Eight

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Melihat Lucas di luar wad yang menempatkan Jimin, ayah Jimin terus menerpa ke arah Lucas. Dua tiga penumbuk laju menghentam ke muka Lucas.

"Anak kau PEMBUNUH! MANA KAU SOROKKAN ANAK KAU SIAL! DIA DAH BUNUH ANAK AKU!,"Tuan Park mendorong tubuh Lucas ke dinding. Jenny menahan Tuan Park bertindak lebih agresif. Pengunjung di luar wad memberikan perhatian pada pergaduhan mereka. Dua orang pegawai polis mengheret Tuan Park menjauh dari Lucas. Puan Park menangis teresak di pintu wad, menantikan keputusan dari doktor yang sedang merawat Jimin di dalam. Lucas jadi sayu melihat keadaan wanita itu.

"Apa salah Jimin sampai Taehyung sanggup nak bunuh dia. APA SALAH ANAK AKU! Aku dah anggap Taehyung tu seperti anak aku sendiri tapi sanggup dia buat Jimin macam tu,"Tuan Park menengking tidak puas hati. Kemarahannya gagal direda dengan pujukan Jenny. Lucas datang melutut di hadapan Tuan Park. Digenggamnya kaki Tuan Park erat.

"Mianhae.....aku akan cari anak aku. Aku janji! Dan kalau betul Taehyung bersalah, aku sendiri akan heret dia terima hukuman sepatutnya,"rayu Lucas. Tuan Park menarik kolar kemeja Lucas supaya Lucas bangun.

"Kalau anak aku mati, anak kau pun patut terima hukuman mati,"bisiknya, terus menolak Lucas ke lantai. Jenny memapah Lucas keluar dari kawasan wad Jimin.

*    *    *    *

Lucas duduk di kerusi bersebelah vending mechine. Wajahnya ditelekup pada kedua dua tapak tangan kerana buntu. Dia menanti setiap saat telefonnya berdering penuh debar. Kebanyakan panggilan yang diterima bukan dari Taehyung, sebaliknya dari beberapa pihak wartawan dan kenalannya dari balai balai polis lain bertanyakan tentang anaknya yang sekarang dituduh sebagai pembunuh.

Pihak polis sedang giat mencari Taehyung sebagai suspek utama. Cap jari dan ujian DNA yang ditemuai di tempat kejadian mengesahkan Taehyung terlibat terhadap pembunuhan Jimin. Sukar untuk Lucas terima satu persatu kenyataan. Anaknya sendiri pembunuh. Bagaimana dia ingin berhadapan dengan semua kegilaan ini. Perasaan marah dan kecewa bercampur baur dalam dirinya sekarang.

Tapi di mana anaknya itu sedang melarikan diri sekarang. Ahh kepala Lucas jadi serabut memikirkan banyak perkara.

Gedegang! Vennding mechine sebelah Lucas bergegar dihempas. Lucas hiraukan saja sekiranya orang sedang membeli minuman itu memandangnya pelik. Dua tin air kedengaran jatuh.

"Ehem,"Jenny berdehem. Air kopi tin dihulurkan kepada Lucas. Lucas menyambut dengan ucapan terima kasih. Jenny bersandar pada vending mechine. Mereka sama sama meneguk kopi sejuk.

"How's Jimin,"soal Lucas.

"Dont worry. Doktor berjaya selamat dia. Dia tengah koma sekarang. Tak pasti bila dia boleh sedar semula,"

"That's great!"Lucas menghela nafas lega.

"Any way, you tak marah kan kalau I suruh polis geledah rumah you. I dah mintak pihak atasan keluarkan warran as soon as possible,"

"You syak I sembunyikan dia kat rumah,"

"Boleh jadi. You kan ayah dia. Seorang ayah sanggup lakukan apa saja untuk protect anak dia kan,"herdik Jenny.

Tuduhan Jenny memetik suis kemarahan Lucas. "Nonsense! I tak bersongkol dengan pembunuh. Even though, pembunuh tu....anak I sendiri,"

"Sorry Lucas. In this situation I tak boleh fully percayakan you. Ni melibatkan nyawa orang. Satu jejak pembunuh pun kita tak boleh terlepas pandang,"

"I betul betul tak tahu Taehyung kat mana sekarang. You sure ke Taehyung yang try attack Jimin. You pun tak pasti kan the exact event happen. Macam mana kalau both of them are the victims. Entah entah anak I cuba selamatkan Jimin, Jimin sempat lari and Taehyung yang dibawa oleh pembunuh sebenar tu,"

Hujah Lucas membisukan mulut Jenny. Jenny meminta diri sekejap untuk menjawab panggilan yang diterima. Sambil bercakap di corong telefon, ekor matanya menjeling Lucas. Panggilan ditamatkan dengan anggukan. "Warran geledah rumah you dah keluar. Ketua nak you disoal siasat. You ikut I balik ke balai sekarang,"Jenny menepuk bahu Lucas.  Pegawai polis kemudian membawa Lucas pergi.

Sorry kalau ff memboringkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro