SCL 09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Biasa? Biasa maksudnya?" Iman tersenggih gedik mendengar suara abang bananadibs yang viral di tiktok sejak berapa minggu ni. Dian yang berada dihadapannya tidak dihiraukan.

"Oi! yang kau ni tersenggih - senggih macam katak ni pahal?" Dian buat muka jijik tengok Iman yang dari tadi menggeletis ayam. Ada yang makan pinggan ni karang.

"Sukahati aku lah makcik" Dian buat rolling eyes. Iman ni kalau jadi anak murid dia memang Dian suruh lompat katak satu padang huh. Sakit mata dia tengok si Iman ni tersenggih - senggih. Kalau ya pun nak tersenggih ajaklah dia join sekali dia pun nak tersenggih - senggih jugak huh

"Kau ni kalau aku lempang sia sia je Iman. Apa benda yang kau tengok tu" kepala dihalakan ke hadapan ingin melihat telefon Iman.

"Ni kau tengok ni handsome kan?" Dian panggung kepalanya kehadapan sedikit. Oh dia ni. Handsome lah jugak tapi budak budak. Alhamdullilah Dian tak lupa ya dia dah tua.

"Budak tu sengal. Ingat sikit yang kau tu dah tua" Iman jeling dengar statement makan dalam Dian. Cis apabendalah si Dian ni tak support kawan.

"Iman" panggil Dian serius. Dia menghirup sedikit jus epalnya sebelum menyambung semula kata- katanya.

"Tolong pastikan calon ketiga ni bagus dan menepati ciri ciri suami idaman aku" ujar Dian. Cukuplah dua blind date yang dia jumpa masatu kelaut. Harap calon ketiga ni baguslah hendaknya.

"Ya, setelah aku mentelaah checklist suami idaman yang kau nak, aku ada lah jumpa beberapa calon yang betul betul kena dengan taste kau kalini Dian. Kali ni serius tak pemalu, bukan kaki kikis yang macam blind date kau sebelum ni" Ha itu dia panjang lebar mukadimah dari pengurus besar dari agensi blind love ni.

Dian angguk perlahan. Tapi sekejap jelah sebelum tangan dia laju mengetuk kepala Iman geram.

"Eh kau dah kenapa ni Dian" jerit Iman terkejut. Tangannya laju menggosok kepalanya yang baru saja diketuk Dian.

Takpe korang jangan risau. Benda macam ni memang perkara biasa bagi Dian Qhairin dan Iman Zulaikha. Apa orang kedah kata? Gurau kasaq!

"Pastikan kalini berjaya eh! Kalau tak lagi dasyat aku smackdown kepala hang Iman" Dian memberi amaran walaupun dia tahu kawan dia ni mana kesah dengan amaran dia tu huh hampeh punya Iman.

" ya aku tahu lah. Kau ni eee sakitlah kepala aku gila! Abah aku bayar zakat tahu dak!?" Iman jeling Dian geram. Tudungnya dibetulkan sedikit.

"Takyah buat lawaklah. Hang dah besar panjang takkan abah hang bayarkan zakat lagi" Dian jeling Iman. Apabendalah budak ni.

"Apa apa jelah" Dian cebik bibir tengok Iman.

"Kalau gagal lagi, aku sarankan kau untuk tutup je agensi kau tu" selamba Dian berkata.

"Ewah ewah kau mak lampir. Sukahati je ekkk. Agensi blind love aku ni dah terkenal satu nusantara tanah melayu ni tau! Dalam 9/10 client aku berpuas hati dengan calon aku tahu tak"

"1 yang gagal tu mungkin kau Dian" Iman gelak besar sampai merair mata dia. Dian yang tengok rasa nak cekik lagi sekali leher si Iman tu. Peduli lah kawan ke apa ke huh

"Kau jangan sampai aku sumbat garfu ni kat mata kau Iman" Dian dah get ready pegang garfu nak cucuk mata Iman.

"Kau jangan risau lah Dian. Ini Iman Zulaikha lah beb. Tapi kalau gagal jugak, aku sponsor something kat wedding kau nanti" 

"Apa weh? Ulang balik! Aku nak rakam!" Tangan Dian laju mencari cari iphone nya ingin merakam kembali kata kata yang baru sahaja dilemparkan oleh Iman.

Iman terus bagi side eyes dekat Dian.

"Ni bukan radio yang boleh ulang ulang"

——-

Nadzreen yang dari tadi menunggu ketibaan yang berhormat iaitu Syed Alif, geleng kepala melihat dua orang perempuan yang dari tadi sembang rancak tak pandang kiri kanan.

Sekejap gaduh, sekejap macam serius, sekejap ketawa. Tak faham dibuatnya. Perempuan kalau borak memang macam ni ke ya?

Tapi kan? Macam kenallah yang sorang tu? Kat mana ya dia jumpa?

Nadzreen garunya pipinya sedikit untuk memikirkan di mana dia nampak perempuan yang tengah rancak berbual tu.

Ting! Seakan akan mentol lampu keluar dari kepalanya terus dia ingat kat mana dia jumpa gadis tu.

"Dia rasanya yang langgar aku 3 hari lepas" Nadzreen senggih.

"Siapa yang langgar kau?" Nadzreen toleh belakang apabila suara sesorang kedengaran.

"Sibuklah kau. Melayu betul kan kau ni. Janji pukul 3 petang, pukul 4 petang  baru nak nampak batang hidung kau yang macam zizan tu kan" marah Nadzreen. Ni nasib baik dia datang pun pukul 3.30 petang sebab dia dah tahu perangai kawan dia ni yang memang menerapkan kemelayuan dalam hidup dia tu.

"Hehehe jem Nadz, bukan salah aku" ujarnya sambil menarik kerusi di hadapan Nadzreen.

Nadzreen jeling menyampah. Jem hauk dia. Macam lah aku ni budak budak dia nak gula gula kan.

"Bang order!"



——

Sorry baru ada idea :)
Enjoy love <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro