34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Isabelle's pov

I said, young people fall in love
with the wrong people sometimes,
Some mistakes get made
That's alright that's okay
You can think that you're in love,
When you're really just in pain,
Some mistakes get made,
That's alright that's okay,
In the end, it's better for me,
That's the moral of the story, babe.

Moral of the story - Ashe

Radio dimatikan oleh aku. Satu keluhan dilepaskan. Sungguh aku katakan bahawa setiap bait lirik lagu ini amat kena dengan keadaan aku sekarang ini. Suasana malam ketika ini benar-benar memainkan peranannya.

Setiap kenangan dahulu mula kembali menerjah akal memori aku. Dari mulanya perkenalan aku dengan Taehyung hingga ke akhirnya dimana aku telah melakukan kesilapan paling besar iaitu melepaskan sebuah permata yang amat berharga.

Hujung bibir aku terjungkit, mula tersenyum kelat memikirkan betapa bodohnya aku ketika itu.

Terlalu ikutkan perasaan sehingga aku terlepas seseorang yang amat berharga buat aku.

That's the moral of story, Belle.

Jangan terlalu fikirkan perasaan kau sahaja.

Jemari aku mengetuk perlahan stereng kereta dan menanti dengan sabar menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Aku kini didalam perjalanan menuju ke rumah Jimin. Dia menjemput aku menghadiri majlis hari lahir adik tirinya, Afikacak.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kereta aku kembali meluncur laju di atas permukaan jalan tar ini.

-----

Aku melangkah menuju ke arah halaman belakang rumah Jimin. Kata beberapa kenalan Jimin yang sedang melepak di hadapan, majlis berlangsung di situ.

Aku memerhati sekeliling, mencari kelibat Jimin. Apabila sudah jumpa, kaki aku terus melangkah ke arah Jimin yang sedang borak dengan seorang gadis dan seorang lelaki. Aku tidak dapat melihat wajah mereka kerana mereka sekarang ini sedang membelakangi aku.

Hadiah yang berada ditangan aku digenggam dengan perasaan happy. Kemungkinan gadis itu merupakan adik tiri Jimin dan lelaki tersebut merupakan kekasih adiknya.

Jimin yang perasan kehadiran aku terus tersenyum lebar menyapa aku dengan satu lambaian teruja.

"Hi, Belle!"

Senyuman serta langkah aku mati apabila figura lelaki itu menoleh ke arah aku. Jiwa aku mula bergelora dan perasaan aku mula tidak keruan.

Kim Taehyung.

Haha tahi. Dia buat apa kat sini?

Oh lupa. Dia kawan baik Jimin.

So no wonderlah dia ada dekat sini.

Disebabkan aku tidak mahu kelihatan cengeng dan lemah, aku berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Aku menghampiri mereka dengan senyuman yang dibuat-buat. Aku perasan, Taehyung mula merangkul pinggang gadis yang berdiri disebelahnya itu. Aku beranggapan mungkin itulah tunangnya.

Walaupun agak sakit hati ketika ini, tapi tidak apa. Aku dengan Taehyung juga sudah tiada apa hubungan. Terpulang padanya mahu berhubungan dengan siapapun. Walaupun sebenarnya aku masih lagi berharap padanya.

Aku langsung tidak mengerling sedikit pun pandangan aku padanya. Pandangan aku hanya fokus pada Jimin dengan senyuman lebar yang agak palsu sebenarnya.

Namun, firasat aku kuat mengatakan bahawa lelaki itu sedang memandang aku dengan satu pandangan yang menyimpan 1001 perasaan yang tiada siapa yang tahu.

"Thanks sebab datang, Belle." ujar Jimin, tersenyum ke arah aku.

"Of courselah aku kena datang. By the way ni, hadiah untuk adik kau." Hadiah tersebut sudah bertukar tangan.

"By the way Belle, kenalkan ini Kim Jisoo tunang kepada Taehyung," Mata aku mula beralih ke arah gadis yang berdiri disebelah Taehyung.

Gadis cantik yang memiliki sepasang mata bundar serta memiliki senyuman berbentuk hati itu mula menjadi tatapan mata aku.

Jujur aku katakan, tunang bekas suami aku ini terlalu cantik. Aku akui, Taehyung sekarang sudah mendapat kebahagian yang sepatutnya. Dari anak mata gadis itu, boleh menggambarkan betapa gembiranya mereka.

"Isabelle Jung. I'm---"

"She's my ex wife." Taehyung terlebih dahulu memotong kata-kata aku. Wajah Jisoo bertukar sedikit tersentak dengan ujaran Taehyung namun cepat-cepat dia mengubah reaksi wajahnya.

Dia tersenyum janggal. Kami bersalaman didalam kejanggalan ini.

-----

Aku memerhatikan dari jauh, dua manusia yang sedang menari mengikut irama ballad ditengah-tengah himpunan manusia itu.

Kim Taehyung dan Kim Jisoo.

Kedudukan yang agak rapat itu, membuatkan dada aku menjadi sesak. Perasaan cemburu yang tak sepatutnya ada, tiba-tiba menerjah diri aku.

Mereka benar-benar kelihatan seperti orang yang sedang dilamun cinta.

Disebabkan aku tidak mahu menyakitkan hati aku dengan memandang mereka, aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Sudahlah aku bersendirian disini.

Sumpah sendu.

Minuman coke yang masih berbaki itu, aku teguk sehingga habis. Namun, tekak aku masih lagi haus.

Aku mula berdiri dan berura-ura menghampiri meja yang terdapat pelbagai jenis minuman itu.

Namun baru sahaja aku ingin memulakan langkah, ada seseorang menghalangi aku. Aku memandang ke arah figura tersebut.

Seorang lelaki yang tidak aku kenali.

Dia tersenyum lebar ke arah aku dan menghulurkan secawan minuman ke arah aku.

"Coke?"

"ah, no thanks. Saya boleh ambil sendiri." aku menolak hulurannya. Manalah tahu, dia ni orang jahat ke?

"Why? Awak takut yang saya letak sesuatu dalam minuman awak?" tembaknya dengan tepat. Itu yang aku fikirkan.

Aku memandangnya dengan mata yang terbeliak dan serba salah.

"Eh- tak. B-bukan macam tu. aduh."

Lelaki itu mula terkekeh sendiri. Dia masih lagi menghulurkan minuman tersebut. Disebabkan aku tidak mahu rasa serba salah, aku mengambil hulurannya.

"By the way, I'm Kim Seokjin."

----------

TBC

MAAAF SEBAB LAMA TAK UPDATE HUAAA. Aku takde idea dooo. btw thanks kepada sesiapa yang masih sudi support ff ni hehehhehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro