-Chapter 3-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

●●●●●

Dalam perjalanan pulang ke rumah, SooA berjalan sendirian dan ia merasakan ada seseorang yang mengekorinya.

SooA mendengar bunyi tapak kaki seseorang, ia terus menoleh ke belakang dan mendapati tiada sesiapa di belakang nya.

SooA menoleh ke depan kembali dan ia terkejut kerana terdapat seorang lelaki berada di hadapannya.

"Kau siapa?" Tanya SooA.

"Kau Hyun SooA?" Tanya Jin.

"Ye, kenapa? Kau siapa, macam mana kau kenal aku?" Tanya SooA lagi.

"Aku pelik macam mana manusia bodoh macam kau ni boleh nampak hantu macam aku, kau tak layak langsung boleh nampak aku." Kata Jin.

"Eh halah mamat ni! Kau ingat aku hingin sangat lah boleh nampak kau?! Kalau diberi pilihan lebih baik aku jadi buta daripada nampak hantu yang berlagak macam kau ni!" Marah SooA.

"Aku ada kat depan kau je ni, kau tak payah la nak menjerit-jerit bagai. Kau ingat aku pekak ke?" Kata Jin.

"Peduli apa aku kalau kau pekak ke tak, tak ada kena mengena dengan aku langsung pun!" Jeling SooA.

"Kau marah-marah ni, kau tak takut aku hisap darah kau sampai kering?" Tanya Jin sambil menjilat bibirnya.

"Huh? Takut? Kau nak hisap darah aku? Hisaplah, kau fikir aku takut?" Kata SooA sambil menunjukkan lehernya.

Jin yang ingin menghampiri SooA dihalang oleh JungKook.

"Ishh, kenapa kau halang aku, biar aku bunuh je dia ni. Berlagak nak mampus!" Marah Jin.

SooA yang terkejut kehadiran JungKook terus berkata "Owh, dia ni member kau ke? Kau cakap sikit dengan member kau ni, jangan nak berlagak sangat cakap manusia ni bodoh."

"Manusia ni nampak bodoh sebab diorang tak boleh nampak kau, kalau diorang boleh nampak kau dah lama kau mati buat kali yang kedua." Sambung SooA.

Dengan pandangan yang menakutkan, JungKook terus memegang tangan SooA dengan kuat.

"Woi! Apa ni?! Sakitlah! Lepaskan aku! Kau nak apa ha?!" Jerit SooA kesakitan sambil meronta.

"Baik kau diam, sebelum aku bunuh kau! Kau ingat aku tak berani bunuh kau ke!" Marah JungKook sehingga mata dan auranya bertukar menjadi merah.

SooA takut dengan perubahan JungKook itu dan membuatkan ia berhenti meronta. Malah Jin juga takut dengan perubahan kawan baiknya itu.

Tiba-tiba JungKook tercampak ke tepi dan membuatkan ia tersungkur. JungKook bangun kembali untuk melihat siapakah yang berani melawannya.

Muncul seorang lelaki yang memakai topi menghampiri SooA dan memukul kepalanya dan itu membuatkan SooA pengsan.

Sejurus sahaja SooA pengsan, ia hilang daripada tempat tersebut. JungKook yang semakin marah, hilang dan tiba-tiba muncul kembali tepat dihadapan lelaki tersebut dan mencekam bajunya.

"Mana perempuan tu?! Aku tanya kau mana perempuan tu?! Kalau kau nak hidup lama, lebih baik kau bagitau aku mana perempuan tu?!" Jerit JungKook.

"Kau jangan pernah sentuh perempuan tu sebab aku diarahkan oleh 'DIA' untuk jaga perempuan tu." Kata lelaki yang memakai topi atau lebih tepat Malaikat Maut.

"Aku bertanggungjawab jaga perempuan tu sampai dia tahu macam mana nak bunuh kau, jangan kau berani sentuh dia." Sambung Malaikat Maut lagi.

"Kau jangan ingat aku takut, kau tak kenal aku siapa lagi. Mungkin hari ni hari kau, tapi kau kena ingat mungkin esok hari aku pula, lebih baik kau berjaga-jaga." Kata JungKook.

"Aku bagitau kau awal-awal, lebih baik kau jaga perempuan tu betul-betul kalau tak jangan terkejut kalau dia tergantung dalam rumah kau." Sambung JungKook sebelum ia menghilang bersama dengan Jin.

●●●●●

Rumah Agam Malaikat Maut

"Aku kat mana ni? Apahal kepala aku sakit sangat ni?" Tanya SooA sendiri.

SooA terkejut sejurus ia bangun kerana rumah yang ia tinggal sekarang lebih besar dan lebih cantik daripada rumahnya.

Rumah itu beratapkan langit yang biru dan dipenuhi bintang-bintang. Perkakasan di dalam rumah itu semuanya diperbuatan daripada kaca.

SooA terpukau dengan keindahan yang terdapat di dalam rumah tersebut dan terus berkata "Aku dah mati ke? Aku kat mana ni?"

Muncul seorang lelaki bertopi dan ia terus berkata "Jangan risau, kau tak mati lagi dan kau ada kat rumah aku sekarang ni."

"Kau siapa? Macam mana aku boleh ada kat sini?" Tanya SooA.

"Aku Malaikat Maut, kau boleh panggil aku NamJoon dan aku diarahkan untuk jaga kau." Kata NamJoon.

"Jaga aku?! Kau gila apa, mak ayah aku pun tak pernah jaga aku yang kau sibuk nak jaga aku kenapa? Aku tak kisah lah, sekarang aku nak kau hantar aku balik rumah!" Kata SooA.

SooA ingin keluar dari tempat itu tetapi terbantut apabila NamJoon berkata "Kau nak tahu kenapa kau boleh nampak hantu?"

SooA terus berpaling ke arah NamJoon dan berkata "Aku boleh nampak hantu dari aku kecil, memang aku dah lahir macam tu, kau tak boleh ubah apa-apa pun."

"Kau boleh nampak hantu sebab kau dipilih untuk bunuh JungKook, Syaitan yang selama ni kau nampak." Kata NamJoon.

"Hanya kau je yang boleh nampak dia dan hanya kau je yang tahu macam mana nak bunuh dia." Kata NamJoon.

"JungKook? Kau gila apa? Aku ni budak sekolah yang bodoh je, tak akan lah aku boleh bunuh syaitan tu. Kenapa kau je yang tak bunuh dia, kau kan malaikat maut." Kata SooA

"Macam yang aku cakap, kau dipilih untuk bunuh dia dan kau je yang tahu macam mana nak bunuh dia." Kata NamJoon.

"Aku hanya boleh menarik nyawa seseorang bila tiba waktunya, tapi kau boleh tarik nyawa dia bila-bila masa je dan sekarang aku diarahkan untuk jaga kau sebab Syaitan tu mesti ada rancangan nak bunuh kau." Sambung NamJoon.

"Aku rasa kau ni gila lah! Aku dah cakap aku tak nak dan tak akan bunuh sesiapa. Kau faham tak?!" Marah SooA.

"Ishh! Aku tak kisah lah kau nak merepek apa, sekarang aku nak kau hantar aku balik! Hantar aku balik!" Sambunh SooA.

"Itu lah hakikatnya, aku boleh hantar kau balik tapi kau kena pakai rantai ni." Arah NamJoon.

Rantai yang bertulis 'Estrella' dalam bahasa Spanish yang bermaksud Langit itu disambut oleh SooA dan terus berkata "Whatever, hantar aku balik sekarang."

NamJoon telah menghantar SooA di depan rumahnya dan berkata lagi "Pakai rantai tu kalau kau masih sayang nyawa kau."

SooA mengabaikan NamJoon dan terus masuk ke dalam rumahnya. SooA disambut oleh tangisan ibunya.

"SooA pergi mana? Ibu risau bila SooA tak ada. Lain kali jangan buat macam ni dah, jangan buat ibu susah hati." Nangis Puan Hyun.

"Ibu dah kehilangan kakak SaeRa, ibu tak nak kehilangan SooA pula." Sambung Puan Hyun.

"Ibu jangan macam ni, SooA cuma tenangkan fikiran je. Lagipun SooA dan janji dengan kakak yang SooA akan jaga ibu, bila kakak tak ada." Kata SooA pula.

"Ibu dah janji dengan kakak kam yang ibu tak nak nangis, ibu jangan nangis. SooA ada dengan ibu, SooA janji tak akan buat lagi." Janji SooA.

Puan Hyun mula tenang dan ia tersenyum dan berkata "SooA mesti tak makan lagi kan? Jom, ibu ada masak makanan kesukaan SooA."

"Ibu tahu-tahu je yang SooA tak makan lagi, ehh ibu, ayah mana? Tak nampak pun." Tanya SooA.

"Ayah tak ada, ayah pergi luar negara 3 minggu. SooA jangan risau lah pasal ayah, dia dah tak marah SooA lagi." Jawab Puan Hyun.

SooA makan dengan lahapnya, selesai makan, ia pun masuk ke dalam bilik dan tertidur.

●●●●●

Gyeseong High School

"Uaarghh, aku ngantuk lah." Jerit JiEun sejurus Cikgu Jung keluar daripada kelas.

"Kau dengan tidur tak dapat dipisahkan." Perli TaeHyung.

"Janji aku tak kacau hidup orang sudah, so kau tak payah nak perli-perli aku." Jawab JiEun.

"Dah jum pergi rehat, JiMin hari ni kau belanja lagi ke?" Tanya SooA.

"Ehh, JiMin kau kenapa ni? Asal muka kau pucat gila ni? Kau okey tak?" Tanya SooA risau.

"JiMin, kau asal ni? Kau sakit ke?" Tanya JiEun pula.

"Jumlah kita bawa dia pergi bilik kesihatan, aku rasa dia tak sihat ni." Cadang TaeHyung.

Mereka bertiga memapah JiMin ke bilik kesihatan, JiMin diarahkan oleh Cikgu Han untuk berehat sebentar sebelum ia masuk ke kelasnya semula.

"Korang boleh lah masuk kelas dulu, jangan nak ponteng kelas duduk sini lama-lama." Kata Cikgu Han.

"Tak lama lah pun, sampai balik je Cikgu." Perli JiEun.

Cikgu Han hanya mengabaikan JiEun dan keluar daripada bilik kesihatan tersebut.

"Jomlah kita stay, bukan selalu kita ponteng kan?" Kata JiEun.

"Aku okey je, tapi kau lah TaeHyung kang Cikgu cakap apa pula." Kata SooA.

"Boleh je aku cakap yang aku teman JiMin kat sini. Korang lah nanti nak cakap apa?" Tanya TaeHyung.

"Pandai-pandai lah kitaorang jawab nanti, kau tak payah risaulah selagi JiEun ada, kita selamat." Kata SooA.

Mereka meneman JiMin di bilik kesihatan bersama-sama.

Sejurus JiMin bangun dari tidurnya ia terkejut melihat tiga orang kawan baiknya ada bersamanya.

"Korang teman aku ke?" Tanya JiMin.

"Weih, kau dah sedar? Aku ingat kau dah mati, tinggal tunggu nak tempah keranda je." Perli JiEun

"Kau ni aku baru bangun, bagi lah aku tarik nafas dulu. Ni tak, terus nak cari gaduh dengan aku." Kata JiMin.

"Entah kau ni JiEun, baru sekejap je si JiMin ni tak cari gaduh dengan kau. Takkanlah kau dah rindu kut." Perli SooA.

"Tak ada masa lah aku nak rindu mamat nak mati ni." Kata JiEun.

"Kau sebernarnya kenapa JiMin? Kau tak makan ke? Aku tengok kau makan je setiap hari, siap belanja Kitaorang lagi." Tanya SooA.

"Ke kau dah tak duit sebab selalu belanja kitaorang je." Kata TaeHyung.

"Tak ada lah, aku ada je duit tapi semalam aku main game sampai lupa nak makan. Tu yang pagi ni macam mayat hidup je." Jawab JiMin.

"Hahahhahahahah!" Ketawa mereka berempat. Inilah yang dikatakan sebuah persahabat.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro