Oh My !

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tik tok
Tik tok
Tik tok

Hoshi menggeliatkan badan sambil berjalan keluar dari bilik latihan tarian seventeen . Sambil2 tu ada juga dia mengimbas kembali tarian baru yang difikirkan sebentar tadi . Jam dinding dijeling sekilas .

    " Kau tak nak masuk tidur lagi ke Hao ? Dah lewat dah ni . Dah2 lah pikir fasal dance tu . Esok pulak . " Hoshi menegur lead dancer itu yang syok lagi mengatur langkah mencipta tarian baru . Minghao menghentikan tariannya buat seketika. 

    " Aku excited ni weh ! Banyak pulak idea mencurah curah bak mencurah air ke daun keladi ! Kau balik bilik dululah Hyung. "

Mendengar jawapan Dongsaeng seorang itu , Hoshi hanya mengangkat bahunya malas pulak nak paksa2 ni tambah sakit hati mendengar penyalahgunaan peribahasa .

   " Yerlah . Jangan tak tidur pulak  . Bye . " Hoshi meninggalkan Minghao seorang diri . Kakinya mengatur langkah ke dapur berkira kira untuk minum air . Peti dibuka dan air susu segar sape entah dirembat nya .

    " 1 , 2 , 1 , 2 , 2 " Minghao masih meneruskan tarian nya . Peluh keringat yang mengalir disapu dan dilap pada bajunya.

Pah !

' Eh tak dek elektrik dah ke ? ' Minghao menepuk dahinya.  Lupa pula dia yang bilik latihan ni selalu blackout . Telefon pintar dicari . Seingat nya dia meletakkan telefon itu pada lantai bersebelahan dengan tempat dia menari tadi . Payah pulak nak jumpa .

     " Nah . " Seseorang memegang bahu nya mengejut sambil telefon pintar dihulur .

    " Eh ! Nugu ?! " Minghao bertindak mengundur beberapa langkah ke belakang . Matanya tajam cuba menangkap susuk tubuh dalam kegelapan yang cuma disinari cahaya bulan yang masuk melalui tingkap . Badannya sudah di dalam posisi kuda2 untuk mempertahankan diri .

    " Alah kau chill . Akulah.  " Jejaka itu mendekati Minghao . Setelah diamati , Minghao akhirnya menyambut huluran jejaka itu .

    " Hoshi Hyung ? Kata nak masuk bilik dah . " Minghao membuka lampu telefonnya dan berjalan ke arah suis lalu menutup suis itu.  Kalau dibiarkan buka , kang kena denda cuci bilik latihan esok .

    " Aku baru teringat yang bilik latihan kita ni selalu blackout malam2 . Risau pulak aku . Dah cepatlah . Aku mengantuk ni . " Hoshi mendahului langkah ke luar bilik . Minghao mengikut sahaja dari belakang .

    " Au sayang jugak kau kat aku yer Hyung ? Muah ! " Minghao memeluk tengkuk Hoshi dan cuba mencium pipi jejaka itu . Hoshi dah kalut dah.  Ditunjalnya kepala Dongsaeng itu .

    " Ceh gedik ! Kau tu eisa bukan elsa . Alouh cepatlah ! " Hoshi laju meninggalkan Minghao di hadapan . Minghao mengukir senyuman seronok pulak usik Hyung malam2 buta ni . Sambil berjalan seiringan terkinja kinja macam berok di sisi Hoshi , Minghao sekadar melilau kan mata ke sekitar dom mereka .

      " Rasa macam awek pulak Hyung hantar aku sampai bilik ni . Au ! " Minghao tersengih gedik entah kenapalah si peminat nombor satu katak itu.  Hoshi membeliakkan matanya .

    " Well aku Hyung penyayang . Dah aku nak balik bilik . " Hoshi melangkah pergi . Minghao mengangguk dan masuk ke biliknya . Susuk tubuh seseorang di atas katil ditendang jatuh ke bawah .

    " Aduh ! Parapapa ! " Dk yang ditendang tadi mengurut punggungnya blur . Mamai mamai je lagi .

    " Kau kenapa tidur bilik aku ? Dah tak jumpa bilik ke apa . Ada bilik sorang satu nak jugak gi tidur bilik orang lain ! "

Dk memeluk lengan Minghao lalu membawanya duduk di atas katil . Matanya melilau sekeliling . Berkerut dahi Minghap melihat kelakuan aneh rakannya itu .

    " Kau kenapa ? Mana ada orang lain dalam bilik aku ni. Lainlah kau makhluk asing.  " Minghao perhati je kelakuan DK .

    " Tadi kau kat mana ? " Dk bertanya perlahan. Walaupun kehairanan , namun Minghao tetap membalas nya .

    " Bilik practice . "

Dk menepuk bahu Minghao kuat menyebabkan bertambah tambah rasa hairan jejaka itu.

    " Kau kenapa ? Kaki nak ? "

Dk menggeleng . Dan dengan muka seolah olah berwaspada , Dk berbisik perlahan .

    " Tadi aku jumpa 3 Hoshi Hyung kat tempat berbeza. First , kat luar , pastu kat ruang tamu , pastu kat dapur tengah minum susu aku pulak tu. Tak logik giler dari luar tiber kat ruang tamu pastu kat dapur pulak . Yang buruk sekali minum susu aku . " Dk serius berbicara . Minghao mendiamkan diri. Berkerut dahinya cuba menerima kenyataan itu. 

     " Then kau nak kata hantu-- "

     " Eh kau jangan lah sebut kuat kuat ! Malam buta ni Hao ! " Dk menepuk lagi sekali bahunya.

    " Dah aku nak pergi jumpa Hoshi hyung . " Minghao berdiri laju menuju ke pintu bilik . Dan laju juga membuka pintu .

    " Weh kau-- hak ?! " Dk yang cuba menghentikan Minghao terpana melihat seseorang yang berdiri di luar pintu . Begitu juga jejaka cina itu yang kaku klu melihat Hyung nya yang berdiri tegak beserta smirk yang pelik. 

    " Tak tidur lagi~? Kenapa ? " Jejaka itu mengukir senyuman lebih panjang . Minghao yang klu terkejut meneguk air liur kasar .

    " Ho-Shi Hyung kenapa tak tidur lagi jugak ? " Minghao memberanikan diri mengukir senyuman . Hoshi tertawa halus . Dk memeluk bantal seerat yang mungkin . Minghao mengetap bibir takut . Terasa mahu menangis pula .

    " Woih ! Buat apa tak tidur lagi engkorang ni hah ? Ni mesti duk pikir fasal dance ni . Kan aku dah pesan tidur awal ! " Satu suara halus serak2 menegur melegakan dua maknae Line itu .

    " Oh Jun ! Wonwoo ! Yang ko dua orang tak tidur jugak tu kenapa ? Sedap ngata orang . Dia pun 2 kali 5 je ." Secara tiba2 sikap Hoshi berubah 360° membalas sapaan rakan 96 liner.

Jun menunjukkan telefonnya dengan sengihan bangga . Dia mendekatkan telefon pintarnya pada muka Hoshi .

     " Chicken Dinner beb ! Kau ada ? Hahaha ! " Jun dan Wonwoo hi-5 serentak . Walaupun Wonwoo menguap je kerja dari tadi , dia masih mengukir senyuman gembira.

    " Hah main PUBG. Tak dek faedah . Baik aku ada faedah jugak tidur lewat fikir fasal dance . " Hoshi tak mahu kalah .

   " Ha yerlah ~ borak lah korang sampai pagi esok pun . Aku nak tidur . " Wonwoo meninggalkan mereka dan diikuti Jun cuba mengejar dari belakang .

    " Hao , Dk ! Tidur lah ! Budak2 mana boleh tidur lewat , tak baik untuk kesihatan sejagat . " Jun sempat melambaikan tangan . Minghao dan Dk pula tersengih tak rela apabila mereka ditinggalkan lagi sekali bersama ' Hoshi Hyung ' ni .

    " H-Hao nak tidur dah . Selamat malam . " Minghao laju mahu menutup pintu . Nasib baik Hoshi pun hanya sekadar mengukir senyuman aneh lagi sekali dan tidak melakukan sebarang tindakan . Usai menutup pintu , Minghao berlari laju melompat ke atas katilnya menyelimutkan diri . Dk juga tak kurang bukan kemain pucat lesi.

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

     " Hari ni aku malas nak masak . Pandai2 lah bakar roti pastu sapulah marjerin ke apa yang korang nak . " Mingyu berlaku meninggalkan dapur bersama 5 keping roti bakar .

     " Budak ni makin hari makin malas jadinya . Sebab tu gemuk ." Scoup melihat Mingyu dengan pandangan yang menjengkelkan . Mingyu buat2 tak dengar lenggang kangkung pergi ke ruang tamu .

    " Hyung ,Hari ni apa jadual kita ? " Seungkwan mendekati Joshua yang baru nak menyapu kaya pada roti bakarnya.  Joshua menarik pinggan berisi roti bakar miliknya jauh2 dari Seungkwan risau dirembat nanti

    " Manalah aku tahu . Tanya manager lah . Tepi orang nak sapu kaya ni . " Joshua menolak Seungkwan dengan siku . Seungkwan mencebik apabila dihalau sedemikian rupa. 

    " Young Hwan Hyung selalu sibuk . Orang telefon tak angkat ! Aku nak pergi latihan memandu pun takut ada event apa2 ke tak fasal2 kena balik pulak . " Seungkwan melangkah longlai ke ruang tamu . Joshua tersenyum apabila Dongsaeng sorang tu berlalu pergi dan kembali meletakkan pinggan berisi roti bakar di hadapannya untuk memudahkannya menyiapkan sarapan .

     " Baby shark doo doo doo wow nampak sedap ! " Jeonghan yang baru tiba selamba badak mahu merembat roti bakar itu menyebabkan Joshua bertindak menampar tangannya .

    " KO nak makan buat sendiri okey ? Ni aku punya . " Joshua laju2 berlalu ke ruang tamu yang baginya lebih selamat daripada rotinya dicuri Jeonghan .

    " TERIMA KASIH HYUNG ! SAYANG HYUNG KETAT2 !! " Dengan tak semena2 seorang dinosaur mengambil pinggan roti bakarnya lalu berlari ke arah ahli2 hanat yang lain. 

    " WOAH ! WOIH ! ROTI GUE-- "

Dan dalam sekelip mata roti bakar berinti kaya yang kononnya dilindungi sepenuh jiwa raga itu habis dikunyah dan ditelan oleh ahli2 lain termasuklah seorang unta yang tak padan Ngan tua duk makan roti bakar itu sambil menonton Dora the explorer. 

     " AHAHAHAHA ! TULAH KEDEKUT LAGI NGAN AKU ! "  Jeonghan menepuk nepuk bahu Joshua sambil terbongkok bongkok mentertawakannya . Joshua memandang datar sebelum dia kemudiannya menyelak lengan labuhnya dan menuju ke arah Scoup .

Telinga runcing si leader menjadi target dan dengan penuh perasaan , Joshua menarik telinga itu kasi tambah runcing lagi . Menyebabkan Scoup terjerit jerit menahan sakit dan serta merta juga berdiri .

    " KAU DAH KENAPA ?! TAK DEK RIBUT ANGIN KENCANG PUTING BELIUNG APA TIBER TARIK TELINGA AKU ! PEHAL--"

    " SEBAB KAU TU PALING TUA TAPI TUNJUK CONTOH BURUK DEPAN ADIK2 ! "

    " EH TIBER ! APABENDA HEH BABY SHARK DO DO DO ?! " Scoup pantang betul . Bukan main dia bercekak pinggang macam mak cik mak cik .

    " ROTI TU AKU YANG BAKAR , AKU YANG SAPU KAYA TAPI YANG MAKANNYA KORANG ! " Joshua juga bercekak pinggang dan jari telunjuknya dituding kepada satu persatu Dongsaeng yang tengah syok tonton Dora .

     " Anda nampak sniper di mana ? " Tanya si Dora .

    " Tu sana belakang kau tu ! "

    " Kat belakang pokok tu ! Kat semak samun tu !! "

    " Eh kau pekak ke hapa aku kata kat belakang sana tu ! "

    " Di mana ? " Tanya si Dora lagi . Ahli2 seventeen dah naik baran . Dino dah siap2 berdiri depan tv .

    " AKU KATA KAT BELAKANG SANALAH LAHAI PANDANGLAH BELAKANG SANA TU YANG KAU DUK PANDANG KAT AKU NI KENAPA ?!  "

   "Entahlah Dora bengong ! " sampuk Vernon hampir2 nak angkat jari tengah nasib baik Seungkwan ada untuk menahan rakan baiknya itu. 

    " Oh mari ulang bersama saya ! Sniper jangan mencuri ! Sniper jangan mencuri ! "

    " SNIPER JANGAN MENCURI ! SNIPER JANGAN MENCURI ! " Semua jejaka itu menjerit sekuat hati bagi memberi kesedaran kepada sniper supaya bertaubat . Malangnya.....

    " Oh tidak , sniper telah mencuri selipar Jepun saya.  " Dora kelihatan sedih .

    " EH BENGONG KAU SNIPER ! DEPAN TUAN SENDIRI PUN KAU MENCURI ! ORANG CURI BELAKANG2 LAH ! " Mingyu hampir2 mahu melempar remote tv ke dinding nasib baik waras lagi .

Joshua dan Scoup berpandangan antara satu sama lain apabila melihat telatah buruk Dongsaeng mereka yang tak ubah macam beruk .

     " Kot yer pun asal kau tarik telinga aku je ? Aku cuma menurut fitrah manusia bila nampak makanan , ambik ." Scoup akhirnya memperlahankan suara .

    " Sebab kau tu tua patutnya kau jadi contoh baik ! "

    " Pebenda kau . Budak Jun Ngan Wonwoo tu setahun muda je kot tak hingin lah aku nak didik tua bangka gitu. Dah meh aku tolong buatkan roti bakar tu balik . " Sedar silapnya , Scoup laju ingin melakukan sesuatu sebagai tanda minta maaf . Joshua pun apa lagi , senyum sampai telinga lah mamat tu .

     " Eh memekak lah korang ni . Apa benda sniper2 ?! " Woozi yang baru tiba di dom itu menegur geram . Malu agaknya jeritan ahli Seventeen satu wilayah boleh dengar .

    " Hey uji ! Dah siap ke lagu tu ?! Kau tidur kat studio Ngan sape semalam ? " Jeonghan mendekati Woozi yang sudah berura ura nak melabuhkan kelopak mata balik .

   " Sikit lagi . Hoshi yang teman " Woozi malas2 menjawab . Hoshi yang baru tiba membuat tanda peace sebaik ahli lain memandangnya .

Dk menyentak lengan Minghao yang terlopong di sisinya . Minghao memandangnya dan seketika kemudian dia berpaling ke arah Jun dan Wonwoo hyungnya yang sedang berkerut dahi .

    " Biarlah Jun Hyung ngan Wonu Hyung lah tanya . " Bisik Minghao perlahan . Dk mengangguk setuju dan mereka memerhati Hyung dua orang tu yang tengah duk jeling sesama sendiri . 

    " Pukul berapa kau keluar dom semalam ? Bapak ah . Kata kat orang tidur lewat . Dia tu lagi lewat . Siap boleh pulak pergi kat studio Hoshi.  " Jun seolah olah memerli lah gitu . Hoshi memandangnya hairan .

    " Eh aku tidur awal okey semalam ! Pukul 10 malam k " Hoshi menepuk lengan Jun yang baginya main tuduh anak orang je .

    " Mana ada . Yang semalam kau ngan Minghao practice dance pastu masuk tidur pukul 2 tu apa ? Yang kita jumpa depan bilik Hao tu . " Wonwoo menyampuk .

    " Nyanyuk ke apa ? " Jun selamba badak menyampuk juga

    " Weh aku keluar dom pukul 3 petang okey semalam ! Aku kan keluar Ngan Woozi . Bila masa pulak aku ada dance practice semalam ! Aku tak balik dom pun . Baru balik ni ." Hoshi tetap mempertahankan kenyataan . Jun dan Wonwoo membetulkan kedudukan dan serentak berpaling ke arah Minghao dan Dk yang kelu .

    " Hao practice Ngan Hoshi kan semalam ? " Wonwoo memandang Dongsaeng itu . Minghao cuba tidak memandang Hoshi .

    " Ye . Aku practice Ngan Hyung semalam . Tapi-- " Minghao memandang Dk . Dk memandang Minghao . Pandang memandang entah apa2 .

    " Hei what happen ? " Joshua menyilangkan tangan ke dada apabila dirasai suasana kian tegang .

   

   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro