Bab 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fikh.."

Lelaki itu terus menoleh ke arah gadis yang sudah berlari-lari anak mendapatkannya. Tak semena-mena gadis itu terus memeluk tubuhnya erat. Fikh terus membalas.

Dia sangat rindukan gadis itu. Fikh meleraikan pelukan lalu kedua-dua belah pipi Qurratun dipegangnya. Dia juga rindu mahu cubit pipi gebu milik Qurratun. Comel.

"I rindukan you, Fikh."ucap Qurratun dengan wajah sedih. Air matanya setitis demi setitis jatuh membasahi pipi.

Fikh mengeluh perlahan. "Jomlah ikut I balik kalau you betul rindukan I."ujar Fikh bersungguh-sungguh.

Tak semena-mena Qurratun menggelengkan kepala. Air mata yang bersisa pada pipinya disapu. Namun perasaan sedih yang berbekas dalam hatinya buatkan birai air mata Qurratun kembali basah dengan air mata.

"I tak boleh, Fikh. Dunia kita dah berbeza. Kita bukan lagi berdiri di tempat yang sama macam dulu." balas Qurratun masih menangis.

Tangan Fikh digenggamnya erat. Wajah Fikh dipandangnya dengan penuh rasa kasih sayang. Betul. Dia sangat rindukan lelaki itu, lelaki yang sudah bermaharajalela dalam hatinya sejak dulu lagi.

Fikh terdiam. "Jadi, you nak biarkan I sendiri?"

"Zyara kan ada?"

Fikh mengeluh perlahan. "Tapi, hati I masih pada you Qurratun. Sepenuhnya untuk you." pangkas Fikh dalam nada bersungguh.

Tak semena-mena Qurratun menggelengkan kepala. Pipi Fikh dipegangnya sambil tangannya yang lagi satu masih menggenggam erat tangan lelaki itu.

"I tahu you dah mula sayangkan Zya. I dapat rasakan tu."ujar Qurratun.

Fikh terpana sejenak. Zyara? Tak semena-mena matanya terpandangkan Zyara yang berada tidak jauh di hadapannya. Gadis itu menunggu dengan senyuman yang melingkar di bibirnya. Satu lambaian kecil dihadiahkannya pada Fikh. Qurratun turut menoleh ke belakang lalu melihat Zyara.

"Jaga Zya macam mana awak jaga saya, Fikh. Saya pergi dulu." ucap Qurratun kembali memandang Fikh semula.

Gadis itu tak semena-mena melepaskan tangan Fikh lalu melangkah pergi meninggalkan Fikh.

"Qurratun!!!"

Fikh tersedar dari tidurnya. Sekeliling bilik dicarinya namun langsung tidak kelihatan kelibat gadis yang dicarinya itu.

"Nama siapa yang kamu sebut tadi, Fikh?" soalan yang menyapa buatkan Fikh terkejut.

Terus dia menoleh ke sisi katil dan melihat kelibat Tengku Arifah. Buntang matanya. Dia sudah telan liur. Kenapa dia tak perasan kehadiran mamanya itu? Argh!! Fikh sudah dapat rasakan sesuatu yang buruk akan jadi sebentar nanti.

"Ma.. bi-bila mama masuk?"soal Fikh sudah tergagap.

Dahi Tengku Arifah sudah berkerut seribu. Dia labuhkan punggungnya di birai katil sambil matanya tak lepas memandang Fikh.

"Kamu tak jawab soalan mama tadi. Kamu sebut nama siapa tadi?"ulang Tengku Arifah dan nada suaranya kembali meninggi.

Fikh mengetap bibir. Dia mendiamkan diri sejenak sebelum akhirnya dia menunduk kan pandangannya ke bawah. "Qurratun."jawabnya sepatah.

"Jadi, kamu masih kenal siapa Qurratun?"soal Tengku Arifah dengan perasaan bercampur baur. Marah pun ada, gembira pun ada.

Nak tak nak, Fikh terpaksa anggukkan kepala. Tembelang sudah pecah. Jadi, tak perlu lagi dia perlu berpura-pura hilang ingatan.

"Sejak bila?"

"Lepas dua minggu Fikh koma. Fikh ingat siapa Qurratun dan siapa dia dalam hati Fikh." ujar Fikh dalam nada kesal.

Tengku Arifah tak semena-mena terdiam. Dia sudah meraup wajahnya. Nak gembira ke sedih pun dia tak tahu. Dia gembira sebab Qurratun masih diingati oleh Fikh tapi pada masa yang sama... dia sedih sebab Fikh menipu dia dan Zyara. Kasihan gadis itu.

"Kenapa kamu rahsiakan semuanya daripada mama?" soal Tengku Arifah dalam nada kecewa.

Fikh mengeluh perlahan. Raut wajah Tengku Arifah dipandang nya sekilas. "Fikh minta maaf, ma. Fikh tak bermaksud nak buat mama risau." ujarnya.

"Kamu dah buat mama risau. Zyara pun.. kenapa kamu babitkan dia? Kenapa kamu tak lepaskan dia bila dah ingat semuanya?" nada suara Tengku Arifah sudah meninggi.

Nasib baiklah Fikh itu anak tunggalnya yang seorang. Kalau tidur, sudah bertapak tangannya pada pipi Fikh.

"Zyara pernah ada dalam mimpi Fikh. Masa Fikh koma pun.. dia ada. Dan.. Fikh tertarik dengan kesungguhan dia jaga Fikh." ujar Fikh mendatar.

Tengku Arifah tergamam. "Maksud kamu Fikh?" soal Tengku Arifah masih tak faham.

"Dia selalu ada dalam mimpi Fikh semasa Fikh dalam koma."balas Fikh dalam nada perlahan. Takut-takut kalau Zyara terdengar.

Tengku Arifah mengetap bibir. Petanda apakah? Jodoh?
...
"Assalamualaikum, Tan Sri. Jemput duduk." pelawa Zura melabuhkan punggung di hadapan Tan Sri Jaafar.

Sudah lama rasanya dia menunggu masa ini dan sekarang dia nak bongkarkan apa yang tersimpan selama ini. Semua bukti sudah cukup untuk beritahu Tan Sri Jaafar tentang siapa Puan Saripah sebenarnya.

"Dah lama rasanya, saya tak jumpa kamu Zura. Dah tak datang menjenguk Aina ke?"soal Tan Sri Jaafar bermanis muka.

Zura sekadar menjungkit senyum.  Dia diam untuk seketika. Fail berwarna kelabu dikeluarkan dari beg bimbitnya lalu diberikan pada Tan Sri Jaafar.

Jelas wajah lelaki itu sudah mulai keliru. Dia sudah berkerut dahi lalu memandang Zura dengan pandangan yang tak faham.

"Fail apa ni?"soal Tan Sri Jaafar.

Zura menjungkit senyum. "Tan Sri tengok dulu dan nanti saya akan jelaskan semuanya pada Tan Sri." ujar Zura.

Fail tersebut dicapai oleh Tan Sri Jaafar lalu dibukanya. Satu persatu kandungan dalam fail itu dibeleknya. Setiap isi surat yang berada dalam fail itu dibacanya. Perasaan Tan Sri Jaafar sudah mulai bercampur baur. Sedih, sebak, marah, geram dan semuanya.. terkumpul.

Akhirnya, satu keluhan berat dilepaskan oleh Tan Sri Jaafar. Dia menilik gambar pernikahan Puan Saripah dengan bekas suaminya, Encik Arshad. Terus gambar itu dikeronyoknya lalu digenggam kuat. Air matanya mengalir deras.

Kenapalah dia tak sedar semua ini? Apa yang terjadi? Tan Sri Jaafar sudah mulai menyalahkan dirinya sendiri.

"Semua itu adalah bukti bahawa Puan Saripah dan Encik Arshad sudah berpakat untuk kenakan bekas isteri Tan Sri. Semuanya diorang dah rancang supaya dapat buang isteri encik daripada hidup encik."ujar Zura dalam nada mendatar.

Tan Sri Jaafar memandang Zura. "Kenapa kamu baru beritahu saya sekarang? Kenapa lepas semuanya jadi, kamu baru nak buktikan?"bertubi-tubi soalan dihamburkannya pada Zura.

Zura mengeluh perlahan. "Saya sambung kerja papa saya. Dia kawan kepada bekas isteri Tan Sri. Inilah apa yang bekas isteri Tan Sri mahukan. Keadilan dan kepercayaan daripada Tan Sri.." balas Zura.

Air mata Tan sri Jaafar mengalir deras. Ya Allah, apalah yang aku lakukan pada bekas isteriku dan anakku selama ni? Kenapa sanggup aku tuduh isterikh begitu!! Bodohnya aku, bodoh!!!
....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro