SCL 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Urgh" otot - otot lengan direngangkan. Lega rasanya.Lenguh satu badan. Harini Nadzreen cuti jadi dia hanya memanfaatkan cutinya dirumah saja. Malas nak keluar. Mata Nadzreen memandang ke arah kaca tv. Cerita yang dipaparkan langsung tidak menarik perhatiannya. Huh tipikal drama melayu. Mula mula benci lama lama suka haih. Klishe sangat.

"Angah .. " panggil ibunya.

"Ya ibu. " Puan Farah melabuhkan duduk disebelah anak terunanya. Senyum diukir.

" Angah pun layan cerita si adik ni ya ? " Farhan pandang ibunya.

"Memang tidaklah ibu. Adik ni hah dari tadi angah mintak remote dia taknak bagi " Nadzreen sudah mengadu kepada ibunya. Memang betul apa. Dari tadi dia mintak adik perempuan dia remote tapi makcik sorang tu taknak bagi. Kedekut.

"Macam angah kata dekat ibu memang tidaklah adik nak bagi dekat angah wekk " Nadhirah sudah jelir lidah kepada abangnya.

"Budak ni la kan " Nadzreen yang sudah geram terus membaling bantal ke arah adiknya.

"IBU !! Tengok angah buli adikkk !! " Nadhirah sudah merungut tak puas hati. Rambutnya yang sudah serabai dibetulkan. Abangnya di jeling maut. Rosak rambut adik tau eee Angah ni.

Nadzreen yang melihat sudah tergelak besar. Wek wek padan muka.

"Aduh aduu ibuuu kenapa cubit angah niiii " Nadzreen sudah cebik bibir sambil mengosok lengannya perlahan. Eeee sakit tau. Sampai hati ibu.

"Mengalahlah sikit angah oi. Yang adik pun angah bukannya selalu ada dekat rumah bagilah angah tengok cerita dia pulak " Nadhirah terus buat muka bengang bila ibu mula mem'backup' abangnya. Nadzreen yang mendengar terus menjongket kening kearah adiknya. Ha tengok ibu sayang angah lebih tau.

"Alaa cerita adik dah nak habis dah ni kejap lagi adik bagilah remote dekat si gemuk tu " Nadhirah jeling lagi abangnya itu.

"Gemuk adik panggil angah. Heh meh sini tengok badan tough angah. Lagi tough dari pelakon kesayangan adik tu " Nadhirah buat muka seakan - akan jijik mendengar kata abangnya itu. Yalah tu tough geli aku. Rolling eyes.

"Tak percaya pulak budak ni" Nadzreen sudah berpeluk tubuh. Geram dengan adiknya itu. Orang cakap dia tak percaya pulak.  Mata Nadzreen kembali terarah ke kaca tv.

Apabendalah cerita ni rampas-rampas suami orang pulak ni. Ni lah perempuan zaman sekarang tak tahu malu. Nadzreen sudah membebel di dalam hatinya.

"Eh eh perempuan ni aku siku satgi tahu la hang " Nadhirah sudah menumbuk numbuk bantal yang dipeluknya tanda geram. Mata mencerlung tajam ke arah kaca tv. Nadzreen yang tengok rasa seram pulak. Budak Nadhirah kalau tengah geram memang Nadzreen undur diri awal awal. Maklumlah adiknya yang satu ni peel dia lain macam.

*******

'The number you calling is unavailable please call again later'

Masuk kali ni sudah dekat 20 kali Nadzreen menelefon kekasih hatinya Shakirah tapi satu pun dijawabnya. Dia sekarang berada dekat MyTown teman Nadhirah beli barang. Tapi dia lari kejap singgah minum. Nadhirah entah kemana menghilang. Katanya nak tengok baju dekat atas. Pandai-pandailah budak tu call dia nanti.

"Hey buang je la telefon tu kalau taknak angkat " rambutnya ditolak kebelakang. Bengang dengan kekasih hatinya yang tidak dapat dihubungi sejak dua hari yang lepas. Ni lagi sorang. Dah dua hari menghilang. Orang call bukannya nak angkat.

Hot chocolate yang dipesan tadi dihirup perlahan. Kenapa hot chocolate? Sebab Nadzreen ni tak minum coffee. Alergik katanya. Mata melilau ke seluruh cafe. Tersentak dia seketika apabila melihat kekasihnya sedang berpeluk sakan dengan lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam cafe.

Shakirah yang sedang mencari tempat untuk duduk jugak tersentak apabila melihat Farhan yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Muka selamba ditayangkan. Farhan yang melihat terus bangun mendekati Shakirah.

"By hook or by crook see you tonight dekat tempat biasa " bisik Farhan bernada tegas.

*******

"Nadzreen .. tu my dad " tangan laju ingin mencapai tangan Nadzreen ingin menagih simpati lelaki itu selepas kantoi dia keluar bersama sugar daddynya itu.

"No touching Sha. You know me right ? " laju Nadzreen menarik tangannya. Nadzreen terus berpeluk tubuh. Badan disandarkan ke kerusi. Mata bagaikan helang menikam mata Shakirah. Gerun dibuatnya. Shakirah hanya diam tak terkata. Dia terlupa lelaki dihadapannya ini tak suka berpegangan. Itulah salah satu faktor menyebabkan dia seakan bosan bersama jejaka itu.

"I tak bodoh lagi Sha nak bezakan lelaki tu dengan your dad. Kalaupun you nak curang pleaselah cari lelaki yang lagi handsome, charming dari I . Ni tak, yang tua kerepot tu jugak yang you nak. I punya tak percaya bila kawan kawan I cakap pasal you, cakap yang you ni pasang lain belakang tapi huh " Nadzreen gelak mengejek. Sempat lagi memuji diri sendiri. Dia memang sudah dapat meneka yang gadis dihadapannya ini curang. Rakan-rakannya ramai yang memberitahunya akan kecurangan Shakirah tapi dipekakkan saja. Percaya akan gadis ini bulat-bulat. Mahu lihat dengan mata kepala sendiri kecurangan kekasihya ini. Akhirnya terbukti jugak petang tadi.

"Oh ya I lupa, yang tua kerepot tu ada pangkat 'Dato' I ni apa je la pangkat pun takde. Duit orang tua pun berkepuk kalau nak dibandingkan dengan I yang hanya ada sebuah klinik tu pun share. Sebabtu you curang kan Sha kan ? " Nadzreen gelak lagi. Apa yang mencuit hati pun dia tak tahu. Shakirah sudah mengetap bibir.

"Nadzreen .. I tak bermaksud nak curang dengan you. You tu yang kampung sangat tak bagi I pegang-pegang you. Bukan luak mana pun kan ? " Shakirah sudah menunjukkan ketidakpuasan hatinya itu. Mukanya diherotkan sikit menunjukkan yang dia geram terhadap sikap lelaki itu.

"I tak bagi you pegang sebab kita tak halal lagi. Haram. Bukan makruh. Takkan tu pun you tak tahu kot " ujar Nadzreen geram. Dia lagi geram dengan perempuan ni. Tak habis-habis nak pegang-pegang dia. Sudah ditolak secara lembut pun masih tak faham bahasa.

"Bukannya luak mana pun " Shakirah buat muka bengang.

"Dosa-dosa I pun tak tertangguh ni pulak nak tambah dosa you pegang-pegang I huh memang taklah Sha " Nadzreen buat muka menyampah. Bercakap dengan bimbo ni buat pening kepala otak dia jelah. Amboi Nadzreen bukan kau cinta mati sangat ke dengan Shakirah ni.

"You !? Kita putus ! I akan pastikan yang you menyesal sebab dah buat i macam. Ingat tu Nadzreen " jerit Shakirah lantas bangun meninggalkan cafe tersebut.

Nadzreen hanya tersenggih. Huh memang aku nak putus pun. Memang taklah aku nak maafkan kau. Bukan dia tak tahu yang Shakirah tu memang selalu ada affair dengan mana mana Dato' . Dia cuma butakan mata dia je. Buat buat tak nampak.


———————

Alhamdullilah Nadzreen masih tidak bodoh ya rakan rakan sekalian :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro