Six

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau tipu aku. Kau tipu aku setan tak guna,"Taehyung memangku kepala ommanya di atas riba. Dia mengucup lama dahi ommanya sebelum kepala Puan Kim hancur menjadi pasir pasir halus.

Slenderman terpacak berdiri di hadapan Taehyung. Tubuh makhluk tak berwajah itu hampir menyamai ketinggian pokok yang ada berdekatan. Tapi pokok pokok di sekitar Taehyung terlihat sangat ganjil. Rantingnya sentiasa mencakar udara seakan akan bentuk jari dengan daun daunnya yang sehalus rambut atau mungkin itu memang rambut. Pada setiap batang pokok menimbuk bentuk wajah manusia yang banyak.

Slenderman tidak mempunyai mulut untuk bercakap tetapi suaranya yang garau bergema daripada alam atau alam yang mengeluarkan suaranya. Langit alam di sini berwarna hijau tua. Siang atau malam Taehyung tak pasti. Yang pasti dia dibawa ke sini selepas dia pengsan sekejap tadi. Otaknya masih dapat mengingati apa yang berlaku.

"Aku dah tunaikan permintaan kau. Masa untuk kau bayar dengan nyawa kau sendiri atau korbankan nyawa......" Slenderman menyentuh ke segenap wajah pucat Taehyung.

Taehyung sedia mengempal penumbuk untuk menyerang bila bila masa. "Kembalikan omma aku la sial. Kau penipu,"

"Hahahhaha, aku dah tunaikan apa yang kau mintak. Omma kau hidup beberapa minit selepas waktu kematian sebenar dia. Kau dah jumpa dia kan, peluk cium dia.....jadi adakah aku masih menipu kau,"jari jari Slenderman menggapai leher Taehyung. Tubuh Taehyung diangkat meninggalkan permukaan tanah.

"Lepaskan ak...aku,"Taehyung terkapai kapai mencari nafas.

"Nyawa kau sekarang dah jadi milik aku. Hmmm tapi...aku rasa nyawa kau saja tak cukup la sebab benda yang kau mintak tadi terlalu besar. Apa kata aku ambil nyawa kawan kau sekali. Boleh kan,"

Jimin muncul di sebelah Slenderman. Tubuh Jimin kaku, tidak bergerak seperti patung.

"Lari sekarang Jimin. Selamatkam diri kau. Park Jimin! Jimin!"Taehyung jerit sekuat hati supaya Jimin sedar tapi malangnya Jimin dah kena pukau. Mata Jimin hanya mencelik tanpa sebarang reaksi.

"Hahahahha kawan kau takan dapat dengar suara kau. Pilih sekarang, kau nak aku ambil nyawa kau dulu ataupun kawan kau ni,"sebelah lagi tangan Slenderman mencengkam leher Jimin.

"Andwae! Andae....kau jangan apa apakan Jimin setan. SETAN TAK GUNA. JANGAN APA APAKAN KAWAN AKU,"tengking Taehyung.

"Ke kau sendiri nak tolong cabut nyawa dia untuk aku. Mesti seronok kan,"lima jari Slenderman menembusi ke dalam kepala Taehyung. Urat urat biru menimbul di seluruh wajah Taehyung. Kedua dua mata Taehyung menjadi hitam. Slenderman ghaib sebaik tubuh Taehyung yang terapung jatuh semula ke tanah. Taehyung kembali di alam nyata, masih mengelilingi pokok sambil mengenggam tangan Jimin.

"Tak jadi apa apa pun Tae. Takan sampai sejam kita kena tunggu kat pokok ni. Tak keluar pun Slenderman,"Jimin menggegarkan bahu Taehyung.

"Tae? Kau ok tak ni,"tiada respon yang Taehyung berikan, Jimin jadi cemas. Kawannya itu cuma menundukkan kepala pada batang pokok.

"Auchh sakit la bodo! Kau genggam tangan aku kuat sangat la,"adu Jimin, cuba merentap tangan Taehyung. Taehyung mengangkat wajahnya, memandang tepat pada Jimin. Jimin menjerit terkejut kerana muka Taehyung pucat menampakkan urat urat biru dan mata Taehyung hitam sepenuhnya.

"Apa dah jadi pada kau ni Tae?"menyedari Taehyung seperti dah dirasuk, Jimin lekas menolak Taehyung tapi Taehyung tidak melepaskan genggaman. Taehyung mematahkan tangan Jimin, lalu dengan kekuatan yang luar biasa, dia melambung tubuh kawannya itu pada batang pokok. Jimin terdampar di celah celah akar pokok. Dia berusaha bangun dan melarikan diri selaju yang mampu. Telefon dari poket seluar dikeluarkan. Beberapa kali cubaannya menghubungi pihak polis gagal kerana tiada talian di dalam kawasan hutan seperti ini.

Jimin cuma mampu bersembunyi di dalam semak, berharap Taehyung takan dapat menemuainya. Telinganya teliti menangkap derapan kaki Taehyung yang memijak daun kering dan ranting kayu. Setiap kali kaki itu menapak sangat dekat, tiap kali itu Jimin rasa semakin hampir dengan maut.

"Kau menyorok kat mana Jimin. Keluarlah! Kau takut ke,"sayup sayup suara Taehyung memanggil. Jimin tahan nafasnya beberapa saat supaya degup jantungnya tidak kedengaran jelas.

"Jimin,"

"Nak lari mana,"Tangan Taehyung menyeluk semak tempat Jimin bersembunyi. Dia menarik rambut Jimin dan mengheret Jimin keluar.

"KIM TAEHYUNG TOLONGLAH SEDAR! TAE!"rayu Jimin dalam tangisan meminta simpati. Taehyung menggenggam pisau di tangannya. Pisau itu diangkat tinggi ke arah Jimin. Tak sempat Jimin memejamkan mata, "Arrghhh Tae,"pisau terbenam ke dalam perutnya sebanyak tiga kali berturut turut. Jimin meraung kesakitan. Wajah Taehyung bersimbah dengan darah Jimin. Taehyung tidak berhenti menikam tubuh Jimin pada bahagian dada, lengan, paha dan leher.

Taehyung yang bermandikan darah, meninggalkan Jimin yang terkulai penuh kesan tikaman. Jimin merangkap sedaya upaya dengan sedikit sisa tenaga dalam tubuh.

* * * *

Seorang lelaki memulakan pagi dengan mengayuh basikal di jalan sepanjang hutan Gojung. Tiba di hujung simpang, lelaki itu menekan brek basikal. Dia menjatuhkan basikalnya, terus berlari mendapatkan sekujur tubuh terdampar di atas jalan dengan berlumuran darah. Dalam keadaan panik, dia menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

10 minit kemudian, beberapa buah kereta polis memenuhi jalan di sekitar hutan Gojung. Masuk kali keempat hutan tebal itu digeledah. Inspector Jenny yang mengetuai pegawai polis, mengiringi tubuh seorang remaja lelaki masuk ke dalam perut ambulans. Menurut pakar forensik, mangsa masih bernyawa dan cedera parah kerana ditikam banyak kali. Tak pasti bilangannya berapa banyak.

Pita berwarna kuning direntangkan pada beberapa batang pokok. Jalan yang melalui hutan Gojung ditutup buat seketika untuk pihak polis membuat siasatan.

Inspector Jenny mencalit sedikit darah yang masih belum kering pada tar jalan. Beberapa lagi kesan darah pada rumput di sekitar menghala ke arah dalam hutan. Dia mengikuti kesan kesan darah tersebut. Pegawai forensik dan polis yang bertugas turut ikut bersamanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro