35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Taehyung memerhatikan pasangan sejoli yang sedang berbual dengan mesra dimeja paling hujung. Setiap geri wanita itu diperhatinya dalam diam.

Apa yang dibicarakan oleh Jisoo langsung dia tidak dengar. Matanya serta fokusnya tertumpu kepada, Isabelle Jung.

"Bwi.." Taehyung terus mengalihkan pandangannya ke arah Jisoo. Wajah Jisoo yang keliru melihat dirinya membuatkan dia tersenyum janggal.

"Awak dengar saya tak?" soal Jisoo. Taehyung mengangguk, menipu tunangnya itu untuk menjaga hati.

Dia menarik tangan gadis itu yang sedang memegang lengannya itu, dan menggengamnya erat.

"Repeat balik apa yang saya cakap tadi," Jisoo menarik semula tangannya dan memeluk tubuh. Wajahnya dikeraskan, menunjukkan dia sedang merajuk.

"S-saya--" teragak-agak Taehyung mahu mengungkapkan semula apa yang dibicarakan oleh gadis itu.

Dia memegang belakang tengkuknya dan memandang ke arah Jisoo dengan serba salah.

"Awak langsung tak dengarkan?" satu keluhan yang keluar dihujung kata Jisoo, benar menyentakkan hati Taehyung.

Dia tahu, gadis itu pasti kecewa dengannya.

"Chu sayang, saya minta maaf."

Gadis itu sedaya upaya memaksa untuk tersenyum ke arah Taehyung. Dia ketawa penuh kepalsuan sedangkan hatinya sudah menangis.

Dia dari tadi perasan yang lelaki itu langsung tidak memberi perhatian kepadanya. Sebaliknya lelaki itu memerhati dalam diam bekas isterinya, Isabelle.

"Saya okay, Taehyung. Tidak mengapa. Apa yang saya cakap tadi langsung tak penting." Gadis itu mengukirkan senyuman manis ke arah Taehyung. Terlalu palsu.

Tidak penting?

Penting. Ia terlalu penting. Dari tadi gadis itu menceritakan tentang rancangan hidup mereka. Dari tadi gadis itu memberitahu yang dia mahukan hidup yang bahagia bersama Taehyung.

Namun, lelaki itu langsung tidak mendengarnya.

Dia kecewa.

Taehyung tersenyum lega. Dia mengulas lembut pipi Jisoo.

"Tae, saya nak pergi tandas sekejap. Tak tahan nak terkucil hehe."

Dia bukan mahu membuang air pun. Dia cuma mahu melepaskan rasa sakit dihatinya berseorangan.

-------

"Awak ni seorang yang kelakarlah, Belle." Seokjin terkekeh perlahan penuh gentle. Dia kemudian meneguk minumannya yang masih berbaki itu.

Isabelle hanya terkekeh perlahan sambil meneguk minuman terakhirnya itu. Dia sebenarnya dari tadi lagi merasakan kepalanya mula sakit dan berpusing.

Dia sendiri tidak tahu kenapa.

Nak kata dia mabuk, tidak juga.

Dia cuma minum coke yang diberikan oleh Seokjin.

"Seokjin, saya minta diri dulu ye." Isabelle mula bingkas bangun dan mula memasukkan telefonnya didalam handbag.

Dia perlu pulang sebelum sakit kepalanya melarat.

"Eh? Awalnya nak balik."

Isabelle tersenyum ke arah Seokjin.

"Kepala saya tiba-tiba rasa sakit."

"Serious? Nak saya hantarkan balik," Wajah Seokjin kelihatan begitu prihatin dengan keadaan Isabelle.

"No, thanks. Saya boleh--" kepala aku kian berpusing dan pandangan aku juga mula kabur.

"Belle?"

Isabelle mula imbangan badan. Dia mula rebah. Dan benda terakhir yang dia dengar ialah,

"My pretty, belle!"

--------

Jisoo menggelap air matanya. Dia memandang wajahnya melalui pantulan cermin.

Matanya bengkak dan wajahnya mula kemerahan. Dia segera membasuh wajahnya untuk menghilangkan sembam wajahnya.

Selepas itu, dia melangkah keluar dari tandas rumah Jimin. Kakinya diaturkan dengan tidak semangat ke arah halaman belakang rumah milik Jimin.

"Soo!" Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Jimin berlari anak dengan wajah yang cemas ke arahnya.

Kerutan muncul diwajahnya.

"Kenapa ni?" soalnya. Suaranya masih lagi serak dek dia baru sahaja lepas menangis. Jimin mengecilkan matanya dan mula menekup wajah milik Jisoo.

"Are you crying?" Dia mula mengimbas wajah milik Jisoo. Wajahnya benar-benar kelihatan risau.

Jisoo menepis tangan milik Jimin dan tersenyum janggal.

"Saya sakit perut tadi. Sebab itu saya menangis." Nafinya.

"Kenapa ni?"

Jimin yang baru sahaja teringat tujuan dia memanggil Jisoo terus mengeluh berat.

"Taehyung suruh saya hantar awak balik." Jisoo mengerutkan dahi.

"Kenapa? Mana dia?" Soal Jisoo.

"Dia terpaksa hantar Isabelle yang pengsan balik ke rumah."

"Pengsan?" Jimin mengangguk laju.

"Saya dah bagitahu dia yang biar sahaja saya hantar Isabelle balik, tapi dia berkeras juga nak hantar Belle. Saya--"

"It's okay, Jimin-ssi. Thanks sebab sampaikan pesanan Taehyung itu. Tak apa, saya boleh balik sendiri dengan teksi." Satu senyuman yang menyimpan seribu satu duka itu mula terpamer dibelahan bibir Jisoo.

"Tapi--"

"I'm okay."

Tak. Dia tidak okay.

Namun dia terpaksa berlagak okay untuk memastikan semua orang rasa bahagia. Tipulah kalau dia cakap dia bodoh dan tidak tahu yang Taehyung masih cintakan bekas isterinya.

Dari mata Taehyung ketika dia menceritakan segalanya tenang Isabelle, dia tahu bahawa lelaki itu amat mencintai wanita itu.

Lelaki itu terlalu sayangkan bekas isterinya itu sehingga sanggup melukakan hati sendiri demi melihat kebahagian wanita tersebut.

Dari matanya juga, Jisoo tahu. Taehyung masih mengharapkan sesuatu dari Isabelle.

Kim Jisoo.

Dia hanyalah tempat untuk Kim Taehyung melegakan jiwa yang parah. Dia juga hanya tempat untuk Taehyung tempias segala perasaan duka yang pernah dialami lelaki itu.

Dan dia tahu, Taehyung hanya menganggapnya sebagai seorang teman yang akrab dan bukannya sebagai seorang kekasih.

-------

Taehyung menggelap rambutnya yang masih basah sambil matanya tertumpu ke arah Isabelle yang sedang mengulit mimpi diatas katilnya.

Selepas selesai mengeringkan rambutnya, dia dengan perlahan-lahan menghampiri Isabelle. Dia mula duduk bercangkuk disudut katil dan memerhatikan wajah bersih milik Isabelle.

Masih cantik. Sama seperti waktu pertama kali mereka bertemu.

Rambut yang menutupi wajah Isabelle, dialihkan dan diselit belakang telinganya.

Taehyung tersenyum kecil apabila memori indah bersama mereka mula menerjah akal memorinya. Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.

Dia berdecit kecil dan memaki dirinya sendiri.

Kenapa dia perlu mengingati kembali kisah yang sudah lama dia buang?

Rindu.

Ugh.

Wajah Taehyung mula bertukar sayu. Dia mengamit setiap inci wajah milik Isabelle. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia cium sepuasnya wajah gadis itu untuk melepaskan rindu yang menggunung.

Namun dia tidak boleh melakukan semua itu kerana dirinya bukan lagi milik Isabelle.

"I miss you, my pretty Belle. Always."

Dia masih ingat lagi bagaimana jantungnya berdetak laju ketika melihat wajah Isabelle buat kali pertama.

Dia akui, Isabelle gadis paling cantik pertama dia jumpa. Terlalu cantik dan sempurna hingga membuatkan setiap malamnya asyik bermimpi pasal wanita itu.

"I know you miss me terribly. I miss you too. I miss us. I miss the old us. I miss my pretty Belle." Dia membelai lembut rambut Isabelle.

"Honestly, I feel so incomplete without you, Belle. Like a part of me has been take away." Taehyung mula bermain dengan rambut Isabelle.

"But you break my heart, Belle. No. You didn't break my heart but you totally destroyed it."

Kali ini, lelaki itu mula berdiri dan mengeluh perlahan.

"I'm sorry, Belle. Aku gagal untuk buatkan kau mencintai dan sentiasa ada dengan aku. I'm sorry, "

---------

TBC

JDSJDJSJ JDSJDJSJ

aku enggak tahu sih apa yang aku type ni huaaa T^T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro