31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Isabelle termenung sendiri. Gelang Pandora yang diberikan oleh Taehyung ketika first date mereka tahun lepas, diperhatikan.

Satu keluhan dilepaskan. Gelang tersebut disimpan semula di dalam kotaknya semula. Aku menyimpan semula gelang tersebut di dalam almari.

"Belle," aku menoleh ke arah Appa yang berdiri di sebelah pintu bilik aku. Satu senyuman tipis wujud dibelahan bibir aku.

"Ada seseorang mahu berjumpa dengan kamu,"

-----

Jungkook melemparkan segaris senyuman hambar ke arah Isabelle. Dia kelihatan tenang namun hakikatnya dia gemuruh.

Tujuan dia datang berjumpa Isabelle bukan disebabkan mahu mendesaknya. Dia sudah tiada perasaan ke atas adiknya.

Sebenarnya, sudah lama perasaannya pada Isabelle hilang. Cuma disebabkan egonya asyik tercabar apabila melihat Taehyung dan Isabelle bersama, jadi dia terpaksa mengaturkan rancangan untuk pisahkan mereka.

Dan akhirnya. Rancangan Jungkook berjaya.

Jadi tujuannya datang untuk mengaku segala perbuatannya dan meminta maaf.

"Kau buat apa nak jumpa aku?" mendatar sahaja pandangan Isabelle.

"Aku datang untuk mengaku apa yang telah aku buat ke atas kau, Belle."

Isabelle mengerutkan dahi. Dia tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Jungkook.

"Apa-- maksud kau?"

Sudut bibir lelaki tersebut terjungkit sedikit.

"Aku yang upah orang untuk langgar kau, Belle. Aku yang rancang untuk gugurkan kandungan itu. Aku sengaja burukkan Taehyung, sedangkan dia cuba untuk selamatkan nyawa kau. Semuanya salah aku. Aku minta maaf."

"Dan aku akan serah diri pada polis."

------

Isabelle's pov

Aku berlari dengan cemas, mencari seseorang yang telah banyak terluka disebabkan aku di kawasan airport ini.

Air mata aku mula terjurai deras.

"Tugas kau sekarang ini, pergi dapatkan Taehyung sebelum penerbangannya berangkat."

"Dia meminta pihak atasan untuk berpindah ke London, Belle. Pergi. Dapatkan dia sebelum terlambat"

Kata-kata Jungkook membuatkan aku makin terdesak untuk mencari Taehyung.

"Taehyung.. Taehyung-ah.." Seakan orang kehilangan anak, aku mula merancau mencari Taehyung.

Dalam pandangan kabur dek air mata, aku terlihat susuk seseorang yang aku kenal dan aku cari.

"Taehyung? TAEHYUNG!" aku berlari ke arahnya.

Namun belum sempat aku mendapatkannya, dia sudah hilang di dalam lautan manusia.

Larian aku terhenti.

Ketika ini, baru aku sedar.

Aku benar-benar kelihangan permata paling bahagia di dunia ini.

Semuanya gara-gara sikap pentingkan diri dan ego aku.

"Taehyung... I'm sorry.. I'm sorry..hiks"

Aku mula duduk bercangkung dan menangis. Menangis ditengah-tengah laluan ini. Bersendirian.

-------

Jungkook mengeluh berat. Dia memandang ke arah bangunan balai polis tersebut buat sekian kalinya.

Dia sudah tekad. Dia perlu menyerahkan dirinya. Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk menebus kesalahannya.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah, lengannya diraih oleh seseorang.

"Jeon Jungkook!"

Serentak mata mereka bertembung.

"Min- Minjung-ah."

Wajah Minjung sudah kemerahan serta matanya juga sudah berair serta membengkak.

"Kau buat apa dekat sini, Hm?" Jungkook mula menekup wajah isterinya dan mengesat air mata yang terjurai jatuh membasahi pipi.

"Apa yang awak sedang lakukan, Jungkook?" soalannya dibalas dengan soalan.

Jungkook tersenyum tipis.

"Pulanglah, Minjung."

"No! Saya tak akan balik selagi awak tak ikut saya balik!"

Jungkook mengusap lembut rambut Minjung. Dia kemudian menarik Minjung dalam dakapannya. Di usap perlaha belakang gadis itu untuk menenangkannya.

"Aku yang rancang kemalangan itu, Min. Aku punca utama kenapa mereka berpisah. Semuanya disebabkan aku, Minjung. Aku."

Minjung meleraikan pelukan kami. Dia menggeleng perlahan.

"Jungkook-ah..."

"Pulanglah, Minjung. Aku tidak mahu kau menangis lagi disebabkan aku. Cukuplah kau bazirkan air mata kau buat aku. Kau sudah banyak kali terseksa disebabkan aku."

Aku menoleh ke arah Jaehyun yang setia memerhatikan kami.

"Aku harap kau dapat jaga dia sebaik yang mungkin. Jangan sia-siakan dia. Jangan buat dia terluka seperti aku lakukan. Jangan biarkan dia menunggu kau, sepertu aku lakukan padanya. Hargai dia."

"Apa yang awak lakukan ni, Jungkook? Saya masih isteri awak!"

Jungkook meraih kedua-dua tangan Minjung. Dia tersenyum nipis. Ini sahaja jalan yang terbaik.

"Aku tarik balik kata-kata aku tempoh hari....

Aku lepaskan kau, Minjung."

--------

TBC

MAAF WEH CHAPTER NI HAMBAR SEBAB AKU TAKDE IDEA JXKSKXKSKDKSMDKMSKSKSKDKSKXKSJDJSJDEJDJSJXJSKJD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro