Three

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Panggg, lengan Lucas menolak mug jatuh ke lantai tanpa langsung disedarinya. Mug berkecai pecah. Lamunannya terhenti. Air kopi memercik pada hujung seluarnya.

"Aigoo...."Lucas melurut dadanya. Dia kutip satu persatu serpihan mug yang pecah lalu dimasukkan ke dalam tong sampah di tepi meja. Dia letakkan beberapa helai kertas surat khabar pada jubin yang basah. Lucas mematikan laptop, memasukkan fail fail ke dalam beg kerjanya. Pejabat dah takde orang pada waktu lewat malam begini. Dia putuskan untuk balik ke rumah, berehat secukupnya selepas dua hari dia tidur di pejabat.

Lagipun, anaknya Taehyung di rumah sering merungut padanya tentang ketidak adilan dia membahagikan masa untuk kerja dan keluarga. Sejak isterinya meninggal beberapa 2 tahun lepas, dia mula mengabaikan tanggungjawab pada Taehyung. Egonya masih tinggi menyalahkan Taehyung penyebab kematian isterinya.

Lucas berjalan di sepanjang laluan koridor yang menghala ke lif di hujung bangunan. Bilik bilik pejabat yang dilewati semuanya sudah gelap. Mungkin di bangunan lain masih ada pegawai polis berkerja shift malam. Tombol pada lif ditekan. Pintu lif ternganga luas dan Lucas masuk ke dalam kotak lif.

Dia menunggu beberapa saat pintu lif tertutup semula, namun satu tangan kecil yang pucat kebiruan menahan dari celah pintu lif. Seorang kanak kanak perempuan menapak masuk dan berdiri di sebelah Lucas. Setelah pintu tertutup, Lucas menekan buntang ke ground. Dari tingkat 10, lif bergerak turun ke bawah.

Lucas curi curi pandang budak kecil yang hanya menundukkan kepala itu. Rambutnya yang hitam likat panjang mengurai separas pinggang.

"Adik buat apa malam malam kat sini?"Lucas menyapa penuh mesra. Jarang dia melihat budak budak seusia ini di sekitar balai polis. Atau mungkin ada mana mana anggota polis yang membawa anak mereka.

Budak perempuan tu diam saja tanpa menjawab pertanyaan Lucas tadi.

"Appa atau omma adik kerja kat sini ke,"Lucas cuba sekali lagi.

"Tak,"jawabnya sepatah.

"Habis tu kenapa adik kat sini? Sesat ke,"

"Saya datang dari hutan. Hutan Gojung. Kau ingat aku lagi tak Lucas,"balasan budak perempuan tersebut membuatkan lutut Lucas bergetar kuat. Belakang tubuh Lucas lebih rapat melekat ke dinding lif. Budak tu masih statik berdiri membelakanginya.

"Kaauuu....ssaa...saper?" soal Lucas gagap gagap kerana terlalu takut. Lampu berkelip kelip. Pada masa yang sama, lif jugak berhenti bergerak turun.

"Aku Martha. Takan kau dah lupakan aku. Mesti tak kan hahahha,"budak tu memusingkan kepalanya ke arah Lucas tanpa menggerakan tubuhnya. Kepalanya seperti boleh berpusing 360°.

Mata Lucas terbuntang luas. "Tak! Tak mungkin,"jeritnya. Lampu terus terpadam. Pintu lif terbuka. Lucas berdoa penuh syukur dalam hati. Dia nampak peluang untuk melarikan diri. Dia perlahan lahan merapat ke pintu lif tanpa memperdulikan budak perempuan tu yang tak berhenti ketawa. Angin yang sangat kuat datang meniup ke arah hadapan Lucas sebaik dia ingin menjejak keluar. Lucas tertolak semula ke dinding lif di belakangnya.

Angin yang kencang menerbangkan sekilas rambut rambut budak perempuan tu. Lucas mendapati wajah budak tu kosong, takde mata, hidung tetapi mempunyai mulut yang terkoyak sehingga ke telinga. Wajah itu menatap Lucas lama.

"Kau ingat lagi kan Lucas. Kau ingat kan. Lucas! Lucas!"

Lucas menekup telingannya. Matanya dipejamkan serapat mungkin. "Jangan kacau aku. Tolong la pergi. Pergi!"jeritnya. Seketika kemudian dia merasakan suasana yang bingit. Bunyi bunyi serangga. Tiada lagi angin yang bertiup. Lucas membuka matanya. Syukur budak perempuan tu dah ghaib. Dia berganjak keluar beberapa langkah. Dan mulutnya tiba tiba ternganga.

"Tak mungkin," Yang dilihatnya sekarang di luar lif adalah kawasan hutan yang dipenuhi pokok pokok tinggi. Seperti dia kembali semula pada masa lalu. Dia mendengar hilai tawa riang, kemudian muncul dua tubuh kanak kanak di kejauhan.

"Martha. Martin,"air mata Lucas mengalir deras. Tangannya diangkat cuba untuk menggapai mereka berdua. Mereka semakin jauh meninggalkan Lucas dan hilang ditelan cahaya berwarna hijau. Pancaran cahaya itu yang sangat terang menyilaukan mata Lucas.

Zupppp! "Arggggh!"Lucas meraung kesakitan. Sesuatu yang halus dan tajam seakan ranting kayu mencucuk ke dalam wajahnya.

"Arggghhh sakit!"

"Appa! Appa! Bangunla," Taehyung menggoncangkan tubuh Lucas. Lucas meracau racau di atas sofa.

"Hahhhh!,"dia bangun dengan melepaskan nafas yang deras. Peluh menitik dari dahinya. "Appa kat mana ni?"

"Kat rumah la. Appa balik tadi, terus tertido atas sofa. Dah lupa?"

Lucas keliru. Dia pandang Taehyung yang menuju ke pintu rumah. "Kamu nak pergi mana pulak tu? Dah lewat malam ni Tae,"

"Tae dah janji nak tido rumah Jimin malam ni,"

"Stay je kat rumah. Tak payah keluar. Bahaya,"

"Pliss...appa jangan halang Tae. Tae dah besar la. Lagipun duduk kat rumah ni buat apa, appa langsung tak ambil tahu pasal Tae pon kan,"bidas Taehyung.

Lucas mencerlung tajam. "Tae dah lupa apa yang jadi bila appa tak halang Tae? Tae masih tak serik menyusahkan appa,"

Taehyung menengking appanya. "Appa tak payahlah ungkit pasal omma. Ye, Tae tahu omma mati disebabkan Tae. Susah sangat ke appa nak maafkan Tae dan terima je hakikat,"

"Nooo! Takan semudah tu,"

"So kenapa appa tak campak je Tae dalam penjara. Kan senang. Appa kan polis,"

"Tae jangan KURANG AJAR,"Lucas mula naik tangan.

" Mulai hari ni, kita bawak haluan hidup masing masing. Appa tak payah risau pasal Tae lagi,"Taehyung terus keluar, menghempaskan pintu dengan kuat. Lucas menumbuk kepala sofa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro