3│ayah kandung

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

join telegram channel saya: @apersontimetable kalau tk jumpa, search lah di google


"Nisa dah solat asar?" Haiqal bertanya terus sebaik ternampak Nisa yang sedang menonton Super Spontan. Nisa pusing kiri, teragak-agak mahu menjawab. Terkebil-kebil dia memandang Haiqal.

Mas pula yang rajin nak menjawab di sebelahnya. "Dia period, Long." Nisa terus tepuk kuat paha Mas. "Aduh!!!" Haiqal senyum senget sahaja, "Abang solat dulu. Nanti abang hantar Nisa. Abang nak jumpa mak Nisa sekali. Okay?" Nisa hanya angguk, masih juga terkebil-kebil.

"Kenapa yang kau tengok muka abang aku sampai tak terkeluar suara tu?" Mas mula sibuk di sebelah. Nisa berbisik, "Handsomenya abang kau." Mas terus terbahak-bahak. Terus ditutup mulut, nanti kena marah mengilai macam kuntilanak. "Kau baru sedar ke?"

Nisa angguk-angguk, "Dulu aku tengok manis je. Ni handsome. Janggut sejemput dia win." Nisa senyum ikhlas. Mas sudah menolak-nolak bahu Nisa, "Baguslah handsome. Nanti muka tu lah yang akan peluk kau. Dan muka tulah yang first kau nampak bila bangun pagi." Nisa terus bulat mata, terus tunduk. Pipi dah keluar natural blusher dia.

Mas hanya senyum dan menambah, "Yelah. Dulu mana ada orang nak perasan handsome dia. Sebab muka dia garang je jarang senyum. Sekarang dia dah tak macam dulu. Dia lagi tenang, lagi murah dengan senyuman. Tapi pendiam masih lagi sama." Nisa hanya diam, mendengar saja.

"Padanlah dengan kau, kan? Kau mulut macam tak cukup satu. Dia diam je, hahaha." Nisa terus tampar bahu Mas. Mas hanya sengih, "Tapi, aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat. Moga dia syurga kau, dan kau syurga dia. Aminnn." Nisa hanya senyum nipis dengan mata ke riba.

"Aku tahu kau masih tak yakin, masih takut nak kahwin, sebab terlampau tiba-tiba apa semua. Tapi aku tahu kau mampu jaga abang aku baik-baik. Macam mana abang aku akan jaga kau nanti. Kau doa banyak-banyak. Moga dimudahkan, ya?

Memang dengar macam aku cakap senang, sebab aku tak rasa. Tapi aku yakin, bila dipermudahkan semua, aku yakin ini yang terbaik dan suratan terbaik Allah untuk kau. Kau boleh, Nisa. Jangan terlampau rendah diri dan tak yakin. Seru kau dah sampai." Mas senyum lebar, meyakinkan Nisa.

Nisa memandang Mas dalam senyum, "Doakan aku tau." Mas senyum juga, dipeluk Nisa, ditepuk perlahan belakang Nisa, 'Nisa memang budak- budak. Masa zaman matrik pun, dipanggil maknae. Bongsu sangat rupanya padahal anak kedua.'

⁜⁜⁜


Di dalam kereta, Nisa diam saja di sebelah, tak tahu nak cakap apa. Haiqal bermain dengan cerita Angah di dalam kepala.

Angah cakap, Nisa tak pernah jumpa ayah kandungnya. Ayah kandung Nisa seorang warga Thailand. Memeluk Islam kerana mengahwini mak Nisa. Dan Nisa ada seorang kakak lain ayah dan dua orang abang tiri yang sering muncul dalam drama hidupnya.

Jadi, Haiqal mengambil keputusan untuk bertanya, "Nisa memang tak pernah jumpa ayah kandung Nisa, kan?"

Nisa pandang Haiqal, dan hanya menggelengkan kepala, "Tak pernah. Tapi pernah tengok muka. Tapi sekarang dah tak ingat. Tengok muka tu pun dekat surat khabar, sebab makcik tunjuk. Surat khabar tu pun dah lebih 10 tahun rasanya. Last seen dia dekat Terengganu based on surat khabar tu. So, sekarang dah tak tahu dia still hidup or what. Still dekat Terengganu ke apa ke."

Haiqal mengangguk faham. Nisa menambah, "Saya nak jumpa dia sekali je sebab nak tengok muka dia depan-depan. Tapi mak tak bagi cari, sebab mak trauma dengan ayah kandung saya tu."

Haiqal pandang Nisa, "Angah dah bagitahu abang. Ayah kandung Nisa selalu pukul mak Nisa masa mengandungkan adik Nisa, kan?" Nisa angguk. "Sekarang adik Nisa dekat mana?" Nisa menjawab tenang, "Adik kandung dekat Subang, kerja chef dekat sana. Yang lain ayah, ada dekat rumah sekarang, kami duduk bertiga."

"Yang dekat rumah tu, adik yang mak Nisa berkahwin dengan arwah pakcik Felda tu, kan?" Nisa terus pandang Haiqal, 'Memang Mas citer semua ke pada dia ni?'

"Awak, Mas citer semua ke pada awak fasal family saya? Kisah saya complicated tau. Awak tak pening ke?" Haiqal menoleh sekilas dalam dia membelok ke kiri. Dia tersenyum sahaja, "Abang hafal dah semua fasal family Nisa. Nak dengar?" Nisa melopong sekejap, dan cuma mengangguk.

"Okay. Mak Nisa kahwin sebanyak empat kali. Bermula dengan Nisa sendiri tak ingat siapa nama kan tapi berkaitan dengan Felda or Felcra macam tu. Mak Nisa hanya digunakan untuk itu. Lelaki tu kahwin dengan mak Nisa sebab nak hak atau harta Felda. Nisa sendiri tak ingat sebab mak Nisa taknak cerita sangat.

Kemudian perkahwinan kedua, dengan Encik Ahmad. Mak Nisa dimadukan. Dan anak mak Nisa dengan Encik Ahmad diambil oleh madu mak Nisa. Sebab tu Nisa tak pernah jumpa kakak Nisa tu. Tapi sekarang kakak Nisa tu dah kahwin dengan orang Johor. Nisa jumpa kakak Nisa tu masa Nisa kat Tingkatan 2. Masa tu baru Nisa tahu fasal mak Nisa punya kisah sebelum- sebelum ni.

Dan ketiga dengan Encik Alias, bangsa Thailand. Dan Nisa dilahirkan dengan adik Nisa yang kerja di Subang sekarang ni. Mak Nisa terlampau trauma dengan Encik Alias sebab Encik Alias selalu pukul mak Nisa sehingga mak Nisa melarikan diri dengan adik Nisa dalam perut masa tu. Tapi dengan Encik Alias ni, mak Nisa cakap percintaan yang sebenar.

Kemudian, last sekali yang keempat, dengan Encik Mat Zan, seorang duda dari Felda Chini. Mak Nisa kahwin masa Nisa darjah satu, kan? Kecil lagi. Arwah ni sayangkan mak Nisa sangat-sangat tapi anak-anaknya tak sukakan mak tiri iaitu mak Nisa.

Arwah ada empat orang anak. Dua abang tiri Nisa dan dua kakak tiri Nisa. Mak Nisa pernah mengatakan ini perkahwinan yang paling dikesali sebab abang-abang tiri Nisa tak sukakan mak Nisa dan family, kan? Mak Nisa cakap, kalau dia tak kahwin dengan arwah, hidup mak Nisa dan adik Nisa tak akan kusut dan teruk dengan kes-kes harta Felda dan penindasan abang-abang tiri tu.

Mak Nisa hampir dapat bantuan tapi sebab mak Nisa percayakan arwah, mak Nisa tolak bantuan besar tu, bantuan dari kerajaan tu. Dan nikah dengan arwah. Arwah meninggal masa Nisa di Tingkatan 2 lepas jumpa kakak Nisa tu.

Sejak tu, hidup mak Nisa dan adik-adik susah sebab ditindas adik-beradik tiri. Lagi pulak, mak tak dapat hak sebagai Felda pun. Dan, bila Nisa dah habis belajar, Nisa dan adik bawak mak duduk di Kuantan je terus."

Haiqal tarik nafas dan menyambung. "Nisa lahir dekat Terengganu tapi semua anak-anak mak Nisa yang lain, lahir di Pahang. Lepas mak Nisa lari dari ayah kandung Nisa, Nisa dan mak dan adik kandung Nisa duduk di Seri Damai, Kuantan. Pastu Nisa dalam darjah 1, pindah ke Felda Chini sebab mak Nisa berkahwin dengan arwah Mat Zan. Dan dengan arwah inilah Nisa rasa ada seorang ayah.

Kemudian, bila Nisa kat Tingkatan 2, arwah meninggal. Nisa kemudian sambung belajar di Terengganu, dan adik Nisa kerja di Kuantan. Mak Nisa masih di Chini dengan adik bongsu Nisa. Lepas tu, sebab tak tahan dengan keadaan rumah yang uzur dan abang-abang tiri, adik kandung Nisa ajak duduk di Kuantan.

Baru tahun lepas Nisa duduk di bandar Kuantan, kan? Tahun lepas, family Nisa ada masalah banyak. Nisa dan adik kandung Nisa kerja keras untuk awal-awal adapt kehidupan di bandar, kan? Untuk rumah lagi, untuk perabot rumah lagi, untuk makan lagi, kan?"

Nisa pandang tak berkelip, "Kenapa awak nak ingat semua tu?"

Haiqal senyum dalam membalas, "Sebab abang akan protect Nisa dan family Nisa lepas ni. Kalau ada apa-apa, berita lama hidup Nisa atau kisah lama berkaitan family Nisa tiba- tiba muncul, abang dah tahu semua tu dan abang boleh membantu mana perlu. Tambah pula, bukan saja kebajikan Nisa abang mesti jaga, tapi juga kebajikan family Nisa ikut kemampuan abang."

Nisa tak tahu mahu membalas apa, dia sangat terharu. Nisa tunduk sekejap. "Nanti Nisa bawa abang jumpa Haris tau." Nisa berkerut kening mendengarkan itu, "Kenapa awak nak sangat jumpa dia?" Haiqal hanya senyum dengan matanya masih ke hadapan.

"Fasal ayah Nisa tu, jika dia dah takde, adik kandung Nisa boleh dijadikan wali, kan. Tapi takpe. Abang ikhlas nak tolong Nisa, dan abang sendiri nak kenal bakal ayah mertua kandung abang," Haiqal senyum lagi. "Abang akan contact kawan abang. Jadi, lepas settle hal meminang Nisa, insyaAllah dah ada klu, kita boleh pergi cari sama- sama."

"Macam mana nak mula?" Nisa lurus bertanya. "Emm, tadi Nisa ada mention last seen dekat Terengganu, kita mula dari situlah. Kawan abang kerja situ. Dia banyak kabel dengan polis dan kebajikan Terengganu dekat situ, So, insyaAllah senang sikit." Nisa cuma oohh dan mengangguk-angguk. Excited pun ada kerana dia memang dah lama nak kenal ayah kandungnya, nak tengok depan-depan.

Tiba-tiba, Nisa teringat sesuatu. "Awak kerja maritim kan?" Haiqal angkat kening dan senyum, kelihatan teruja saja, "Mana Nisa tahu ni?"

Nisa menjawab biasa, "Mas ada cakap masa saya tidur rumah korang." Haiqal senyum menghargai dan mengangguk mengiyakan. Nisa semakin nak tahu, "Kerja maritim macam mana? Yang saya tahu, banyak kena offshore. Sekarang pun macam tu ke?" Habislah nanti. Mesti aku banyak kena tinggal, Nisa sedih dalam hati.

Haiqal rasa berkobar-kobar mahu cerita. Kerana Nisa tulus dan naifnya mahu mengetahui mengenai dirinya. Haiqal mula menerangkan panjang lebar dengan senang hati untuk kefahaman Nisa.

"Dulu abang macam tu, selalu kena pergi offshore. Tambah-tambah pula, abang under enjin kapal punya pelaut. Memang lama sebab fasal enjin kena sentiasa tip top. So, memang abang lama dekat tengah laut. Tapi sekarang tak dah.

Nisa jangan risau, ya. Dah 5 tahun abang kerja offshore, balik, offshore, balik, offshore macam tulah. Dahlah dekat offshore sampai 8-10 bulan, beraya pun dekat atas kapal je. Lepas tu, abang masuk banyak promotion, operasi apa semua. Alhamdulillah, abang berjaya posting dekat pejabat maritim daerah je, dekat Kuantan ni juga."

Nisa mencerna dan mengingat kembali apa yang Mas ceritakan, apa yang Puan Mariah ceritakan. Nisa teguk air liur. Semua itu berita betul. "Kiranya awak tak perlu pergi bulan-bulan lah dah? Dah tak payah naik kapal dah?" Haiqal tergelak, "Kenapa? Nisa takut ke?" Nisa muncung sedikit dan kerut dahi, "Mana ada. Saja je tanya."

Haiqal tergelak cuma, "Abang pun taknak tinggalkan isteri abang lama-lama. Sebab tu abang kerja dan usaha untuk naik pangkat dan kerja dekat office je. Lagi senang, pergi pangkalan pun if anything yang abang kena cek. Lagipun, boleh abang tengok Nisa hari-hari," Haiqal memandang Nisa dan senyum.

Nisa tunduk, menyembunyikan senyuman leganya. Nisa teringat perkataan 'naik pangkat'. Nisa menoleh lagi, "Sekarang awak pangkat apa?" Haiqal cuma hmmm dan menyatakan, "Kapten je." Haiqal terdengar, slowww je, 'Wauu' daripada Nisa. Haiqal menoleh dan senyum. Nisa sengih.

Haiqal memandang Nisa memandangkan jammed agak lama. "Nisa ada berangan tak nak kahwin style swordbearer? Jalan slow-slow bawah pedang?" Nisa menoleh dan menjawab biasa. Tapi dia tak pernah memandang mata Haiqal. Nisa akan memandang dashboard atau meter kereta, haha. "Em, ada dulu masa belajar, hihi. Kenapa?"

Haiqal senyum sampai naik pipinya, "Ha, nanti Nisa merasa lah." Nisa bulat mata, "Ha, boleh ke? Maritim pun boleh ke? Ingatkan tentera je?"

Haiqal senyum, "Anggota maritim masih pelindung negara, Nisa. Pelindung perairan Malaysia tapi semua orang pandang as pelaut je. So, nanti Nisa akan merasa semua tu. InsyaAllah."

Nisa sudah tersenyum manis dengan mata bersinar bintang. Terus ditutup mulut, takut terover pula kelihatan di mata Haiqal. Haiqal hanya ketawa dan menyambung perjalanan.

Tiba di rumah Nisa, Puan Rusna bersama Amir sedang menonton TV. Puan Rusna menjemput Haiqal masuk, diajak duduk di meja makan di ruang tengah. Nisa membantu menyediakan air dan sedikit kuih yang dibeli Ma.

Amir yang berusia 16 tahun bangun, bersama dengan Haiqal. Amir bertanya sopan, "Abang ni siapa?" Haiqal senyum, "Nama abang Haiqal. Panggil Abang Haiqal pun dah cukup."

Amir senyum sambil menjeling kakaknya, "Abang ni lah bakal abang ipar Amir, kan?" Haiqal turut memandang Nisa yang sudah menjegilkan mata kepada Amir. Haiqal hanya mampu mengangguk dalam ketawa. Amir meminta diri untuk ke ruang depan kerana dia tahu, ada hal penting yang mahu dibincangkan.

Lagipun, Ma dah ceritakan scene tergempar itu padanya sebaik sahaja dia bangun. Rugi dia bangun lambat siang tadi. Kalau tak, boleh tengok reaksi muka Angah yang memang tak tahu malu itu. Mesti dia malu gila, terkedu gila tadi, Amir tergelak di depan TV.

Haiqal meneguk air. Kemudian, dinyatakan hasratnya untuk meminang Nisa minggu depan. Puan Rusna bersetuju terus. Haiqal memberitahu mereka akan bernikah sebulan selepas itu. Puan Rusna bersetuju terus.

Kemudian, dia menyatakan hasrat untuk mencari ayah kandung Nisa. Puan Rusna terdiam dan memandang Nisa. Puan Rusna mengeluh. "Kenapa, makcik?" Haiqal bertanya sopan.

"Makcik kenal ayah Nisa tu macam mana. Sebab tu makcik tak bagi Nisa atau adik dia nak cari ayah kandung tu. Makcik tak takutkan keadaan makcik andai dorang terjumpa Pok Ya tu. Makcik risau, dia akan minta duit dan terus ganggu anak-anak makcik dengan minta duit.

Makcik takut kejadian macam tu lah. Lagipun, semua anak-anak dia dah besar. Sebab tu kalau boleh, makcik nak lupakan terus hal dia." Nisa baru faham sebab sebenar dan hanya menundukkan muka.

Haiqal mengangguk faham dan membalas dengan penuh diplomasi, "Makcik jangan risau fasal perkara tu. Sebab saya dah janji dengan Nisa untuk menjaga dia dan juga kebajikan family Nisa, termasuk makcik sendiri. Lagipun, sekarang perlukan sijil nikah, sijil daftar, sijil cerai, sijil mati ibu ayah kalau nak berdaftar nikah.

Saya akan sentiasa ada untuk Nisa kalau apa-apa. Lagipun, wali sah Nisa adalah ayah kandung. Bila ada pengesahan atau sijil mati ataupun iklan di surat khabar mengenai pencarian wali, barulah wali hakim boleh digunakan. Tapi dalam hal Nisa ni, barulah adik kandung dia boleh ditaraf sebagai wali." Puan Rusna memandang Nisa.

Haiqal menambah, "Sekurang-kurangnya Nisa dan adik dia tahu status mengenai ayah kandung mereka, makcik. Hidup ke atau sudah meninggal? Saya pun sama, nak berjumpa dengan ayah mertua kandung saya jika dia masih hidup." Haiqal tersenyum lembut, cuba untuk meyakinkan Puan Rusna. Puan Rusna masih lagi menunduk dan menggenggam tangan Nisa.

"Saya tahu, makcik trauma sepanjang makcik dengan dia. Tapi sekurang-kurangnya Nisa berpeluang tengok muka dia jika dia masih ada. Dan mungkin, Nisa dan saya boleh menolong mana patut.

Dan saya janji, saya akan jaga Nisa dan makcik macam mak saya sendiri. Lagipun, makcik nak jadi mak mertua saya juga, kan?" Haiqal senyum lagi. Puan Rusna akhirnya mengangguk, dipeluk Nisa, 'Alhamdulillah. Kau kurniakan lelaki yang baik untuk anak aku.'

________




Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro