Nine

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Barang barang di dalam rumah bersepah selepas digeledah oleh pihak polis. Perabot tunggang langgang. Lucas menapak dengan longlai. Dia mencampakkan jaket yang ditanggalkan pada kepala sofa. Berat hatinya memandang ke arah bilik Taehyung. Terus beberapa titik air matanya mengalir. Langkah kaki dibawa memasuki ke dalam bilik itu.

Keadaan bilik Taehyung juga seperti tokang pecah. Bingkai gambar yang sebelum ini berada di atas meja terdampar pecah di lantai. Lucas mengutipnya, dan mendirikan semula bingkai gambar tersebut di tempat sepatutnya. Dalam diam, dia menangis mengusap wajah Taehyung pada gambar. Dia merasakan perasaan yang sama ini sewaktu kehilangan isterinya dahulu.

Betul, air dicincang tidak akan putus. Baik buruk Taehyung masih tetap anaknya juga. Dia betul betul yakin pada firasatnya bahawa Taehyung bukan pembunuh. Dia akan berusaha mencari Taehyung dan membuktikan anaknya itu tidak bersalah.

Namun, dia tertanya, apa yang sebenarnya terjadi di antara Jimin dan Taehyung pada malam kejadian? Dia perlukan jawapan. Setidaknya dari Taehyung sendiri atau pun Jimin. Tapi menunggu Jimin yang koma itu sedar semula memakan masa yang panjang.

14 jam berlalu selepas kehilangan Taehyung tanpa apa apa pun jejak. Pihak polis masih mencurigai Lucas  menyembunyikan pembunuh. Oleh itu, tiga orang pegawai polis berkawal di luar rumahnya dalam tempoh beberapa hari sehingga Taehyung ditemukan.

Pencarian Taehyung semakin giat dijalankan secara lebih meluas. Gambar Taehyung ditampal di merata rata tempat. Ayah Jimin turut menawarkan ganjaran sejumlah wang kepada sesiapa saja yang berjaya menangkap Taehyung. Berita di tv mahupun radio tidak berhenti menyiarkan dan menyampaikan tentang Taehyung (pembunuh yang merupakan anak kepada seorang inspector polis tersohor).

Lucas menggeledah meja dan almari di dalam bilik Taehyung sekiranya ada ditanggalkan sesuatu. Tiada satu pun yang terlihat ganjil. Dia perhatikan lama rak buku yang berada di hadapannya. Terus dia teringat akan buku 'Slender Man' dari beg Taehyung. Dia langsung tak sedar yang Taehyung mencuri buku tersebut darinya.

Sejenak Lucas berfikir agak lama. Beberapa klu terlintas di fikiran.

Hutan Gojung?

Buku Slender Man tu?

Lucas terus mendapatkan buku 'Slender Man' yang diminta dari Jenny. Dia cuma menyemak sepintas lalu helaian muka surat yang dibelek laju. Dia berhenti di muka surat terakhir.

"Slenderman boleh tunaikan apa pun permintaan. Tapi, setiap permintaan yang dibuat perlu dibayar dengan .......... sendiri atau menggorbankan .......... orang lain,"

Seluruh tubuh Lucas menggigil kuat. Buku yang dipegangnya jatuh. "Takanlah....."wajah isterinya dan Taehyung muncul silih berganti dalam fikiran. Merasakam dadanya tiba tiba sesak kerana bernafas agak laju, dia melabuhkan punggung di kerusi. Dia belek kembali ke muka surat yang telah dilewati tadi dan baca informasi berkaitan Slender Man dengan penuh teliti.

"Martha mesti tahu sesuatu...."buku itu ditutup setelah beberapa jam ditelaah. Esok, dia perlu berjumpa Martha. Martha mungkin merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan Lucas.  Ini kedengaran sangat gila atau mengarut tapi dia betul betul yakin kehilangan Taehyung dan apa yang terjadi pada Jimin berkait dengan SLENDER MAN.

*    *    *    *

Martha berdiri menghadap tingkap bilik yang terbuka luas. Angin sejuk menghembus nyaman ke wajahnya. Tidurnya beberapa minit tadi terganggu kerana dua orang pesakit bersebelahan katilnya selalu saja membuat bising. Mereka menjerit, bergelak ketawa dan mengganggu pesakit pesakit lain.

"Cik Martha, kenapa tak tidur lagi. Dah lewat malam ni,"sapa jururawat yang selalu datang mematikan lampu tepat pada pukul 12.00 malam setelah memastikan semua pesakit tidur. Tiada lagi suara suara bising penghuni katil di sebelah Martha. Mungkin mereka telah dimarahi oleh jururawat itu.

"Saya tak mengantuk,"balas Martha.

"Dah makan ubat?"

Martha menggeleng. Jururawat itu mengusap belakang bahu Martha. Martha memusingkan tubuhnya mengarah kepada jururawat tersebut. Mulutnya sedia dingangakan. Jururawat menyuapkan beberapa biji pil ke dalam mulut Martha. Dia hulurkan gelas berisi air untuk Martha minum.

"Nurse, hari ni berapa hari bulan? Hari apa? Tahun apa?"

"Khamis.  5 Mei 2020,"

"Ohh jadi dah 11 tahun abang saya hilang,"

"Cik Martha masih tunggu Martin ke?"

"Tentu lah. Dia yang selamatkan nyawa saya. Saya tak pernah lupakan Martin, bahkan saya dapat rasa dia masih hidup. Dia pun tengah tunggu masa yang sesuai untuk balik semula ke pangkuan saya,"

Melihat kain yang membalut keseluruhan mata Martha kebasahan, jururawat itu menarik Martha ke dalam pelukannya. Martha sangat bernasib sangat malang. Dia mengalami kecederaan teruk pada matanya yang menyebabkan dia buta. Selepas kematian kedua orang ibu bapanya, Martha dihantar ke hospital sakit jiwa dan sudah menetap di sini selama lapan tahun. Kata ibu saudara yang menjaga Martha sebelum ini, Martha menjadi gila kerana tidak dapat menerima kematian kembarnya Martin. Martin hilang secara misteri bertahun tahun lamanya dan dianggap sudah mati oleh semua orang.

"Boleh saya tahu apa yang sebenarnya terjadi pada abang Cik Martha? Kenapa dia hilang? Kena bunuh?"

Martha menghela nafas berat. "Slender Man dah bawak dia pergi. Saya bagitahu polis banyak kali, tapi takde sesiapa pun yang percaya. Slenderman tu wujud. Saya sendiri pernah jumpa Slenderman,"

"Eeerrrr.....takpelah Cik Martha tidur sekarang ye,"

"Nurse tunggu kejap,"Martha menahan tangan si jururawat. Dia tarik gadis itu ke tingkap. "Awak dengar tak apa yang saya dengar?"

"Bunyi apa?"

"Bunyi serangga serangga hutan, ranting ranting dan daun kering saling menyisir angin. Suara kanak kanak ketawa,"

"Mian saya tak dengar apa apa pun. Mungkin kesan ubat yang Cik Martha makan tadi. Cik Martha tidur ya,"Jururawat memimpin Martha ke katil. Tubuh Martha dibaringkan perlahan dan ditutupi dengan selimut.

Dua pesakit di sebelah katil Martha saling berpelukan kerana ketakutan.  Martha tidak tahu yang jururawat yang melayannya itu tidak mempunyai wajah. Hanya mempunyai mulut yang terkoyak luas hingga ke telinga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro