EPISODE 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨✨ Hope You Guys Enjoy ✨✨
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sambungan.....



Ibu Pejabat I.S.S.....

Pada petang esoknya, kelihatan Fattah berpakaian kot hitam bertali leher berjalan dengan bergayanya menuju ke arah bangunan Ibu Pejabat I.S.S sambil bermonolog sendirian.

"Heh aku mesti buat yang terbaik kalini. Aku ni kan ejen yang hebat. Sekali petik jari je semua penjahat lari tak cukup tanah macam nampak hantu hahaha." Kata Fattah dalam nada riak.

(Korang nampak kan betapa riaknya si Fattah ni. Baru kali pertama dah macamtu perangainya kalau dah bertahun tak tahu lah 🤣 dah2 jom sambung balik)


Di Dalam Pejabat Tuan Ismail.....

"Haih pelik ni. Aku cakap kat dia suruh datang pukul 4:30 petang. Ni dah pukul 6:30 petang mana perginya dia ni" Monolog Tuan Ismail.

"Razi...datang sini sekejap. Ada benda yang saya nak suruh awak ni" Panggil Tuan Ismail.

"Ya Tuan, ada apa panggil saya ni?" Tanya Razi kepada Tuan Ismail.

"Ni kami pergi tengok kat tingkat bawah. Ada tak si Fattah tu datang. Kalau tak ada awak hubungi dia suruh cepat ke sini. Ada hal penting yang nak dibincangkan dengan dia." Kata Tuan Ismail.

"Baik Tuan. Saya pergi sekarang ya." Kata Razi sambil berjalan menuru ke pintu lif.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Razi kembali bersama dengan Fattah yang berada di belakangnya. Mereka pun pergi ke bilik pejabat Tuan Ismail dan mengetuk pintu biliknya.

Tok...tok...tok...(bunyi pintu diketuk) "Tuan, ni saya dah bawa Agent Fattah ke sini" Kata Razi hampir nak tergelak.

"Kenapa ni Razi? Tersengih-sengih macam orang tahan gelak ni kenapa?" Tanya Tuan Ismail pelik dengan tingkah laku pembantu peribadi a.k.a kawan baiknya.

"Pfft macammni Tuan. Tadi saya nak pergi cari Fattah ni. Saya pun turun lah ke bawah guna lif. Tiba-tiba saya terjumpa dia tengah berlegar dekat ruang tingkat 3. Saya pun tanyalah dia ni nak kemana tu. Tau tak dia jawab apa Tuan?" Tanya Razi hampir nak tergelak.

"Apa yang dia jawab?" Tanya Tuan Ismail ingin tahu.

"Dia kata dia tersesat Tuan hahahah dia sebenarnya dah sampai lama dah ke sini. Cuma dia sesat kat dalam bangunan ni hahaha dua jam dia berlegar kat kawasan yang sama hahaha" Ujar Razi sambil tergelak tak henti-henti.

Dan Tuan Ismail sendiri yang terkenal dengan sifat dia yang serius pun terikut gelak sama. Fattah pula sudah lama menahan malu. Dia punya malu kalau tengok muka dia lah, orang sampai tak boleh beza sama ada dia ni buah strawberi ke orang 🤣.

"Ish malunya aku. Macammana lah aku boleh sesat sedangkan aku dah pernah datang sini dulu. Aduh malu malu" Monolog Fattah sambil menepuk dahi.

"Aduhai...Kamu ni harap je kelulusan tinggi. Kenapa lah kamu tak guna je telefon kamu tu call Razi ni. Bukan ke kamu ada nombor dia masa dia mesej kamu tadi hahaha." Kata Tuan Ismail dengan muka yang tersenyum.

"Aduh bodohnya aku. Kenapa lah aku tak terfikir dari tadi. Tak payah aku susah-susah pusing bangunan ni banyak kali" Kata Fattah sambil menepuk dahi lagi sekali. (Ha tu lah riak lagi tadi. Kan dah terkena 🤣)

Setelah beberapa minit bergelak ketawa, akhirnya mereka berhenti. Tuan Ismail kembali ke mood serius.

"Ehem! Ok sudah gelak tu. Karang lagi merah pulak muka agent kita ni. Dah Razi awak pergi balik ke tempat awak. Saya dengan dia ada benda nak dibincangkan." Kata Tuan Ismail.

"Hehe baiklah Tuan. Saya beransur dulu ya....Hahaha" Kata Razi gelak sambil berjalan menuju ke meja kerjanya.

"Jadi betullah kamu ni Agent Fattah atau nama penuh kamu Muhammad Fattah Bin Abdul Rafar?"

"Ya, sayalah agent Fattah Tuan. Erm Tuan? Ada apa panggil saya semula kalini. Apa misi kalini penting ke?" Tanya Fattah mengubah tajuk.

"Ya....sebenarnya hal ni sangat serius dan masalah ni melibatkan keselamatan negara kita.." Kata Tuan Ismail dalam nada serius.

"Serius sangat tu Tuan. Apa kes kalini?" Tanya Fattah.

"Ok saya akan terangkan. Beberapa hari yang lalu, server Kementerian Pertahanan telah digodam oleh seseorang yang tidak dikenali." Terang Tuan Ismail.

"Siapa orang tu Tuan?" Tanya Fattah.

"Pihak Kementerian Pertahanan dah cuba siasat perkara ni. Tapi maklumat penggodam itu tidak dijumpai. Yang ada hanyalah kod nombor '9191913'. Sebab itulah dia meminta pertolongan dari I.S.S untuk menangkap penggodam itu. Tapi disebabkan semua agent-agent yang kami ada semuanya sibuk dengan kes masing-masing. Jadi sebab itulah kami panggil kamu." Terang Tuan Ismail.

"Hmm macamtu ceritanya." Kata Fattah sambil berlagak tenang dan berpura-pura berfikir. Padahal dia sendiri pun keliru nak mulakan dari mana.

"Hmm jadi Tuan, saya patut bermula dari mana ya?" Tanya Fattah masih lagi keliru. Walaupun dia lulus ujian perisik semasa dia dilatih dulu, tetapi disebabkan dia sudah lama tidak menggunakan kemahirannya itu dia dah banyak lupa dengan segala teknik-teknik yang dia dah belajar sebelum ni.

"Baiklah...kamu kena siasat siapakah dalang disebalik semua ini. Kalau ada bukti segera laporkan kepada saya dan saya harap kes ini akan diselesaikan secepat yang mungkin kerana keadaan negara sekarang sedang dalam bahaya. Kalau maklumat-maklumat penting kerajaan jatuh ke tangan orang yang salah, huru hara negara kita nanti." Terang Tuan Ismail panjang lebar.

"Baik tuan!" Balas Fattah dalam nada yang tegas.

"Oh ya saya terlupa pulak. Memandangkan awak bekerja seorang diri, saya akan berikan awak seorang pembantu. Ha! Itupun dia dah sampai." Kata Tuan Ismail.

"Assalamualaikum Tuan, nama saya Muhammad Isaac Lee Bin Abdullah. Tuan boleh panggil saya Isaac. Saya akan berkhidmat sebagai pembantu Tuan." Terang Isaac dalam nada agak ramah dan sedikit tegas.

"Hmm....good looking. Pandai Tuan pilih pembantu ya." Kata Fattah sambil tersengih.

"Dah sekarang ni kamu berdua boleh mulakan penyiasatan sekarang dan macam yang saya beritahu tadi. Ada apa-apa maklumat, segera laporkan kepada saya faham ?" Tanya Tuan Ismail.

"Faham Tuan!" Kata kedua-duanya serentak.

Mereka berdua pun bergerak keluar dari bangunan Ibu Pejabat I.S.S dan kemudian Isaac pun bertanya.

"Jadi Tuan kita nak siasat siapa dulu?" Tanya Isaac kepada Fattah.

"Hmm macamni, aku sebagai agent yang paling handal akan ajar kau macammana nak jadi agent yang sebenar macam aku ni." Kata Fattah dalam nada bangga.

"Baiklah Tuan." Kata Isaac layankan je perangai si Fattah ni.

"Hmm....kita siasat orang atasan yang bertugas di Bahagian IT Kementerian Pertahanan dahulu. Boleh jadi jugak ada diantara mereka yang membocorkan maklumat itu." Kata Fattah.

"Baik Tuan. Jom kita gerak sekarang." Kata Issac.

"Alah tak payah lagi lah. Kita pergi rehat-rehat minum dulu. Kejap lagi kita sambung tugas kita." Kata Fattah dalam nada malas.

"T-tapi Tuan..." Belum sempat Isaac membalas Fattah berkata...

"Alah tak ada tapinya. Dah jom pergi." Kata Fattah sambil berlalu pergi.

"Haih apalah nasib aku. Dapat boss pun pemalas kenapalah aku kena partner dengan dia ni haih..." Monolog Isaac didalam hati.


Di Kedai Makan....

Setelah beberapa jam berhenti minum, Fattah berkata...

"Okay aku ada plan." Kata Fattah kepada Isaac.

"Plan apa tu Tuan?" Tanya Isaac ingin tahu.

"Kita jangan mulakan siasatan dulu. Kita akan perhatikan mereka dulu. Sebab kalau kita mulakan siasatan, mungkin mereka sempat menyembunyikan bukti dan tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Dengan itu, susah lah kerja kita nanti." Terang Fattah sambil panjang lebar.

"Tapi, Tuan Ismail nak kita dapatkan maklumat secepat mungkin. Kita tak boleh berlengah-lengah. Lebih baik kita jalankan siasatan je tuan." Ujar Isaac.

"Haish kau ni kan! Ikut je lah cakap aku. Kau tu pembantu aku je tau. Kalau nak diikutkan, aku ni boleh buat kerja sorang-sorang je tau. Tapi sebab Tuan Ismail suruh aku partner dengan kau, aku terpaksa terima kau! Jadi ikut je arahan aku.." Kata Fattah dalam nada marah kerana Isaac tak nak ikut cakap dia. (Haih bebal betul Fattah ni 😤 harap nama je Fattah tapi perangai....dah sambung2)

Isaac pun dengan pasrah menjawab "Baiklah Tuan...." Sebenarnya dia lagi prefer mulakan siasatan dulu. Tapi dah disebabkan Fattah berkata macamtu, terpaksalah dia ikut.

"Bagus. Dah sekarang ni jom kita gerak pergi rumah aku dulu. Nak kemas-kemas barang. Kau ada rumah kan?" Tanya Fattah.

"Ada Tuan. Kenapa Tuan tanya macamtu?" Tanya Isaac.

"Aku nak duduk rumah kau buat sementara waktu. Jangan risaulah lepas habis kes ni aku pindah keluar balik." Terang Fattah.

"Baiklah Tuan..." Kata Isaac. Nak melawan takut dia kena balik dengan Fattah. Lebih baik dia balas okay je.


Di Rumah Fattah Dan Haikal.....

Mereka pun memandu pulang ke rumah Fattah dan dia saja yang turun dari kereta. Isaac disuruh tunggu didalam kereta. Tak nak bagi dia terserempak dengan Haikal.

Sedang Fattah mengemas barang-barang dia, tiba-tiba Haikal datang ke bilik dia dan menegur...

"Aih Fattah kau ni kemas-kemas baju ni, nak kemana?" Tanya Haikal pelik.

"Ni aku kena hadiri kursus dekat Port Dickson. Puan Faridah suruh aku pergi kursus kat sana. Dua bulan aku takkan ada rumah ni. Jadi kau pandai-pandai lah jaga diri ye." Terang Fattah.

"Alah kau tak payah risaukan aku. Pandailah aku jaga diri. Kau tu yang sepatutnya jaga diri kau. Diri kau sendiri pun tak terurus lagi nak nasihatkan aku." Kata Haikal dalam nada bergurau dan sedikit menyindir.

Fattah terpaksa berbohong kerana dia tidak mahu kantoi dengan Haikal yang dia adalah agent perisik. Tapi dia sudah terlebih dahulu memohon cuti dengan Puan Faridah selama dua bulan. Alasannya, maknya sakit padahal Fattah tu anak tunggal. Nasib baiklah masa dia mintak kerja jadi pensyarah dulu, Dia hanya mengisi nama, tempat tinggal, dan kelulusan sahaja. Yang selebihnya itu semuanya dia tak isi.

"Ye lah. Aku tahulah kau pandai jaga diri. Aku cuma berpesan je." Kata Fattah.

"Dan satu lagi...aku tahulah kursus tu penting. Tapi, janganlah sampai tinggalkan solat. Sekarang ni kan dah masuk waktu zohor. Kau pergi lah solat dulu." Kata Haikal.

"Alamak aku terlupa pulak. Kejap aku pergi solat dulu." Kata Fattah dan terus bergegas pergi ke bilik air.

"Ha ! Itulah kau kejap-kejap lupa, kejap-kejap lupa. Ni yang payah ni kau tu selalu sangat lupa. Aku dah pernah pesan dah kat kau makan kismis minda tu bagi ingatan kau kuat sikit..." Dan banyak lagi yang dibebelkan Haikal tu.

Selepas selesai menunaikan solat zohor, Fattah pun bersiap sedia untuk berangkat pergi.

Dah lah bro, aku dah nak gerak dah ni." Kata Fattah sambil memeluk rakan baiknya itu.

Ketahuilah kalian, walaupun diaorang berdua tu selalu bergaduh hubungan diaorang dah macam adik beradik dah. Maklumlah si Fattah ni pun anak yatim piatu Haikal pun sama jugak. Jadi tak hairanlah diaorang tu rapat macam adik dengan abang.

"Ha ye lah. Nanti kalau kau habis kursus awal, baliklah ke sini. Boleh lah aku buatkan kau cekodok pisang dengan kopi o. Kau bukannya tak tau aku tinggal sini sorang-sorang je." Kata Haikal.

"Ok nanti dah habis awal aku balik. Aku pergi dulu, Assalamualaikum." Kata Haikal lalu menaiki kereta dan terus bergerak keluar dari kawasan taman perumahan itu.

"Haih kenapa aku rasa tak sedap hati ni. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Melindungi. Kau lindungilah sahabat aku Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Alamin." Doa Haikal didalam hati mendoakan keselamatan Fattah dan kemudian dia terus masuk ke dalam.

"Aih Tuan, kenapa lama sangat kat dalam tu? Lama saya tunggu." Tanya Isaac.

"Aku solat zohor kejap tadi. Kau ni dah solat ke belum?" Tanya Fattah balik.

"Dah. Masa saya tunggu Tuan tadi lama sangat. Kebetulan masa tu dah masuk waktu zohor. Saya pergi ke masjid terdekat solat kat sana dan lepas tu saya terus datang balik ke rumah Tuan.

"Ok kalau macamtu jom kita pergi ke rumah kau. Lepastu kita bersiap sedia untuk jalankan misi kita." Arah Fattah kepada Isaac.

"Baiklah Tuan..." Kata Isaac dan terus memecut kereta menuju ke rumahnya...

Bersambung.....

Apakah yang akan berlaku nanti?

Kalau nak tahu silalah tunggu Episod seterusnya ✨✨💖💖

Jangan lupa vote dan komen tau 😁✨💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro