Seven

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sambil menguap dengan mata terpisat pisat, Lucas meraba meja kecil di sebelah sofa. Telefon yang sedang berdering masuk kali ketiga itu digapai dengan keluhan malas. Dia mengenyeh sebelah kelopak matanya beberapa kali sebelum pandangannya terlihat jelas akan nama 'Inspector Jenny' di skrin. Pantas buntang hijau dileret, dibawa telefon ke hujung telinga.

"Good morning Jenny,"

Jenny menyapa dengan intonasi suara  kalut. "You kat office ke sekarang,"

"Otw pergi office la ni. Jalan jammed sikit,"tipu Lucas. Deruan laju dari kipas siling yang seakan kedengaran seperti enjin kereta sedikit membantu penipuannya.

"Boleh tak singgah kat jalan hutan Gojung kejap. I tunggu you kat sini,"

Lucas membetulkan posisi dari baring ke duduk. "Hah? You buat apa pagi pagi kat dalam hutan. Team you ada buat camping ke,"

"Ishh jangan mengarut la. You ni macam tak fimiliar kalau sebut hutan gojung mesti something bad happens,"

"Ok.....ada orang hilang lagi ke,"teka Lucas memandang hal itu yang sering dibahas oleh Jenny beberapa hari yang lalu.

"Lagi dahsyat. Ada orang jumpa budak lelaki terdampar kat atas jalan tepi hutan tu. Budak tu kena tikam banyak kali. Dia dah dihantar ke hospital tapi tak sure boleh diselamatkan atau tak,"

"Shit! So selama ni ada seriel killer la di sebalik semua kes kehilangan yang kita siasat. I dah expect dah benda ni,"

"Wait wait, kita sembang nanti you datang sini eh. Polis jumpa bahan bukti baru. See you soon Lucas!"Jenny terus mematikan panggilan. Kerana berita yang disampaikan Jenny tadi, Lucas jadi bersemangat semula untuk bekerja. Dia terus mandi dan bersarapan ala kadar. Sekeping roti sapuan jem dan air kosong sejuk cukup mengalas perut.

Sebelum keluar, dia melintasi bilik Taehyung. Dia terniat berhenti di hadapan pintu bilik anaknya itu. Dia berkira kira ingin meminta maaf sekiranya semalam dia tersilap memarahi Taehyung. Bila difikirkan balik, dia yang bersalah sebenarnya dan Taehyung cuma mangsa keadaan atas kenyataan yang tak boleh dia terima selama ni.

Kali ini Lucas turunkan egonya. Dia ketuk daun pintu sebanyak tiga kali. Taehyung tidak pun keluar selepas beberapa minit berlalu, mungkin masih merajuk dengannya. Dia nekad memulas tombol pintu dan tanpa disedari pintu bilik tidak dikunci sebenarnya. Dia dapati Taehyung tidak berada di dalam bilik. Selalunya kalau Taehyung bermalam di rumah Jimin sekalipun, waktu pagi dia akan segera balik sebelum Lucas pergi kerja.

Lucas cuma tinggalkan sehelai nota dan sedikit duit belanja untuk Taehyung, berharap anaknya itu akan memaafkannya. Balik kerja nanti, jika ada masa terluang...dia berancang ingin membawa Taehyung keluar makan malam. Lucas tersenyum saat memandang bingkai gambar Taehyung, dia dan mendiang isterinya sisi meja.

"Anak kita dah besar panjang, malangnya I gagal besarkan dia dengan baik. Mian,"

*    *    *    *

Dalam 20 minit perjalanan ke hutan Gojung, Lucas tiba di situ ketika pegawai polis masih melakukan siasatan. Sepanjang laluan masuk dipenuhi dengan penduduk kampung, juga wartawan berita. Lucas tunjukkan identiti kadnya untuk memasuki kawasan siasatan. Dia memerhatikan jalan bertar yang berlimpah darah. Dia berjalan masuk ke dalam hutan mengikut pita kuning yang direntangkan dari pokok ke pokok. Beberapa pegawai polis yang melihat Lucas memberi tunduk hormat.

Di tengah hutan, kelihatan kawannya Inspector Jenny ditemani beberapa orang pegawai forensik. Lucas melambai pada Jenny. Mendengar suara Lucas memanggil, Jenny menoleh ke belakang. Tangan Lucas segera disambut selepas glove ditanggalkan. Dia bagi sepasang glove untuk dipakai oleh Lucas.

"How? Jumpa apa?"soal Lucas, mencuri intai ke arah pegawai forensik yang sedang memeriksa tompokan darah dan kesan tapak kaki di tanah. Beberapa sampel diambil untuk ujian DNA.

Jenny angkat plastik lut sinar berisi pisau bersalut darah. "Senjata pembunuh. Ada cap jari kat pemegang pisau ni. Mudah kita nak tahu siapa pembunuh nanti,"

"Ok good,"tapi bagi Lucas sesuatu yang sangat menghairankan sekiranya pembunuh senang senang meninggalkan senjata pembunuhan. Setiap kali kes pembunuh yang diuruskan oleh Lucas, bukti yang paling susah dicari ialah senjata pembunuhan sebab pembunuh yang bijak takan membiarkan identitinya terbongkar dengan mudah.

Seorang pegawai forensik datang mendekati Jenny. "Cik Jenny, kitorang jumpa beg ni kat celah akar pokok sebelah sana,"pegawai forensik menyerahkan beg sandang berwarna kuning itu. Beg itu turut terpercik kesan darah. Lucas mengamati beg itu lama kerana dia seperti pernah melihatnya.

"Hmm cuba bukak ada apa kat dalam beg tu,"arah Lucas. Jenny tarik zip beg dan keluarkan segala barang yang ada kat dalam. Kotak pensel, buku buku matapelajaran, dan sebuah buku lama yang sangat Lucas kenal. Lucas terus merampas buku tersebut dari tangan Jenny.

"Wait, ni macam......."dia terkelu. Kulit hadapan buku yang tertulis dengan perkataan 'Slenderman' memang tidak pernah asing baginya kerana buku itu adalah miliknya sendiri.

"Wae? You tahu apa apa ke pasal buku ni?"

"Ni buku yang kawan I bagi dulu. I simpan buku ni dah lama,"

"Jadi....."Jenny mula pandang Lucas dengan muka pucat berpeluh.

"Budak yang kena tikam tu....bagi I tengok gambar dia,"gesa Lucas.

Jenny keluarkan telefonnya. Dia tunjuk beberapa keping gambar mangsa yang sempat diambil tadi pada Lucas. Mulut Lucas melompang lebih luas. Sesaat lututnya rebah tiba tiba. "Budak ni nama Park Jimin kan?"

Jenny angguk. "Aikk mana you tahu. You kenal ke dia,"

Lucas yang seakan ingin menjerit menekup mulut cuba mengawal perasaan. " Dia kawan anak I. Anak I Kim Taehyung,"genggamannya mencengkam tanah.

"Apa! Takan la anak you yang bunuh Jjj...imin?"

Tidak menjawab pertanyaan Jenny, Lucas terus belari keluar dari hutan. Jenny mengejarnya sehingga ke kereta. Jenny sempat menahan pintu kereta Lucas dan masuk ke dalam perut kereta. Lucas memukul stereng dengan jeritan kuat. Jenny memeluknya supaya bertenang.

"Calm down. Cuba you explain kat I satu satu apa yang jadi sebenarnya,"

"Semalam I gaduh dengan Taehyung....."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro