Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku datang ke halaman sambil menatang dulang berisi sup tomyam panas berserta jus oren sejuk khas untuk Fikh. Selama aku menjadi 'tunang' olok-oloknya itu.. aku kena jaga dia.

Walau apapun, Tengku Fikh perlu kembali sihat. Dan, selepas itu.. aku akan beritahu dia perkara yang sebenar. Tentang siapa aku dan siapa dia. Aku taknak terus menerus tipu dia.

Makin dekat dengan taman mini, aku lihat kelibat Fikh sedang menconteng sesuatu di atas kanvas. Baru aku tahu yang Fikh hebat dalam melukis. Di dalam biliknya, aku lihat banyak betul lukisan yang menarik dan sangat cantik.

Salah satu lukisan yang menarik perhatianku adalah gambar seorang budak perempuan yang berhoodie merah dengan wajah comot. Entah kenapa, daripada lukisan itu.. aku dapat baca kesedihan yang terpamer pada memek muka budak itu. Kesedihan yang sama seperti aku.

"Fikh"seruku lembut.

Aku letakkan dulang tersebut di atas meja lalu aku labuhkan punggung di atas kerusi berdekatan dengan tempat Fikh melukis.

Lukisannya kali ini aku amati perlahan. Lukisan pasangan berpelukan di tepi pantai. Wah, cantiknya!! Sangat-sangat indah.

"Hebatlah awak, Fikh."pujiku ikhlas dengan mataku yang masih ralit mengamati lukisannya.

Fikh tersenyum mendengar pujian ku. Dia memandangku sejenak lalu mata kami bertaut. Melihatkan matanya sungguh buatkan aku rasa berdebar semacam.

Sudah seminggu rasanya, aku menjadi tunang olok-olok Fikh. Setiap kali dekat dengan dia.. aku rasa berdebar dan pada masa yang sama aku rasa gembira. Hangat saja hati aku dibelai perasaan ini. Semuanya terjadi bila aku dekat dengan dia.

"Zya nak tahu tak.. apa maksud lukisan ni?"soalnya masih memandangku.

Aku mengetap bibir lalu aku menggelengkan kepala. "Sebuah gambar orang bercinta?"tebakku. Memang sah lagikan bersuluh.. itu gambar orang sedang bercinta di tepi pantai.

Fikh meleret senyum. "Yup, but its different."ujarnya dengan penuh tersirat.

Dahiku sudah berkerut. Mataku kembali mengamati lukisan tersebut. Different? Fikh memandang lukisannya lalu dia menuding ke arah lukisan lelaki yang sedang berdiri sambil memeluk perempuan itu.

"Itu saya yang ingin mencari kebahagian bila bersama dengan awak.. Saya nak awak selamat di sisi saya, dalam pelukan saya.." tuturnya dalam nada penuh makna.

Aku telan liur bila Tengku Fikh katakan begitu. Pipiku sudah menebal merah. Jantungku pula sudah berdegup kencang. Apa semua ni?

Zya, wake up! Kau kena ingat kau cuma.. tunang tipu-tipu Tengku Fikh. Kau jangan jatuh cinta pada dia! Kau hanya ganti tempat Qurratun saja sampai Tengku Fikh betul-betul sembuh. Kau kena sedar itu.

Tiba-tiba aku rasakan ada tangan yang meraih tanganku. Aku terpaku dan beku. Tindakan Tengku Fikh buatkan aku jadi kelu. Dia bermain dengan cincin tunang yang terpalit pada jari manisku. Cincin yang pernah Qurratun pakai sebagai tanda pertunangannya dengan Tengku Fikh.

"Lepas saya sembuh, saya nak awak jadi isteri saya. Jadi ibu yang baik kepada bakal anak-anak saya.. saya janji untuk itu."ujar Fikh dalam nada romantis. Matanya redup menikam anak mataku.

Makin meremang bulu roma aku dibuatnya. Kata-kata Tengku Fikh pada aku makin membangkitkan rasa gusar dalam hati aku. Dia.. argh!!! kenapa, dia baik sangat dengan aku ni?!

Tengku Fikh, saya bukan sesiapa awak. Saya cuma tumpang dalam rumah awak terpaksa terpalit dalam kancah percintaan awak dengan Qurratun! Huh, mahu saja aku beritahunya itu.

"Fikh, sa..say.." cakaplah Zyara. Cakap!

Aku cuba paksakan diri untuk cakapkan perkara yang sebenar namun seringkali itulah aku gagap dan tak mampu luahkan kata-kata. Akhirnya aku mengalah.

Wajah Fikh yang sudah mengerut menanti bicara ku aku pandang sekilas.

"Awak rasa saya yang terbaik untuk awak ke?"soalku mengubah soalan.

Fikh tak semena-mena ketawa. Kuat dan santai saja bunyinya. Aku berkerut dahi pada tawanya. Aku buat lawak ke tadi?

"Kenapa tanya macam itu?" soalnya.

"Saja. Nak dengar pandangan awak.."dalihku memberi alasan.

Fikh sekadar menganggukkan kepala. Riak wajahku dipandangnya lama. Aku pula yang sudah terkial-kial untuk menyelesakan diri. Sungguh gugup bila direnung lama oleh seorang lelaki.

"Satu, awak dalam hati saya.. dua, awak dalam cinta saya."uhukkss!! Apakah?

Itu jawapan ke ayat pickup line? Hampir tersedak aku bila dengar ayatnya yang satu itu. Haih, aku yang baru sekejap dengan Tengku Fikh ni dah mula rasa berdebar. Apatah lagi, Qurratun yang tiap hari menghadap Tengku Fikh.
Mau, diabetes cinta dibuatnya.

"Fikh, itu jawapan serius awak ke?"soalku masih meminta kepastian.

Fikh tersenyum lalu menganggukkan kepala. Jari jemariku dicapainya lalu digenggam erat. Aku biarkan saja dia buat begitu.

"Awak adalah pilihan saya yang pertama dan mungkin yang terakhir. Jadi, tolong jangan persoalkan lagi tentang perasaan saya pada awak lagi. Faham?"
petahnya berbicara.

Aku tergamam. Lalu bibirnya mengucup lembut cincin pertunangan yang melingkar di jari manisku.

Huh!! Dadaku berkobar kencang. Sekali lagi, jantungku berdegup hebat. Ya Allah, aku rasa aku dah mula sukakan lelaki bernama Tengku Fikh ni. Hmm.. Bukan suka tapi sudah terlanjur cinta.

Mata aku dan Fikh bertaut lalu bibirnya menguntum senyum. "Tak sabar nak jadi suami Zyara." ujarnya.

Aku sudah lemas dan sekarang aku mulai buntu. Kenapa benda boleh jadi macam ni? Kalau.. kalau Fikh betul-betul kahwin dengan aku? Huh?! Ya Allah, tak terbayang dek otak aku yang waras ni.

"Fikh.." sapa suara garau dari belakang.

Aku dan Fikh sama-sama menoleh ke arah punca suara itu. Mataku buntang saat melihat lelaki bernama Raziq itu ada di depan mataku. Dia juga turut sama terkejut lagi-lagi saat tangan Fikh erat memegang jari jemariku.

"Z.. Zyara?"

Dia terkebil-kebil melihat aku. "Abang Raziq?"

Aku sudah tercengang. Kenapa Raziq boleh ada di rumah Fikh sekarang ni?
...
"Itu sebenarnya yang terjadi sekarang ni.."ujar Tengku Arifah menerangkan dari awal sampai akhir.

Raziq sekadar menganggukkan kepala perlahan. Dia terus mengalihkan pandangannya pada aku yang sudah menekur memandang lantai.

Entah reaksi apa yang aku patut bagi bila bersemuka dengan abang Raziq. Kejadian aku tolak tawaran cintanya itu masih segar dalam ingatan aku. Arghh!! Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, abang Raziq juga yang dipilih oleh Allah menjadi sahabat karib Tengku Fikh?

"Owh, macam tu." sahut Raziq masih sempat mengerling ke arahku sekilas.

Tengku Arifah memandang ke arahku. Namaku diserunya lembut. Serentak itu, aku mengalihkan perhatianku kepadanya.

"Ya, Tengku."soalku.

"Inilah kawan baik Fikh, Raziq. Disebabkan awak tunang Fikh, awak perlu tahu siapa kawan baik Fikh."perkenalan ringkas daripada Tengku Arifah.

Aku sekadar anggukkan kepala. Sebuag tundukan kecil aku berikan pada Raziq.

"Kami pernah berkenalan sebelum ni, Tengku."ujar Raziq.

Aku mengetap bibir. Kenapa dia perlu beritahu itu pada Tengku Arifah. Benda yang tak penting pun.

"Baguslah kalau macam itu. Erm, auntie nak ke bilik bacaan dulu. Auntie nak siapkan beberapa kerja sekejap."pinta Tengku Arifah lalu meminta diri keluar dari perbincangan bertiga itu.

Sekarang, perbincangan bertiga itu jadi perbincangan berdua. Raziq pandang Zyara lama tapi Zyara mengelak mahu memandang Raziq.

"Abang ingat Zyara hilang. Berbulan-bulan abang cari Zyara tapi tak jumpa. Tapi, syukurlah kalau Zyara dah selamat." Raziq memulakan bicaranya.

Sejenak, aku memandang lelaki itu. Dia sudah kelihatan berjambang sedikit berbanding dengan pertemuan kami sewaktu di pantai dulu.

"Kenapa abang cari saya?"soalku cuba beranikan diri memandang nya.

Raziq tersenyum nipis. "Sebab, abang dah mula rindukan Zyara.." ujarnya.

Aku tergamam. Apakah? Kenapa Raziq direct luahkan apa yang dia rasakan? Huh..??
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro