SCL 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Restoran Al- Taj' Nama restoran tersebut dibaca berulang kali. Dipandang Restoran itu tak percaya.

O..kayyyy biar benar Cikgu Farid ni kata nak belanja makan ta..pi.. Kedai mamak ? Benarkah ini semua. Sebenarnya Dian tak kesah pun kat mana yang penting kena ikhlas hiks. Tapi ...

Mata Dian meliar ke kiri dan ke kanan. Di sudut penjuru kedai akhirnya figura Cikgu Farid kelihatan. Terus kaki Dian menuju ke tempat Cikgu Farid. Mukanya ditarik senyum sedikit. Senyum Dian senyum.

"Hah sampai pun cikgu Dian. Duduklah " Pelawa Cikgu Farid sambil menarik kerusi disebelahnya.

Eh eh memang tidaklah aku nak duduk sebelah kau. Dian apalagi dia terus duduk di kerusi yang bertentangan dengan Cikgu Farid. Cikgu Farid hanya buat muka 'oh okay nevermind '

"Orderlah nak order apa pun my treat " pelawa cikgu Farid. Rezeki nama dia ni. Aku pun tak makan lagi ni hekhek.

"Hm mee .. " belum sempat Dian habis order Cikgu Farid dah potong percakapan Dian.

"Roti kosong dua dengan air kosong dua sejuk tau ane " Dian buat muka tak percaya. What ? Tadi kata order apa sahaja lepastu dia bantai orderkan aku punya roti kosng pulak tu plus plus plus AIR KOSONG ? walaweh baik aku minum dekat rumah.

Kedekutnya dia ni. Eee patutnya aku dah boleh agak yang dia ni kedekut. Ada ke patut nak belanja orang makan dekat kedai mamak at least restoran biasa lah. Dekat sekolah pun dia selalu beli roti tu pun HUTANG takkan kau tak perasan Dian?! Allahu. Mati-mati aku ingat yang selama ni cikgu-cikgu kat sekolah tu hanya buat gosip liar tapi betul rupanya betul lagi benar ya yang Cikgu Farid ni kedekut taik hidung masin.

"Awak berangan apa Dian ? " soalnya.

"Huh ? Takde apa " Dian ? Without perkataan Cikgu ? Amboi amboi sukati dia je ee geramnya aku.

Makanan pun dah sampai. Dian hanya tenung sahaja makanan tersebut. Tiba tiba selera makannya hilang. Takpalah Dian balik kang makanlah ummi masak makan puas puas sampai buntang.

"Dian. Saya nak sikit roti awak tu lapar la " uhh what the heck ? Roti aku pulak kau mintak!?

"Err ambiklah " dengan lahapnya Cikgu Farid ambil makanan tersebut. Eee apa dia ni tak senonohnya.

Burghh. Bunyi sendawa.

Eee gelinya aku ahhhh dahlah kedekut pengotor pulak tu macam mana boleh lepas jadi jadi cikgu ni.

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk
Terus hidup di atas dunia
Tanpamu Ku lemah
Pasti aku tak perdaya ..
Kerana engkau mahakarya cinta

"Sekejap ya Dian saya kena jawab call mana tahu urgent " Dian hanya angguk perlahan. Ha pergilah pergi tak datang balik pun takpe lagi bahagia hidup aku. Bolehlah aku bla terus.

Lima minit kemudian.

"Dian. Saya betul betul ada emergency. Awak bayarkan dulu boleh ? Terima kasih ya " selepas berkata begitu terus Cikgu Farid pergi dengan tergesa gesa. Tercegang Dian sebentar. Nak je dia jerit WOI ! Takguna punya mangkuk ayun!!

Tanpa membuang masa yang sudah terbuang bila dengan Cikgu Farid tu tadi terus Dian menuju ke kaunter untuk melunaskan pembayaran.

"Ane. Berapa ? "

"RM3.50 " Dian angguk. Selesai membayar terus Dian menuju ke myvi kuning kesayangannya. Menyesal beb datang sini kalau tak mengenangkan misi nya itu tadi memang taklah aku nak jumpa Cikgu Farid tu huh

******

"Ummi oh ummi " laung Dian selepas sahaja melabuhkan duduk di sofa. Rancangan masakan yang terpapar dibiarkan. Aik TV terbukak tapi takde siapa tengok. Remote tv dicapai lalu ditutup. Membazir.

Mana ummi ni

"Ummi "

"Ya kenapa ummi dekat dapur " mendengar sahaja sahutan ummi terus Dian bangun ingin menuju ke dapur.

"Ummi masak apa tu ?" wahhh sedapnya. Perut aku dah dendang sayang dah ni. Laparnya.

"Masak kepala Dian masak lemak " sarkastik ummi membalas. Eh Ummi ni ada ke patut nak masak kepala aku. Masak lemak pulak tu. Apa class? no standart at all hahhahhaha ish apa bendalah yang kau merepek ni Dian.

"Ummi ni " muncung Dian sudah keluar.Leher dipanjangkan sedikit oh ayam masak lemak cili api. Kecur air liur dibuatnya.

"Dah awak tu tanya soalan mengarut " Puan Dahlia balas tangannya masih tangkas melakukan kerja dijeling anaknya sekilas. Dian melabuhkan punggungnya diatas kerusi sambil tangan menongkat dagu di atas meja.

"Wahhh ada kek coklatlahhh yummy" baru tangan nak cunit sikit ummi dah tepuk kuat.

"aduh sakitlah ummi " Dian gosok tangannya perlahan. Puan Dahlia hanya membuat muka toya. Ish Ummi ni kan.

"Abah dengan Qhairil mana Ummi?" pelik. Selalu Qhairil mesti menempel dekat TV tu takpun menempel dekat Ummi lagi lagi time ummi buat kek coklat kesukaan dia tu.

"Abah keluar tadi hm adik dalam bilik agaknya dia merajuk dengan ummi " eh budak ni merajuk je kerjanya mentang anak bongsu mengada pulak kau. Aku pun dulu tak mengada-ngada macam kau tau.

"Merajuk ? "

"Ya. Dia nak keluar malam esok tapi ummi tak bagi exam lagi berapa minggu mengada nak keluar tengok bola kat stadium "  sayu suara uumi. Hm sedih betul suara Ummi bila anak kesayangan dia merajuk. Agak-agak kalau aku merajuk suara ummi sedih macam ni tak hm hhehehhe

"Oh takpelah biar Dian pujuk budak gedik tu " terus laju kaki melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik adik bujangnya.

"Qhairil " Dian ketuk pintu.

Ketukan pertama. Tak bukak.

Ketukan kedua. Pun sama.

Ketukan ketiga. Apatah lagi.

Dian cuba membuka pintu. Klik. Cis tak kunci. Buat penat je aku ketuk pintu nasib baik tak patah tangan aku ni. Ceh over tau Dian ni. Pintu bilik dibuka perlahan. Haih dengan langsir tak bukaknya. Merajuk betul ni.

"Adik " terlihat Qhairil baring di atas katil. Dian menuju ke arah tingkap. Langsir dibuka. Punggung dilabuhkan dibirai katil.

"Hey adik. Dah la tu merajuknya " Dian pegang bahu adiknya. Tubuh adiknya digoncang perlahan. Adiknya dah berselubung dalam selimut. Tak panas ke budak ni.

"Tak baik tau merajuk dengan ummi. Ummi tu bukan sengaja taknak Qhai pergi. Trialkan lagi berapa minggu. Ummi tu risau dengan adik. Pasal bola tu kat rumah boleh tengokkan ? Atau Qhai malu bila semua kawan Qhai pergi tapi Qhai tak pergi ? Alahai manja kakak ni. Nak malu kenapa sepatutnya Qhai kena bangga tau sebab ummi risau pasal Qhai. Dahlah takyah merajuk dah. " panjang lebar aku bagi nasihat. Nampak tak aku ni seorang kaka yang mithali hehehehe.

"Ummi mana ? Kenapa Kak Dian pulak yang pujuk ? " adoi adik aku ni. Dian tepuk dahi perlahan mengenangkan adiknya yang mengada ni. Kepalanya sudah dikeluarkan dari selimut.

"Wakil ummi. Ummi bukan taknak pujuk. Tapi cuba teka ummi tengah buat apa kat dapur ? " pancing Dian. Dah tahu punya kegeram adik dia yang mengada ni. Nengalahkan perempuan.

"Kek coklat ? " Qhai pandang Dian dengan muka berserinya. Hamboi kau dik laju je eh terus duduk. Mengada tau budak ni.

"Yes tapi sebelum tu pergi mintak maaf kat ummi dulu peluk cium ummi tu tau " Dian gosok kepala adik dia.

"Baik sister !" Qhai tabik hormat. Terus dia bangun berlari menuju ke dapur. Tergelak kecil Dian dengan telatah adiknya. Tak padan dengan 17 tahun peragai kalah budak 4 tahun haih.


Jangan lupa hit the vote and comment okay. Much love 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro