EPISODE 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harap Korang Enjoy 👌👍✨
______________________________________

Pada pagi hari Isnin tahun 2002...

Seorang lelaki misteri memakai hoodie berwarna hitam sedang bersiap sedia untuk melakukan sesuatu yang jahat dengan komputer yang ada di depan matanya sekarang ini.

"Heh...inilah masanya untuk aku melakukan perkara ini..aku nak tengok kuat sangat ke sistem pertahanan data kerajaan ni hehehe. Maaf lah ye, selain "menguji" server sistem pertahanan, bolehlah aku "meminjam" data-data kerajaan ni untuk dijual di negara-negara lain hahaha" Kata orang misteri itu sambil tergelak sinis.

"Dari kiraan 3....2....1...And...Let The Show Begin !" Kata orang misteri itu sambil menekan butang keyboard tanda dia telah bermula.






Kementerian Pertahanan...

"Eh kenapa ni ? Apa yang dah berlaku ni ? Kata Aiman, Ketua Bahagian IT Kementerian Pertahanan. Dia merasa pelik kerana tiba-tiba sahaja berlaku glitch di screen besar di situ.

"Malek ! Kau check apa yang dah jadi ni... tiba-tiba je jadi macamni" Kata Aiman sambil menyuruh Malek, Pegawai Bahagian IT menyiasat perkara ni.

"Tuan ! Nampaknya server sistem pertahanan kita telah digodam ! Dan semua data-data penting kerajaan telah bocor !" Kata Malek dalam nada cemas.

"Hah ! Kau siasat punca dia sekarang" Suruh Aiman kepada Malek.

"Tidak diketahui Tuan ! Tetapi dia ada tinggalkan sebuah kod yang pelik Tuan." Kata Malek

"Kod apa tu ?" Tanya Aiman

"9191913...." Kata Malek dalam nada serius.

"Hmm...kau siasat perkara ni sampai dapat...aku akan mintak.pertolongan dari I.S.S" Kata Aiman.

"Baik Tuan !" Balas Malek dan terus menyiasat.

Ibu Pejabat I.S.S......

"Tuan ? Boleh saya masuk ?" Tanya seseorang yang bernama Razi, Pembantu Peribadi Tuan Ismail.

"Silakan masuk Razi....Ada apa-apa masalah ke ni ?" Tanya Tuan Ismail, Presiden I.S.S (Intelligence Secret Service) dalam nada tenang.

"Tuan, saya dapat pesanan dari Kementerian Pertahanan, server mereka telah di hack oleh seseorang yang tidak dikenali" Terang Razi.

"Kenapa mereka tidak siasat je tentang perkara ni ?" Tanya Tuan Ismail.

"Mereka dah cuba siasat Tuan. Tapi mereka tidak menjumpai siapa dalang di sebalik pencerobohan maklumat ni" Terang Razi.

"Hmm nampaknya, berat masalah ni...Ok baiklah. Awak kerahkan ejen-ejen kita untuk siasat tentang perkara ni" Arah Tuan Ismail.

"Tapi Tuan, semua ejen-ejen kita tak ada di sini. Mereka semua sibuk dengan kes masing-masing di lain negara. Jadi semuanya sibuk Tuan." Kata Razi

"Hmm susah ni. Macamni lah. Awak pergi ke bilik fail rahsia, ambilkan fail-fail ejen lama kita" Arah Tuan Ismail.

"Baik Tuan" Kata Razi dan terus bergerak ke bilik fail rahsia.

"Ini dia Tuan." Kata Razi sambil memberikan fail-fail ejen kepada Tuan Ismail.

Kebanyakan fail-fail yang ada semuanya sudah berhabuk kerana tidak pernah diusik selama bertahun-tahun.

Setelah beberapa jam memeriksa fail itu, Tuan Ismail masih tidak menemui ejen-ejen yang sesuai. Ada yang usia failnya sudah berpuluh tahun. Ada yang baru beberapa tahun. Kebanyakan ejen telah pencen dan ada yang telah dipecat atas sebab-sebab tertentu.

Dan secara kebetulan, dia ternampak fail yang kelihatan sedikit berhabuk tetapi masih dikira baru. Tarikh yang ditulis di situ adalah 11 Mei 1994, masih dikira sebagai baru. Tuan Ismail pun memeriksa fail tersebut. Dan dia akhirnya telah mendapatkan keputusan.

"Ok Razi, saya nak awak panggil dia ni. Saya rasa dia lah yang paling sesuai sekali untuk kes ni" Kata Tuan Ismail setelah puas memeriksa fail itu.

"Tuan pasti ke ni ? Kes yang dia uruskan gagal diselesaikan" Tanya Razi untuk kepastian.

"Kita dah tiada pilihan lain lagi dah. Dia je yang saya nampak boleh diharap dan latar belakang dia agak bagus jika nak dibandingkan dengan ejen yang lain" Terang Tuan Ismail.

"Baiklah Tuan" Kata Razi. Sebelum dia berlalu pergi Tuan Ismail berkata....

"Panggil Agent 006......"






Di Rumah Seseorang.....

KRING....KRING....KRING...Bunyi jam loceng memecah kesunyian pagi yang hening itu. Dan kedengaran suara seorang lelaki baru bangun tidur sambil menguap mengusap-usap mata.

"Huarghh...Hmm lagi 30 minit nak pukul 7.....Aduh malasnya nak bangun...rasa macam ada berkampit guni beras kat kelopak mata ni" Katanya sambil berusaha untuk bangun dari tempat tidurnya itu.

Setelah beberapa minit barulah lelaki itu bangun dari tidurnya. Itupun lepas beberapa kali cuba bangun tapi tak dapat. (pemalas punya orang)

Setelah selesai mandi dan berwudhuk, dia pun menunaikan kewajipannya pada yang maha esa. Bagi lelaki itu, walau malas macammana sekali pun, solat harus dijaga kerana "Solat Itu Tiang Agama".

Setelah selesai menunaikan solat subuh, lelaki itu memulakan pagi dengan tidur semula. Dan pada masa yang sama kawannya juga baru selesai solat subuh dan ternampak lelaki itu tidur semula.

"Fattah, bangun ! Tak elok tidur lepas solat subuh". Kata kawannya yang bernama Haikal kepada Fattah

Ya, itulah Fattah. Seorang lelaki yang boleh dikatakan agak pemalas. Bila di waktu cuti je, tak ada kerja lain tidur je. Sampaikan Haikal pun dah naik give up sebab selalu sangat nasihatkan dia. Tapi tak berubah jugak haih 🤦.

Setelah beberapa kali dikejutkan masih tak bangun juga, Haikal buat keputusan untuk menggunakan cara yang terakhir ini...Iaitu menyimbah air dekat Fattah "Di Atas Katil Itu Jugak".

"Haa tak nak bangun sangat kan...Ambik ni !" Kata Haikal puas hati bila dia dapat memandikan kawan "paling baik" dia tu tanpa perlu ke bilik air 🤣.

"Woi apa ni ! Tak bolej nak kejut elok-elok ke ?" Kata Fattah dalam separa mamai dan marah. Mana tidaknya kalau dh kena siram sampai macamtu sekali memang marah lah jawabnya.

"Hei kau tau tak ? Aku ni dah banyak kali dh kejutkan kau tapi kau tu haa tidur mati sampaikan kalau rumah ni terbakar pun aku rasa kau takkan bangun" Kata Haikal dalam nada menyindir.

"Alah tak payah lah nak menyindir...Aku tau lah aku ni kuat tidur tak berguna pulak tu." Kata Fattah dalam nada nak merajuk.

"Hek eleh merajuk pulak kau ni...Haa merajuk lah karang aku bagi dengan gayung ni baru tau." Kata Haikal sambil memegang gayung.

"Ye lah ye lah...aku dah bangun dah ni. Aduh kacau betul lah. Baru nak rehat-rehat harini" Rungut Fattah yang masih lagi tidak puas hati.

"Banyak lah kau punya rehat ! Ni dah seminggu kita cuti tau. Dan dalam seminggu ni lah aku asyik tengok kau ni membuta je. Cuba lah pergi bersenam ke apa ke kan sihat sikit badan kau tu" Ujar Haikal sambil memulakan tazkirah pagi secara free itu.

"Haih dah aku dah bangun ni....Baik kau diam je lah...karang tak pasal je ni kat muka kau.." Kata Fattah pulak sambil memegang buku bersedia untuk dibaling.

"Hari ni hari apa?" Tanya Fattah kepada Haikal.

"Haa baru nak tanya ke ? Harini hari Isnin lah !" Kata Haikal

"Hah ! Aku dah lambat alamak !" Kata Fattah sambil bersiap-siap untuk pergi ke kolej. Ya...dia seorang pensyarah yang mengajar di sebuah universiti kerajaan yang terletak di negeri Selangor.

"Haish kau ni kan...nasib baik rumah kita dekat je dengan kolej tau...ni nasib baik aku balik kejap tengok kau..kalau tidak haih" Kata Haikal sambil menepuk dahi.

Sementara dia membebel, Fattah sudah menyiapkan diri untuk pergi ke kolej. Habis lah dia kena marah kejap lagi...

"Dah lah aku nak pergi dulu kau uruskan hal rumah ni tau ! Aku pergi dulu" Kata Fattah yang dah menaiki kereta dan terus bergerak ke kolej.

"Woi Fattah ! Lah dia pergi camtu je ? Adoi ni sepah-sepah ni aku yang nak kena kemas ni...payah betul lah !" Bebel Haikal sambil mengemas apa yang patut dan terus bergerak ke kolej takut dia pulak yang dikira tak hadir.


Di Kolej Komuniti Rajawali......

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Fattah tiba ke kolej. Fattah kemudian pergi ke pejabat untuk melakukan "punch card". Tetapi malang nasibnya bila dalam perjalanan dia ternampak Puan Faridah sedang menunggu dia di depan pintu pejabat.

"Alamak ! Dia dah standby depan pintu pulak...masak aku macamni" Monolog Fattah di dalam hati. Tidak berani dia nak berkata begitu di depan Puan Faridah karang tak pasal je kena penampar 🤣.

"Encik Fattah...masuk ke pejabat saya sekarang. Saya ada benda nak cakap dengan kamu ni." Kata Puan Faridah.

"B-baik Puan.." Kata Fattah takut dimarah dengan Puan Faridah. Siapa tidak kenal Puan Faridah, pengetua paling lama dan paling garang di kolej. Dia selalu dipanggil "Singa" oleh pelajar kolej ni "kegarangannya" yang melampau. Pernah satu kali pelajar nakal mengatakan Puan Faridah sebagai "Singa". Akibatnya dia telah menerima buah tangan yang paling berharga iaitu "5 ringgit" atau bahasa kampungnya penampar. Sejak hari itu pelajar itu terus berubah menjadi budak yang baik.

"Ye Puan, ada apa nak berjumpa dengan saya ni ?" Tanya Fattah kepada Puan Faridah.

"Haih takkan tak tau kot...Masuk harini je dah 3 kali kamu lewat ke kolej. Ini satu contoh yang tidak baik. Kamu sebagai pensyarah kolej perlu memberi contoh yang baik kepada pelajar dan bukan memberi contoh yang tidak baik kepada pelajar" Ha kan dah kena bebel dengan Puan Faridah.

"Ya Puan..saya janji takkan datang lewat ke kolej lagi" Ujar Fattah dalam keadaan kepala menunduk ke bawah.

"Jangan berjanji je Fattah...Kamu kena pastikan yang kamu tunaikan janji kamu tu... kolej ni ada peraturannya. Jadi, kamu kenalah ikut peraturan..." Kata Puan Faridah dalam nada menasihati. Luar je garang tapi di dalam hati dia penyayang..

"Baiklah Puan.. saya takkan datang lewat lagi. Kalau takde apa-apa saya pergi dulu ye" Kata Fattah dalam nada menyesal.

"Hmm dah kamu boleh pergi kelas sekarang. Nanti kamu lewat masuk pelajar-pelajar tu buat hal pulak" Ujar Puan Faridah.

"Baik Puan.." Kata Fattah sambil keluar dari bilik pejabat.

"Haih apa lah malang nasib aku harini. Dah lah bangun lambat kena tazkirah dengan Puan Faridah pulak." Gumam Fattah.

Selepas beberapa jam, tamatlah masa belajar dan semua pelajar kolej pulang ke rumah masing-masing. Fattah yang masih berada di bilik pejabat dia sedang menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh semalam. Ya..dia tidur lewat sebab dia kena siapkan kerja sampai lewat malam....Sebab itu lah dia bangun lambat.

Dan tiba-tiba, dia mendapat mesej dari seseorang yang telah lama dia tunggu.

"Aik siapa pulak yang mesej ni ? Dah lah banyak kerja- Eh Tuan Ismail ?" Kata Fattah dalam nada terkejut.

Fattah pun membuka mesej tersebut lalu membacanya.

"Datang ke I.S.S . Ada misi penting untuk kau" Begitulah mesej yang telah dihantar oleh seseorang. Pendek tapi cukup untuk membuatkan Fattah berada excited dan happy.

"YAHOO ! Aku dapat panggilan tugas ! Setelah lama aku tunggu akhirnya dapat jugak YEAY !" Kata Fattah dalam nada separuh jerit kerana berada teruja.

Bersambung......

Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh Fattah ?

Kalau nak tahu...kenalah tunggu sambungannya dalam masa yang terdekat ni. Stay tuned ye ✨✨💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro