-Chapter 5-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

●●●●●

TaeHyung masih tetap mengikuti SooA dan tiba-tiba SooA hilang dari pandangannya.

"Ehh, mana pula dia ni. Tak silap aku dia lalu sini, tiba je hilang. Pakai ilmu hitam ke apa perempuan ni." Kata TaeHyung sendiri.

"Aduhh, apa aku nak cakap dekat JiMin ni." Sambung TaeHyung.

Tanpa berfikir panjang, TaeHyung terus berlalu pergi.

SooA membuka matanya dan ia sudah berada di rumah agam NamJoon. Tanpa berfikir panjang, SooA terus bertanya.

"Aku nak tanya kau, betul ke syaitan tu nak bunuh aku?" Tanya SooA.

NamJoon hanya mengangguk dan mengiyakannya.

"Kalau dia nak bunuh aku, kenapa dia libatkan kawan aku? Kau mesti tahu kenapa kan?" Tanya SooA.

"Bukan ke rantai ni boleh selamatkan aku dari jatuh daripada tangga, tapi kenapa kawan aku yang jatuh." Kata SooA.

"Rantai ni boleh selamatkan kau daripada bahaya tapi perlu ada gantinya, kalau dikatakan kau elak daripada maut, seseorang perlu jadi korban kau." Kata NamJoon.

"Kau gila apa? Aku tak nak pakai rantai ni, aku tak nak sebab benda bodoh ni nak selamatkan aku, orang yang aku sayang jadi mangsa!" Marah SooA.

"Kau tahu tak sebabkan rantai bodoh kau ni, kawan aku terbaring dekat katil hospital sekarang ni. Aku tak kira, apa nak jadi, jadilah!" Kata SooA.

SooA keluar daripada pintu utama rumah agam NamJoon dan tiba-tiba SooA berada di tepi tasik dimana ia bertemu JungKook sebelum ini.

Ia hanya memandang langit dan berkata "Aku ni memang menyusahkan semua orang, termasuklah diri aku sendiri."

"Aku menyusahkan ibu dengan ayah, menyusahkan kawan baik aku sendiri. Kalau betul apa yang JungKook cakap kalau hidup ni lagi tenang tanpa aku, aku akan tinggalkan dunia ni." Fikir SooA lagi.

SooA mencampakkan rantai yang diberikan NamJoon  ke dalam tasik tersebut.

●●●●●

"Aku dapat rasakan yang perempuan tu dah tak pakai rantai tu, kita boleh cari idea macam mana kita nak bunuh dia." Kata JungKook.

"Kalau macam tu kita bunuh dia esok malam." Cadang Jin.

"Kali ni aku tak akan biarkan kau terlepas daripada aku, SooA." Kata JungKook.

GyeSeong High School

"Kau dah boleh keluar hospital? Aku rasa baru sehari je kau dalam hospital tu." Pelik TaeHyung.

"Aku yang nak keluar, aku belum nak mati lagi macam si JiMin ni. Lagipun aku bukan ada pendarahan ke apa, just luka je." Kata JiEun.

"Yelah, asal yang nak mati, yang tak handsome je aku. Yang lawa, yang sihat semua kau." Kata JiMin pula.

"Ehhh, sejak bila kau pandai koyak ni?" Perli JiEun.

"Hahahahah." Gelak TaeHyung.

Tiba-tiba JungKook dan Jin masuk ke dalam kelas, SooA yang melihat kehadiran mereka terus bangun dari tempat duduknya dan menarik tangan JungKook.

Mereka terkejut dengan tindakan SooA malah bukan mereka sahaja yang terkejut, JungKook juga turut terkejut.

SooA menarik tangan JungKook terus ke atas bumbung.

"Aku nak tanya kau, kau nak aku buat apa sampai kau puas hati. Aku tak nak sebabkan aku, orang yang aku sayang jadi mangsa." Kata SooA.

"Kau bagitau aku, apa yang aku kena buat. Aku sanggup buat apa je yang kau suruh, janji dengan aku yang kau tak akan sentuh kawan-kawan aku." Sambung SooA.

SooA memandang tepat ke arah mata JungKook dan ia memaparkan sesuatu.

Di Dalam Bayangan SooA,

"Kau boleh hidup selama mana yang kau nak, tapi kau perlu menghasut manusia yang berada di dunia untuk melakukan dosa. Kau sanggup?" Tanya Ketua Neraka tersebut.

"Aku sanggup." Jawab JungKook.

"Kau perlu ingat satu benda, selama mana kau hidup akan ada seorang manusia yang boleh bunuh kau dengan cara mencium kau." Kata Ketua Neraka itu.

"Walaupun kau boleh hidup lama dengan satu ciuman kau tak dapat tengok dunia ni lagi." Sambung Ketua Neraka itu lagi.

Tiba-tiba SooA mendengar JungKook memanggilnya.

"Oii! Kau ni kenapa? Sekarang ni kau tanya aku, aku nak apa kan. Aku nak bunuh kau, boleh?" Tanya JungKook.

"Kalau itu yang kau nak, aku boleh buat. Kau tak payah bunuh aku biar aku sendiri yang terjun dari sini, tapi kau kena janji dengan aku, jangan pernah sesekali sentuh kawan-kawan aku." Kata SooA.

SooA terus naik ke atas tembok dan ingin mendepakan tangannya. JungKook terkejut dengan tindakkan SooA

"Oii! Kau gila ke apa?! Kau tau tak bahaya, kalau kau tak turun aku bunuh kawan-kawan kau!" Jerit JungKook

Tiba-tiba JungKook muntahkan darah daripada mulutnya dan itu pula membuatkan SooA terkejut dan turun daripada tembok, mengejarkan JungKook.

"JungKook, kau kenapa ni? Kau tak sihat ke? Kau nak pergi bilik kesihatan tak? Jap aku pergi panggilkan Cikgu Han." Kata SooA.

Sebelum SooA berlari pergi,  JungKook memegang tangannya dan berkata "Tak ada sesiapa yang boleh bunuh kau termasuklah kau sendiri, selain aku."

Selepas mendengarkan JungKook, SooA terus berlari memanggil Cikgu Han.

"Kenapa kau bodoh, SooA? Kau sanggup korbankan nyawa kau, untuk kawan-kawan kau tu?" Tanya JungKook sendiri.

"Aku kalah dengan kebaikkan yang ada dalam diri kau dan buat aku tak sanggup nak bunuh kau." Fikir JungKook lagi.

JungKook mendengar beberapa orang berlari di tangga dan ia terus menghilangkan diri.

"Cikgu tu ha, dia muntah darah tadi Cik......." Kata SooA.

"Mana? Tadi kamu kata ada pelajar yang muntah darah, mana?" Tanya Cikgu Han.

"Ehhh, tadi dia ada kat sini Cikgu. Betul, saya tak tipu." Jawab SooA.

"SooA, saya tahu kamu bosan sebab tak ada kerja sekolah, takpe nanti saya suruh Cikgu Jung bagi kamu kerja." Perli Cikgu Han.

"Lain kali, kalau betul kamh dah tak ada kerja sangat nak buat, kamu pergilah tolong mak cik kantin tu jual makanan." Perli Cikgu Han lagi.

Sejurus Cikgu Han pergi SooA terus berkata "Adoi mamat ni, aku nak tolong dia, dia boleh hilang pula. Aku tahulah kau hantu, tapi hantu pun kena jumpa doktor kalau sakit."

●●●●●

Rumah Agam JungKook

"Kau ni kenapa, JungKook? Aku rasa kau macam tak sihat je?" Tanya Jin.

"Aku rasa aku dah langgar peraturan aku sebagai syaitan." Kata JungKook.

"Kau dah langgar rules? Kau buat apa? Aku tak faham lah kalau kau cakap separuh-separuh ni." Kata Jin.

"Tak ada apalah." Jawab JungKook.

"Aku rasa kau ni sejak sekolah dekat sekolah tu, makin bodoh. Orang kalau pergi sekolah makin pandai, tapi kau ni makin bodoh." Perli Jin.

"Kau cakap elok sikit eh, kang tak pasal-pasal kaki aku ni melekat kat muka kau." Kata JungKook.

Di Tasik,

"Kenapa aku nampak gambaran tu, betul ke memang aku je yang boleh bunuh dia?" Tanya SooA sendiri.

Tiba-tiba NamJoon muncul dan berkata "Betul, hanya kau je yang boleh bunuh dia. Sekarang kau dah dapat gambaran macam mana nak bunuh dia, itu tugas kau."

"Ohh mak kau! Kau? Ishh, mana aku pergi je, mesti ada kau! Kau spy aku eh!?" Tanya SooA.

"Kalau kau suka aku, baik kau jujur je jangan selindung-selindung. Aku ni jenis sporting, kalau aku nak reject kau pun, aku reject elok-elok tau." Kata SooA.

NamJoon tidak menunjukkan reaksi apa-apa dan berdiri tegak seperti tiada apa yang berlaku.

"Kau ni memang macam robot eh?  Berdiri tegak macam nyanyi lagu negaraku, pastu tak pernah nak senyum. Ketat je muka kau." Perli SooA.

"Kalau tsunami ke taufan ke kiamat sekali pun, macam tu je lah muka,  kau tak berubah-ubah." Perli SooA lagi.

SooA menukar topik untuk mengalihkan NamJoon supaya tidak bertanyakan tentang JungKook.

"Aku tak perlu nak senyum sebab sekarang aku tengah serious." Jawab NamJoon.

"Lagi satu, muka kau berubah jadi Park ShinHye ke kalau tsunami? Bila time taufan pula, berubah jadi Kim SoHyun. Takkan, jadi jangan sibuk kalau muka aku berubah atau tak." Perli NamJoon sebelum menghilang.

"Ushhhh, aku insaf. Menyesal aku perli si Malaikat Maut ni, nasib dia tak bunuh aku. Apalah kau ni, SooA." Kata SooA sendiri dan berlalu pergi.

NamJoon yang menghilang tadi terus ke rumah agamnya. Tiba-tiba dia teringat tentang niatnya yang ingin bertanyakan tentang JungKook.

"Patutnya aku tanya dia pasal JungKook, kenapa aku pergi tanpa sempat bertanya." Kata NamJoon.

Tiba-tiba ia tersedar yang ia sedang tersenyum sekarang. NamJoon terus menghilang dan kembali ke tasik, tetapi SooA telah pun pergi.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro