Four

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau gaduh dengan appa kau lagi?"tak payah diberitahu pon, Jimin dah dapat teka masalah Taehyung. Muka Taehyung mencuka dari tadi. Matanya sembab dan merah baru lepas menangis. Jimin membancuh hot chocolate di pantri buat kawannya itu.

"Appa aku tu lah, balik rumah je selalu cari gaduh dengan aku. Kenapa dia tak buang je aku kat rumah anak yatim lepas omma aku mati. Aku penat la nak terus hidup macam ni. Kitorang berdua macam bukan anak beranak lagi dah,"Taehyung meluahkan semua yang membuku di hatinya. Seperti selalu, Jimin yang akan jadi tempat dia mengadu.

Jimin menghulurkan cawan kepada Taehyung. Taehyung mencicip hot chocolate yang dibancuh oleh Jimin. Hilang sedikit rasa serabut di kepalanya.

"Kau tak try bincang elok elok dengan appa kau ke?"

Taehyung mendarat cawan ke atas meja dengan kasar. "Semua effort aku sia sia selama dua tahun ni. Kau rasa patut ke aku tinggalkan rumah appa aku tu. Dia buat macam aku tak pernah wujud. Kadang kadang aku rasa dah takde ayah,"

Jimin merangkul bahu Taehyung, cuba bagi sedikit kata kata semangat. "Sorry bro, yang ni aku tak boleh bagi pendapat. Semua keputusan kau buat nanti, kau kena fikir sendiri baik baik. Kalau boleh cari jalan penyelesaian yang tak memburukkan lagi keadaan,"

Kadang kadang Jimin kesian dengan nasib Taehyung. Yelah, dia tahu Taehyung pernah buat silap. Tapi tak layak kah dia dimaafkan oleh appanya. Kematian omma Taehyung dua tahu yang lepas benar benar mengubah hidup Taehyung.

Ommanya terlibat dalam kemalangan sewaktu mengambil Taehyung yang mabuk di sebuah kelab malam. Masa tu sikap Taehyung sangat liar, terlalu bebas dan suka bergaul dengan budak budak yang berfoya. Sewaktu di dalam kereta, Taehyung bergaduh dengan ommanya. Kerana terlalu geram dimarahi ommanya, Taehyung menghentam kepala ommanya pada stereng kereta. Kereta hilang kawalan dan dilanggar oleh sebuah. Taehyung terselamat cuma ommanya terkorban.

"Dah la, nanti la aku fikir cara lain nak berbaik dengan appa aku. Thanks tau, nasihat kau paling membantu,"Taehyung memeluk Jimin erat. Mereka dah seperti adik beradik.

"Buku apa yang kau belek dari tadi tuh?"soal Jimin, menunjukkan sebuah buku lama di atas beg Taehyung.

"Ohh buku ni ke?"Taehyung buka buku tersebut dan bagi pada Jimin.

"Slender Man? Bukan ni pasal hantu urban legend dalam filem filem mat salleh tu kan,"

"Exactly,"

"Mana kau dapat?"

"Aku jumpa masa aku senyap senyap masuk bilik appa aku nak curi duit dia,"

Jimin mengeluh kesal. "Kau still curi duit appa kau?"

Taehyung angguk tanpa rasa bersalah. "Dah dia tak bagi aku duit,"

"Ishh kau ni. Next time cari kerja sendiri. Tak baik mencuri duit orang,"pesan Jimin.

"Yelah yelah. Ok back to this book. Kau nak tahu tak lepas aku habis baca buku ni aku rasa macam Slender Man tu betul betul wujud. He's real,"ujar Taehyung dengan bersungguh sungguh.

"Penulis reka je kot,"

Taehyung pantas menggeleng. "No bro. Aku tak rasa dia sanggup reka something yang sia sia sampai boleh jadi buku setebal ni,"

"Hmmm...."Jimin masih membelek muka surat buku tersebut penuh ragu ragu. Tulisan tulisan di dalamnya hampir pudar. Ada muka surat yang terkoyak. Taehyung ambil semula buku tu dari tangan Jimin. Dia langkau ke muka surat paling akhir.

"Tengok ni....."tunjuk Taehyung pada satu mesej yang ditinggalkan oleh penulis.

Jimin baca mesej tu. "Slenderman boleh tunaikan apa pun permintaan. Tapi, setiap permintaan yang dibuat perlu dibayar dengan .......... sendiri atau menggorbankan .......... orang lain," dua perkataan diconteng dengan pen merah tapi masih boleh dibaca.

"Aku rasa benda ni boleh tolong aku betul kan keadaan. Putar balik masa supaya omma aku still hidup,"

"Kau nak buat permintaan kat Slenderman?"

Tehyung mengangguk laju.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro