Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kitorang balik dulu eh? Razif ada practice kejap lagi dengan Abang Dash." Haydar bersuara tiga jam kemudian.

"Oh harini ada training eh?" Syahid bertanya kepada Haydar dan Razif.

"Ada. Abang Dash nak buat yang harmonizing modern dengan traditional."

"Oh, baru lagi eh benda tu?" Aku pula yang curious this time.

"Ya, yang kau quit tu." Syahid ni kalau tak sound direct takleh ke?

"Biarlah dia nak quit pun. Hak dia." Yeay yeay Abang Danny kita backup.

"Haa backup, backup!" Syahid ni kan...

"Whateverlah, laew pop kan mai, na." Razif sudah memaut lengan Haydar. Tsundere teruk wey dia ni sekarang. "Haydar, jomlah."

"Yelah..."

Dan sepemergian mereka dari situ, aku masih memeluk Danny dan masih tak ada gaya hendak melepaskan pelukan itu.

"Habis dah semua orang ada partner, aku nak couple dengan siapa? Pintu?" Readers semua ada yang tercyduk tak dengan ayat ni?

"Siapa suruh reject aku dulu? Kan dah sendu seorang."

Aku nampak Syahid tersenyum nipis. Not knowing much in depth tapi aku tahu deep inside, kemesraan kami berdua mendatangkan cemburunya. Tak kisahlah pada aku atau Danny, dia mahukan apa yang kami mahukan.

Gunawan masuk ke dalam bilik wad tersebut selepas itu. Melihat aku dan Danny masih berpelukan, dia tersenyum. I mean, dia dah macam bapa angkat tak rasmi Danny kan, tak salah rasanya kalau dia nak merapat.

"Untunglah ada boyfriend temankan."

Danny memeluk aku lebih erat lagi. Datamg mood clingy dia boleh tahan ya mengalahkan budak. Syahid pula masih setia duduk di kerusi sebelah sana dan memandang Gunawan sekilas, dia kemudiannya mengeluarkan handphone.

"Kurangnya korang berdua takdelah clingy macam Krul dengan Razif Kamal dulu." Komentar kurang senang kedengaran dari mulutnya.

"What do you mean by that?" Aku meminta penjelasan lebih.

"Yeah, dua ketul tu. Clingy gila wey. Kesian gila aku tengok Diana masa tu. Kau bayangkan perempuan cantik macam Diana Phawsatteep tu dulu senang-senang je Krul tu reject sebab nakkan Razif Kamal tu..."

"Jonathan, jom teman aku makan." Syahid memintas perbualan. "Aku rasa sandwich aku beli kat Pagoh tadi dah jadi daging kut. Lapar bukan main ni."

"Kau dari Singapore ke, Ayed?" Gunawan bertanya.

Syahid bangun dari duduknya dan menarik aku bangun. "Yes... and don't call me Ayed. Only he can call me that."

Aku dan Syahid kemudiannya turun ke kafe dan dia memesan sepiring spaghetti dan aku hanya makan sandwich sahaja. Entah, masih tak terlalu lapar untuk makan apa-apa yang berat untuk tengahari itu.

"So Danny called you Ayed?" Aku membuka bicara.

Syahid menggangguk. "The one and only."

"Uuuuu, sweet!"

"We could be if we wanted to."

"When you said 'we', you and Danny or you and me?"

"Dua-dua kut."

Aku tersenyum nipis. If aku tak ada Danny, memang Syahid akan sentiasa jadi pilihan. He has all the package to be the perfect boyfriend.

"Aku sebenarnya takut sikit dengan Gunawan tu." Sekali lagi, dia tiba-tiba bersuara. "Aku faham dia dah lama kenal Danny tapi there will always something about him that will always remain ambigous."

"Kau tak pernah cakap dengan dia ke?"

"Danny tu, despite his arrogance, dia tu sangatlah naïve. Senang gila percaya kat orang. Jadi kalau aku cakap pun, apa gunanya kalau dia tak nak dengar?"

"So dia tak percaya apa kau cakap?"

Syahid menghirup kopi O panasnya. "Dulu mungkin. Tapi lepas apa jadi antara kitorang, aku tak rasa dia akan jadi bodoh as he used to be."

"Well, we could try kan?"

Syahid ketawa. "Dunia ni senang kalau semua orang boleh dengar cakap dengan sekali arah je."

That sentence. That motherfucking sentence.

"Tapi then again..." Dia menyambung lagi. "Some people you just have to tell them once and let then decide by themselves. Trust me on that."

Habis makan, kami berdua balik semula ke bilik wad Danny dan ketika itu, Danny sudah pun seorang diri. I'm assuming yang Gunawan sudah balik considering his uptight schedule.

"Apa je yang dia borak dengan kau tadi, Danny?"

"Not much. Just few things about industry. And dia kata dia akan call agency aku and put hold all the gig yang aku ada at least for a month. Tapi yang international one, aku tak cakap apa-apa. Yang aku kena pergi Switzerland tu aku tak cancel apa-apa lagi.

"Fashion show ke?"

"Ha'ah, yang tu aku tak postpone. Rugi wey kalau tolak yang tu. Kau tengokkan Jonathan eh?"

Syahid smirk sebelum menjeling sekilas ke arah aku.

"Aku dah besarlah. Beriyanya nak mintak berjaga bagai." Aku menarik muncung di hadapan Danny.

"Yelah. Dah besar dah my Baby ni..." Danny mencubit pipiku lembut.

"Habis tu aku yang single ni nak buat apa? Menggelabah?" Syahid ni babilah! Kemudian Syahid duduk di atas katil Danny di sebelahnya. "Kau takde rasa nak tukar agency ke, Danny?"

"Why? Working with Guna is fine, what?"

"Fine tu memanglah fine tapi kau tak rasa ke yang you might want to work under different people jugak. I'm not saying Gunawan is not suit the job, he is better than most of fashion practitioner kat Malaysia ni but entahlah, even Mommy aku pun sceptical dengan dia."

"Obviouslylah Mommy kau tu modelling ni side income dia kan? Lain kan tu..." One thing pasal Danny yang aku perasan, dia memang akan sentiasa backup Gunawan dalam apa jua keadaan.

"I get he's your mentor but still fishy is something to consider. He ruined Razif Kamal and Krul, the possibility is there for yours too, Danny."

"Takde apalah."

Syahid memandang aku sekilas sebelum memandang semula ke arah Danny. Dia memeluk tubuh dan bersandar di dinding.

"Memang kalau aku cakap susah betul kan nak dengar."

Danny menarik muka. Aku tak tahu bila masanya mereka ni berbaik tapi to see Danny jadi sangat soft bila dengan Syahid adalah sesuatu yang quite relieving.

"Okeylah. Aku gerak dulu kut. Malam ni aku kat Les Mecs lagi."

"Ayed..." So this is where Danny panggil Syahid dengan panggilan tu. "Dah-dahlah menari strip tu. That's all temporarylah."

"Well, if that's how the way, then I will keep doing it. Takde apalah. It just an occupation. Just like kau, aku pun perform shirtless jugak cumanya I did it underground and you did it in a mainstream view. We all work in the same context but different platforms."

Selepas Syahid pun pergi, aku naik ke atas katil tersebut dan berpandangan dengan Danny. Tiada sebarang ayat keluar, hanya mata kami yang berkomunikasi.

"Sayang, maybe you should consider what Syahid said tu."

"Seriously, Baby pun? Baby, Gunawan tu no harmlah. I know him for a long time. He won't do anything bad to me."

"Jadi apa bezanya dengan Roy dengan Finn dulu?"

"Baby, Roy and Gunawan, despite their race is same, tak semestinya they share the same heart. Okay cuba fikir balik, apa dia dapat kalau dia aniaya aku?"

Samalah dua adik-beradik ni. Paku dulang paku serpih, paku payung pucuk paku. Geram pulak aku.

"Jangan paranoid, okey." Dia memegang mukaku dan mengusap rambutku lembut. "We're in this together, right?"

Aku tersenyum memandang wajahnya. Who would've thought that someone you looked up throughout your teen life is now dating you? Just like Grace Kelly once said, the idea of my life as a fairytale is itself a fairytale.

"I love you..." Aku mengungkapkannya.

"I love you too..."

Di atas katil hospital itu, bibir kami bertaut dan bertemu. Dalam hati saling berdoa agar semua ini bertahan. Harapnyalah...
--------------

Sorry for a late update. Daniel busy buat Special Chapters semalam so for those who have yet put your order, please do so ya. Stock tak banyak hahahahahahahaha.

Anyway, Danny sebenarnya tak ada beza dengan Roy. Dua-dua benak jugak when it comes to people they love. Stan Syahid!

Keep voting n commenting ya sayang korang emmuah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro