Two

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cara menyeru Slender Man:
(lebih berkesan jika dilakukan pada waktu malam)
1. Masuk ke dalam hutan, dan cari sebatang pokok yang sesuai sekurang kurangnya bersaiz sebesar pemeluk.

2. Ukir bulatan pada batang pokok dengan menggunakan pisau (atau apa apa pun objek tajam) dan lukiskan simbol 'X' di dalam bulatan tersebut.

3. Tolak muka perlahan lahan pada batang pokok (pada simbol yang telah diukir) dan pejamkan mata. Pastikan diri dalam keadaan tenang dan fokus dalam beberapa saat.

4. Sambil memejamkan mata, bacakan jampi dengan lantang dan jelas.

"Slenderman,
Slenderman,
all the children try to run,
Slenderman,
Slenderman,
to him it's part of fun,"

Martin membuka mata dan memalingkan kepalanya ke belakang. Dia menggenggam erat tangan Martha dan Lucas. Tangan Martha terketar ketar. Tangan Lucas berpeluh sejuk. Martin masih lagi tenang, melilau matanya memandang ke sekitar ruang hutan.

"Dia dah datang ke?"soal Lucas yang langsung tak berani mengangkat kelopak mata. Martha cuma mengintai sedikit sebelum matanya mencelik luas apabila menyedari tiada apa pun yang terjadi. Dia terus merentap tangannya.

"Dah la, buang masa aku je. Jom balik,"kata Martha.

Martin tarik lengan Martha supaya kekal pada posisi tadi. "Pliss....this is the last one. Kalau tak jadi jugak kita balik,"rayunya.

Martha mendengus. "Stop it Martin. Kau ni suka sangat percaya benda karut,"

"Dah dua kali kita panggil Slenderman tu, see tak jadi apa pun,"Lucas mencelah hampa.

"Come on, baru dua kali cuba. Ok aku janji ni last kita try. Nombor 3 selalunya bawak tuah pada aku,"

"Hmmm,"Lucas dan Martha sama sama mengiyakan permintaan Martin.

"Aku rasa yang first and second try tadi tak jadi sebab ada something yang kurang,"

"Kurang apa pulak,"

"Darah untuk menarik benda tu lebih dekat dengan kita,"Martin tarik pisau yang dipacakkan pada tanah. Dia hiris tapak tangannya, melumurkan darah yang mengalir keluar pada simbol di batang pokok. Dia balut tangannya dengan kain sebelum mengenggam semula tangan Lucas dan Martha.

"Fokus dan buat betul betul. Korang cuba bayangkan benda tu akan datang pada korang. Biarkan dia wujud dan berhubung dengan kita,"

Mereka sama sama membacakan jampi, lebih lantang. Dalam beberapa saat, angin sejuk membelai segenap tubuh mereka. Ungas ungas berhenti menyanyi, menjadikan suasana hutan  sangat sunyi. Pokok di hadapan mereka terasa bergoyang, meliang liuk dahan dahannya mengikut arah tiupan angin. Jantung berdebar debar bila saat kedengaran ranting ranting patah dipijak pada tanah.

"Slenderman?"Martin rasakan sesuatu berdiri di belakangnya. Sesuatu yang tinggi dan berhawa hangat. Jari jari panjang dan kasar mencengkam bahunya. Dia tersentak dan menarik tangannya dari genggam Martha dan Lucas.

"Kau kenapa ni?"soal Martha melihat Martin berkelakuan pelik. Mata Martin tajam memandang ke satu arah. Dia membuka beberapa langkah kaki meninggalkan Lucas dan Martha.

"Kau stay kat sini. Jangan pergi mana mana. Bahaya,"Lucas mengejar Martin. Martha memeluk tubuh yang mengigil ketakutan. Dia bersandar pada batang pokok sementara menunggu Martin dan Lucas. Kedua dua kawannya tenggelam di dalam kegelapan, merasakan dirinya berseorangan sekarang.

"Martha! Martha! Martha," Martha mendengar bisikan yang memanggil namanya. Suara yang jelas dan terasa sangat dekat. Lantas dia melekapkan telinga pada batang pokok. "Martha!" terus dia berganjak ke belakang kerana didapati pokok itu yang mengeluarkan suara. Martha terus bangun untuk mencari Lucas dan Martin. Namun, sebelah kakinya ditarik oleh jari jari yang panjang yang keluar dari batang pokok. Batang pokok berubah membentuk tubuh dan kepala manusia tetapi tidak berwajah.

"Slenderman! Lepaskan aku. Tolong! Martin! Lucas,"dia menjerit cuba untuk melepaskan diri. Tubuhnya diangkat tinggi oleh Slenderman lalu dicampak menghempap ke batang pokok yang berdekatan.

"Martin! Martin kau kat mana sial,"Lucas kehilangan jejak Martin. Batang batang pokok di sekeliling yang terlalu banyak menyukarkannya untuk bergerak. Penglihatannya juga terbatas di dalam gelap. Sesekali kepalanya terlanggar dengan pokok.

"Martin keluarlah! Martin!"Lucas memanggil Martin dengan lebih kuat. Dia mengecilkan biji matanya melihat lima putung jari yang panjang dan runcing mencengkam batang pokok di hadapannya. Yang pasti tu bukan jari Martin, dan memang tak nampak macam jari manusia pun. Bila dia perhatikan ke arah pokok pokok lain, jari jari yang sama muncul dari balik setiap batang pokok. Lucas meneguk air liur. merasakan jari jari tak berlengan atau tidak bersambung dengan tubuh itu bergerak ke arahnya seperti labah labah. Terlalu banyak dan menggelikan.

"Weh kau pergi mana tadi,"Martin datang memaut lengan Lucas. Lucas seperti tersedar, memandang Martin dengan terpinga pinga. Jari jari tadi semua terus lenyap dalam sekelip mata.

"Aku cari kau la bongok. Kau tiba tiba je lari dari kitorang,"dia mengetuk kepala Martin.

"Aku? Pehal pulak. Kau dengan Martha yang tinggalkan aku tadi. Korang berdua macam kena rasuk tau tak. Kau dengan Martha makan tanah dan daun daun kering, lepas tu panjat pokok and then melompat lompat ke pokok pokok lain macam monyet,"

"Apa? Kau biar betul,"tekak Lucas terasa mual. Dia menekup mulutnya sebelum memuntahkan cacing bersalut tanah dan daun daun kering yang hancur.

"Fuck! Apa dah jadi ni,"Lucas bingun sekejap, memandang Martin dengan seribu persoalan.

"Slenderman! Lepaskan aku. Tolong! Martin! Lucas," mendengar jeritan Martha yang tidak jauh dari mereka, Martin dan Lucas terus berlari mendapatkan Martha. Malangnya mereka melihat Martha sudah terbaring di atas tanah.

Sorry tk seram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro