Bab 36 (Syahid)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lagu I'm A Slave 4 U dimainkan dan aku memulakan tarianku di atas pentas. Ketika aku carik sahaja t-shirt putih aku, bergema satu Les Mecs dengan riuh sorakan dan tempikan. I live for a moment like this! The only fame I could ever have.

https://www.youtube.com/watch?v=Mzybwwf2HoQ

Duit ditabur dari penonton dan aku mengambilnya sehelai demi sehelai. Bayaran yang aku boleh terima, walau malam weekdays seperti ini ada kalanya menyamai gaji engineer sebulan. So kenapa aku kena bertukar karier?

Bertahun aku menjadi pengusaha kelab malam dan juga penari tetap di situ, memang setakat ini, duit tidak pernah menjadi isu untuk aku. Malah cukup untuk lawan gaji sepupu aku yang kerjanya doktor di Singapura.

Habis sahaja persembahan, aku sarung t-shirt round neck biasa dan pergi ke bar untuk minum. Aku didatangi oleh Mandy yang seperti biasa, sentiasa ceria.

"Nyaaaah, mak love sangat kau menari tadi, dik."

"Pernah ke aku tak perform masa menari sebelum ni pun?" Angkuh kan?

"Yelah nok. Kaulah terpaling kacak dan mantol sekali bila perform. Semua cikki dengan jejans semua sangap tengok kau tadi."

Aku tersenyum herot kepada Mandy. Untung juga ada dia di sini. Bila aku balik ke Singapura, kurangnya dia ada untuk memantau Les Mecs.

"Nok, nak tanya ni..." Dia memainkn jarinya di permukaan gelas shotnya.

"Apa dia?"

"Macam mana ex kekashyeh kau tu? Handsome lagi ke dak?"

"Jadahnya kau sebut kekasih macam tu? Sebut bebetul tak boleh ke?"

"Yelah, nyah. Bagaimana gerangan kekasih lamamu itu? Masih sempurna lagikah figura seksinya itu?"

"Amboi kau kalau bab memuji bukan main lagi ya? Yelah dia okey je. Cumanya kata adik dia, dia overstressed. Dua hari dia tak tidur, sis." Bagi aku, sis is a gender neutral pronouns. Kau lelaki ke perempuan ke, you shouldn't be offended if anyone call you 'sis'.

"Dua hari apa ke gilanya dia tu?! Tak dapat lubang ke apa teruk sangat bawaannya tu."

"Entah. Dia tak ada cerita pulak kat aku. Aku syak benda besarlah sampaikan dia tak sanggup nak cerita pada aku pun."

"Tapi pernah ke dia tak cerita apa-apa kat kau? Dulu bukan ke semua benda dia cerita kat kau?"

"Dulu, Mandy. Cerita dulu ni, semua benda boleh jadi."

Mandy mencemirkan matanya. "Kau still sukakan dia ke, nok?"

"Ya kut? Tapi dia pun dah bahagia dengan budak Jonathan tu. And aku pun happy."

"Sebab kau pun sukakan budak tu kan? Kemainlah kau heret dia ke sini sampai dua kali then tinggal bodo dia macam tu je."

"Mandy, kau tahu aku ada prinsip aku. Aku takkan kacau kalau aku tahu it's someone else's. Apa yang seronoknya rampas hak orang? Tengok macam Mommy dengan Papa aku. Papa aku tinggalkan Mommy aku then kahwin dengan orang lain but yet, dia still tak boleh move on dengan Mommy aku jugak."

"Bagus apa yang kau fikirkan tu, nyah. Tak ada indahnya kalau kita musnahkan kebahagiaan orang hanya untuk kebahagiaan sendiri."

Aku meneguk lagi satu shot Vodka sebelum memandang ke arah pentas. Pentas yang mengkayakan aku for all this time and while. Pentas yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

"Haa mulalah tu nak feeling. Nyah, kau dah successful dah. Jangan biar orang lain cakap kau tak berjaya."

Kalau ada pun yang meragukannya, orang itu supposedly to be orang paling rapat dengan aku. Dari lahir lagi dia yang sentiasa bersama aku. Cuma, dia tak selesa berkembarkan seorang sundal lelaki.

"Syah, ada client nak jumpa?" Seorang bus boy datang kepadaku.

"Siapa?"

"Tak tahu. Dua orang. Meja sana."

"Tell them I don't do threesome. I don't like to be the reason of a breakup."

"Tapi, dorang tak nampak macam nak threesome pun."

"Then?"

Penari itu menjongket bahu. "Pergilah tengok. Mana tahu kut nak file compaint ke?"

Aku menarik Mandy untuk menemani aku sekali ke meja yang dimaksudkan oleh penari tadi. Tiba di meja itu, kedua-dua pelanggan itu sedang duduk membelakangkan aku dan nampaknya sedang berbincangkan sesuatu.

"Yes, Sir. What can I help you?"

Mereka berdua berpusing dan oh, aku kenal mereka. Aku kemudian memberi isyarat kepada Mandy untuk pergi meninggalkan aku untuk berurusan dengan mereka berdua di situ. Aku mengambil seat di hadapan mereka berdua, yang masih dengan senyuman.

"So, apa yang korang nak?"

Aiman memegang tanganku dan aku taklah pula hendak menariknya. Good image and reputation.

"Aku dengar, kau pergi lawat ex crush kau kat hospital tadi."

"Yes, Aiman. And why you even bother asking?"

"Danny dah buang kau kut. Kenapa kau still nak associated dengan dia?"

"Well, dia buang kau jugak yet kau pun nak still associated dengan dia? Shouldn't you like, asking that to yourself first?"

Yang seorang ni diam saja. Tak apa, aku sentiasa prepared untuk counter dia pula.

"At least I was his and kau tak. Dia tolak kau mentah-mentah kut. Tak rasa macam desperate sangat ke?"

"Again, Aiman. You was his. That is past tense. Tak tahulah pulak kalau requirement for Wira Remaja tak termasuk that you should be able to converse in proper English."

Aku nampak di sebalik senyuman trademarknya itu, dia tak puas hati dengan aku. Don't mess with Singaporeans ya.

"And kau ni pulak, tak habis lagi nak jadi batu api?"

Roy tertawa kecil mendengar soalan retorik aku itu. "So, kau pun fikir macam tu jugak?"

"Orang bodoh je yang tak fikir macam tu, Masrun." Sedarlah kau tu Jawa.

"Wow, calling me by that name, huh?"

"It's your name right? Shouldn't you be proud of your ancestry, Masrun?"

Roy menarik muka aku memandang muka dia. Melihat senyuman liciknya itu, aku faham macam mana Danny boleh fell for it dulu.

"If you guys don't mind, I have a business to run. You guys have fun and don't forget to rate us on TripAdvisor and Yelp." Aku sudah mengangkat punggung tapi pantas dihentikan oleh Aiman.

Dia menarik tangan aku dan menolak aku ke dinding sebelum merapatkan wajahnya dengan wajahku.

"You still haven't heard of the offer."

"What offer are we talking now?" Kalau duit, aku boleh consider.

Aiman cuba untuk mencium leher aku tapi pantas aku menolaknya. "That would be RM50. If lips, RM100."

"Wow, murahnya. Yeah, you're a man whore after all."

Aku ketawa mendengarnya. "At least when I throw myself to people, they like it."

"Savagelah tu."

"It sounds savage because it's fact and fact hurts." Aku menolaknya menjauh dari aku. "What's the business?"

"Have sex with me. RM2500 is the number we are talking about."

Aku menjongket kening sebelah.

"RM3000."

Aku memuncungkan bibir mengejek.

"RM5000. That's it. Deal or no deal."

Aku memandang dia berselang-seli dengan Roy. Aku tak dapat menahan diri aku daripada untuk tidak ketawa.

"Walaupun aku ni basically pelacur, tak bermaksud aku ni bodoh tak belajar psikologi. Yes, I put prices on my body but takkan semahal tu and usually, people will just walk away after RM3000 unless they want their life to be sponsored. Knowing that korang berdua always have something diabolical in your mind, offer rejected. Enjoy your drink and don't forget to pay. We accept Debit and Credit Card." Aku kemudian berlalu pergi dari situ dan kembali ke bar tempat aku biasa duduk.

Aku didatangi semula oleh Mandy. Dia menghulurkan aku segelas Coke dan dia juga turut minum yang sama.

"Apa dorang nak, Syah?"

"One of them is Danny's ex and one of them is batu api antara Danny dengan arwah Finn. You guess it, Mandy."

"Shit!!!"

"I know right."

"Dah tu, apa kau buat?"

"Tak buat apa. Bukan masalah aku."

Diam aku bukan diam kosong. Diam aku adalah untuk melihat sejauh mana matangnya Danny menghadap masalahnya sendiri. Aku akan melihat dari jauh. Kalau berjaya, berjaya. Dan kalaunya tidak, kita tengok apa yang terjadi.

Aku diajar untuk hidup dengan berfikir menggunakan akal, bukan emosi.
---------------------

Mentang2 tak mintak votes bukan main lambat ya bergerak. Okay fine, 63 votes ehek!

Anyway, siapa nak pakwe macam Syahid angkat tangan? Sassy and smart, that's all we need.

Sneak peek tak ada tapi next chapter sweet kbye hahahahah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro