SCL 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Selamat pagi Cikgu ! "

"Selamat pagi. Doa " tangan ditadah.

Selesai sahaja doa, Dian terus memberi kebenaran untuk pelajarnya duduk.

"Terima Kasih Cikgu ! " Dian melangkah ke arah meja guru. Buku dan begnya diletakkan di atas meja. Marker Pennya dikeluarkan dari bekas pensilnya.

"Saya ada tinggalkan kerja kan haritu dekat buku latihan?" Soal Dian. Mata memandang pelajarnya. Ada tang tercenggang, ada yang gelabah, ada yang buat buat cari buku, ada yang tunjuk muka bangga. Yang bangga tu mesti dah siap tu.

"Hantar kat depan sekarang" tegas suara Dian memberi arahan. Bukan boleh sangat manjakan pelajarnya ini. Nanti dah pijak kepala pulak. Dalam kelas kita kena garang tapi kalau luar kelas nak gelak ketawa ke apa ke dengan dia, dia tak kesah tapi still kena tahu jugak batas mereka itu.

Dian duduk dimejanya memerhati pelajarnya menghantar buku latihan. Setelah selesai Dian bangun. Buku teks diambil lalu dibuka. Marker pen juga turut dibuka bersedia untuk menulis di papan putih.

"So, harini kita belajar bab baru iaitu bab 7 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia " laju tangan menulis tajuk di papan putih. Nasib baiklah bila dah dewasa ni dia tinggi tak pendek macam zaman sekolah dulu. Kang tak memasal kena jengkit nak tulis kat papan putih. Lepastu budak budak gelakkan cikgu pendek nak tulis kat papan putih kena jengkit. Haih simpang malaikat 44.

"Bukak muka surat 159. Saya nak awak semua baca tentang point 7.1 tu kemudian saya nak tengok sejauh mana awak semua faham. Saya bagi 10 minit untuk awak fahamkan tajuk tu. "

Dian berjalan mengelilingi kelas. Semua pelajarnya fokus meneliti bab tersebut. Sekejap sekejap matanya melihat ke pergelangan tangan kanannya ingin melihat jam.

"Okay masa tamat. Siapa yang nak terangkan dulu ? " krik krik. Suasana diam sepi bagaikan berada di tanah perkuburan.

"Aik. Nak saya panggil nama ke ? " semua pelajar terus tunduk seperti tidak mengambil tahu. Eh budak budak ni. Tahu takut. Eleh kau Dian, dulu kau pun sama je macam budak budak ni.

"Okay saya panggil nama " tangan diletakkan di dagu tanda memikirkan nama siapa yang ingin dipanggil.

"Syafikah " sejurus sahaja nama disebut terus terdengar suara pelajar berbisik bisik sesama sendiri. 'Fuh. Sebaik bukan aku' 'alhamdulillah' 'fuh' dan bermacam macam lagi.

"Diam. Ha abang yang tengah senggih senggih tu " Tegas suara Dian. Al-maklumlah dia ni tegas sikit time belajar tapi bila tak belajar haih kau tengoklah betapa supportingnya Cikgu Dian Qhairin kita ni hehehehe.

"Saya ke cikgu?" Soalnya.

"Dahtu?" Kecik besar kecik besar je lah Dian tengok budak ni.

"Bangun terangkan dekat saya apa yang awak baca tadi. Syafiqah, awak boleh duduk" dengar je arahan Dian tadi, kelam kabut Syafiqah duduk kembali. Cikgu Dian ni memang garang betul. Luar kelas baik pulak. Ke sebenarnya cikgu Dian ni split personality. Eh merepek lah kau ni Syafiqah.

"Er .. " Rashid sudah mati kutu. Mata memandang kawannya disebelah meminta pertolongan. Kawannya pulak hanya buat tak tahu. Tak guna punya kawan.

"Perlembagaan .. Merupakan errr undang- undang negara. Lepastu perlembagaan ni dijadikan sebagai dokumen rasmi negara. Pastu ada er 183 undang undang " ujar Rashid ragu-ragu.

"Okay duduk "Rashid terus duduk. Fuh lega. Ni kalau salah tadi mahu Cikgu Singa tu mengaum.

"Apa yang Rashid beritahu kita sebentar tadi tu betul dah cuma tak lengkap "

"Perlembagaan ni merupakan undang undang yang mempunyai 183 perkara. Parti parti yang menang kena patuh akan perlembagaan yang telah ditetapkan. Perlembagaan ni tak boleh langsung diubah kerana ia telah termaktub dalam undang undang negara.

Antara perkara yang ada dekat perlembagaan adalah raja sebagai ketua negara, agama islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan banyak lagi. Okay point ni korang wajib tahu sebagai pengetahuan am korang semua, perkara perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan ni tidak boleh disoal sama sekali. Ia merupakan isu sensatif negara. Ini bermaksud apa yang telah ditetapkan kita tak boleh persoalkan sama sekali. Faham ? " panjang lebar Dian terangkan tentang perlembagaan tersebut kepada pelajar supaya lebih faham. Oh ya Dian merupakan guru Subjek Sejarah. Nak tahu kenapa dia ambil sejarah? Kalau taknak tahu pun aku nak cerita jugak sebab aku memang minat gila sejarah dari zaman sekolah walaupun korang nampak muka aku macam tak layak nak ajar sejarah kahkah whatever.

"Faham cikgu " satu kelas bersuara. Ya ya jelah faham budak budak ni. Nanti exam jawab ke laut siap korang aku kerjakan.

Kringggg

"Okay loceng pun dah bunyi. Balik ni saya nak awak semua baca point 7.2 sampai 7.8 pulak. Next class saya akan tanya awak semua okay " Dian kemas barangnya.

"Bangun "

"Terima kasih cikgu " Dian angguk dan senyum. Kaki laju melangkah keluar bersama buku ditangan.

********

"Cikgu Dian " tegur Cikgu Farid

"Er ya saya kenapa ya ? " sahut Dian. Dah kenapa dia ni. Selama tak pernah pun nak tegur aku. Sombong memanjang. Handsome takpelah jugak.

"Esok cikgu free ? Saya nak ajak cikgu makan sebagai tanda terima kasih sebab cikgu ganti kelas saya haritu. "

"Eh benda kecil je tu cikgu Farid. Kalau cikgu lain ada emergency pun saya tolong jugak " ujar Dian. Demam ke apa Cikgu Farid ni. Takde angin takde ribut tiba-tiba ajak aku keluar makan.

"Saya nak belanja jugak tak kira. Ini sebagai tanda terima kasih saya. Malam nanti saya send location dekat cikgu. Assalamualaikum " sejurus berkata begitu terus cikgu Farid berlalu pergi.

Paksa paksa aku pulak. Hesh. Alang alang tu bolehlah aku laksanakan misi aku ya tak ? Cikgu tu pun single. Hm y not ? Tapi ... hmzzz ahhh teruskan jelah Dian dengan misi merepek kau tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro