-Chapter 4-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

●●●●●

Gyeseong High School

Cikgu Jung masuk ke dalam kelas dengan membawa dua orang pelajar lelaki, banyak mata yang memandang mereka berdua.

"Okey kelas, hari ni Cikgu nak perkenalkan dua perlajar baru, tak silap Cikgu diorang ni sepupu. Cikgu harap korang boleh layan diorang ni baik-baik. Jangan nak buli-buli diorang ye, JiMin." Kata Cikgu Jung.

"Ehh, saya pula yang kena. Saya ni pelajar yang paling baik dalam sekolah ni tau Cikgu, saya mana pernah buli orang Cikgu, gurau-gurau manja je." Kata JiMin.

"Malas Cikgu nak melayan kamu JiMin, pelajar baru kamu boleh perkenalkan diri masing-masing." Arah Cikgu Jung.


"Hi, nama aku Jeon JungKook, korang panggil aku JungKook." Kata JungKook.

"Hi, aku pula Kim SeokJin tapi korang boleh panggil aku Jin, aku harap kita boleh jadi kawan." Kata Jin pula.

Cikgu Jung melilau mencari tempat duduk yang kosong untuk diberikan kepada JungKook dan Jin.

"TaeHyung, depan kamu tempat duduk siapa? Kenapa tak ada orang? Tak silap saya tu bukan ke tempat duduk SooA dengan JiEun? Mana diorang?" Tanya Cikgu Jung.

"Saya rasa diorang datang lambat kut Cikgu, kena tahan dengan Cikgu Lee lah tu." Jawab TaeHyung.

"Kalau macam tu, JungKook dengan Jin, kamu duduk situ dulu. TaeHyung nanti ambilkan meja untuk diorang bila SooA dengan JiEun dah masuk." Arah Cikgu Jung.

Cikgu Jung memulakan pembelajarannya seperti biasa, JungKook dan Jin hanya tersenyum kerana ramai pelajar perempuan yang memerhatikan mereka berdua.

Bunyi loceng menandakan masa Cikgu Jung telah pun tamat, kelas menjadi bising sejurus Cikgu Jung keluar daripada kelas.

"Hi, aku TaeHyung. Aku ketua kelas, kalau korang ada benda nak tanya, boleh tanya aku je." Tegur TaeHyung.

"Aku JiMin, korang jangan risau aku takkan buli koranglah, aku dah lama insaf." Ketawa JiMin.

"Kalau korang tak kisah, aku nak tanya something boleh tak?" Tanya Jin.

"Mestilah boleh, kau nak tanya apa?" Tanya TaeHyung pula.

"Kat sini semua awek-awek lawa-lawa eh?" Tanya Jin lagi.

"Ishhh kau ni, macam tak ada benda lain nak tanya. Abaikan je dia ni, dia ni memang tak betul kalau pagi-pagi macam ni." Potong JungKook.

Sewaktu mereka berempat sedang rancak berborak, SooA dan JiEun masuk ke dalam kelas dan terus menuju ke arah mereka berempat.

" Owh, sekarang dah pandai nak ponteng kelas eh? Siapa lah yang ajar korang ponteng-ponteng ni?" Tanya JiMin.

"Kepala otak kau, kitaorang lambat, apa lagi Cikgu Lee tahan lah. So hari ni dengan relanya kitaorang sapu bilik guru." Jawab JiEun.

"Ni aku nak kenalkan kat korang. Yang ni nama dia JungKook, ni pula nama dia Jin. Diorang ni pelajar baru kat kelas kita." Kata TaeHyung.

Sejurus JungKook menoleh ke arah SooA, SooA sungguh terkejut dan terpaku. Tanpa berkata apa-apa lagi, SooA terus mencengkam kolar baju JungKook.

"Kau buat apa kat sini?! Aku tanya kau buat apa kat sini?!" Jerit SooA.

JungKook hanya mendiamkan diri dan membisu. Semua pelajar terkejut dengan tindakkan SooA termasuklah kawan-kawannya.

"Kau ni kenapa, SooA?" Tanya TaeHyung.

"SooA, kau buat apa ni?" Tanya JiEun pula.

"Kau ni pekak ke apa?! Aku tanya kau, kau buat apa kat sini?! Kau dah tak ada mulut ke nak jawab!" Jerit SooA lagi.

"Dah lah tu, SooA. Kau ni kenapa, tiba-tiba je nak tumbuk orang. Ehh, JiEun kawan kau ni kenapa tiba-tiba nak tumbuk orang?" Tanya seorang pelajar lelaki.

"SooA, dah lah tu lepaskan lah dia. Kalau kau ada masalah dengan dia pun, benda boleh bawa bincang kan?" Kata TaeHyung cuba menenangkan SooA.

SooA melepaskan cengkamannya dan lari pergi meninggalkan mereka. SooA lari terus menuju ke atas bumbung sekolah.

Mereka berlima terpaku kerana tindakkan SooA sebentar tadi manakala JungKook hanya tersengih.

Bumbung Sekolah,

"Macam mana syaitan gila tu boleh ada kat sini? Kalau apa yang NamJoon cakap, dia mesti ada niat jahat dekat aku, tak pun kawan-kawan aku." Fikir SooA sendiri.

"SooA." Panggil JiEun.

SooA menoleh dan melihat kawan-kawannya datang, mungkin untuk memujuknya.

"Kau okey tak? Terkejut gila aku tadi, bukan kaleng-kaleng juga lah kau ni." Kata JiMin.

"Jangan cakap kau, aku pun terkejut juga. Dia masuk je dalam kelas, terus bertukar jadi vampire." Kata JiEun pula.

"Kau kenapa sebenarnya, kau kenal ke JungKook dengan Jin tu." Tanya TaeHyung.

"Aku kenal diorang tu, aku cuma nak bagitau korang, jangan kawan dengan diorang tu. Aku rasa diorang ada niat tak baik dengan kita." Kata SooA.

"Niat jahat apa pula, aku tengok okey jer diorang dua tu." Kata JiMin.

"Kau ni kenapa kut, aku pula yang seram. Tiba-tiba je, macam orang baru lepas nampak hantu." Kata JiMin.

"Kalau hantu tak apa, tapi diorang ni lagi teruk daripada hantu. So aku minta jangan kawan dengan diorang." Kata SooA lagi.

"Diorang pernah buat apa-apa ke kat kau, SooA? Kau macam kenal sangat je dengan diorang tu, sampai cakap diorang tu lagi teruk dari hantu." Kata JiEun.

"Aku tak dapat nak explain lebih-lebih sebab korang bukan faham pun, tapi buat masa sekarang jangan kawan dengan diorang. Itu je yang aku minta." Kata SooA.

"Okey, kita lupa pasal diorang tu, jangan sebab diorang, kita gaduh. Aku tak nak jadi macam tu." Kata TaeHyung.

Mereka semua mengangguk tanda setuju. Segala perbualan mereka didengar oleh JungKook dan TaeHyung.

"Kau tunggu je lah, apa yang aku akan buat kat kawan-kawan kau." Kata JungKook sendiri

●●●●●

Selepas sahaja kelas tambahan tamat, SooA terus berlari pergi ke tepi tasik, dimana tempat kali pertama ia bertemu dengan JungKook.

"Hoi Syaitan! Kau keluar sekarang, aku tau kau ada kat sini! Aku panggil kau keluar, kau tak dengar ke?! Ke kau takut dengan aku?!" Jerit SooA.

Selepas beberapa minit SooA menjerit, tiada sesiapa yang menyahutnya. Ia pun terus duduk di sebuah bangku kayu berhampiran.

"Senyap pun kau, aku ingat kau nak menjerit sepanjang malam ni. Dan untuk pengetahuan kau, nama aku JungKook. Bukan syaitan, faham?" Kata JungKook.

SooA yang terkejut terus berdiri dan menunjukkan muka marahnya.

"Aku tak kisah lah, nama kau JungKook ke mangkuk ke. Sekarang aku nak tanya kau, apa motif kau masuk sekolah aku?" Tanya SooA.

"Kau ingat hantu-hantu macam aku ni tak payah pergi sekolah ke, Kitaorang pun nak menambahkan ilmu juga." Jawab JungKook.

"Kalau betul kau nak tambah ilmu, suka hati kau. Tapi kalau kau nak sentuh kawan-kawan aku, kau silap." Kata SooA.

"Kau ingat muka aku ni, muka ni juga lah yang hantar kau kat neraka nanti kalau kau sentuh kawan-kawan aku, kau faham tak?" Sambung SooA sebelum ia berlalu pergi.

"Aku tak janji yang aku takkan sentuh kawan-kawan kau." Kata JungKook sendiri.

●●●●●

Seminggu kemudian,

Seseorang cuba menolak SooA jatuh daripada tangga, tiba-tiba cahaya kuat menyinari matanya dan kedudukan SooA dan JiEun berubah.

Bukan SooA ditolak jatuh malah JiEun yang terjatuh dari tangga tersebut. Pelaku tersebut menghilang dan itu menunjukkan yang ia bukan manusia.

"JiEun!" Jerit SooA.

JiEun yang berlumuran darah dipangku oleh JiMin. Semua pelajar terlihat panik dan terkejut kerana tiba-tiba sahaja JiEun terjatuh daripada tangga.

"Call ambulans cepat! TaeHyung kau pergi panggil Cikgu sekarang!" Arah JiMin.

SooA yang ketakutan, hanya menangis apabila melihat kawan baiknya itu berlumuran dengan darah.

Ambulans tiba dan membawa JiEun ke hospital berdekatan. TaeHyung, JiMin dan SooA mengikuti ambulans bersama dengan Cikgu Jung.

Sejurus sampai mereka hanya dibenarkan tunggu diluar bilik rawatan, JiMin terlihat resah manakala SooA masih lagi menangis.

"SooA, kau okey tak? Kalau kau nak air, aku boleh belikan." Kata TaeHyung.

SooA hanya menggelengkan kepalanya menandakan ia tidak mahu apa-apa.

TaeHyung datang menghampiri SooA dan memeluknya sambil berkata "Aku confirm JiEun mesti okey, kau macam tak kenal dia tu, dia tu kuat. Kita doakan dia tak ada apa-apa eh."

Tiba-tiba doktor keluar daripada bilik rawatan, JiMin menghapiri doktor tersebut dan bertanya "Doktor, macam mana dengan kawan saya?"

"Pesakit dah lepas daripada tempoh kritikal, nasib baiklah kamu sampai cepat. Saya pun dah jahitkan luka di kepalanya." Kata Doktor tersebut.

"Tak ada apa-apa yang nak dibimbangkan lagi, sekejap lagi kami akan hantar pesakit di ward biasa." Sambung Doktor tersebut.

Mereka hanya tersenyum dan berasa bersyukur sangat-sangat

"Cikgu nak balik sekolah balik ni, kalau ada apa-apa nanti, kamu tahukan nak call Cikgu macam mana." Kata Cikgu Jung.

"Terima kasih, Cikgu." Tunduk SooA, TaeHyung dan JiMin.

Sejurus Cikgu Jung keluar daripada ward JiEun, JiMin terus berkata "Malam ni aku nak tidur sini, korang nak join tak?"

"Kau gila ke apa? Hospital ada prosedur dialah, lepas je pukul empat, pelawat tak dibenarkan masuk." Kata TaeHyung.

"Aku rasa kalau sorang takpe kut, aku try stay dulu kalau nurse tu halau aku, pandai-pandailah aku nanti." Kata JiMin.

"SooA, kau nak join tak?" Tanya TaeHyung.

"Aku tak boleh join, aku ada hal sekejap." Kata SooA

"Kau nak pergi mana?" Tanya TaeHyung.

Tanpa menjawab pertanyaan TaeHyung, SooA meninggalkan mereka berdua.

"Kau pergi lah ikut SooA tu, risau pula aku. Dia sejak akhir-akhir ni, macam ada masalah je." Kata JiMin.

"Aku pun fikir benda yang sama, dah lah aku pergi ikut dia jap." Kata TaeHyung dan terus mengekori SooA.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro