36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langsung tidak terkejut apabila melihat tunangnya berdiri dihadapan pintu rumahnya.

"Sayang," Taehyung mula gelisah. Takut jikalau Jisoo ternampak Isabelle yang masih dibuai mimpi dan tersalah faham.

Jisoo tersenyum nipis dan mula menapak ke dalam. Dia terus menuju ke ruang dapur.

"Awak dah breakfast?" soalnya sambil mengeluarkan jus oren dari peti sejuk milik Taehyung.

"Not yet." jawab Taehyung jujur. Dia belum mengenakan sebarang jenis sarapan.

Dia sebenarnya baru sahaja tersedar dari lena. Semalam dia tidak mendapatkan tidur yang cukup kerana terpaksa tidur diruang tamu.

Jisoo mengangguk perlahan. Wajahnya kelihatan tenang namun dia dapat rasakan segala kedinginan di antara dia dan Jisoo. Ditambah apabila hari ini, gadis itu hanya mendiamkan diri dan langsung tidak banyak cakap.

Taehyung menapak menghampiri Jisoo yang sedang menyapu nutella pada roti. Dia berdiri dibelakang Jisoo dan terus memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

Serta-merta pergerakkan Jisoo terhenti. Dia memejamkan mata dan cuba menahan pelbagai rasa didalam dirinya.

"Are you okay, sayang?" bisikan suara husky dari lelaki itu pada telinganya benar-benar membuatkan dia mahu menangis apabila mengenakan kejadian semalam.

Kejadian dimana Taehyung sanggup membiarkan dia pulang sendirian dan lebih mementingkan keadaan bekas isterinya.

Namun dia tidak boleh salahkan Isabelle. Dan dia juga tidak boleh salahkan Taehyung seorang sahaja.

Dalam kisah mereka itu, kedua-duanya ego dan tidak matang.

Semalam, dia sudah mendengar kisah mereka berdua dari Jimin.

Jisoo sendiri terkejut apabila Isabelle menuduh Taehyung sebegitu. Pada awalnya dia agak marah namun bila difikirkan semula, Isabelle masih lagi didalam emosi yang belum stabil. Dan mungkin disebabkan hasutan jahat itu membuatkan Isabelle meroyan.

Dia jadi marah apabila Taehyung sanggup mematuhi apa yang diinginkan oleh Isabelle dan bertindak tanpa memikirkan yang Isabelle itu sebenarnya didalam emosi yang tidak stabil. Tidak sangka dengan mudahnya Taehyung berputus asa.

Paling buat dia bengang apabila Taehyung kini mendapat kebahagian manakala Isabelle mendapat penderitan.

"Tak adilnya..." Jisoo mula bersuara perlahan. Dia menggengam erat pisau kecil itu dan memejamkan mata seerat yang mungkin.

"Apa yang awak cuba cakapkan ni, sayang?" soal Taehyung hairan. Dia mula memusingkan badan Jisoo untuk menghadapnya.

Dagu milik gadis itu didongakkan.

Jisoo menolak Taehyung jauh darinya. Dia kemudian berjalan menuju ke arah ruang tamu sambil mencekak pinggang dengan mood gelisah.

"Saya tidak faham. Kenapa dengan mudahnya awak berputus asa, Tae?"

Taehyung mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Jisoo.

"Kenapa awak tak pertahankan cinta awak pada Isabelle? Kenapa biarkan ego awak menang? Kenapa?"

Alangkah terkejutnya Taehyung apabila gadis itu berkata sebegitu.

"Kim Jisoo.."

"Awak tak terfikir ke yang masa itu Isabelle perlukan sokongan seseorang? Sokongan dari seorang suami selepas dia kehilangan segalanya? Awak langsung tak terfikir semua itu ke?"

Taehyung meraup wajahnya. Dia mula memegang kedua bahu milik Jisoo dan memandangnya dengan pandangan sedih.

"Listen here, Kim Jisoo. Bukan dia sahaja yang menderita. Saya juga turut menderita, Ji! Awak ingat senang ke nak lepaskan seseorang yang awak sayang? Awak ingat saya tak menderita ke apabila orang yang paling awak sayang tuduh awak bukan-bukan?"

"Look at you, Taehyung. Look at you! Awak salahkan dia. Sedangkan awak lupa, masa tu... dia baru sahaja kehilangan anak dia. Malah, dia kehilangan satu nikmat yang hanya perempuan sahaja ada. Emosi dia ketika itu tidak stabil, Tae. That's why dia bertindak sebegitu."

Taehyung mengeluh berat dan meraup wajahnya kasar.

"Boleh tak kalau kita berhenti cakap about my past? Itu semua masa lampau saya. Yes, I admit it. Apa yang awak cakap memang betul. Tapi semua tu dah berlaku, Ji." Pipi gadis itu ditekup olehnya.

"Stop cakap pasal my past. Fokus dengan hubungan kita sahaja, sayang. Next week, bakal menjadi hari paling bersejarah buat kita." Taehyung cuba membuang ketegangan mereka tadi.

Jisoo menepis tangan milik Taehyung dan menggelengkan kepala perlahan.

"Saya tahu, awak masih cintakan Isabelle. Both of you, still mengharapkan satu sama lain. Saya cuma penghalang dalam kisah awak, Tae."

"Apa yang awak mengarutkan ni, Jisoo? Yes. Dulu saya cintakan dia tapi sekarang cinta saya hanya pada awak. Stop it, Ji. Jangan keruhkan lagi keadaan."

Jisoo tersenyum nipis. Cincin yang tersarung cantik di jari kelingking kanannya itu diperhatikan.

"Awak salah, Tae. Awak masih mengharapkannya. Your eyes.. tell me everything. Jadi saya..."

Cincin pada jarinya ditanggalkan dan diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu.

"Saya akan undur diri, Taehyung. Betulkan semula apa yang salah, Taehyung. Miliki dia semula. Jangan biarkan orang lain rampas dia dari awak."

--------

TBC

HSUAIKSKAKSKWKSKSK K SABA NAK HABIS DAH.

btw jemput baca ff baru aku

bad girlfriend / j.jk

heheheh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro