Five

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hutan Gojung,

"Mula mula kita kena panggil dia. Bila kita dah berhubung dengan dia, barulah boleh mintak dia tunaikan permintaan aku," Taehyung menarik tangan Jimin mendekati sebatang pokok yang sangat besar dan tinggi. Dahan dahannya tidak kelihatan di dalam kegelapan malam.

"Kau yakin ke ni Tae?"Jimin menahan tangan Taehyung ketika Taehyung ingin melukakan tapak tangannya dengan pisau.

"Tak salah kan kalau kita cuba,"

"Memang tak salah nak cuba, tapi ada sesetengah benda tak sepatutnya dicuba,"

"Ok, aku tak faham apa kau cakap. Kalau kau rasa tak sedap hati, tinggalkan je aku kat sini. Apa pun jadi aku yang tanggung,"tegas Taehyung. Sebaliknya Jimin tak berganjak pon meninggalkan Taehyung.

"Yelah yelah.....aku stay. But, kalau apa apa jadi, kita terus lari sama sama. Jangan tinggalkan antara satu sama lain ok,"balas Jimin.

Taehyung menghela nafas lega. "Macam ni la kawan,"dia serahkan pisau pada Jimin. "Tolong toreh tapak tangan aku jap. Tak sanggup la aku nak buat sendiri,"

"Ngada ngada la kau ni,"Jimin tekan hujung mata pisau pada tapak tangan Taehyung. Muka Taehyung berkerut menahan pedih. Beberapa titik darah mengalir keluar. Taehyung terus lumarkan darah pada simbol yang diukir di batang pokok. Jimin tolong ikatkan kain menutupi mata Taehyung.

Sambil mengenggam kemas tangan Jimin, Taehyung membacakan jampi. Tiap bait ayat yang disebut menghadirkan aura seram sejuk. Bunyi ungas ungas hutan perlahan lahan membisu. Tanah yang dipijaknya bergegar dan batang pokok meliuk seperti ia bernyawa.

"Jimin, kau dapat rasa apa apa tak,"selesai jampi dibaca, dia menguis paha Jimin. Jimin tidak menjawab.

"Menjadi kot,"gumam Taehyung dalam hati.

"Slenderman?"

Tiupan angin yang deras seperti membalas panggilan Taehyung pada makhluk itu. Dia cuba menenangkan dirinya supaya tidak terlalu rasa gemuruh.

"Aku datang sini sebab nak mohon satu permintaan pada kau,"

"Permintaan apa?"suara halus kanak kanak berserta hilai tawa riang membalas kata kata Taehyung.

"Akku.. .aaaku nak kau bawak aku balik pada masa sebelum omma aku kemalangan. Aku nak betulkan balik kesilapan aku. Aku nak omma aku hidup semula,"sambung Taehyung. Dia tidak mendengar apa apa balasan lagi selepas itu. Sehinggalah dia tersedar tangan Jimin yang digenggam telah bertukar menjadi botol arak. Ruang di sekitarnya terasa sesak dengan ramai manusia. Muzik muzik yang kuat membingitkan telinga. Tubuhnya ditarik dari belakang. Taehyung menanggalkan kain ikatan. Keadaan betul betul berubah. Dia sekarang berada di dalam kelab malam yang tidak asing lagi baginya.

"Bertuah punya budak!"lengannya diheret keluar oleh seorang wanita yang membebel tak henti henti. Wanita itu menolak dia masuk ke dalam perut kereta.

"Nasib baik tau Jimin call omma bagitahu kamu ada kat sini,"

"Omma?"Taehyung mengamati lama wajah yang paling dirindukan itu. Ommanya. Sukar untuk dia percaya. Dia terus memeluk tubuh ommanya.

"Tae rindu omma. Omma jangan tinggalkan Tae lagi. Jebal!"pipi ommanya dikucup berkali kali. Jurai air mata Taehyung menitik kerana terlalu gembira.

"Ishh apa kena dengan kamu ni. Dah mabuk sangat budak ni. INGAT TAE, NI LAST KAMU KELUAR MALAM. Lepas ni omma akan kurung kamu dalam rumah je. Omma tak suka la kamu kawan dengan budak budak kaki mabuk tu. Faham,"marah ommanya.

"Faham omma,"Taehyung menundukkan kepalanya. Puan Kim mengusap umbu umbu kepala Taehyung. Kemudian, Puan Kim beralih fokus pada pemanduan. Taehyung memandang keluar cermin kereta. Dia menanti penuh debar sambil bibirnya mengira setiap saat yang berjalan mengikut putaran jarum jam di pergelangan tangannya.

Tepat pada waktu yang dijangka, sebuah lori yang sama meluru laju dari hadapan tanpa menyalakan lampu. Salah satu sebab kenapa ommanya tak perasan pada lori tersebut dan menyebabkan kemalangan.

"Omma elakkk lori tu!"Taehyung menarik tangan ommanya yang memegang stereng. Mujur ommanya sempat mengelak dari dilanggar lori tu. Taehyung menghela nafas lega. Dia berjaya menyelamatkan nyawa ommanya.

"Isshh driver lori ni, tak nampak kereta lain ke. Ingat jalan ni atuk dia punya, dahla tak pasang lampu hadapan,"rungut ommanya.

"Omma, omma dah selamat dan dapat hidup semula dengan Tae,"Taehyung merangkul lengan ommanya.

"Tae cakap apa ni...mengarut la,"

Satu tubuh manusia yang tinggi dan hitam berdiri di hadapan kereta. Puan Kim tidak sempat menekan brek dan melanggarnya.

"Omma dah langgar orang ke?,"Puan Kim yang cemas ingin menolak pintu kereta untuk memeriksa apa yang telah dilanggar. Taehyung pantas menghalang ommanya keluar.

Dummmm! panggg! Bumbung kereta berdentum dihentam oleh sesuatu yang sangat berat. Taehyung saling membalas pandangan dengan ommanya.

"Arggghhh benda apa tu Tae,"ommanya menjerit ketika satu kepala manusia berwajah kosong tanpa mata, hidung dan mulut menjengul turun di cermin hadapan—tepat menghadap Puan Kim.

"Slenderman!"

Kesemua cermin tingkap kereta dipecahkan oleh tentacles berwarna hitam lalu membelit tubuh Taehyung dan ommanya.

"Jangan apa apa kan omma aku. Tolonglahhh. Kau cakap kau aku akan tunaikn permintaan aku,"rayu Taehyung yang tidak boleh melakukan apa apa pun untuk selamatkan ommanya. Slenderman menghulurkan tangan melalui cermin tingkap yang pecah berlubang. Dia mencengkam kepala Puan Kim.

"Andwae! Jebal,"

Kepala omma Taehyung ditarik sehingga putus, tergolek di atas dashboard dengan mata terbeliak merenung Taehyung. Semuanya gelap selepas itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro