SCL 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syakirah :

I akan pastikan you menyesal sebab lepaskan I !

Terburai gelak Nadzreen selepas membaca pesanan ws yang dihantar oleh Syakirah. Apa bendalah perempuan ni. Dia yang mintak putus lepastu nak salahkan aku pulak.

Takdenya aku nak menyesal bagai lagi bahagia adalah heh.

Dia membiarkan sahaja ws Syakirah. Tak kuasa dia nak layan bimbo macam tu. Apa !? Ingat aku heran sangat ke ? Takdenya aku nak menangis bagai. Ramai lagi perempuan kat dunia ni. Baik aku mandi kejap lagi nak pergi kerja.

******

Loceng diluar premis tersebut ditekan. Selepas diunlock oleh tuan kedai barulah Dian membuka pintu tersebut. Sandalsnya dicabut dari kaki. Stokinnya dibetulkan.

"Selamat Datang ke Agensi 'LoveBlind' cik Dian " Dian senyum ke arah lelaki bernama Darrus yang menyambutnya ramah. Kedatangannya kesitu ingin mencari rakannya.

"Iman mana?" tanya Dian. Haih makcik ni tadi aku call dia kata dia ada kat sini. Ajak minum busylah apalah. Busy taik kucing dia lah

"Ada je kat dalam pejabat tu masuklah" Dian angguk lalu terus menuju ke pejabat rakannya.

"IMAN ZULAIKHA" sergah Dian.

"OI MAK KAU MELETOP!!" Dian apa lagi tergelak besar terus dia. Suka betul dia sakat Iman. Asal terkejut je mesti melatah. Tapi, nasib baik dia punya melatah tak sampai tahap merah kalau tak mesti lagi parah dia punya melantah tu.

Iman dah buat muka bila kena sergah dengan Dian. Pandangan tak puas hati ditunjuk.

"Kau ni kan ish " Iman gosok dadanya perlahan. Tudungnya dibetulkan. Dian mengambil tempat dihadapan rakannya. Okay acctually kalau korang ingat ... kan Dian kat dia nak pergi 'janji temu buta' aka 'blind date' ala ala korea tu. So, disini lah tempat dia. Agensi 'LoveBlind' rakannya yang bernama Iman ni.

" Iman, kau tahu kan problem aku sekarang ni. Tolonglah akuuuuu " muka sedih sudah ditayangkan. Dian betul-betul stress dengan masalahnya sekarang. Ummi Abah suruh dia kahwin tapi batang hidung bakal suaminya pun tak nampak lagi. Jangan kata tengah sekolah lagi sudahlah. Tak ke haru biru hidup aku nanti dapat suami terlajak muda wooo mintak simpang wooo. Tak memasal orang cop aku sugar mommy OH NOOO

"Apa apa pun setiap job yang aku terima mestilah didahulukan dengan wang pendahuluan" ujar Iman sarkastik. Dian pandang tak puas hati. Eeee makcik ni aku kan member dia free tak boleh ke? Oi Dian kau ingat kalau dia kawan kau kena bagi kau free lah gitu?

Dian buat muka lalu mengeluarkan purse daripada sling bagnya itu. Beberapa not RM100 dikeluarkan lalu diberikan kepada Iman. Iman menyambut huluran tersebut dengan senang hati. Duit tersebut dicium girang. Dian yang melihat sudah buat rolling eyes. Dasar mata duitan.

" ha ni aku punya list. Pastikan menepati cita rasa aku okay" salinan Suami Checklist yang Dian tulis haritu diberikan kepada yang lebih Arif iaitu Iman. Haraplah tak menghampakan.

" Okay cik Dian, bagi menyelesaikan masalah anda saya telah ada beberapa calon yang nak ditemukan pada aw .."

"eh cop-cop kau takpayah nak FORMAL sangat dekat aku. Ada yang makan siku aku nanti " Perkataan 'formal' ditekan sedikit. Geram dengan Iman ni tau. Orang serius dia main-main pulak. Iman sudah tergelak besar melihat respond rakannya itu. Dia membetulkan kembali suaranya.

"Ha yalah. Aku dah ada 5 calon nak kenalkan dekat kau. Nnati aku akan setkan date bila korang akan blind date. So, nanti pekerja aku akan uruskan jadual kau dan akan inform kau apa-apa maklumat okay?" Dian hanya mengiyakan. Iman geleng kepala perlahan. Nak je dia ketuk kepala si Dian ni. Orang cakap dia dengar sambil lewa. Dia ingat tak penat ke aku bagi penerangan yang macam Lebar ni. Macam mana boleh lepas jadi cikgu ni.

"Iman ..." panggil Dian malas. Perut dia dah berdangdut mintak diisi.

"Apa?"

"Jom makan. Aku lapar tahu tak dah boleh bukak pusat karaoke " 1 jam jugaklah dia terpaksa mendengar apa yang Iman cakap. Naik bosan dia dengar. Macam ni perasaan murid aku dalam kelas. Huwaaaaa.

"Yalah jom" bag tangan dicapai lalu mereka sama sama keluar mencari makan.

*******
Calon pertama

"Awak ? " Dian melambai lambai tangan dia dihadapan muka lelaki tersebut. Terus lelaki tersebut menunduk malu.

Eh eh mamat ni aku siku satgi. Ni muka merah merah ni apahal pulak ? Nak cendol ke apa ?

"Awak" panggil Dian lagi.

"Y.. ya " dengar tak dengar je suara dia. Lelaki depan dia ni kenapa eh tak dengar ke aku panggil. Dian dah buat muka menyampah. Kalau macam ni lah gayanya memang tak layak jadi suami aku huh

Haritu Iman cakap calon pertama ni pemalu. Tapi takkanlah tahap pemalu dia sampai macam ni sekali kot. Ni dah tahap barah dah ni.

Muka lelaki tersebut dipandang lagi. Tah apa yang nak dimalukan pun aku tak tahu. Kami cuma pergi makan. Opsss bukan kami ! Tapi aku sorang je yang makan dari tadi. Mamat ni tertunduk tunduk malu. Makanan dia tak bersentuh pun. Haih sungguhlah pening kepala aku. Sakit semua ada.

"Macam ni la .. saya rasa kita setakat ni sahaja. Saya pergi dulu. Awak boleh makan dengan tenang okay. Assalamualaikum " Not RM 50 diletakkan dibawah gelas. Terus dia berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut.

×××

Masuk sahaja dalam kereta terus nombor Iman didail.

"IMANNNNNN!!!! mamat pemalu mana yang kau cekup suruh blind date dengan aku ni hah !??? " tanpa salam terus dia serbu Si Iman. Ahh sakit hati dia dengan Iman tak hilang lagi ni.

"Ahh hehe .. kalau ya pun marah bagilah salam dulu Cikgu Dian Qhairin oi "

"Assalamualaikum IMAN ZULAIKHA, patik disini tidak berpuas hati dengan KAU !? "

"Allahu, terkejut aku bengong tiba tiba kau menjerit. Siot betul. " mengurut dada Iman dibuatnya bila Dian dah mengamuk. Macam manalah murid murid dia ni boleh hadap cikgu biol macam Si Dian ni.

"Alaaa Dian. Mana aku tahu dia pemalu sampai tahap gitu. Aku ingat malu biasa biasa je. Sebab kat profile dia memang dia ada tulis dia pemalu tapi tak sangka pulak pemalu tahap tu heheheeee " Dian dah buat rolling eyes.

"Kauuu ... pastikan mamat kedua nanti tak pemalu tahap gaban macam ni yaaaa. Kau ni kalau depan aku dah lama aku lunyaikan kau Iman" ujar Dian tak puas hati. Iman di talian hanya gelak kekok. Dian kalau mengamuk habis semua dia jerit. Tak sakit jantung ke budak budak tu dengar Cikgu dia ni jerit. Kus semangat.

" ya ya ala sorrylah, nanti aku suruh staf aku carikan yang molek molek je untuk kau" Dian hanya mengumam perlahan. Baru first blind date dia dah stress macam ni haih

"Hm yalah. Aku nak drive ni, nanti apa apa kau bagitahu jelah eh"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro