32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

3 tahun kemudian...

Isabelle melangkah keluar dari cafe sebaik sahaja dia membeli coffee kegemarannya.

Dia menekapkan telefonnya pada telinga apabila panggilan dari seorang pelanggannya masuk.

Sedang dia berbual bersama pelanggannya, perbuatannya terhenti apabila terlihat satu susuk tubuh yang sudah lama dia tidak nampak disebuah kedai makan.

Telefonnya dijatuhkan.

"Kim Taehyung..."

Sudah sekian lamanya dia tidak menyebut nama lelaki itu. Dan hari ini, dia menyebut nama itu semula.

Tanpa amaran, air matanya jatuh.

Dia melangkah menghampiri lelaki itu. Namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis mula duduk dihadapan Taehyung.

Senyuman yang terukir dibelahan bibir milik Taehyung menunjukkan bahawa dia sudah bahagia. Bahagia bersama orang baru.

Isabelle memejamkan matanya seketika dan menarik nafas sedalam yang mungkin.

Apa yang kau harapkan, Isabelle...

Lelaki itu sudah lama melupakan kau.

Dia tidak salah. Tapi kau yang salah.

Ye. Semuanya salah kau.

------

Aku bermain dengan makanan yang terhidang dihadapan aku. Sumpah selera aku hilang dengan tiba-tiba.

"Belle,"

Aku mengalihkan pandangan ke arah figura yang menegur aku.

Park Jimin.

"Kau okay tak?"

Aku memandangnya lama. Aku yakin, Jimin pasti tahu bahawa lelaki bernama Kim Taehyung sudah kembali ke tanah air selepas dipindahkan ke London.

Sejak Taehyung tinggalkan aku, maksud aku pergi jauh meninggalkan aku, Jimin sahajalah tempat aku mengadu.

Dan Jimin jugalah manusia yang paling banyak membantu Minjung untuk bebaskan Jungkook.

Untuk pengetahuan semua, Jungkook tidak bersalah akan kemalangan 6 tahun lepas. Kekasih gelapnya, Alice yang rancang semua itu tanpa pengetahuan Jungkook.

Apabila dibebaskan, Minjung dan Jungkook dalam proses untuk memikat hati masing-masing.

Doakan mereka kembali menjadi pasangan suami isteri ye semua.

Kini, aku dan Jimin menjadi akrab namun untuk jatuh cinta padanya, ia agak mustahil.

Jimin pernah meluahkan perasaannya pada aku, namun aku menolaknya dengan cara baik.

Bersyukur bahawa dia faham akan keadaan aku.

"Kenapa kau pandangan aku macam nak telan aku je?" Soal Jimin, cemas. Dia mengambil minumannya dan menghirup perlahan untuk membasah tekak.

"Taehyung dah balik kan?"

Hampir sahaja Jimin tersedak apabila aku menyoalnya sebegitu. Aku menghulurkan tisu kepadanya dan menanti jawapan aku.

Dengan teragak-agak dia mengangguk.

"How dare you! Kau langsung tak beritahu aku pasal dia!"

"Aku minta maaf, Belle. Tapi Taehyung sendiri yang suruh aku jangan beritahu kau pasal kepulangannya."

Aku mengetap bibir.

"Tapi kenapa?"

"Dia tidak mahu kau kecewa apabila dia pulang bersama tunangnya, Kim Jisoo."

hahaha tahi.

Aku betul-betul menyesal dengan apa yang pernah aku lakukan dulu.

--------

"Dia tidak mahu kau kecewa apabila dia pulang bersama tunangnya, Kim Jisoo."

Kata-kata Jimin semalam masih terngia-ngia ditelinga aku. Aku mengeluh perlahan. Habis hilang fokus aku dibuatnya.

Aku menyambung semula kerja aku iaitu menyemak kembali file kerja yang disiapkan oleh staff milik aku.

Tok! Tok!

"Masuk,"

Pintu bilik kerja aku dikuak oleh seseorang. Muncul lah seketul sahabat aku iaitu Seulmin.

"Ada someone nak jumpa kau,"

Aku mengerutkan dahi.

"Siapa?"

"Adalah. Dah, cepat. Dia tunggu dekat luar kedai kita."

-----

Sebaik sahaja aku keluar dari kedai aku dan mencari orang yang mahu berjumpa dengan aku.

Rongga hidung aku mula menangkap bau aroma mint dari seseorang. Bau aroma mint yang agak familiar pada aku.

Aku terlihat susuk tubuh seseorang yang membelakangi aku.

Serta-merta jantung aku berdegup laju apabila lelaki itu mula berpusing ke arah aku.

"Kim Taehyung?"

Lelaki itu tersenyum manis.

Kim Taehyung.

Lelaki yang sering ada ketika aku sedih. Lelaki yang sering memberi kata dorongan kepada aku.

Lelaki yang terlalu baik buat aku.

Lelaki ini juga, lelaki yang telah aku sia-siakan.

"Hi, my pretty Belle. Can I make you fall in love with me again? "

Dan, lelaki ini juga akan selamanya menjadi seseorang yang aku cintai.

Selamanya.

-------

TBC

KO LEK KEJAP

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro