Bab 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku mengetuk pintu bilik Abang Dash dan menunggu dia memanggilku masuk.

"Come in!"

Aku memusingkan tombol pintu dan memberi salam kepadanya. Aku tak sure dia jawab 'waalaikumsalam' atau 'waalaikum' sahaja. Tak salah, member Muslim aku masa sekolah dulu cakap kalau orang bukan Islam beri salam, jawabnya 'waalaikum' sahaja.

Aku nampak name sign dia atas meja. Dashiel Mahakim bin Dato' Musalman. Tak salah aku, mak dia orang Jerman rasanya which explains the name Dashiel. Wife dia pulak TKD Tarian jugak dulu. Imagine both husband and wife pegang the whole Divisyen.

"Duduk, Jonathan. Oh yeah, you want sweet tea or lemon tea?"

"Sweet kut, Bang."

"Okey, kejap." Kemudian dia menelefon seseorang di telefonnya. "Ayu, two sweet tea. Hantar bilik Abang, okey." Dia mematikan panggilan.

"Kak Ayu ada, Bang?" Aku merujuk kepada isterinya.

"Ha'ah ada. Anak-anak semua seronok Pak Su dia datang hari ni. Semua tak pergi sekolah ikut Pak Su pergi Sunway Lagoon."

Aku tersenyum.

Kak Ayu masuk kemudiannya membawa dua cawan teh O dan dihidangkan kepada kami. Aku senyum kepadanya sebelum dia menghilang di sebalik pintu.

"Minum, Jonathan."

"Thanks, Bang."

Kami berdua menghirup air teh suam tersebut. Sedap betul Kak Ayu bancuh teh.

"Jonathan..." Abang Dash memulakan bicara. "Dah berapa lama dengan Danny tu?"

"Mana Abang tahu?"

"Kau bukannya couple dengan orang biasa. Lainlah macam Razif dengan Haydar tu dorang dua-dua orang biasa. Kau tu couple orang dikenali."

"Oh, adalah last sem."

"Hmm, I see. Ni pun semester pun dah nak habis ni. Balik Sarawak tak?"

Aku menggeleng. Sekarang nak dekat hujung tahun. Tiket flight mesti mahal. Malas aku.

"I see. Duduk dengan Uncle Eric ke?"

Aku mengangguk. Memang situ sajalah yang aku pergi. Abang Dash mesti tahu sebab details pelajar mesti ada kat dia.

"Macam nilah. Abang jujur jelah eh? Ada orang bagitau Abang, staff INSEMAS jugak nampak Jonathan kat Les Mecs, kelab malam yang Syahid bukak tu. To be honest, Abang tak sukalah student Abang terlibat benda-benda macam tu. Takut jatuh imej Divisyen."

"So Abang nak saya quit kerja kat situ ke?"

"Kau kerja situ ke? As what? Dancer?"

Aku mengangguk. Stripping is dancing kan?

"Hmm, okey. Tapi itulah. Anggaplah ini cuma teguran abang pada adik. Jujur cakaplah, Abang tak suka sebenarnya kau kerja situ. The reason Abang ambik Syahid ajar korang pun sebab he has the talents, sebab tu Abang tak suka after-rehearsal ni semua. Abang faham korang budak muda. Semua benda korang nak cuba. Tapi Abang tak nak ada Krul-Razif 2.0. dalam Divisyen ni. I saw it once, and I don't want to see the second one."

"What do you mean?"

"It's okay to surround yourself with a new people. Tapi jangan sampai kau hilang diri sendiri. It's strongly not recommended."

Dia menghirup teh O nya sebelum menyambung. "You're dating Danny Aduka honestly is enough giving people multiple perceptions. Cuma when you were seen kat Les Mecs tu, Abang rasa sebagai KD, Abang berhak menegur benda yang Abang rasa salah."

Aku hanya mengangguk. Dia tak salah pun sebenarnya.

"Pasal imej kau, honestly Abang terkejut jugak but well, we all have that phase some times in our life so I'll let it pass. Tapi macam Abang cakap kat korang masa minggu orientasi dulu, kemana korang pergi, korang bawak imej INSEMAS, imej Divisyen Tarian dan yang paling penting ingat tak apa?"

"Imej Divisyenlah kan? Ada lain eh?" Aku tertawa kecil.

"Tengok. Lupalah tu. Imej keluarga. Korang semua datang sini Abang believe dengan restu dan harapan mak ayah. Boleh tak sebelum buat apa-apa, fikir pasal dorang dulu? Abang tak nak guilt trip tapi Jonathan rasa parents Jonathan suka tak kalau dorang tahu benda ni? Sebagai bapa sendiri pun, Abang tahu Abang tak suka even Abang sendiri buat benda tu."

Aku akui, aku sedih mendengar ayat Abang Dash yang akhir itu. Tiada siapa yang suka anak mereka memilih jalan seperti ini.

"Ikut Jonathanlah nak ikut ke tak nasihat Abang ni. Jonathan dah besar panjang kan. Dah third year dah pun. Abang panggil ni sebab Abang tahu Jonathan ada potential. Tak naklah a potential dancer wasted like that je."

Aku mengangguk lagi. Nasihat daripada Pelajar Terbaik Divisyen Peragaan Tahun 1999 itu mana boleh dipandang enteng begitu saja. Banyak ilmu berguna boleh diperoleh.

Berjalan pulang ke blok asrama, aku cuba untuk tidak menangis. Tapi dengan hujan renyai-renyai, aku lemah juga. Did I really change myself for the sake of a guy? Was it worth it?

Nasihat Abang Dash masih terngiang di telingaku. Nasihat yang aku takkan dapat daripada sesiapa di mana-mana jua. The advice are raw and genuine. Dia memang bercakap tanpa memikirkan apa yang aku fikir and somehow it works.

Keluarga. Ma dan Pa memang takkan suka perkara ini. Apatah lagi adik-adikku yang sememangnya look up pada aku all this time. Tiada siapa yang akan suka itu yang pasti.

Kawan-kawan. Aku akui, aku perlahan-lahan tinggalkan kawan-kawan aku. Aku tak salahkan Danny dalam hal ini. Aku yang terlalu leka bercinta dan mengejar kesempurnaan dalam kehidupan. Aku lupa yang kesempurnaan itu kadangkala terbit dalam kekurangan.

Kau bodoh, Jonathan. Kau bodoh. Pembaca cerita ni tak salah untuk fikir yang kau memang bodoh.

Setibanya di bilik, aku menukar ke pakaian yang lebih selesa dan memandang bahagian bilik aku yang berkongsi dengan Angelo itu. Barang aku kini dipenuhi dengan warna hitam sahaja. Langsung tidak ada dinamik warna seperti sebelum ini.

Damn I really changed myself for a guy.

Aku berbaring di atas katil dengan harapan ingin nap. Tapi ianya terbantut apabila aku mendapat panggilan daripada Joni. Aik?

"Hello..."

"Manuk, jom Seoul Garden. Razif, Syed dengan Romeo on dah. Kau tak check group ke?"

"Oh, bila?"

"Kitorang semua dah siap. Jomlah wey."

"Haa boleh, boleh. Bagi aku 20 minit boleh. Nak siap kejap."

"Haa yelah. Kitorang tunggu bawah blok kau. Naik kereta Syed tau."

"Okay."

Dan petang itu, selepas sekian lamanya Lima Lahanat tidak membuat official grand meeting, akhirnya kami berkumpul semula. Haydar pun tak ada. Memang the real OG of Lima Lahanat hari ini.

"Tulah kau, Nuk. Dok kejar sangat cinta seorang lelaki, kau lupakan empat orang lelaki yang memang sayangkan kau ni." Syed ni babilah. Nak nangis aku masa dia cakap tu. Tak jadi aku nak suap kambing bakar dalam mulut.

"Kau patut berterima kasih pada Razif tau. Dia yang bagitau kat kitorang pasal kau. Kalau tak, sampai bila kami semua tak tahu yang kau tengah stres." Joni pula menambah cerita.

Aku memandang Razif yang sedang duduk bertentang dengan aku. Dia tersenyum saja. Padanlah Haydar sayang sangat dengan dia ni.

"Toksoh ingat yang sedihler kome ni sume. Laa ni kita happy-happy jer naa. Ingat, kalau ada antara kita ada masalah, share. Kalau boleh tolong, kita tolong. Jangan makan seorang je sedih tu." Aww Romeo tiba-tiba sweet.

Mungkin betul apa yang Abang Dash kata. Kita sibuk kejarkan sesuatu yang jauh sampaikan kita tak nampak apa yang terhidang.

Semasa makan, lepas satu, satu topik terbuka sambil diseling dengan lawak bodoh Romeo. Aku amused macam mana Kemboja boleh stay setia dengan kebodohan seorang Meor Rosman. She's a keeper. Kudos, Kemboja!

Semasa sedang makan itulah, aku menerima panggilan dari nombor tidak dikenali.

"Hello...," aku menyapa.

"Hello, good evening! Is this Mr. Jonathan Bruce Williford?"

Ala scammer ke? "Speaking. Who's this?"

"I'm Kelly, from FiraHazali Talent Agency. We saw your editorial from Majalah Serasi with Tasha Chec and we would like to ask if you would love to sign a contract to work under our label..."

Ma, Pa, I've made it. I have fucking made it! Jesus, thank you! Thank you so so so much!!!
-----------

I have to admit that this chapter is emotional. Manuk finally learn his worth but let's seelah sampai mana dia boleh belajar semua tu. Will it be permanent or not?

Also stan Razif for being the bestest friend ever! Stan Abang Dash jugak hehe. The real Daddy!

So yeah, what yalls expect from the next chapter? Let me know!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro