Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Raziq berjalan sendirian di persisiran pantai sambil menikmati langit petang yang sudah hampir menirai senja. Petang-petang beginilah ramai yang spent time luangkan masa. Riuh rendah pantai cherating itu dengan gelagat pengunjung yang tak kesudah.

Raziq hanya mampu melirik senyum melihat anak-anak kecil yang berlari dan berkejaran. Akhirnya, Raziq melabuhkan punggungnya di atas tunggul kayu yang tidak jauh dari pantai. Matanya masih ligat meliar ke sekeliling. Satu persatu orang yang datang dipandangnya.

Kesian betul nasib orang bujang sepertinya ini. Dahlah single, alone pula tu.. menyedihkan. Sakit juga mata dia tengok beberapa pasangan yang sedang berpeluk sakan menikmati masa mereka bersama.

Tak semena-mena kepalanya terfikirkan fasal Zyara. Gadis itu masih tak pernah pudar dari hatinya. Dia tahu namanya masih tak terukir dalam hati gadis itu. Buat masa sekarang, dia akan biarkan Zyara menjadi tunang olok-olok Fikh sehinggalah temannya itu sembuh dan terima hakikat bahawa Qurratun sudah tiada. Dan, setelah itu Raziq akan cuba untuk dapatkan hati Zyara.

Dia sudah berniat mahu menjadikan Zyara sebagai isteri. Walau apa cara pun, dia mahu miliki gadis itu. Hatinya sudah ucap sayang manakala jiwanya meronta cinta. Tak mudah untuk dia lupakan insan yang bikin dirinya jadi seperti ini.

"Encik..!!"

Raziq berhenti dari lamunannya lalu matanya terus menoleh ke arah gadis yang sudah melambai- lambai tangan merapatinya. Gadis itu datang dengan senyuman melingkar di bibir.

"Cik Zura?" tegur Raziq lalu bangun.

Gadis yang memakai dress pantai labuh itu tersenyum. Matanya membelek wajah Raziq.

"Tak sangka saya boleh jumpa encik kat sini? Bercuti ke?" Zura memulakan bicaranya.

Raziq tersenyum nipis. "Saja nak release stress lepas bekerja. Cik Zura pula? Seorang aje?"

Raziq melabuhkan punggung kembali di atas tunggul kayu. Dia menjemput Zura untuk duduk di sebelahnya. Zura dengan penuh sopannya melabuhkan punggung bersebelahan Raziq.

"Saya spent time masa dengan kawan-kawan lama saya. Semenjak dua menjak ni, jarang sangat jumpa.. lepas itu cadang nak buat reunion."jelas Zura. Dia membetulkan sedikit dress pantai yang dipakainya.

Setelah hampir berbulan tak jumpa, Meyra ajak buat reunion. Hmm.. lepas hari pertunangan Fikh dengan Qurratun, mereka langsung tak berjumpa. Maklumlah, kebanyakan daripada mereka belajar ke luar negara. Yang di Malaysia cuma tinggal dia dan Aina saja tapi itulah.. dia pun sekarang sedang menjarakkan diri daripada Aina.

Keluar ke pantai ni pun, dia tak ajak Aina sekali. Buat masa sekarang, dia tak mahu jumpa Aina. Yang lain pun beri kerjasama. Mereka pun kebanyakannya tak suka dengan perangai Aina yang mengada itu. Jadi, semua pakat taknak ajak Aina.

"Encik pula? Seorang aje ke?"soal Zura mengalihkan pandangannya pada Raziq.

Raziq melirik sengih. Ranting kayu berdekatan kakinya dicapai lalu dia melukis di atas pasir.

"Kalau nak kata berdua tu, nampak sangatlah saya menipunya. Hmm.. seorang aje. Hidup bujang memang macam ni." gurau Raziq.

Gurauannya mendapat tawa berdekah daripada Zura. "Tipulah encik ni. Takkan tak ada kot?" Zura menyakat.

"Eh, betullah. Ingat semua lelaki itu dah berpunya ke? Contoh paling dekat tu, sayalah." seloroh Raziq.

Zura galak ketawa. "Tapi, encik mesti ada feel kat seorang perempuan kan?" umpan Zura masih menghabiskan sisa tawanya.

"Ada tu memanglah ada tapi buat masa sekarang saya biarkan dia dulu. Jadi, saya ni pemegang title single but not available." balas Raziq.

Zura senyum saja bila dengar jawapan Raziq. Pemegang single but not available? Gadis itu diam sejenak sambil matanya melirik pada wajah Raziq.

Untung betul perempuan yang ada dalam hati lelaki seperti Raziq. Sudahlah baik hati, kacak pula itu. Dalam diam, Zura minat lelaki seperti Raziq tapi.. hati lelaki itu sudah dimiliki, tak mahulah dia mahu merampas hati lelaki yang sudah dimiliki. Berjuta lelaki kat dunia ni, mungkin ada lelaki yang sifatnya sama seperti Raziq. Cuma kena rajin searching lah..

Telefon pintar Raziq berdering mengganggu suasana hening antara mereka berdua. Segera Raziq angkat panggilan tersebut. Panggilan daripada Pyqa. Zura pula duduk diam menikmati keindahan pantai.

Selepas salam dihulur, mereka berdua bersembang sakan dalam talian. Sempat juga Zura memasang telinga. Aih, tak apa sekali sekala jaga kain orang.

"Abang, lusa Pyqa akan fly balik Malaysia. Pyqa cuti dua minggu ,tak tahu nak buat apa kat sini."luah Pyqa dalam nada acah-acah sedih nya.

"Eh, kenapa baru nak beritahu abang?"

Pyqa hanya mampu sengih panjang. "Saja nak suprise abang. Ingat nak buat suprise kat abang dengan mama tapi Pyqa malaslah nak balik naik teksi. Abang jemput boleh?" seloroh Pyqa dengan suara manjanya.

Raziq mengeluh perlahan. "Lusa abang ada meeting kat Terengganu. Abang rasa abang tak boleh jemputlah."

"Mama?"

"I think mama pun busy hari itu. Dia ada appoinment penting pagi itu."

"Alah... habis macam mana pyqa nak balik?"keluh Pyqa sudah resah.

"Dah tempah tiket ke?"soal Raziq untuk kepastian.

Cepat-cepat Pyqa mengangguk. "Dah bang. Dari Rabu dua minggu lepas. Ada promotion."

Allah, dah lama tempah tapi baru sekarang nak beritahu? Raziq sekadar menggelengkan kepala. Zura disebelah Raziq tersenyum nipis melihat gelagat Raziq. Serabut aje tu.. hahaha.

"Nanti abang fikirkan macam mana."ujar Raziq.

Bukan main gembira si Pyqa itu bila Raziq cakap macam itu. Setelah berbual, Raziq menamat kan panggilan. Zura sudah mengalihkan pandangan pada Raziq.

"Adik encik ke?"soalnya.

Raziq menjeling pada Zura. Dia menganggukkan kepala. "Adik perempuan ni banyak betul karenahnya."keluh Raziq.

Zura mengukir senyum. "Biasalah itu, adat dalam adik beradik." ujar Zura.

"Zura!!!" Meyra sudah melambai- lambai tangan pada Zura dari jauh.

Zura sudah bangun. Berura-ura dia mahu pergi, dia menoleh pada Raziq. "Saya pergi dulu, encik. Nanti kita berborak lagi."ucapnya lalu berlari anak meninggalkan Raziq sendirian.

Raziq mengeluh perlahan. Alone lagi..
...
Selesai menunaikan solat fardhu Isyak, aku terus melabuhkan punggungku di atas katil. Aku termenung sendirian. Kejadian petang tadi benar-benar buatkan fikiran aku celaru.

"Zya, abang nak tanya Zya something.. boleh tak?"soal Fikh.

Aku yang ketika itu sedang menyusun barang dapur sekadar anggukkan kepala. Banyak betul barang yang Tengku Arifah beli. Disebabkan ketika itu Tengku Arifah sedang menunaikan solat fardhu Asar, aku bantu wanita itu untuk susun barang.

"Abang nak tanya apa?"sempat wajahnya aku kerling.

Fikh tersenyum nipis. " Kenapa sampai sekarang abang masih tak dapat jawapan daripada Zya fasal perkahwinan kita?"

Tak semena-mena langkahku mati. Botol sos tomato yang dalam tanganku, aku genggam erat.

Aku cuba berlagak tenang. Wajah Fikh aku pandang dengan senyuman nipis yang menghias bibir.

"Kenapa abang tanya?"soalku cuba mengawal nada suaraku.

Fikh memandangku dengan pandangan redup saja. "Zya, langsung tak pernah bahaskan apa-apa untuk perkahwinan kita. Zya tak sudi ke jadi isteri abang?" soal Fikh dalam nada mendatar.

Aku mengeluh perlahan. Fikh, saya ni bukan sesiapa awak. Saya cuma penumpang! Macam mana saya nak beritahu semua ni pada awak! Aku berdesis dalam hati. Dadaku berkobar hebat.

"Abang tak menyesal ke kalau ambil saya sebagai isteri abang?" soalku pula.

Fikh mengukir senyum nipis. Tak semena-mena dia mendekatiku lalu botol sos tomato dalam tanganku diletak ke atas meja kabinet dapur lalu kedua-dua belah tangannya menggenggam tanganku.

"Kenapa abang perlu menyesal pula? Bukan memiliki Zya, impian abang ke?" kata-kata Fikh buatkan aku terdiam.

Pandangan mata kami berdua bertaut. Dia berikan pandangan yang dalam dan tersirat. Namun, aku langsung tak memahaminya.

"Kita kahwin dan lupakan yang lepas."ujar Fikh.

Aku mengetap bibirku. Ya, aku sudah pun cintakan Fikh tapi aku tak berani untuk tipu dia. Walaupun dia cakap macam ni, aku tahu hati dia bukan untuk aku. Hmm..

Tangan Fikh tak semena-mena melingkar pada pinggangku. Aku tergamam.

"Jadi isteri saya, cik Zyara." pujuknya dengan senyuman menggoda.

Tak semena-mena aku menganggukkan kepala. Bibirku mengukir senyum nipis. "Baiklah. Saya sudi berkahwin dengan abang Fikh."putusku.

Aku sudah meraup wajah. Gila ke aku ni? Kalau Fikh tahu aku ni cuma penipu yang gantikan tempat Qurratun? Mungkin dia akan ceraikan aku! Tapi.. aku dah mula sayangkan lelaki itu.. aku juga sudah mulai cintakan dia.

Telefon pintarku yang berdering serta merta mematikan lamunanku. Buntang mataku tatkala mendapat panggilan daripada papa. Segera aku angkat panggilannya.

"Assalamualaikum, papa."ucapku menghulur salam.

Tapi, salamku langsung tak dijawabnya. Aku dengar dengusan marahnya. Senyumku terus pudar.

"Betullah apa yang mama kamu kata, kamu memang jenis anak yang tak kenang budi! Papa betul-betul menyesal besarkan kamu." ujar Tan Sri Jaafar.

Aku tergamam. "Ap.. apa yang Zya dah buat, pa?"terkebil-kebil aku bertanya.

"Sanggup kamu rampas Fikh tu daripada Aina? Aina beritahu papa kamu guna cara kotor untuk dapatkan Fikh. Kenapa Zya? Kenapa kamu lakukan benda macam itu?" sebak suara lelaki itu bila membahaskan perkara fitnah itu.

Terpempam aku bila dengar papa menuduh aku melulu. Sebodoh-bodoh aku pun, aku masih tahu halal haram agama. Kejam!! Sanggup diorang hancurkan kepercayaan papa pada aku?! Tak puas lagi halau aku dari rumah, sekarang nak tuduh aku buat benda tak senonoh pula?

"Pa, demi Allah pa.. Zya tak buat semua itu. Aina fitnah Zya pa." aku cuba membela diri. Air mata ku mengalir deras.

Runtun hati aku dituduh begitu.

"Kalau macam nilah perangai kamu, lebih baik papa tak anggap kamu anak! Kamu dengan ibu kamu sama saja! Darah kotor!" bentak papa lalu menamatkan panggilan.

Sanggup papa! Sanggup papa percayakan perempuan berhati iblis itu daripada aku? Huh!!! Air mataku sudah deras mengalir. Hati aku sakit bila dituduh kotor oleh papa sendiri. Kejam.

Aku menangis sehingga akhirnya aku tertidur di atas katil.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro