SCL 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Doktor, hari ni doktor ada appointment dengan pesakit yang ada alahan terhadap seafood tu pada pukul 5 kejap lagi " terang jururawat tersebut kepada Nadzreen. Nadzreen hanya mengangguk tanda faham.

"Anything else Fatin ? " tanyanya

"Takde, itu je " jururawat yang bernama Fatin tersebut berkata.

"Okay awak boleh keluar dan panggil next patient pulak okay "Fatin angguk kemudian terus berlalu keluar untuk memanggil patient tersebut.

"Encik Qhairul" panggil Fatin.

"Assalamualaikum doktor " pintu diketuk dari luar lalu dibuka.

"Waalaikumussalam encik,  jemput duduk " pakcik tersebut terus duduk perlahan.

"Boleh encik beritahu apa masalah yang encik hadapi ? " soal Nadzreen berhati-hati. Stethoscope yang berada dilehernya diambil lalu ditekap pada dada Encik Qhairul.

"Kebelakangan pakcik cepat rasa penat sampai sesak nafas penat sangat agaknya tak tahu lah " tutur Encik Qhairul perlahan. Memang sejak kebelakangan ni dirinya berasa cepat penat dan letih. Mungkin faktor usia. Haih tua dah dia tapi bakal menantu pun tak dapat nak tengok bayang lagi. 

Nadzreen angguk kepala perlahan menghadam dan menganalis apa yang di beritahu oleh pesakitnya itu.

"Bukak mata luas luas ya encik " Mata Encik Qhairul, Nadzreen suluh. Dipegang dengan berhati-hati supaya tidak menyakiti pesakitnya itu.

" Encik datang sorang je ke ? " soal Nadzreen sekadar bebasa-basi. Tangannya laju menulis masalah kesihatan pakcik tersebut.

"Tak, dengan anak perempuan pakcik dia jawab call tadi kejap lagi dia masuk lah " Farhan hanya mengangguk. Ohh datang dengan anak. Agak-agak cantik tak anak perempuan Encik Qhairul ni. Dia ni pun nampak bergaya dengan usia sebegitu. Jadi tak mustahil anak gadis dia cantik jugakkan hehehe. Eh Nadzreen ingat sikit dekat buah hati kau tu.

"Abah" ujar Dian sebaik sahaja membuka pintu. Dia baru sahaja selesai menjawab telefon.

"Dian " tegur Encik Qhairul kurang senang dengan perilaku anaknya itu. Dian kerut dahinya. Aku ada buat salah ke? oh hehe

"Hehe. Assalamualaikum doktor " Dian senyum kelat. Malu ditegur sebegitu depan doktor handsome pulak tu jatuh saham aku ish abah ni.

"Waalaikumussalam " Nadzreen pandang gadis tersebut. Hm not bad cantik jugak anak gadis Encik Qhairul ni. Manis je muka.

"Jadi, apa punca ya abah saya sampai susah nak bernafas kebelakangan ni ? " terus Dian straight to the point. Tak boleh belok sana sini walaupun doktor kat depan dia ni handsome gilos. Ni kalau jadi suami aku confirm anak anak aku handsome ikut ayah dia lepastu anak perempuan cantik meletops macam aku hihi. Ish berangan jelah Dian ni. Tah-tah doktor ni dah berpunya. Melepaslah aku jawabnya.

"Macam ni cik. Abah cik ni kena kurangkan buat kerja yang berat " belum sempat Nadzreen habiskan ayatnya, Dian terus potong. Haih tak menyabar-nyabarlah budak ni. Nadzreen herot bibir melihat kelakuan Dian. 

"Hah dengar tak abah ? Kan Dian dah cakap tak payah buat kerja berat berat. Berhenti kerja terus lagi elok. Dian boleh tanggung abah ummi dengan Qhai. " Dian pandang abahnya geram. Abahnya memang degil. Sudah dipesan banyak kali supaya duduk sahaja dirumah tapi abahnya abaikan sahaja. Katanya takde apa yang boleh dibuat dirumah.

"Abah lagi setahun je Dian nak pencen takpe abah kuat lagi. Dian takyah susah susah " Encik Qhairul bersuara perlahan. Anak dia ni pun macam kat rumah tak boleh nak bebel. Sama jelah macam ummi dia tu haih.

"Susah apanya Dian ni anak abah. Abah dah jaga Dian dari kecil. Sekarang ni Dian nak balas semua jasa ummi abah yang dah besarkan Dian ni " Dian monyok sebentar. Ada je alasan abah ni tau. Dian jengil mata melihat abahnya. Degil betullah pakcik Qhairul. 

"Kalau nak balas jasa ummi abah kahwinlah senang hati ummi abah " balas Encik Qhairul.

"Eee abah ni kan " Dian mengeluh. Kahwin kahwin kahwin ish. Dian jeling abahnya geram. Encik Qhairul senyum. Tahu anak dia tak suka hal itu dibangkitkan.

"Okay Doktor, apa lagi masalah abah saya ni ? " Tanya Dian. Ish abahlah ni tengok doktor kacak ni dah tahu abah paksa aku kahwin. Jatuh lah saham dia kalau macam ni.

"Apa yang saya dapati berdasarkan pemeriksaan yang di buat tadi, jantung abah cik ni lemah kena banyakkan berehat dan kena kurangkan minuman berkafein " terang Nadzreen. Dibetulkan kedudukannya dikerusi. Tangan laju mencatat lagi di buku rekod pesakitnya itu.

"Oh baik doktor. Ada lagi ? " tanya Dian lagi.

"Takde dah. Ni saya bagi mc dua hari Encik Qhairul rehat dekat rumah selama dua hari ni jangan buat kerja berat. Dan ni boleh ambik ubat dekat kaunter " buku dan kertas ubat tersebut Nadzreen hulurkan pada Dian. Laju Dian ambil. Dibaca sekilas lalu mengangguk perlahan. Cantik jugak tulisan dia. Bukan tulisan doktor macam cakar ayam ke?

"Oh baik doktor. Kami pergi dulu ya terima kasih doktor " Dian senyum. Tangan abahnya dipegang erat lalu keluar dari bilik tersebut.


*******

"Ha balik dah. Doktor kata apa bang?" tanya Puan Dahlia pada suaminya. Dian yang baru masuk dipandang sekilas.

"Doktor kata okay je. Takde apa pun " Dian pandang abahnya geram. Eh eh abah ni.

"Takdenya Ummi. Doktor kata abah kurang air, tak cukup rehat. Lagi satu abah dah tak boleh minum kopi, nescafe semua tu yang berkafein. Nanti Dian beli susu annum untuk abah " Dian duduk di sebelah Qhairil yang khusyuk tengok tv dari tadi. Haih budak ni tv jelah bukan nak study. Dian jeling adiknya.

Puan Dahlia sudah membulatkan matanya ke arah suaminya. Encik Qhairul hanya senggih tak bersalah. Dipandang anaknya sekilas. Ish budak ni ada ke patut dia bocorkan rahsia aku.

Dipulas lengan Encik Qhairul geram. "Abang ni orang tanya dia, dia boleh jawab takde apa apa. Nasib baik kakak teman awak tadi. " ujar Puan Dahlia geram. Encik Qhairul sudah cebik bibir sambil mengosok lengannya. Dian yang melihat akan adegan itu hanya senyum geli hati. Qhairil ikut perangai abah lah ni manja tak bertempat kena cubit sikit pun nak merajuk.

"Takpayah nak cebik cebik bibir tu. Saya ni membebel sebab saya sayang awak. Tak suka tengok awak sakit. Awak boleh pulak nak sorok dari saya doktor tu kata apa. Kalau tak mengenangkan saya ni isteri awak dah lama saya smackdown awak tahu tak. Eee geram betullah ummi dengan abah korang ni " Garang betul ummi dia ni. Jadi korang tahulah Dian ikut perangai gangster siapa kahkah.

"Ya yang, dah takmau marah marah abang tahu abang salah meh sini peluk meh " ujar Encik Qhairul gedik. Puan Dahlia jeling geram. Eee suami dia ni mengada ngada tau.

"Abah, stop eh loya tekak adik tengok abah " sampuk Qhairil. Abah dan umminya dipandang. Dian sudah tergelak besar. Memang spontan habis adiknya ini. Kesian Ummi Abah baru nak manja manja dia dah kacau line.

"Kamu dengkilah tu" Encik Qhairul jeling anak bujangnya. Menyampah tau budak ni.

"Dian naik bilik dululah" Dian bangun ingin menuju kebiliknya. Nak mandi, nak solat nak tanda homework anak murid dia lagi. Haih penat penat.

"ha nanti turun tolong ummi siapkan minum petang" arah Puan Dahlia. Dian hanya mengganguk perlahan. Laju kaki dia menuju ke biliknya yang berada ditingkat atas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro