2│isteri?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Jam 10.30, Nisa sudah bersiap. Dililit shawl seperti biasa, tidak menyarung blouse. Hanya t-shirt straight cut pun okaylah. Nisa tidak berubah penampilannya dari dulu, sama saja.

Jeans, t-shirt, shawl, masih juga menyarung sneakers. Cuma ke tempat kerja saja, baru dia sarungkan blouse dan juga heels. Kena nampak ladies sikit. Haha.

Sudah bersiap, melepak sebentar di ruang TV. Sedang scroll Twitter, Puan Rusna muncul dari dapur dan hidangkan sedikit kuih juga jus PeelFresh berperisa oren. "Mana? Dah nak sampai ke?"

Nisa hanya mengangkat bahu, "Mana ada number phone abang Mas pun Angah nak call." Puan Rusna berkerut dahi, "Hmmm, takdek? Angah tak mesej ke tanya macam mana?"

Nisa tutup iPhone dan memandang Ma-nya ini, "Angah mana ada number phone dia, ma. Angah mana pernah borak or contact dengan abang dia pun lepas Angah tidur rumah Mas tahun lepas. Ni tiba-tiba je Mas cakap macam tu. Tu yang Angah musykil jugak ni. Nama abang Mas pun Angah tak tahu, tau."

Puan Rosna diam sahaja, diteguk jus oren. "Hm, takdek apa-apa kot. Angah tu je risau, takut tak bertempat. Pergi jelah, dah abang dia beria nak ambil tu. Ma kan dah kenal family dia. Abang dia ma dah tengok dah. Cuma nama pun ma dah tak ingat jugak. Mak ayah dia pun ma dah jumpa. Okay je semua. Cuma nanti ma nak jumpa lah tanya sendiri."

Nisa mencebik, 'Padahal ma baru jumpa tiga kali ke dua kali.' Nisa teringat tika kenduri doa selamat dan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Tika itu lah, Ma berkenalan dengan keluarga Mas.

Tiba-tiba Nisa terus memegang tangan Puan Rusna, "Ma tak rasa benda-benda buruk, kan? Rasa tak sedap hati ke?"

Puan Rusna terus menarik tangannya. "Ish, apa kamu ni, fikir macam tu? Orang buat baik, tak baik kita buruk sangka, Ngah. Selama ni, Angah selalu lepak dengan Haris, anak ustaz tu okay je. Takdek pulak nak berdebar tak selesa macam ni," Puan Rusna tersenyum sinis.

Nisa mencebik, "Haris tu lain, ma. Ma kan dah kenal dia. Angah kan kawan dengan dia dah lama. Dari kat Chini tu ha. Lagipun dah biasa dah lepak- lepak dekat warung dengan dia, memang tak segan pun."

Haris, anak Ustaz Ibrahim yang duduk di Chini. Tapi sekarang sudah setahun juga kot dia duduk di bandar Kuantan, dan di perumahan Taman Tas, sama dengan Nisa. Kerana Haris sudah dapat kerja di Kuantan. Alhamdulillah untuk dia. Nisa dan keluarga dulu pun, anak Felda, duduk di Chini. Tapi kerana masalah keluarga, berpindah terus ke Kuantan ini.

Sedang hatinya masih berbolak-balik, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic putih berhenti di depan pagar rumah. Nisa terus kerut kening, dia tak kenal kereta tu. Terus menuju ke pintu, mengintai balik pintu.

Puan Rusna pula mengintai balik tingkap. "Sape tu, Ngah?" Nisa tekun lagi mengintai. Kelihatan seorang jejaka tinggi keluar dari tempat pemandu, dan memandangnya terus. Nisa makin kerut dahi. Dan jejaka itu hanya senyum.

Mata Nisa terus bulat, 'Abang Mas!! Lainnya dia!!' Yelah, dulu masa Nisa bermalam dan menghadiri kenduri, muka abang Mas mana ada reaksi. Garang je, ni boleh pulak main senyum. Segera berbisik pada Ma-nya, 'Abang Mas tu ma!'

'Mana dia tahu rumah ni? Ada Mas ke kat dalam? Kata sibuk,' bisik hati Nisa dengan dia terjenguk-jenguk mengintai ke dalam cermin hitam kereta itu. 'Lah, GPS, Waze semua kan ada.' Nisa masih mengomel, tidak perasan hati jejaka di depan pagar rumahnya itu sudah digeletek lucu melihat kelakuannya.

Nisa menyarung selipar dan dibuka pintu pagar. Dipandang muka abang Mas yang masih dia tidak ketahui namanya itu. Abang Mas memandang tepat ke arahnya, dan lelaki itu tersenyum lagi. Nisa terus memandang kaki sendiri.

"Mak.. mak nak jumpa dulu, masuk lah dulu," Mak aih, asal rasa berdebar lain macam je niii. Nisa memang sudah sangat tidak keruan tika ini. Tangannya pun sudah seram sejuk, sambil menuding-nuding menunjukkan pintu rumah, memaksudkan pada abang Mas. Abang Mas hanya senyum, dan melangkah masuk melepasi pagar.

"Assalamualaikum, makcik." Puan Rusna menjawab salam dan senyum luar biasa memandang abang Mas ini. Nisa hanya kaku saja di sofa dua. Puan Rusna mempelawa jus oren dan abang Mas itu minum seteguk.

"Makcik ingat saya lagi tak?" Puan Rusna mengangguk dan tersenyum, "Makcik ingat. Kamu abang Mas kawan Nisa, kan? Tapi nama tulah makcik dah lupa, haha."

Abang Mas tergelak kecil cuma, "Saya Faizul Haiqal, makcik. Makcik panggil Haiqal je dah cukup." Puan Rusna pun ooohhhh, "Kenapa Haiqal yang ambil anak makcik? Mas sibuk, ya?"

Haiqal tunduk sekejap, kemudian dipandang Nisa. Nisa sudah mengangkat kening menunggu jawapan. Kemudian Haiqal memandang Puan Rusna. Suaranya kedengaran penuh confident sekali, "Saya yang nak jemput Nisa sebenarnya, makcik. Alang-alang saya dah jumpa makcik dan Nisa ni, saya nak berterus terang dan nak mintak izin makcik sekali lah."

Puan Rusna sudah beriak macam 'What a man!' Nisa pula sudah bermuka terkejut campur pucat sekali. 'Ada apa ni?'

"Saya sukakan Nisa, makcik. Dan saya sayangkan dia. Dan saya nak minta izin pada makcik untuk saya jaga anak makcik lepas ni. Harini pun saya nak bawak dia jumpa ibu ayah saya bukan sebagai kawan adik saya, Mas. Tapi sebagai calon isteri saya. Sebab itulah, saya beria nak jemput Nisa dan bawa dia jumpa ibu ayah saya sendiri." Haiqal berhenti, dipandang Nisa. Puan Rusna pun turut memandang Nisa. Nisa terus eh eh? What?????!!!!

"Kejap, Angah nak masuk bilik dulu, ma" Terus saja Nisa menonong menuju ke bilik. Masuk saja bilik, terus dihubungi Mas, 'Cepatlah angkat, Massss'. Sebaik saja kawannya itu angkat, terus dia serang Mas bertalu-talu.

"Maaaaaasssss!! Kenapa kau tak cakap akan jadi macam ni?? Abang kau cakap benda tak masuk akal ni. Aku tak faham macam mana boleh jadi macam ni? Bukan dia dah ada makwe ke? Sape nama tu, ha Kak Nabila! Aku ingat lagi tau? Ni dah kenapa sampai dia cakap depan mak aku, dia suka aku, dia sayang aku, calon isteri apa semua ni?! Mas!! Kau!! Sampai hati kau, Mas!! Malu aku wehhhh!!" Nisa sudah memukul-mukul bantal.

Dan reaksi Mas, hanyalah ketawa terbahak-bahak. "Weh! Asal kau gelak, gila?? Ni serius ni, tahu tak??" Mas sudah menekan perut, "Serius ah abang aku cakap macam tu? Hahaha, berani gila dia."

Nisa sudah panas, "Kau orang buat prank ke, Mas? Jahatnyaaa, aku malu wehhhh!" Mas menjawab tenang, "Mana ada prank, Nisa. Semua yang abang aku cakap tu, berita betul." Nisa sudah tidak tahu mahu berkata apa.

Sementara itu di luar, Haiqal menanti kata putus dari Puan Rusna. Puan Rusna memandang Haiqal dalam-dalam. Memang diakui, Haiqal seorang jejaka yang tampan, tinggi pula lagi. Puan Rusna tersenyum, "Makcik baru teringat, Nisa selalu berangan nak ada suami yang tinggi dan kulit sawo matang. Alhamdulillah, Haiqal ada semua tu." Haiqal sudah tersenyum malu sikit.

Puan Rusna tunduk, kembali dipandang Haiqal yang tenang mendengar kata-katanya. "Nisa mahukan percintaan selepas nikah. Makcik yakin, Haiqal mampu tambat hati Nisa. Cuma... makcik nak tanya Haiqal. Haiqal betul ke sayangkan anak makcik? Dia perempuan, tapi masih macam kanak-kanak lagi. Tak berapa matang sebagai wanita.

Dia tak pandai sangat masak. Tapi kalau dia rajin, memang menjadi itu pun lepas tengok resipi kat phone dia. Makcik cuma mintak, Haiqal sabarlah bimbing dia sebagai seorang isteri Haiqal nanti. Nisa sebenarnya hati lembut tapi luaran dia agak kasar. Dan Haiqal dah tahu ke mengenai keluarga makcik, latar belakang keluarga makcik macam mana? Fasal ayah kandung Nisa. Haiqal dah tahu?"

Haiqal mengangguk tenang. "Adik saya dah ceritakan semuanya. InsyaAllah saya tak akan bebankan makcik. Saya akan tolong Nisa perihal ayah kandung dia. Saya nak ambil tangan dia. Dan saya akan pimpin dia dalam segala susah senang termasuk perihal ayah kandung dia. Dan saya tak akan lepaskan tangan dia sampai bila-bila. InsyaAllah, makcik." Haiqal senyum, sangat yakin dan tenang.

Puan Rusna mengangguk, dikesat air mata yang mengalir sedikit. Haiqal senyum dan mencari kata yang sesuai lagi, "Makcik, cuma saya nak tanya, Nisa dah ada yang special ke? Or dia dah ada orang yang dia suka?"

Puan Rusna diam sekejap, lama baru dibalas, "Nisa tak pernah bercinta. Nisa tak pernah ada pakwe pun. Masa dia belajar, masa dia bekerja sekarang ni pun sama je. Tapi Nisa ada seorang kawan lelaki, Haris namanya. Yang tu jelah kawan lelaki yang Nisa rapat. Tapi makcik tahu, Nisa tak sukakan dia. Tapi Haris sukakan Nisa. Kalau Haiqal tanya perihal hati Nisa, hati dia masih belum berpunya. Sebab Nisa memang nak bercinta lepas kahwin."

Puan Rusna senyum dan terdengar bisikan alhamdulillah dari bibir Haiqal. Puan Rusna memang sudah berkenan untuk abang Mas ini menjadi menantunya. Haiqal berani berjumpanya sendiri dan terus merisik anaknya. Dengan penampilan dan keyakinan yang penuh sedia untuk memegang status sebagai suami Nisa.

"Eh, apa yang Nisa buat dekat dalam bilik tu? Kamu pun dah tunggu lama. Sebentar ya, makcik panggilkan." Puan Rusna segera bangun. Haiqal hanya senyum dan mengangguk.

Diketuk pintu bilik Nisa. "Angah, keluarlah. Lama dah abang Mas ni tunggu." Lima saat kemudian, Nisa keluar dengan muka biasa dan dikawal sehabis baik. Nisa memandang belakang Haiqal yang menghadap TV. Dipandang pula Puan Rusna.

Puan Rusna hanya senyum sambil menganggukkan kepalanya sikit. 'Dia betul-betul sayangkan Nisa,' Puan Rusna berbisik. Nisa memandang lama mata Puan Rusna. 'Ma macam dah berkenan sangat dah dengan abang Mas ni. Aduiii... dia cakap apa dengan mak aku sampai muka mak aku terharu gembira happy, teruja macam ni?' Nisa berbisik dalam hati.

"Dah, jom." Puan Rusna menarik tangan Nisa lembut, dibawa ke ruang tamu yang dekat saja dengan bilik Nisa. Haiqal bangun. Nisa setia tunduk dalam dia menyalami tangan Puan Rusna.

"Makcik, saya hantar Nisa petang nanti, ya? Terima kasih jamu saya." Haiqal tundukkan sikit kepalanya dan tersenyum sikit. Puan Rusna pun membalas dengan senyuman. Nisa memang tunduk, sudah tidak diangkat mukanya sudah.

Masuk saja ke dalam kereta, Nisa melambai Puan Rusna yang di muka pintu dengan muka sebek. Haiqal perhati saja, tergelak dia di dalam hati, 'Macamlah nak pergi sambung belajar balik.'

Hilang saja rumahnya dari pandangan, terus Nisa memandang keluar. Tidak memandang depan pun. Dia duduk pun punyalah rapat ke pintu kereta, serupa nak dilekatkan saja badannya ke pintu kereta. Haiqal mengerling, ditahan senyumnya lagi. Sepanjang perjalanan, diam saja dua orang ini. Nisa teringat perbualannya dengan Mas.

"Kenapa dia cakap macam tu dekat mak aku? Kenapa dengan Kak Nabila? Bukan dorang dah lama ke?"

Dan Mas menceritakan semua. Kak Nabila curang dan sudah bernikah pun kerana tak tahan dengan syarat Along yang mahu berkahwin di umur 30 tahun.

"Habis tu? Aku ni? Macam rebound girl je dia buat aku?"

Mas menarik nafas panjang dan menerang panjang lebar sampai dia tak tahu nak cakap apa.

"Nisa, sebenarnya, abang aku ada perasaan suka dekat kau masa kau tidur dekat rumah aku tahun lepas lagi. Tapi dia diamkan aje sebab dia tengah dengan Kak Nabila masa tu. Tapi dia buat istikharah, dan dia nampak kau. Dia cakap sendiri dekat ibu. Lagipun, dia tak bersuara fasal ni sampai setahun dia pendam sebab dia nak perbaiki dan perbaik diri dia.

Jujur, Nisa. Aku tak pernah tengok abang aku serius dan berusaha macam sekarang ni. Dia kerja maritim, dan dia banyak masuk promotion sebab dia taknak tinggalkan kau lama lama. Dia mintak nak kerja di office je. Dan jenguk pangkalan je bila perlu. Tak perlu dia naik kapal sampai bulan-bulan.

Masa dengan Kak Nabila, aku tak nampak dia macam ni. Lagi satu, dia suka kau sebab kau suka layan Icah. Seriously, Nisa. Ini first time aku tengok abang aku berusaha untuk seorang wanita dalam hidup dia. Dan bila Kak Nabila kahwin lain, abang aku tak frust malah dia cakap alhamdulillah sebab Allah dah mudahkan urusan dia. Dia cakap macam tu weh. Hm, aku tahu Nisa, kau terkejut. Tapi percayalah, kami satu family nampak usaha dia untuk jaga kau."

Nisa termenung. 'Betul ke dia jodoh aku yang Allah dah tetapkan? Memang aku nak bercinta lepas nikah, tapi benarkah ini semua cerita jodoh aku yang Allah dah tetapkan? Ya Allah, kuatkan hati aku, berikan aku petunjuk.'

"Nisa?"

Nisa tersentak, terus pusing ke kanan, "Ha, kenapa?" Spontan Nisa bertanya. Haiqal sudah tergelak. 'Gelak saja dia harini, tahun lepas muka garang je,' Nisa mencebik dalam diam.

"Selesa ke Nisa duduk macam tu? Tak sakit ke pinggang terpusing macam tu? Kepala tu tak lenguh ke pusing keluar je?" Nisa sudah malu sendiri. Segera dia tukar posisi dan duduk tegak memandang hadapan. 'Banyak cakap pulak dia,' Nisa masih mengomel perlahan.

"Nisa mengumpat abang, ya?"

Nisa segera crane lehernya ke kanan 90 darjah. "Umur awak berapa?" Tak selesalah nak panggil abang, disambung di dalam hati. "Emm, tahun ni dah 28 dah," Haiqal menjawab selamba sambil jemarinya menggedang-gedang stereng kereta. Nisa hanya oohhh, 'Aku baru 24.' Haiqal senyum, 'Dah boleh borak macam biasa.'

"Nisa kerja apa sekarang?" Nisa main-main jari. "Kerja biasa-biasa je." Senyap lagi. "Nisa nak tahu? Icah rindu sangat dekat Nisa." Terus kepala Nisa pandang menghala ke arah Haiqal, "Icah apa khabar? Saya pun rindu dia jugak. Dah lama tak jumpa dia, busy sangat. Sedih." Nisa buat mulut muncung. Baru tersedar dia terlepas laku, terus tunduk bermain jari. Haiqal tergelak perlahan, 'She's so cute!'

"Icah okay je. Dia selalu cerita Kak Nisa itu Kak Nisa ini. Dia selalu bukak gambar Nisa bila abang cakap, ni lah bakal kakak baru Icah," Haiqal bersuara sambil mengerling Nisa di sebelah. Dia boleh nampak pipi putih gadis itu sudah mula memerah.

Nisa tetap seperti dulu. Cuma bedak compact dan lipstik nipis. Tapi blusher semula jadi dia paling menawan. Haiqal senyum lagi. Nisa dah malu sampai rasa nak tutup muka dengan beg tapi ditahan.

Nisa bertanya perlahan, "Kenapa awak nak jadikan saya isteri awak?" Haiqal senyum senang dan menjawab yakin, "Sebab abang yakin dengan jodoh Allah untuk abang which is you, sayang."

Nisa memandang muka Haiqal dan senyuman Haiqal. Haiqal juga turut memandangnya. Nasib baik sedang lampu merah ni. Nisa terus tunduk dan diam. Muka merah sudah rasa serupa dengan cili sos Life dah ni.

⁜⁜⁜

Honda putih belok ke kiri. Baru lah Nisa mengangkat muka. 'Eh, dah sampai?' Nisa boleh nampak, ada Puan Mariah, Mas, Na, Wani, Icah, Encik Ikmal. Baru dia berfikir, 'Aku nak act macam mana ni? Ya Allah, malunya akuuuu.'

Nisa terkebil-kebil memandang hadapan, ke arah family Mas yang tersengih-sengih di depan pintu itu. Haiqal tarik handbrake, dipandang Nisa, "Nisa okay? Ke Nisa malu? Takpe, abang ada, buat biasa je."

Nisa memandang Haiqal, eiii. 'Kalau aku tak kenal abang Mas yang dulu, aku yakin 100% ni orang lain, bukannya abang Mas. Banyak cakap pulak mulut dia, bahagia sangatlah tu.'

Nisa bersama Haiqal keluar serentak. Nisa melangkah perlahan di belakang Haiqal. Dipandang Haiqal yang menyalami tangan Puan Mariah dan Encik Ikmal. Nisa tak tahan dengan sengihan di muka Mas, Na dan Wani.

Nisa senyum, dibuat biasa dan segera bersalam dengan ibu Mas. "Apa khabar, makcik?" Ibu Mas terus menariknya ke dalam pelukan dan bersuara kuat, "Bukan makcik dah. Panggil je ibu terus." Yang lain kecuali Haiqal dan Encik Ikmal dah riuh, "Woooooooo." Nisa hanya mampu senyum dan tunduk, muka merah memang semua sudah perasan dah.

Icah terus memeluk Nisa, "Kak Nisa, kakak baru Icah." Lagi sekali semua woooo. Icah memandang semua dan terus berbunyi, "Betullah. Along cakap ni kakak baru Icah." Nisa senyum saja sambil memeluk bahu budak berumur 5 tahun ini. Yang lain terus tergelak. Haiqal hanya memandang Nisa tika ini. Nisa memang muka merah serupa apa dah. Tunduk saja, tersengih saja, garu kepala saja.

"Icah yang kecik pun tahu, haha." Na berkata kuat. Puan Mariah yang berasa kasihan dengan keadaan Nisa terus mengajak mereka semua masuk. Nisa berterima kasih pada Puan Mariah dalam diam.

Di meja makan, Haiqal duduk di sebelah kiri penjuru meja. Diajak Nisa duduk di sebelahnya. Nisa pun duduk saja terus. Lagi sekali, Mas mengusik kuat, "Ibu, tengok lah ni Ibu, dah boleh sanding terus dah, sepadan gila haaa." Nisa malu gilaaaaaaa!!! Terus dia bangun, duduk di belah kanan meja. Agak jauh dari Haiqal. Haiqal hanya senyum dan tergelak perlahan.

Tika makan, Encik Ikmal menegur, "Kenapa muka Korea makin kurus? Tak makan ke? Tambahlah lagi nasi." Encik Ikmal memang memanggilnya Korea. Dari zaman matrikulasi lagi. Dia pertama kali bermalam di rumah ini dahulu, kerana zaman itu, Nisa gila Korea hehe.

Nisa hanya menggeleng dengan lidah terjelir-jelir, "Pedas." Terus diteguk gelas airnya yang diisi untuk kali keempat. Yang lain semua gelak. Na menambah, "Kak Nisa tak berubah ubah, innocent macam tu lah jugak."

"Innocent pun, ada orang minat haa. Siap nak jadikan isteri lagi," Mas mengusik dalam dia mengerling Nisa. Nisa sudah bulat mata memandang Mas. Dibagi amaran, 'Jangan lah cerita dekat sini' dengan jegilan matanya

Tapi Mas tak peduli. "Ibu dah tahu lah dah, Nisa. Aku dah bagitahu dia apa yang Along cakap dekat mak kau masa dekat rumah tadi haa." Yang lain semua kihkih gelak dalam mengunyah makanan. Nisa pandang Haiqal, terkejut mukanya. Haiqal boleh selamba je minum air dan ceduk kuah, dia takdek perasaan ke?

Sesudah makan, Nisa membantu ibu Mas mencuci pinggan, mengemas dapur. Nisa duduk melepak di meja makan. Mas dan Na keluar, mengambil pesanan sate yang dipesan. Wani bersama Icah. Haiqal tengah solat kot. Sudah zuhur.

Nisa meneguk air suam. Dengan senyuman, Puan Mariah duduk di meja makan berhadapan Nisa. Nisa membalas senyuman Puan Mariah, teragak agak mahu bertanya. Puan Mariah perasan. "Nisa ada nak tanya apa-apa pada ibu ke?" Nisa terus angkat muka dan sengih, "Err, ada. Ibu, Nisa masih terkejut. Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Mendadaknya."

Puan Mariah hanya senyum, "Haiqal anak ibu. Semuanya dia akan luah dan cerita pada ibu. Dan dia cakap pada ibu fasal Nisa. Sebenarnya malam kita balik makan ikan bakar tu, ibu terbangun jam 2 pagi, ibu sakit perut. Bila ibu nak masuk bilik, ibu nampak Haiqal termenung dekat sofa di ruangan depan tu. Ibu tegur, dan Haiqal cakap. Tadi dia nampak aurat Nisa, dia nampak rambut hitam Nisa, dia nampak leher Nisa, dia nampak collarbone Nisa."

Puan Mariah mengerling Nisa dalam dia bercerita. Nisa spontan teringat, tika itu dia baru keluar selepas mengambil wudhu'.

"Dia cakap, dia tak boleh lupakan muka Nisa dan aurat Nisa. Dia berdebar tak berhenti. Dia tak faham kenapa dia rasa macam tu. Dia rasa malu ada sebab dia tengah dengan Nabila masa tu. Lagi pula, dia berperasaan bukan-bukan masa tu. Tapi pada pandangan ibu, Haiqal tak cintakan Nabila. Haiqal dengan Nabila pun sebab Nabila yang mengurat Haiqal dulu.

Ibu hanya senyum je masa Haiqal cerita macam tu. Jadi ibu hanya cakap, ibu serahkan semua pada dia. Haiqal dah besar lagipun, Haiqal boleh fikir apa yang terbaik dan betul untuk diri dia. Dia buat solat istikharah sendiri, ibu tak bagi cadangan pun.

Lepas sebulan kejadian tu, dia call ibu. Dia tekad nak jadikan Nisa isteri dia. Dia mungkin tak balik lama sebab dia nak kerja keras kat sana. Supaya tahun ni dia tak perlu tinggalkan Nisa bila Nisa dah jadi menantu ibu. Macam mana dia boleh bertekad nak jadikan Nisa isteri dia, ibu tak tahu. Tapi ibu faham hati dia, dia anak sulung ibu, Nisa. Ibu tahu ini pertama kali Haiqal betul-betul yakin dengan keputusan jodoh dia.

Masa dia dengan Nabila, ibu tak nampak dia berusaha macam ni dan yakin macam ni. Kemudian, ibu senyum je sebab ibu memang dah sukakan Nisa. Kalau Angah tu lelaki, dah lama ibu jodohkan Nisa dengan Angah." Nisa ketawa perlahan, menutup gemuruh di hati.

"Ibu cuma cakap, alhamdulillah tapi Nabila macam mana? Haiqal diam mungkin dia tak tahu nak buat macam mana atau mungkin dia tak sampai hati nak nyatakan pada Nabila. Tapi pada ibu, Nabila tak berapa serasi dalam keluarga kami. Tiga kali ke empat kali dia jumpa ibu dengan ayah padahal dah lama mereka couple kalau diikutkan. Dia tak berapa suka dengan Icah mungkin sebab dia sendiri yang buat diri dia janggal macam tu.

Tapi Allah mudahkan urusan Haiqal. Bila Haiqal sendiri call ibu dan cakap, Nabila dah kahwin. Ibu terkejut sebab Haiqal nyatakan berita tu masa Haiqal di perantauan lagi, di atas kapal lagi. Kiranya, Nabila kahwin senyap-senyap dengan jodoh yang mak ayah dia pilihkan. Haiqal cuma cakap tahniah pada Nabila dan alhamdulillah pada ibu."

Nisa senyap, cuba mencerna semua. "Tapi kenapa baru sekarang dia cakap? Tiba-tiba pulak tu. Padahal kami tak pernah contact pun sebelum ni?"

Puan Mariah senyum. Lembut dibalas, "Dia taknak ajak Nisa buat maksiat dengan bercinta sebagai kekasih. Dia nak Nisa dapat pahala dengan bercinta sebagai suami isteri. Tahun ni baru dia nyatakan, sebab dia memang cakap pada ibu, lepas setahun dia tekad akan meminang Nisa dan jadikan Nisa isteri dia yang sah."

Nisa terkedu, terus tunduk memandang gelas. Tangannya disentuh lembut oleh Puan Mariah. Tapi dibiarkan dengan dia masih menunduk.

"Nisa, ibu yakin dengan anak ibu. Ibu yakin dia cintakan Nisa. Dia sayangkan Nisa sangat-sangat. Pagi-pagi buta masa pertama kali dia cakap perkara ni pada ibu, dia sedih. Sebab tu last dia jumpa Nisa. Petang tu Nisa dah balik rumah, kan? Masa petang Nisa nak balik tu, Haiqal sedih sangat. Masa dengan Nabila, biasa je Haiqal masa nak pergi belayar balik."

Nisa masih tunduk. Dia teringat ketika dia minum petang bersama Puan Mariah dan Encik Ikmal di meja makan, sebelum mereka menghantarnya pulang ke rumah dulu. Masa itu mungkin, yang Puan Mariah maksudkan.

Tiba-tiba Mas hadir di belakang Nisa. "Ibu dah ceritakan semua ke?" Nisa masih tidak mengangkat muka. Puan Mariah hanya angguk. Mas pula menarik tangan Nisa, "Nisa, jom ke pondok luar jap. Aku nak cakap sikit." Barulah Nisa angkat muka dan menurut.

Di pondok luar rumah, Nisa masih tunduk. Mas memandang Nisa. "Kau suka abang aku tak?" Nisa angkat muka pelik. Mas hanya senyum.

"Kau mungkin tak suka atau tak berminat pun dekat abang aku. Tapi aku kenal abang aku macam mana, Nisa. Aku boleh nampak dia sangat sayangkan kau. Lebih dari masa dia dengan Kak Nabila dulu. Masa dengan Kak Nabila, aku tak pernah nampak pun perhatian pada Kak Nabila dia bagi. Kalau apa-apa, Kak Nabila yang akan mulakan dulu. Ibu cakap, fasal perasaan suka dia pada kau sebelum kau balik rumah lagi masa kau tidur rumah aku, kan?" Nisa hanya angguk.

"Itu pun dia cakap pada ibu. Aku tak tahu-menahu fasal perkara ni pun sebab Along aku mintak supaya jangan cerita pada adik-adik. Aku baru tahu pun masa kenduri doa selamat dekat rumah aku. Kau dengan mak kau dengan adik kau ada datang, kan? Masa tu dia cuti, kan? Selama setahun dia belayar, yang tu jelah dia cuti, dua minggu je. Masa tu baru dia cerita pada aku, beberapa hari lepas kenduri, hari last dia cuti.

Masa tu aku nampak Along aku dah berubah. Dia macam lagi light, lagi cerah. Maksud aku bukan kulit dia tapi sinar muka dia, macam orang bahagia sangat. Aku ingatkan kenapa dia tiba-tiba nak ajak aku sembang dekat kedai cendol tu, rupa-rupanya dia nak tahu fasal kau. Dia nak tanya fasal diri kau, family kau, semuanya. Dan aku ceritakan semua.

Fasal ayah kandung kau yang kau tak pernah jumpa. Abang-abang tiri kau yang tak suka kau dengan mak kau. Fasal adik kau, fasal kakak kau, semuanya. Dan aku ceritakan sekali fasal sakit mak kau. Dan kau, kau tak boleh penat sangat, nanti kau pengsan. Hahaha."

Nisa senyum,. Ha,ah, itu kelemahannya. Dia tidak boleh terlampau penat atau terlalu banyak memikir. Nanti pengsan. Akibat masalah kekurangan gula yang dihidapinya dari dulu.

"Bila aku dah siap cerita, baru aku berani tanya. Kenapa Along tanya? Aku dah syak masa awal-awal dia tanya tu, Along aku mesti suka kau. Tapi aku nak kan kepastian. Along aku dengan senyuman yakin dia, dengan tenangnya, dia cakap, dia nak jadikan kau isteri dia.

Aku memang terkejut gila, sangat-sangat terkejut. Dan baru dia ceritakan kisah dia pula. Perasaan dia first time nampak kau. Apa yang dia cakap pada ibu. Fasal Kak Nabila kahwin tanpa bagitahu dia. Dia ceritakan semua pada aku. Aku serba salah nak cerita dekat kau sebab taknak kau terkejut bila Along aku tiba-tiba melamar kau nanti. Tapi dia cakap, dia memang nak buat tiba-tiba sebab dia hanya nak bercinta, nak memandang kau dengan perasaan cinta, nak jaga kau, nak call lama-lama, nak borak lama-lama, bila korang dah kahwin. So, sebab tu lah boleh jadi macam ni."

Mas senyum memandang Nisa. Nisa masih dengan muka merah dan kembali tunduk. "Kau tak sukakan abang aku sangat-sangat ke?"

Nisa angkat muka, "Aku suka je sebab aku tak bencikan dia pun. Okay je. Tapi aku tak cintakan dia, aku tak sayangkan dia. Aku tak tahu macam mana nak sayangkan orang. Kau pun tahu kan, aku tak pernah bercinta. Aku memang nak bercinta lepas nikah. Tapi sekarang, aku macam tak layak nak jadi seorang isteri. Aku banyak kelemahan, Mas. Nampak je aku macam ni. Tapi aku tak pandai dalam banyak benda. Macam mana? Aku dah macam budak-budak lagi. Boleh ke nak jadi isteri dia, dan kakak ipar kau?" Muka Nisa sudah beriak mahu menangis.

Mas senyum, 'Memang nampak Nisa masih budak-budak lagi.' Mas menyambung, "Abang aku tahu kau macam mana sebab aku dah warning abang aku awal-awal kau macam mana. Dan.... dia tengok sendiri dah perangai kau macam mana. Aku tunjuk semua video yang aku rakam fasal kau. Dari matrik sampai yang kita keluar sama-sama tahun lepas. Video kau main pantai dekat phone Na pun, dekat Pantai Leleh tahun lepas tu, Na tunjuk pada abang aku, tau."

Mas ketawa tak berhenti. Nisa dah bulat mata. "Weh, asal tunjuk? Bongok..." Nisa muncung, muka merah. Semua video tu entah apa-apa kot. Nisa nampak clumsy gila, budak-budak gila dalam semua video tu, aci tangkap muat je. Dahlah semua video tu, dia menjerit-jerit, cakap lepas je.

"Tapi takpe, Nisa. Semua yang kau risau tu boleh belajar lepas kahwin, kan? Dan yang paling penting, abang aku boleh ajar kau macam mana nak bercinta dan macam mana nak jadi seorang isteri yang akan dibanggakan."

Mas senyum, Nisa hanya senyum tawar. "Tapi..." Mas angkat tangan dan terus bersuara, "Dah. Tu abang aku nak cakap dengan kau. Apa yang kau tak puas hati, kau boleh cakap pada dia, ya? Aku nak hidang sate, kang kita nak makan pulak." Terus Mas angkat kaki Nisa baru perasan akan Haiqal ada memerhati di pintu dapur.

Nisa kembali tunduk. Haiqal semakin menghampiri. "Cerita apa dengan Angah?" Nisa angkat muka, buat sebiasa mungkin, "Tak ada apa. Saja borak-borak benda biasa." Haiqal memandang Nisa dan mengangguk sikit. Nisa mengerling Haiqal sekilas.

Keduanya diam. Selepas lima minit, Nisa memanggil perlahan, "Awak." Haiqal memandang sebelahnya, hanya hmm? dengan senyum dan kening yang diangkat.

"Saya nak tanya sikit, Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Saya tak matang pun, macam budak-budak lagi. Nanti saya tak jadi isteri yang baik." Nisa berwajah sedih dengan keningnya sudah melengkung ke bawah. Haiqal hanya senyum, 'Dia tak confident dengan diri dia.'

"Abang yakin Nisa jodoh abang. Abang tahu Nisa risau dengan ketidaksempurnaan Nisa. Tapi satu je abang nak cakap. Semua ketidaksempurnaan Nisa tu, abang rasa dah sempurna. Sebab abang ada untuk make it perfect. Okay, sayang?" Haiqal tersenyum manis.

Nisa kerut kening, pipi sudah mula memerah. "Saya tak pandai masak lah."

"Abang pandai masak." Nisa kerut muka lagi.

"Saya macam budak-budak. Saya suka tengok cerita Naruto. Saya tak macam wanita matang yang layak untuk kahwin." Nisa menyatakan terus.

"That perangai of budak-budak, yang abang rasa sangat perfect and suits you."

"Saya takut, saya takut saya tak boleh. Saya macam mentah lagi, sangat-sangat hijau lagi." Nisa sudah agak terketar-ketar suaranya. Haiqal mula pandang Nisa dalam-dalam, 'Dia takut sangat ni. Oh comelnya, sebijik budak-budak.'

"Nisa, perkahwinan itu satu ibadah mulia. Nisa rasa Nisa tak ready. Nisa rasa Nisa tak boleh nak pegang tanggungjawab seorang isteri. Nisa rasa Nisa tak mampu, tapi Allah dah tentukan dan abang katakan, Nisa mampu.

Dan perkahwinan itu bukan Nisa sorang kena tanggung. Abang akan ada sentiasa dengan Nisa. Abang pun masih banyak lagi nak belajar. Kita sama-sama belajar ya untuk perkahwinan kita? Nisa jangan risau sebab abang akan bimbing Nisa bila-bila masa yang Nisa nak. Dan abang akan sentiasa ada untuk Nisa bila Nisa tak faham atau bila Nisa tak tahu nak buat apa. Abang sentiasa ada, okay?"

Nisa pandang muka Haiqal dan diangguk-anggukkan saja kepala. "Tapi, awak tahu kan fasal ayah kandung saya?"

Haiqal hanya senyum dan turut mengangguk mengiyakan. "Takpe. Kita cari sama-sama. Abang sentiasa ada untuk Nisa. Abang ada kawan-kawan yang boleh tolong kita."

"Banyak kerja nak kahwin ni," Nisa tak habis rasa takutnya lagi.

Haiqal tergelak, "Nisa, kenapa takut sangat ni? Abang kan ada. Kita yang nak kahwin. Jadi, kita kena settle sama-sama. Bukan Nisa sorang. Okay, sayang? Jangan fikir dah. I'm here."

Nisa terus memandang bawah, 'Aku tak boleh lah bila dia cakap sayang.' Haiqal pun perasan benda yang sama, 'Pipi dia akan merah gila bila aku panggil dia sayang.' Haiqal senyum lucu.

"Nisa ada nak tanya apa-apa lagi?" Nisa angkat kepala, "Awak dengan Kak Nabila macam mana? Saya nak tahu dari awal boleh?"

Haiqal senyum, "Abang dengan Kak Nabila belajar sama-sama dulu. Tapi course lain-lain. Abang tak tahu pun dia dah suka abang. Dia hantar surat nak berkawan. Abang pun terima jelah.

Abang bawak dia jumpa ibu ayah sebab abang memang anggap dia teman perempuan abang masa tu. Satu- satunya teman perempuan abang. Tapi baru empat kali jumpa, abang tahu ibu tak selesa dengan dia. Sebab Nabila memang high profile sikit. Icah pun tak selesa dengan dia. Tapi abang terus berkawan dengan dia, sebab dia okay je.

Tapi tahun lepas, tak ada angin tak ada ribut, abang dapat tahu dia dah kahwin. Itu pun dari kawan abang. Jujurnya abang cakap, alhamdulillah. Sebab dia dah jumpa kebahagiaan dia. Dan abang pun dah jumpa kebahagiaan abang iaitu Nisa. Em, abang anggap Nabila kawan je sekarang. Sebab abang dah ada rasa sayang rasa cinta. Ini semua baru abang rasa, semuanya sebab Nisa."

Haiqal toleh ke arah Nisa. Nisa tak tahu nak bagi reaksi bagaimana. Dia hanya tunduk bermain jari seperti biasanya. Pipi memang tambah merah lagi.

"Nisa dah habis tanya ke?" Nisa hanya angguk perlahan. "Okay. Abang pulak nak tanya. Siapa Haris?" Terus Nisa angkat muka, "Mana awak tahu?" Haiqal hanya angkat bahu dan menjawab dengan senyuman, "Mak Nisa bagitahu abang."

Nisa tunduk balik, membuatkan Haiqal kena menunduk untuk mencari wajah Nisa, "Nisa suka dia?" Nisa angkat kepala mendadak, "Tak! Nisa tak suka dia. Dia kawan Nisa je. Nisa anggap dia kawan rapat je sebab dari sekolah asrama kami contact dan dia selalu datang rumah Nisa ajak keluar makan, sebab dia nak copy movies apa semua. Tapi..."

Nisa kembali tunduk. Haiqal menyambung soalan, "Tapi?" Nisa bersuara perlahan. Membuatkan Haiqal perlu tunduk muka untuk mendengar. "Dia ada cakap dia suka Nisa tapi Nisa cakap elok-elok yang Nisa anggap dia kawan rapat je. Macam tu je. Nisa tak suka dia pun, betul."

Haiqal tersenyum dan bertanya lagi, "Bila yang dia confess pada Nisa?" Nisa angkat muka dan mengingat balik, "Masa Nisa dekat Tingkatan 4." Nisa pandang Haiqal, naif.

Haiqal tanya lagi, "Sekali tu je?" Nisa geleng, "Masa Nisa kat final year pun dia ada cakap suka. Tapi Nisa tetap anggap kawan jugak." Haiqal mengangguk-angguk dan akhirnya berkata, "Nanti bawak abang jumpa dia. Abang nak ajak dia ke majlis kita nanti."

Nisa dah berkerut kening, "Majlis apa?" Haiqal senyum tenang, "Seminggu lagi, abang hantar rombongan meminang Nisa. Dan sebulan kemudian, kita nikah. Ya, sayang?"

Nisa terbeliak, kalau matanya boleh tercabut, dah lama bergolek-golek di atas tanah. "Kenapa cepat sangat? Sebulan??" Haiqal hanya angguk dengan confident, "Em. Takpa, Nisa. Sempat untuk kita cari ayah Nisa dalam sebulan tu. Nak settlekan semua sijil berkaitan. Okay, Nisa?"

Nisa ternganga tak percaya. Haiqal mengangkat punggung. Dipandang Nisa, "Jom, naik? Makan sate?" Serius, Nisa rasa mahu ketuk kepala Haiqal tika ini.

⁜⁜⁜

Nisa tarik Mas ke dalam bilik. Mas pelik. Nisa pegang bahu Mas, terus bersuara terang, "Abang kau nak meminang aku seminggu dari sekarang." Mas hanya tergelak dan menggelengkan kepala, serupa sangat lawak ayat Nisa itu.

"Iya. Satu family dah tahu plan dia. Sebulan korang sah jadi suami isteri dan sah as kakak ipar aku. Yay! Aku ada kakak ipar comel!" Terus Mas peluk Nisa. Nisa terkial-kial menolak, "Weh, cepatnya! Aku ingatkan nikah tahun depan ke. Dia kan cakap nak kahwin umur 30? Sekarang dia baru 28. Mas, apa niiii??!!"

Mas hanya ketawa panjang. Diajak Nisa duduk di atas katil. "Nisa, kan abang aku taknak buat maksiat dengan kau. Dia nak menyayangi kau dengan kata-kata sebenarnya dan semakin menyayangi kau sebagai suami pada isterinya. Bukan sebagai pakwe kepada makwenya. Faham, Nisa?"

Nisa dah muka haaaaaa?! Mas ketawa, dipeluk Nisa ini. "Don't worry lah. Abang aku akan jaga kau dan tolong kau. Dia memang responsible punya orang. Dan kau kena ingat, dia sayangkan kau sangat-sangat."

Nisa tidak tahu mahu membalas apa. Dalam hatinya, 'Puaslah nak minta cuti. Nak bagitahu makcik-makcik kau, pakcik-pakcik kau, kawan-kawan kau. Ya Allah, kuatkan lah aku.'

Tika menjamu sate, even dengan banyak berita terkejut yang Nisa baru tahu, seleranya tetap tinggi. Berbelas-belas cucuk sate dia ambil untuk dia seorang.

Satu family dah tahu selera Nisa bagaimana. Wani tengok je selera Kak Nisa ni. "Kak Nisa, kenapa Kak Nisa makan banyak tapi badan tak naik-naik? Sama je macam raya tahun lepas, dengkinya." Wani kerut dahi. Wani antara yang paling chubby dalam kalangan anak perempuan Puan Mariah. Nisa hanya tergelak dan terus mengunyah. Mas yang menjawab, "Dia ada metabolism tinggi, tu yang macam tu."

"Lagi satu, dia suka makan sayur. Bukan macam kau orang semua," Puan Mariah menambah sambil mengerling Mas dan Wani. "Nanti, kalau Kak Nisa gemuk. Masa mengandung kan selalu naik badan. Along suka Kak Nisa lagi ke?" Na bertanya soalan luar silibus.

Nisa spontan tersedak. Segera diambil air dan diteguk rakus. Mas dalam ketawa, cepat-cepat menggosok belakang Nisa. 'Allah peritnya, apa lah Na ni,' Nisa malu sendiri.

Haiqal hanya senyum sumbing dan menjawab dengan muka tenangnya tu, "Mestilah Along suka. Takkan Along tak suka pulak. Tambah-tambah lagi Nisa tengah pregnantkan anak Along."

"Nak pergi tandas jap." Spontan Nisa bangun. Yang lain semua ketawa termasuk Icah sekali even tak faham apa-apa pun.

Di dalam tandas, Nisa berdiri di depan cermin. Dikipas-kipas wajahnya yang sudah rasa serupa mahu meletup, 'Kenapa Na mesti bukak topik fasal pregnant dan anak?' Nisa menggeleng-geleng serupa nak cabut kepala.

________



Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro