, selagi tidak jelas motifnya.. Irdina mahu jauhkan diri.

"Jauh kau fikir, Dina. Burger kau dah sejuk tu." Suara Najah buat Irdina terbangun dari lamunan panjang.

Irdina hela nafas berat. Fikirannya dah bercabang ke sana sini.

"Perlu ke aku letak jawatan?" Irdina tanya lesu.

Najah yang sedang mengunyah ayam terus terhenti.

"Hei.." Najah teguk air sedikit. "Jangan macam tu, Dina. Kau kena ada dekat sana. Kalau mereka ada niat buruk, kau kena selamatkan Rangkasa dari jatuh di tangan mereka. Bukan kau lepaskan saja Rangkasa pada mereka."

"Tapi, macam mana kalau diorang pergunakan aku untuk rancangan diorang?"

"Buat masa sekarang, kau ikut saja rancangan diorang. Mungkin dari situ kita dapat jawapan, apa sebenarnya motif Muhammad Al-Fathi buat semua ni."

Irdina terdiam dengarkan cadangan Najah. Tangannya digenggam sesama sendiri.

Sejujurnya dia risaukan dirinya sendiri. Dia takut dia yang terpedaya dengan kebaikan Encik Umar, kebaikan Hadi. Malah dari Encik Umar juga, dia sering dengar cerita kebaikan Muhammad Al-Fathi.

Dia takut sangat kalau dirinya akan termakan dengan semua kebaikan itu, lalu jatuh dalam apa saja rancangan Muhammad Al-Fathi dan orang-orangnya.

.
.
.

Irdina pulang lewat hari ini. Dia punya misi hendak diselesaikan. Jadi dia perlu tunggu Encik Umar balik dulu.

Seperti yang Najah kata, dia perlu merancang sesuatu juga di sebalik perancangan sulit Muhammad Al-Fathi. Dia masih belum pasti apa motif lelaki itu, jadi buat masa sekarang, dia dan Najah perlu mencari sesuatu berkaitan kematian Tuan Mustakim dahulu.

Perkara pertama yang Najah minta ialah rakaman cctv pada hari kejadian.

"Tapi pihak polis kata tiada apa mencurigakan pun. Memang jelas kes itu bunuh diri."

Perbualan tengahari tadi terimbas kembali.

"Kita tak tahu apa Muhammad Al-Fathi boleh buat. Kalau dia boleh survive buat kerja kotor ni selama bertahun-tahun, apalah sangat dengan cctv tempat kerja kau. Kau beri saja dekat aku rakaman seluruh menara Rangkasa. Adri akan periksa nanti kalau ada perkara yang pelik."

Irdina hembus nafas. Selepas Najah kata begitu, barulah dia terfikir pelbagai kemungkinan yang berlaku malam kematian Tuan Mustakim. Dia tidur di meja luar malam itu. Boleh jadi kalau ada orang masuk ke bilik Tuan Mustakim secara senyap-senyap dan menjadikan kematian itu sebagai bunuh diri.

"Lagi satu, aku nak dapatkan log panggilan terakhir Tuan Mustakim. Kita perlu tengok juga dengan siapa Tuan Mustakim berhubung pada hari-hari akhir tu. Kemungkinan besar kita akan jumpa nombor telefon Muhammad Al-Fathi sekali. Kau jugak kata Muhammad Al-Fathi tandangan penyerahan milik tu sehari sebelum Tuan Mustakim meninggal kan? Jadi bermakna, pada hari itu mestilah Muhammad Al-Fathi ada jumpa Tuan Mustakim."

Irdina mengangguk dengan sedikit pegun. Dia tak pernah pula terfikir benda itu. Nampak sungguh otaknya hanya untuk kerja setiausaha. Bukan penyiasatan.

"Kau dapatkan cctv dan jugak log panggilan ya. Nanti email je dekat aku."

"Irdina.."

Irdina terkejut bila tiba-tiba ditegur. Dia pantas bangun menyambut Encik Umar.

Encik Umar sudah pegang beg. Tersenyum padanya.

"Saya dah nak balik ni."

"Baik, Encik Umar."

"Jangan balik lewat sangat ya, Irdina." Pesan Encik Umar.

Irdina mengangguk saja untuk pesanan itu.

"Saya pergi dulu." Encik Umar tunjuk arah lift.

Irdina mengangguk.

"Saya pergi ni.." Encik Umar berundur sambil tunjuk pintu keluar.

"Ya, tuan."

"Saya betul-betul pergi nii.."

"Ya, tuan. Hati-hati." Irdina melayan saja bosnya.

"Assalamu'alaikum.." Encik Umar masih berundur. Macam tak ada tanda-tanda nak keluar pun. Hairan Irdina dibuatnya. Tapi Irdina masih mengangguk menghormati majikannya.

"Waalaikumussalam, tuan."

"Jumpa esok."

"Jumpa esok juga, tuan."

"Awak macam tak sabar nak saya balik je." Encik Umar sempat lagi bersandar di dinding. Betulkan kaca mata pandang Irdina.

Irdina tarik nafas dalam-dalam. Cuba maniskan wajah.

"Tak, tuan. Tuan juga yang kata tuan nak balik tadi."

"Saya ingat awak- Allah!" Tiba-tiba kepala Encik Umar ditolak dari belakang.

Irdina terkejut. Muncul Hadi dengan muka bengang. Umar pula merungut sakit bila belakang lehernya dipukul begitu.

"Kau janji pukul lima. Kau sibuk mengorat anak dara orang kenapa?" Hadi naik tangan hendak melepuk kepala Umar lagi sekali. Tapi Umar cepat-cepat angkat tangan.

Tadi mereka dah janji untuk jumpa di bawah, alih-alih lambat pula Umar.

"Sorry lah.. Saya balik dulu, Irdina."

"Berapa kali kau nak mintak diri? Irdina pun muak dah tengok muka kau. Balik!"

Umar mencicit lari bila Hadi naik tangan sekali lagi.

Hadi merengus kencang.

Irdina pula hanya memerhati.

"Tengoklah budak tu. Tak sedar diri dah bertunang. Sibuk nak mengayat anak dara orang."

Irdina terkejut sedikit mendengar perkataan tunang.

Hadi kemudian memandang Irdina.

"Cik Irdina jangan melayan sangat si Umar tu. Nanti makin menjadi-jadi." Hadi berpesan.

"Saya pun pergi dulu." Hadi meminta diri sebelum beredar.

Irdina hanya menghantar dengan pandangan. Dia kemudian kembali duduk di kerusi. Rupa-rupanya Encik Umar dah bertunang. Dia baru tahu.

Lima belas minit membuat kerja, Irdina bangkit. Dia nak bilik kawalan keselamatan di aras enam. Seperti yang Najah mahu, dia perlu mendapatkan rakaman cctv pada hari kejadian.

Di bilik kawalan ada dua lelaki sedang berjaga. Irdina dapat mengakses masuk dengan mudah memandangkan dia setiausaha CEO. Dua petugas itu pun mudah saja memberi apa yang Irdina mahu.

Sebuah komputer diberikan untuk Irdina lihat sendiri rakaman cctv. Irdina dibiarkan membuat kerja itu sendirian tanpa diganggu dua petugas tersebut.

Irdina mahu lihat dulu rakaman cctv sebelum berikan pada Najah. Irdina lihat beberapa rakaman berselang seli. Semua rakaman sudah dilajukan, Irdina cuma mahu lihat mana-mana gerangan asing di menara Rangkasa selepas jam 10 malam.

30 minit juga masanya Irdina memerhati rakaman tersebut. Dua petugas itu ada yang keluar masuk membeli minuman sementara kebosanan. Irdina masih tak menemui apa-apa yang mencurigakan. Salah seorang petugas sudah bertanya pada Irdina jika Irdina perlukan bantuan, Irdina menggeleng perlahan. Dia mahu periksa sendiri saja.

Hampir sejam penelitian, benarlah kata polis tiada sesiapa yang mencurigakan pun. Irdina bersandar. Celah mata diurut sedikit. Dia kemudian memandang jam tangan. Sudah pukul 6.30 petang.

Irdina tegakkan badan kembali. Sengaja dia membelek buat kali terakhir. Tiba-tiba matanya ternampak rakaman di perkarangan Rangkasa lebih kurang jam 10 malam, ada sebuah kereta di situ.

Irdina tekan rakaman itu. Dapat dilihat rakaman itu dengan lebih jelas. Irdina memerhatikan betul-betul rakaman tersebut.

Seperti ada sesuatu yang tak kena pada kereta itu. Irdina mengecilkan mata. Pada saat 22:46:19, Irdina mengulang beberapa kali di situ. Dahinya berkerut.

Ya.. Ada keanehan pada rakaman itu. Asalnya ada pemandu di situ. Tapi sesaat kemudiannya pemandu itu lenyap secara tiba-tiba.

Kelibat pemandu itu hampir tak kelihatan. Hanya sekadar bayang-bayang gelap yang samar-samar. Jika tidak diperhati betul-betul, sesiapa pun takkan perasan kewujudan bayang-bayang gelap tersebut.

Irdina mengulang lagi rakaman. Memastikan memang betul jika ada kelibat.

Irdina yakin memang ada kelibat. Bermakna ada seseorang mengganggu rakaman ini, memadam supaya tak terlihat gerangan tersebut. Mungkin sebenarnya gerangan itu keluar dari kereta.

Irdina tiba-tiba terfikir jika gerangan itu masuk ke menara. Irdina pantas mencari rakaman di pintu masuk. Dia menunggu beberapa minit. Tiada apa mencurigakan.

Irdina berpindah ke rakaman lobi. Juga tiada apa-apa yang mencurigakan. Irdina cari di serata rakaman pintu masuk lain. Keputusan mengecewakan, tiada kelibat tersebut.

Irdina menekup wajah seketika. Sebelum menghela nafas panjang.

Dia kembali ke rakaman pertama. Lama dia merenung bayang-bayang yang lenyap itu. Dia yakin ada seseorang mengganggu sistem rakaman. Maka boleh jadi juga ada orang mengganggu sistem rakaman di bahagian dalam bangunan.

Akhirnya Irdina membuat keputusan untuk mengambil salinan rekod rakaman cctv itu. Dia mahu sambung kerjanya ini di rumah.

Irdina memandu pulang ke rumah dengan fikiran penuh. Bermacam-macam perkara dalam kepalanya.

Di rumah, dia sambung meneliti rakaman. Hanya berhenti sekejap bila solat. Dia meneliti semua rakaman yang ada di menara Rangkasa. Mencari keanehan yang ada. Dia tak tahu jika usahanya berbaloi atau tidak, tapi sekurang-kurangnya dia mahu jawapan pada kelibat tersebut.

Jam 10 malam, Irdina menerima mesej dari Encik Umar. Bertanyakan kerja untuk hari esok. Irdina perlu siapkan satu dokumen malam ini.

Irdina menerima kerja itu. Sambil siapkan kerja, dia meneliti rakaman. Mata dah pedih. Tapi tiada tanda-tanda dia akan berhenti.

Tiba-tiba Najah menelefonnya.

"Dina!"

Irdina menggosok mata. Menguap kecil. Mulut ditutup dengan tangan.

"Naj.."

"Kau dah dapat belum rakaman cctv?"

Irdina lupa sudah untuk berikan rakaman itu pada Najah. Dia terlalu terfikirkan tentang kelibat itu sampai lupa.

"Oh.. Dah dapat. Sorry. Lupa nak beri."

"Call history pun dah dapat?"

"Dah jugak. Nanti aku email kau."

"Okay.. Nanti beri tau. Jangan buat kerja sorang-sorang."

"Okay, Naj."

Irdina terus letak kepala atas lengan sebaik panggilan terputus. Niat asalnya nak email Najah, tiba-tiba dia tertidur pula. Dia penat betul.

.
.
.

Panggilan telefon mengejutkan Irdina dari tidur. Dia sangat terkejut kerana dia terlelap di meja. Dengan macbook masih hidup, kerja Encik Umar baru separuh siap. Belum cerita tentang email untuk Najah.

Irdina mengucap panjang. Dia raup wajah berkali-kali.

Dia melihat jam. Dah pukul lima pagi?

Astaghfirullah..

Irdina kalut melihat telefon. Ada 47 missed call dari Najah. Itu belum campur mesej Najah dan mesej Encik Umar.

Irdina kalut buka mesej Najah. Ada berpuluh mesej dari kawannya itu bertanya khabarnya. Mesti Najah risau kenapa dia tak balas dan angkat call.

Irdina terpaksa abaikan dulu mesej Najah, dia buka mesej Encik Umar. Mesej majikannya lebih penting.

Encik Umar tanya kenapa dengannya. Bagaimana dengan dokumen yang diminta. Di hujung mesej, Encik Umar beritahu dia dah selesaikan dokumen tersebut. Jadi Irdina tak perlu susah-susah. Encik Umar siap berpesan supaya Irdina berehat.

Irdina menekup mulut serba salah. Mahu menangis dia dibuatnya. Dia tulis mesej memohon maaf panjang-panjang untuk Encik Umar. Selepas tulis karangan permohonan maaf itu, Irdina kembali ke mesej Najah.

Dinaa

Kau dekat manaa

Mana rakaman tuu

Dinaa

Weeeehhh

Ya Allahh

Dina

Dina

Risaunya

Kau tidur ke?

Jangan pengsan sudah

Aku call kau banyak kali ni

Dina?

Dina?

Irdina Tasnim?

Jap, aku call kau lagi dekat wasap

Missed call from Najah

Kenapa tak angkat?

Dina!

Itu mesej sehingga jam 12 malam.

Kemudian pada jam 3 pagi, ada mesej baru.

Dina!

Angkat call!

Dina!

Rumah aku kena pecah masuk!

Dina!

Irdina bulat mata membaca berita itu. Terbangun dia dibuatnya.

Dina! Kau okay tak?

Angkatlah call aku!

Rumah aku kena pecah masuk! Kau macamana?

Semua dokumen pasal Muhammad Al-Fathi semua hilang weh!

Irdina bulat mata. Liur jadi pahit secara tiba-tiba.

Dina! Kau okay tak?

Rumah aku kena pecah masuk time aku tidur tadi! Serius aku tak sedar langsung😭
Aku bangun bangun tu rumah aku dah bersepah 😭 Meja aku berselerak 😭

Dina 😭 Kau dekat manaa

Kenapa tak angkat call 😭😭

Kenapa semua dokumen pasal Muhammad Al-Fathi hilang? 😭😭 Barang lain tak ada pulak hilang 😭😭 Apa semua ini?😭

Irdina terketar. Cuba bernafas.

Aku nak pergi dekat kau tapi aku kena soal siasat sekarang 😭 Aku cuma dapat bagitahu polis untuk tengok keadaan kau 😭
Kenapa kau tak angkat call 😭 Tangan aku terketar weh taip dekat kau😭

Irdina seperti baru teringat sesuatu bila baca mesej itu. Dia pantas duduk meneliti rakaman yang ada dalam laptopnya.

Dan seperti yang dia jangka..

Semuanya tiada.

Irdina terkedu.

Dia belek-belek desktop lain tapi tiada satu pun tanda dia ada meneliti rakaman malam tadi. Hanya ada dokumen Encik Umar yang separuh siap. Betul-betul di tempat dia berhenti semalam.

Tangannya menggeletar sejuk. Dia berdiri mendadak. Menoleh kanan kiri. Melihat jika rumahnya pun dipecah masuk. Nafasnya tercungap-cungap.

Tidak. Rumahnya tidak dipecah masuk. Rumahnya kemas.

Tapi bagaimana rakaman itu hilang?

Irdina kemudian teringat log call milik Tuan Mustakim. Dia mencari dokumen itu pula di macbooknya. Irdina rasa tangannya semakin menggeletar bila dia tak mendapati dokumen itu di mana-mana.

Ada yang melenyapkannya dari macbooknya.

Irdina tak terkata. Fikirannya buntu dan kosong.

Deringan telefon kuat buat dia tersentak hebat.

Irdina menatap telefon dengan mata berkaca. Nama Najah naik. Irdina segera angkat panggilan.

"Dina!" Najah menjerit risau. Terdengar suara seraknya. Najah pun ketakutan dengan apa yang jadi.

"Naj.." Irdina kelu nak bercakap.

"Dina! Kau dekat mana hah? Aku risau gila dekat kau! Aku sampaikan suruh polis pergi tengok rumah kau! Kau baca tak mesej aku?! Rumah aku kena pecah masuk! Semua dokumen Al-Fathi hilang! Aku dah cari serata rumah, tak ada! Dina! Apa jadi ni?" Naik turun suara Najah dalam seraknya.

"Naj.." Irdina menelan liur.

"Kau okay tak? Kau ada kena apa-apa ke? Rumah kau kena pecah masuk ke? Kau pergi mana malam tadi? Kau memang sengaja buat aku risau ke?" Najah membebel panjang.

"Naj.. Rakaman dan log panggilan Tuan Mustakim.." Irdina masih kelu.

Najah terdiam.

"Semua hilang." Irdina beritahu dengan nafas tersekat-sekat. Dia terduduk. Lemah lututnya.

Najah terkedu di sana.

"Semua hilang, Naj."

.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro