SCL 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kak oh kak" kedengaran suara Qhairil berselang seli dengan ketukan pintu memanggil Dian.

"Masuk jelah tak kunci pun" ujar Dian malas. Kacaulah budak ni, orang tengok scroll tiktok tahu tak. Kot kot lah terjumpa jodoh ke apa ke kan. Dah takpayah nak pergi janji cinta buta si Iman tu dah.

"Kau kunci ni kak masalahnya " jerit si adik. Dian sudah kerut dahinya. Eh dia kunci eh tadi. Malas betullah nak bangun. Apalah budak ni kacau aku malam malam.

"lupa lah, ingatkan tak kunci" pintu dibuka memberi adiknya masuk.

"Kau memang kak memanjang lupa dasar tua " dahi kakaknya dihempuk perlahan. Terkebelakang Dian dibuatnya. Eh eh ini budak melebih lebih pulak dia.

"Ewah ewah .. kau nak apa masuk bilik akak ni " punggung dilabuhkan sebelah adiknya yang sudah baring diatas katilnya.

"Rinduuuuuu" Dian jeling adiknya yang sudah membuat muka gedik disebelahnya. Mesti ada agenda tersembunyi ni. Tiba-tiba rindu aku pulak buat tabiat ke apa budak ni?

"Cepat cakap kau nak apa ? " terus Danial Qhairil senyum lebar. Kakak dia ni bijak betul. Kita bagi dia 10 bintang! hehhehe lebiu kakak muah muah

"Hehehehe" Tersenggih kambing Qhairil. Dian dah menyampah tengok. Ada lah tu yang budak ni nak. Kalau tak, mana mungkin dia nak menyibuk dalam bilik aku malam malam ni.

"Apa hehehe cepatlah awak nak apa Danial Qhairil " Dian pandang adiknya geram.

"Jom kak"

"Pergi mana pulak kau ni ? "

"Tengok wayang hehe" tangan kakaknya dipeluk manja, mata dikerdip-kerdipkan. Harap kakaknya termakan dengan kecomelan adiknya hehhehe. Nak keluar dengan kawan ummi tak bagi malam-malam ni. Jadi marilah kita memanfaatkan kakak kita ni.

"Jadahnya dah malam dah ni dik oi " Dian menarik narik tangannya yang dipeluk oleh Qhairil. Mengadalah budak ni. Ada yang makan siku aku kejap lagi kang.

"Polis Evo 3 kakak" kepalanya dilabuhkan dibahu Dian. Bila lagi nak manja manja. Nanti kakak dia nak kahwin dah hm. Sedih pulak rasa.

"Baru pukul 9. Sempat lagi ni. Jomlah kakak" pujuknya lagi. Dian sudah jeling adiknya geram. Pelukan di tangan masih tidak dilepaskan lagi.

"Alaaa kak please please please. Tiket ada lagi tuu adik dah check tadi " rayunya lagi.

"Haih. Check je ke ? Belinya ? " Dian juling mata keatas.

"Err akakla bayar adik takde duit " Dian buat muka pasrah. Kenapalah aku dapat adik macam dia ni.

"Ambik phone akak atas tu " laju sahaja Qhairil pergi ambik handphone Dian.

"Pergi siap cepat !"arah Dian.

******

"Bestkan kak ! Nanti adik nak repeat lagi " Kecoh Qhairil bercerita mengenai cerita tadi.

"Opps sorry. I tidur tadi my dear " tangan sibuk mencari kunci kereta didalam beg. Mana pulak aku letak kunci kereta aku.

PINNNN

Terkaku. Terkedu. Semua ada. Nasib kereta tu sempat brek. Kalau tak dah innalillah dah Si Dian Qhairin ni.

"Awakkk, awak okay ke ?"soalnya. Nak tercabut jantungnya apabila mendapat tahu yang dia hampir sahaja terlanggar orang. Tulah main phone while driving lagi. Bahaya tahu tak?!

"O .. okay "nak taknak je dengar suara Dian sekarang ni. Terkejut punya pasal. Dia dahlah tak ready lagi. Dosa banyak lagi tak terampun. Takkan nak mati sia sia macam tu. Memang idoklah.

Lepastu Dian tak kahwin lagi tahu takkkkk kesian ummi abah nanti aku tak sempat tunaikan permintaan dorang nanti. Aduh syahdu lah pulak. Ingat sikit cik kak kau tu hampir kena langgar sekarang ni.

"Kakak !" Terus Danial Qhairil peluk kakaknya kuat. Dia sendiri terkejut bila mendapat tahu kakaknya bakal dilanggar didepan matanya. Nasib kereta tu sempat brek. Qhairil sudah menangis teresak-esak. Jangan tanya kenapa. Budak ni memang over. Dian dipeluk erat taknak lepas.

"Awak .. kalau awak tak okay saya hantar awak pergi klinik " ujar lelaki tersebut lagi. Perlahan lahan Dian mengangkat kepalanya. Dia masih berada didalam pelukan adiknya. Dian hanya biarkan sahaja. Dia juga memerlukan kekuatan daripada adiknya.

"Saya oka .. eh " lagilah terkejut Dian. Alamak macam kenal lah. Ni doktor hensem tu kan?
Haih betullah jodoh tak pernah salah alamat eh hehehe. Mengadakan kau ni Dian.

Tak sekarang ni macam mana nak lepaskan pelukan adiknnya ini sebab sekarang ni dia telah jumpa kekuatannya yang baru maka dengan itu adiknya tidak diperlukan lagi hehehe. Oi Dian overkan kau ni!?

"Eh awak ni yang gadis coffee tu kan? Awak okay tak ? Sorry sorry saya salah nasib sempat break " tangannya disatukan tanda ingin memohon maaf.

Nadzreen memandang Dian dan lelaki yang masih berpelukkan. Hm boyfriend dia ke apa? bukan main lagi peluk peluk.

"Takpe doktor. Salah saya jugak sempat tak pandang kiri kanan" Dian senggih serba salah

"Hm Qhairil. Kau lepaskan akak sekarang. Dah dah takmau nangis akak dah okay dah ni takde apa apa pun kan" Dian lepaskan pelukan perlahan. Air mata adiknya dilap. Haih budak ni manja sangat. Qhairil peluk lengan kakaknya sambil kepala disandarkan ke bahu akaknya. Manja.

oh adik dia ke. Serba sedikit Nadzreen berasa lega. Eh?? Kenapa kau nak lega ya Nadz?

Nadzreen pandang adik Dian. Haih sayang betul dia dekat kakak dia sampai merah mata tu menangis.

"Awak boleh drive tak ni ? Kalau tak boleh saya boleh hantar awak balik " pelawa Nadzreen. Yalah dia hampir langgar anak orang kot tadi mestilah serba salah tu susah nak hilang.

"No no its okay. Saya okay boleh lagi nak drive balik hehe" Dian senyum kekok. Aduh beratnyalah kepala si Qhairil ni. Sabar Dian sabar. Budak ni menangis sebab takut kau kena langgar maknanya di sayang kau Dian. Dian tarik nafas perlahan.

"Hm okaylah kalau macam tu. Saya minta maaf tau " ala ala ala sis tak bolehlah lelaki minta maaf macam ni. Ee sumpah cute.

"Eh takyahlah mintak maaf doktor. Saya okay, doktor okay. Dua dua selamat, jadi kosong kosong okay? Tak perlu mintak maaf dekat saya"

"Alright then, but no need to call me doktor. Kita bukan kat hospital or klinik kan? Just call me Nadzreen" Nadzreen usap leher belakangnya. Terasa canggung sebab dari tadi gadis yang dia tak tahu nama ni panggil dia doktor.

"Okay boleh, Nadzreen pulak panggil saya Dian je"

"Hm .. saya gerak dulu lah Nadzreen. Kita dah kosong kosong tau! Kalau jumpa saya lepasni lambailah hehe" sambung Dian. Ditarik Qhairil mengikut langkahnya menuju ke 'winter' iaitu yaris putih kesayangannya itu.

———

A bit bosan and klise but ni memang cerita clise so yaaaaaa enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro