1│abang mas

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




Before start, some promotion first ;)

1) SETIAKAH by fisha__

2) That Time Is Love? by SBMISA

______


Nisa menghempaskan badannya ke atas katil, selari dengan satu keluhan besar, lega. Beg tangannya dibiarkan saja tersadai terbuka di sebelahnya. Tiba-tiba iPhone berdering, 'Sape ni?' Dijeling jam, sudah hampir jam 7. 'Nasib baik tengah period'. Dipandang skrin iPhone, 'Mas?'

"Hello, Mas. Ada apa?"

"Kau tengah buat apa, Nisa?"

"Aku baru balik kerja, penat lah. Kenapa, Mas? Cakaplah."

"Ohh... mesti kau penat, kan? Malam karang lepas Isyak aku call balik eh. K bye. Salam."

Nisa memandang skrin iPhone, pelik. Tapi dibuat dek saja. Ditukar baju, hanya dalam tuala dan melangkah pergi mandi.

Malam itu, ketika sedang bergelak ketawa dengan mak dan adik, melayan drama TV3, tiba-tiba iPhone berbunyi. Lagi, daripada Mas. "Hello, Mas. Kenapa, Mas? Ada hal penting ke?" Nisa menjawab biasa dengan sisa gelaknya.

"Kau dekat mana, Nisa?" Ditanya kerana telinganya mendengar ketawa relax Nisa.

Nisa membalas lewa, "Dekat rumah, tengah tengok TV dengan mak and adik aku. Kenapa? Mok nak datang rumah kau lagi ke? Cantik ah, lama dah kita tak jumpa, nak dekat setahun dah. Aku cuti Isnin Selasa nanti."

Nisa menjawab ceria, spontan teringat akan Mok aka Ina (nama sebenar) yang menjaga dia dan Mas, dan juga seorang Indian seperti anak-anak sendiri. Haha, roommate lama di matrikulasi dahulu.

Mas diam. Dan baru disambung, "Nisa, kau masuk bilik kejap. Sebab aku nak bagitahu berita kira suspens jugak ni." Nisa berkerut dahi, "Ha, okay. Jap. Angah masuk bilik dulu, ma." Puan Rusna hanya mengangguk dan terus Nisa masuk ke dalam bilik.

"Aku dah dalam bilik. Kenapa, Mas? Ada masalah ke? Ceritalah aku dengar. Aku tolong mana patut. Aku tolong dengar je lah kalau aku tak boleh tolong. Kalau fasal duit, aku boleh kasi sikit-sikit."

Mendengar Nisa mengarut sampai ke situ, Mas terus tergelak. "Kau ni, Nisa, tak berubah ubah. Sama je macam dulu, bukan fasal tu lah." Mas diam lagi, "Esok Sabtu, memang kau cuti, kan? Ahad pun, kan? Isnin Selasa cuti lagi, kan?"

Nisa cuma membalas ha,ah, dan santai berbaring di atas katil sambil bermain dengan bantal BEASTnya. "Mak aku nak jumpa kau besok, boleh?" Nisa terus gelak, "Lah, boleh lah. Kau ambil aku lah eh, hihi,"

Mas diam, "Abang aku ambil kau esok dekat rumah." Nisa terus tersentak bangun, "Eh, asal abang kau pulak ambil? Kau ke takpelah, mak kau ke. Takpun aku pergi sana sendiri je lah, eh? Tak payah lah suruh abang kau ambil, aku segan lah."

Mas hanya tersungging, "Takpelah, Nisa. Aku busy dekat rumah esok. Mak aku pun busy, abang aku je free. Abang aku ambil kau 11 pagi besok. Kau siap-siap lah. Pukul 11 abang aku datang. Dia jenis tepati masa sikit. Okay, Nisa?" Nisa diam saja, lama diamnya.

"Nisa?"

"Maaaass!!! Asal sampai suruh abang kau ambil? Kau lah ambil aku. Takpun aku naik bas. Lepas tu kau ambil aku dekat simpang Lamir tu, boleh tak? Janganlah suruh abang kau ambil." Nisa sudah merayu.

Mas terus kihkih dalam hati, "Takpelah. Abang aku yang nak ambil kau. Esok pukul 11 tau. Okay, Nisa sayang, muah cikit." Terus Mas tamatkan panggilan.

Nisa memandang iPhonenya lama, dengan muka tak percaya. Lama Nisa berteleku di atas katil. Spontan, ingatannya teringat akan abang kepada Mas yang itu. Setahun yang lalu.

Dia bersama Ina dan Mas sudah lama tidak berjumpa kerana sibuk belajar mendapatkan segulung ijazah. Dalam tiga tahun, lama tu. Dan... ada masa kelapangannya selepas menganggur akibat putus asa dengan jawatan di Etiqa Takaful Maybank huhu.

Maka, berjumpa lah dengan Mas dan Ina... dan bermalam di rumah Mas itu. Nisa ingat semua adik-beradik Mas. Mas anak kedua, dan ada tiga adik perempuan di bawahnya. Tapi... Nisa memang tak ingat langsung akan si abang Mas itu.

Kebetulan, tika itu... di rumah Mas, hadirnya si abang Mas itu, kerana dia turut cuti.

Nisa menundukkan kepala. Teringat. Dia tidak tahu, cuma dia rasa malu dengan lelaki itu. Nisa mencebik, rasa jengkel pun ada juga. Nisa terkebil-kebil memandang riba, kembali teringat adegan kecil selama dia bermalam di situ.

Malam pertama di rumah Mas, sedang mereka bergelak ketawa makan malam bertiga di dapur, mereka terdiam kerana Mas tiba-tiba diam dan tunduk saja menghadap nasi. Dan terdengar derap kaki melangkah masuk ke dalam bilik air yang berada di tepi dapur.

"Along aku garang, tu aku kena cover masa makan kat meja. Haha."

Itu pertama interaksi dengan abang Mas secara tidak nyata. Hanya mendengar derap kaki saja. Kemudian...

Keesokan harinya, mereka berjalan-jalan meronda bandar Kuantan. Malamnya, malam kedua di rumah Mas. Hanya ada mereka, yakni perempuan-perempuan sahaja. Kerana ayah Mas tiada, dan abang Mas itu pun tiada. Jadi, mereka bebas berkongsi cerita.

Kisah keluarga Nisa, dikatakan novel oleh semua keluarga Mas.

"Patut muka kau macam Cina, sebab ayah kandung kau Thailand, patutlah Nisa cantik."

Nisa spontan tersenyum mengingatkan itu. Tapi... tengah mereka borak-borak dan bergelak ketawa dengan rambut bebas tidak bertudung, tiba-tiba abang Mas pulang dengan bungkusan nasi goreng untuk mereka semua. Dan itu, kali pertama. Nisa kenal abang Mas yang sebelum ini tidak pernah ternampak muka.

Sering dia balik, dia terus masuk ke dalam bilik, tapi abang Mas itu hanya duduk di ruang sana, lurus pandangannya pada Nisa, dan menggodek phone. Nisa tak kisah pun, dan terus menikmati nasi goreng bersama-sama yang lain di hadapan TV.

Rupa-rupanya nasi goreng yang dibeli abang Mas tu bapak pedas. Nisa tak tahan pedas tapi berusaha juga dihabiskan kerana dia tak suka membazir. Nisa sampai terjelir jelir lidah akibat tak tahan pedas. Terus diangkat muka dengan rupanya terjelir jelir begitu.

Dus! Straight matanya terpandang abang Mas, yang seperti sudah lama memerhatikan dia. Nisa terkejut, terus dibuat selamba saja dan terus pandang muka Maya Karin di kaca TV.

Mereka gelakkan Nisa, akibat mukanya putih serupa Cina tapi sudah merah menyala akibat pedas terlampau. Dan malu... kerana terpandangkan abang Mas terus begitu.

Nisa meneguk sahaja air sejuk yang dihulurkan rakus, dan kembali tunduk menghabiskan nasi goreng. Tertunduk-tunduk sahaja. Dari ekor mata, nampak abang Mas sudah bangun masuk ke bilik.

Tapi dalam diam, hati Nisa tersenyum. 'Boleh tahan handsome abang Mas'.

Nisa terkebil-kebil cuma, mengingatkan itu. Kemudian, mencebik lagi. Kerana selepas itu, terus saja matanya menangkap abang Mas sering curi-curi mengerling atau memandangnya.

Hari esoknya, siang kedua di rumah Mas. Nisa teringat hari itu agak meriah, kerana hari Ahad. Dan keluarga Mas sudah biasa menerima kehadiran saudara-saudara mereka. Adik-beradik ibu Mas berada di dalam satu kampung, jadi mereka senang berjumpa.

Rumah riuh, kerana mereka sibuk berborak mengenai abang Mas. Padahal lelaki itu, ada saja di dalam bilik. Tapi dirinya diumpat hehe. Rumah Mas dalam renovation, dan topik itu berkaitan abang Mas. Kerana dia sibuk nak membuat semua kerja, hingga membuatkan ibu Mas bising hehe.

Rumah masih tidak siap dicat, terutama majoriti ruang dalam.

Makcik Mas (entah siapa nama, tak ingat) bagi cadangan, "Suruh jelah anak dara ni cat. Kan banyak anak dara ni." Ditunjuk ke arah Mas, Nisa, Ina dan Na kepada Puan Mariah, si ibu Mas.

Puan Mariah riuh berbisik, "Along lah yang bising. Dia nak cat sendiri, tak cantik orang lain cat." Mereka yang lain sudah kihkih gelak, termasuk Nisa dan Ina yang mendengar. "Dia nak dia sorang yang hias rumah ni sebab dia nak nampak kemas semua. Kalau orang lain buat, dia tak suka." Sambung Puan Mariah dalam mencebik.

Adik Mas, si Na menambah, "Baguslah tu. Semua benda berat dia angkat sekali, dia sapu sekali, dia susun sekali. Calon bakal suami betullah. Moga aku dapat bakal suami macam tu, Amin." Tiga sekawan (Nisa, Mas, Ina) sudah tergelak.

Tinggal mereka bertiga di meja makan di dapur ditemani Na sahaja bila Puan Mariah dan makcik Mas sudah ke depan. Mas terus memulakan hikayat mengenai abangnya. Yang pada Ina dan Nisa sangatlah misteri, tidak mesra alam. Haha.

"Abang aku memang macam tu. Dia nak buat semua benda. Tu ruang depan tu, dia cat semua. Ada satu petang tu, aku bosan. Aku tengok je dia cat. Pastu dia tengok aku, dia cakap, 'Nak buat ke?' Aku terus cakap, nak. Aku sempat cat satu ke dua papan tah, terus dia nak buat sampai habis."

Nisa dan Ina gelak macam orang gila, Na menyambung, "Nasib baik kau merasa jugak nak cat". Dimaksudkan pada kakaknya.

"Nanti bulan 3 dia balik sana jugak. Bulan 3 pun aku balik Shah Alam balik dengan Mok. Lagi satu sem lagi nak abis." Mas dan Ina berbuat sebek, memaksudkan ijazah perakaunan mereka di UiTM.

Nisa bertanya, "Abang kau kerja apa?" Mas membalas biasa dengan Icah, si bongsu di ribanya. "Dia kerja maritim, naik kapal tu." Nisa dan Ina hanya oohh, mengangguk sama-sama.

Na menambah lagi, "Sabar Kak Nabila bercinta dengan along, kan? Dahlah kerja maritim tu selalu takdek dengan family." Mas laju menambah, "Ha,ah. Makcik-makcik aku semua dah sibuk usik-usik, 'Ha, along. Bila nak buat rombongan ke Kedah? Semua dah ready ni.' Dia senyap saja selalu. Tapi dia ada cakap, umur 30 nanti kot. Kak Nabila tu sama umur."

Nisa dan Ina hanya ohh sama-sama dan memandang saja Mas dan Na bercerita serba serbi mengenai along mereka.

Mas menambah lagi, "Aritu Kak Nabila ada datang rumah. Tapi dia senyap je. Ibu ada tanya fasal bila nak langsung, Along aku pandang je aku. Pastu semua pulak cakap, oh nak tunggu Angah dulu. Hahaha memang tak lah. Tapi dia pandang tu sebab ada Kak Nabila belakang aku masa tu."

Na pula menambah, "Tapi dia tak mesra sangat kan dengan ibu dengan ayah? Macam kekok je, padahal dah lama dari Along belajar kat Kedah lagi, kan?"

Ina dan Nisa tekun mendengar. Mereka ini berborak seperti Along mereka tiada di rumah. Padahal ada je di biliknya di depan tika itu. Hahaha.

Mas membalas ayat Na. "Entah, tapi Kak Nabila tu sabar je dengan Along. Along tu dahlah tak romantik mana. Haha, tapi betullah, ibu pun macam kekok dengan dia sebab dia kekok dengan semua. Dengan Icah pun dia tak rapat mana."

Nisa teringat itu. Kerana itu seperti maklumat penting dan nyata mengenai abang Mas. Dan lagi... abang Mas itu sudah ada makwe. Bagaimanakah aku yang akan dijemput dia besok? Ngee...

Dan lagi... Nisa teringat. Abang Mas itu selalu memandangnya jika dia bermain dengan Icah, adik bongsu mereka yang berusia 4 tahun setahun lalu. Dia memang sukakan budak-budak. Icah comel, hehe.

Spontan, Nisa tersenyum. Teringat dia bermain lanun dengan Icah, bermain bola dengan Icah dan iPhonenya diberikan pada Icah untuk budak itu bermain games. Dan semua masa itu, mesti matanya menangkap mata abang Mas yang mencuri pandang.

Nisa membantu Puan Mariah di dapur, kerana rumah mereka dicat pun, abang Mas selalu mencuri pandang. Dia sedang tertonggeng-tonggeng membersihkan microwave, bila diangkat kepala, ternampak si abang Mas itu biasa saja bertenggek minum air dan sedang memandangnya.

Nisa spontan merah muka mengingatkan itu. Bajet betul mamat itu. Suka tengok orang. Tapi... Nisa akui, dia malu tiap kali mata mereka bertemu pandang.

Dia tidur sekejap di depan TV akibat kepenatan membantu, bila dibuka mata, ternampak abang Mas memandangnya juga dalam lelaki itu mengemas kabinet untuk dialihkan untuk dicat.

Dia mahu membasuh pinggan kotor. Dan tika itu hanya ada dia dan abang Mas yang sedang berdiri di atas mozek singki. Sunyi, kaku, janggal, semua! Kerana dia membasuh di sisi lelaki itu, yang hanya nampak kakinya dari ekor mata. Lelaki itu sedang cat dinding atas, dia sedang basuh pinggan. Dan abang Mas itu, kelihatan tidak bergerak dan hanya diam, serupa sedang menunduk memandangnya, huhu.

Dia keluar dari bilik, terhendap-hendap mengintai dapur kerana mahu mengambil wudhu'. Lagi sekali, dia terkantoi dengan abang Mas yang memandangnya pelik. Yelah, dia terhendap-hendap, terbongkok-bongkok memandang keliling. Malu... banyak adegan malu dengan lelaki itu. Dia duduk di beranda, menghubungi ma. Abang Mas itu naik motor dan mengerling padanya juga. Sibuk je.

Tidak terus bersuara, tapi pandangan abang Mas itu, dengan kelakuan lepasnya tika bermain dengan Icah, semuanya kantoi di mata lelaki itu huhu. Yang paling malu... malam terakhir dia di rumah Mas. Ina sudah balik dahulu, kerana ada hal berkaitan JPAnya.

Malam itu, malam yang paling memalukan...

Ibu dan ayah Mas mengajaknya makan di luar. Mereka berlima, termasuk Icah. Abang Mas tidak ikut kerana dia ada hal dengan kawannya.

Bila sampai rumah, sudah jam 11. Nisa pergi ke bilik air mahu mengambil wudhu' tanpa mengenakan tudung atau tuala. Abang Mas tiada dan ayah Mas sudah di dalam bilik. Tika di dalam bilik air, kedengaran bunyi motosikal, Abang Mas dah balik ke?

Nisa terhendap hendap keluar, melangkah ke bilik Mas. Ingatkan abang Mas masih di luar. Bila Nisa lalu je melepasi ruang dapur, dengan tiada tudung atau tuala. Ternampak abang Mas baru masuk ke dalam rumah.

Sudahlah Nisa ikat rambut tinggi, dengan t-shirt bulatan leher yang agak luas. Memang jelaslah kulit putih melepak Nisa. Abang Mas memandang Nisa juga.

Lama dua orang ini terkebil kebil begitu. Nisa cepat-cepat menyorok di belakang langsir. Abang Mas pun masuk ke biliknya. Sampai di bilik, riuh Nisa bercerita pada Mas. Kawannya itu hanya ketawa saja, "Takpe, kau nampak ayu macam tu." Bongoklah Mas ni.

Dan petang esoknya, ibu ayah Mas dan Mas sendiri, mahu menghantar Nisa ke rumah. Nisa teringat petang itu.

Puan Mariah dan Encik Ikmal dan dia sendiri di meja makan, menikmati minum petang. Biskut tawar cecah kopi panas. Dan abang Mas muncul dengan badan tidak berbaju.

"Tu, bagi budu dekat Nisa sikit." Puan Mariah memaksudkan plastik merah itu bila anak sulungnya ini bertanya.

Nisa dengar namanya disebut, diangkat muka, spontan terpandang abang Mas yang tengah memandangnya. Terus dia kembali tunduk. Dari ekor mata, dia nampak lelaki itu meneguk kopi dan melangkah ke pintu dapur.

Tapi Nisa terdengar, bisikan Puan Mariah. Perkataan 'along sedih'. Bila Puan Mariah perasan dia memandang, terus ibu Mas itu cover dengan senyum saja. Nisa tak faham, jadi dia hanya sengih. Dia perasan sahaja, ibu Mas itu mengerlingnya bila berbisik tadi. Hanya angkat bahu, kerana tidak tahu.

Nisa terkebil-kebil sendiri. Baru dia sedar, nama abang Mas itu... dia masih tidak tahu. Hanya tahu dia abang sulung kepada Mas. Satu-satunya anak lelaki Puan Mariah dan Encik Ikmal. Bekerja maritim. Dan sudah ada kekasih; Kak Nabila.

Dan esok, dia mahu berjumpa dengan lelaki diam itu? Rasa berdebar tiba-tiba. 'Tak ada apa ni. Aku takut je kut sebab tak biasa. Alah, buat macam biasa jelah esok.'

Nisa melangkah keluar bilik, terus di tanya Ma, "Kenapa?" Drama sedang iklan. "Esok, ma. Mas ajak pergi rumah dia, ambil dekat rumah. Tapi abang dia yang ambil, sebab dia, mak dia semua busy." Nisa menyatakan saja.

Mendengarkan itu, Puan Rusna berkerut dahi, "Kenapa abang dia pulak ambil? Nisa okay ke? Ma okay je. Cuma esok suruh abang dia jumpa Ma dulu lah." Nisa hanya angguk. Puan Rusna memandang Nisa, dalam hati pelik juga.

Adik yang turut ada, hanya diam melayan phone di tangan. Nisa memandang adiknya itu dan mencebik sikit, 'Tak kisah langsung cerita aku tengah risau ni, ishh.'

Malam itu, Nisa tidur dengan hati yang tidak tenang. Nisa asyik memikirkan kemungkinan hari esok, apa lah yang akan berlaku. Nisa mengeluh, kemudian digelengkan kepala. Dibaca ayat-ayat al Quran yang selalu dibaca sebelum tidur. Kemudian, Nisa tidur tidak ingat apa-apa dah.

_________





Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro