Bab 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fail kes Tan Sri Jaafar dibeleknya dengan emosi yang sangat kosong. Kejadian malm tadi sangat buatkan moodnya hilang serta-merta. Akhirnya, Zura menutup fail tersebut lalu ditolaknya tepi.

"Ini cincin pertunangan yang Rayyan berikan pada kamu. Pakailah."ujar Puan Fateeh lalu menyerahkan kotak kecil berwarna merah itu kepada Zura.

Zura mengeluh perlahan lalu wajah Puan Fateeh dipandangnya dengan perasaan lemah. Masuk kali ini, sudah berapa kali rasanya dia menolak namun terus menerus mamanya itu memujuk dia untuk menerima Rayyan.

"Zura taknak kahwin dengan Rayyan. Zura taknak, mama." lemah saja nada suaranya. Dia harapkan simpati daripada mamanya saja.

Tolonglah berikan dia ruang untuk fikirkan apa yang terbaik untuk dirinya sendiri. Memang sejak dari awal, Rayyam bukan pilihannya. Lelaki itu pun bukannya baik sangai perangai nya.

"Zura.. Mama yakin yang Rayyan terbaik untuk kamu."pujuk Puan Fateeh dengan beria-ia.

Wajah bersih mamanya itu dipandang dengan perasaan serba-serbi. Rasa bersalahnya kian menghimpit. Antara sayang pada mama dan masa depannya, dia tersepit antara dua.

Akhirnya, Zura mengalah. Dia mencapai kotak tersebut lalu dengan berat hatinya, dia menyarungkan cincin perak itu ke jari manisnya. Sebingkis senyuman kelat diberikan pada mamanya.

"Mama suka tak?"soalnya dalam nada mendatar.

Baru nampak kelebaran senyuman Puan Fateeh kali ini. Bukan main teruja lagi dia saat Zura menyarungkan cincin tersebut. Berkali-kali dia mengucap syukur.

Zura termenung memandang cincin yang tersarung pada jari manisnya. Mungkin, inilah takdir yang perlu dia lalui. Kalau betul pilihan mamanya adalah yang terbaik, dia terima. Mungkin Rayyan taklah seteruk apa yang difikirkannya.

Jus lemon dihirupnya perlahan sambil matanya meliar memandang sekeliling. Dia mahu rehatkan fikirannya sejenak. Jadi peguam bukan mudah. Dengan masalah clientnya, peribadinya.. hmm, stress.

Sedang leka dia melihat,mata Zura tak semena-mena terpandangkan pasangan yang bergandingan memasuki restoran. Tak semena-mena dia buntang. Ray-Rayyan?

Lelaki itu memeluk pinggang ramping seorang perempuan berpakaian sendat menampakkan peha putihnya. Sangat seksi dan menyakitkan mata. Tergamam Zura dibuatnya.

"Rayyan?!"automatik nama itu keluar dari mulutnya.

Rayyan terus menoleh ke arah Zura. Jelas riak wajah cuak yang bermain. Terus dia melonggarkan pelukan pada pinggang gadis itu.

"Zu-Zura?"

Zura mengetap bibir. Wajah gadis itu dan Rayyan dipandangnya silih berganti. Terus Zura mengemas barang-barangnya. Fail kes juga dipegangnya lalu di bawa. Menyampah!

Jantan tak guna?! Depan mama aku, bukan main lagi baiknya. Ibarat pijak semut pun tak mati tapi belakang mama.. menyetan! Dengan tergesa-gesa Zura keluar dari restoran.

Bahu Rayyan dilanggarnya kasar. Padan muka?!!!! Namun belum sempat dia menjauh, Rayyan pantas mencengkam tangannya membuatkan Zura berhenti melangkah.

"Jangan pegang aku lah, tak guna!" cela Zura lalu memukul tangan Rayyan yang mencengkam lengannya.

Namun Rayyan masih tak lepaskan. "Zu, apa yang you nampak ni.. tak betul. I cuma ajak kawan I lunch. She's just my old friend.".

Akhirnya, Zura cuba bertenang. Dia menghadap Rayyan. Sempat gadis di belakang Rayyan itu dijelingnya. Old friend? Dia ingat aku ni budak tadika yang senang ditipu ke? Aku bukannya bodoh macam dia lah!

"Kawan?"Zura sudah angkat kening.

Cepat-cepat Rayyan anggukkan kepala. " Ya, sayang. Just kawan." beria-ia Rayyan menjawab.

Zura menarik senyum. Tak semena-mena dia menampar pipi Rayyan menggunakan fail yang dipegangnya. Terjatuh Rayyan ke lantai. Gadis di belakangnya terus mendapatkan Rayyan. Lelaki itu sudah mengurut pipinya yang sakit. Terdengar rintihannya pada telinga Zura.

"Kawan apa kalau macam itu? Pegang tangan, peluk pinggang bagai.. I ni bukan buta tau dan jangan buat I macam orang bodoh!"bentak Zura dengan lantang.

Kisah apa dia kalau orang nak pandang. Perlu ke dia kisah? Sekarang, dia sudah mula sakit hati. Bukan sebab dia sukakan Rayyan tapi sebab lelaki itu sudah menipu mamanya dengan penampilan baiknya yang konon itu. Hak tuih!!!!

Cincin yang tersarung pada jarinya dibaling ke wajah Rayyan. Mengaduh Rayyan tatkala cincin tersebut menghentam mata kirinya. Auch!!!

"Kita tak tunang dan I tak sudi nak jadi bini you! Married her not me! And.. one more thing!!!!! I taknak nampak muka you dalam rumah I. Ingat tu.. kalau tak, you die!"amaran terakhir Zura berikan sebelum pergi meninggalkan Rayyan.

"Zu sayang!!! I cintakan you, sayang!!"raungan Rayyan yang seperti orang tak waras itu langsung tak dihiraukan oleh Zura.

Lantak kau lah, jantan! Nak meraung macam lelaki hilang bini pun aku tak kisah lah!

"Tak guna punya jantan. Dia fikir mama aku tu orang yang dia mudah tipu ke? Tak guna. Kawan konon. Dia fikir aku tu bodoh macam dialah. Senang nak dengar cakap dia.. mudah percayakan dia? Heiyh, mana ada perempuan zaman sekarang mudah percayakan lelaki? Lainlah, lelaki bangang macam..." belum sempat Zura menghabiskan leterannya.

Tangannya tak semena-mena ditarik ke belakang membuatkan Zura tertarik ke belakang lalu tubuhnya menghempap tubuh seseorang.

Auch!

"Cik.. boleh bangun tak?"

Tergamam Zura dibuatnya. Tak semena-mena dia bangun lalu memandang ke arah gerangan yang menarik lengannya. Lelaki?

Lelaki itu terus bangun lalu mengurut lengannya yang terasa sengal. Mak aih, berat nya minah ni? Mata Zura masih merenung wajah lelaki itu. Rasanya dia pernah lihat wajah lelaki di hadapannya sebelum ini.

"Say.. saya rasa macam pernah jumpa encik sebelum ni." direct Zura bercakap.

Raziq sudah berkerut dahi. Tak semena-mena wajah Zura dipandangnya sejenak. "Cik ni yang.. gaduh dengan tunang beberapa hari lepas kan?"tebak Raziq pula.

Segera Zura anggukkan kepala. Yurp! Dia pun sudah ingat Raziq. Raziq yang sedang mengurut-ngurut lengan dipamdangnya.

"Sakit sangat ke, encik?"soal Zura bila melihat wajah lelaki itu seperti menahan sakit.

"Sakitlah sikit."adu Raziq dalam nada mendatar.

Zura mengetap bibir. "Salah encik jugalah sebenarnya. Kenapa tarik saya? Bukan ada kereta pun yang langgar saya pun.." seloroh Zura cuba membela diri.

"Depan cik itu ada elevator. Saya tengok cik membebel aje sampai tak perasan yang depan cik ada elevator. Kalau tergolek, maut jawabnya cik." balas Raziq.

Zura telan liur. Terus dia menoleh ke arah elevator yang bergerak naik. Omaigod! Sumpah, dia tak perasan ada elevator di depannya. Erk..

Wajah Raziq dipandangnya. "Terima kasih sebab selamatkan saya untuk kedua kalinya."balas Zura.

Raziq sekadar menjungkit senyum. Fail Zura yang terjatuh di lantai dicapainya. Dahinya berkerut. Terdapat sehelai kertas yang ditampal sebuah gambar. Gadis dalam gambar itu dia sangat kenal. Zyara?

Zura tak semena-mena merampas fail tersebut daripada tangan Raziq. "Erm.. terima kasih ambilkan."ucap Zura lalu memasukkan fail tersebut ke dalam beg tangannya.

Dahi Raziq sudah berkerut. "Itu fail apa?"

"Erm, tak ada apa. Itu cuma fail client saya. Saya lawyer."ujar Zura.

Raziq sekadar menganggukkan kepala. Dia sudah mengetap bibir. "Muka perempuan itu sama macam muka kawan saya. Nama dia Zyara."

"Zy.. zyara?"Zura sudah berkerut dahi.

Raziq membalas dengan anggukan.
...
Gambar keluarga semasa aku kecil aku pandang dengan perasaan hiba. Sedih pula bila mengenangkan fasal nasib aku hari ini. Kenapalah malang sangat aku ni?

"Tengok gambar apa itu?"

Terus aku sembunyikan gambar tersebut di bawah meja. Wajah Daqirah yang sudah tersengih-sengih memandangku terus aku pandang.

Aih, nasib baik.. aku sempat sembunyikan. Phuh!

"Gambar kosong aje."dalihku kembali melakukan kerjaku semula.

Daqirah dan Wani saling berpandangan. Mereka berdua ni lah yang paling rapat dengan ku semenjak aku bekerja sebagai PA Fikh di syarikat. Staff yang lain, aku rapat tapi cenggitu-cenggitu ajelah.

"Ingat gambar BF, kan Qirah?" usik Wani lalu menyiku lengan Daqirah.

Aku sekadar menggelengkan kepala. " Tak adanya lah bf, Wani. Siapalah yang nakkan orang macam aku ni?" ujarku sambil mataku kembali fokus pada komputer.

"Abang nak orang macam Zya."

Aku tergamam. Suara lelaki? Aku sudah mengalihkan mataku pada Wani dan Daqirah yang tiba-tiba pula rajin buay kerja. Tak semena-mena aku terpandangkan Fikh yang sudah berdiri di sebelahku. Dia berpeluk tubuh.

"Encik Tengku Fikh?"ujarku masih terkejut.

"Dah lunch?"soalnya.

Aku tak semena-mena memandang ke arah Daqirah dan Wani silih berganti. Lepas itu, aku pandang Fikh semula. "Tapi, saya baru aje nak makan dengan Qirah dan Wani."balasku.

Fikh mengerling ke arah Daqirah dan Wani. Gadis-gadis itu terus melakukan kerja mereka.

"Diorang macam sibuk aje? Zya, tak sudi nak teman saya makan ke?"soalnya sudah buat muka seposen.

Aku sudah berkerut dahi. Tetiba aje dia jadi manja dengan aku ni? Erk.. aku dahlah tak biasa nak layan perangai lelaki.. Huh! Mengada.

"Erm, bukan tak sudi.. cuma.."

"Eh, Zya. Kau pergilah lunch dulu. Banyak lagi kerja kitorang nak kena siapkan sekarang ni."sampuk Wani.

Eirk? Bukan tadi diorang dah siap ke? Hmm.. aku sudah pandang Fikh yang sudah beri muka manjanya. "Okey, kita lunch."

"Jom."ajak Fikh.

Setibanya di kafe, aku duduk menghadap Fikh seusai mengambil nasi berlauk ayam gulai lemak bersama tempe goreng. Aku pandang Fikh. Pelik? Dia tak pesan apa-apa ke? Meja dia nampak kosong.

"Abang taknak makan apa-apa ke?"soalku kehairanan.

Dia gelengkan kepala. " Tengok Zya makan pun, abang dah kenyang."nasib baik aku tak minum air, kalau tak mau aku tercekik kat situ.

Aih, kenapa dia ni? Mengayat aku aje selalu.. Hmm.. cukup-cukuplah encik Tengku buat saya berdebar, jangan pula buat jantung saya berhenti berdegup pula.

Bila lihat aku masih tercengang, Fikh sekadar ketawa kecil. " Tak adalah. Abang ada pesan air tadi. Pagi tadi, ada staf ajak abang makan pergi mamak tadi. Kenyang."ajuknya sambil membelai perutnya.

Terus aku anggukkan kepala. Aku mulakan dengan bismillah lalu aku suapkan sesudu nasi ke dalam mulutku. Fikh pula perhatikan aku.

"Lusa, abang ada meeting dengan orang penting syarikat. Zyara kena ikut sekali tau?" ujar Fikh cuba mengisi hening antara kami berdua.

Aku memandangnya. "Kena ke?"

"Wajib. Seorang PA kena tahu siapa-siapa orang penting dalam syarikat." balasnya.

Aku anggukkan kepala. Kalau dia dah kata wajib. Aku tak boleh nak cakap apa dah. Wajib sangatlah tu kiranya.
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro