Marriage

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tahniaaahh!! " Suara sorakan dan tepukan yang gemuruh begitu bingit kedengaran di malam perkahwinan antara Halilintar dan Gempa.

Sudah setahun berlalu dan pasangan sejoli itu akhirnya sudah graduate dari universiti dan kini sedang menunggu permohonan pekerjaan diluluskan. Namun sementara menunggu, seperti yang sudah dirancang oleh keluarga masing-masing, Halilintar dan Gempa disatukan di cuti graduation mereka. Dan jelaslah kelihatan wajah kegembiraan di muka keluarga masing-masing, kawan-kawan dan terutama pasangan yang baru mendirikan rumahtangga itu.

"Hah, apa lagi, Hali? Suaplah kek dekat isteri kau tu! " Blaze, bekas rakan satu kampus Halilintar berkata sambil menyuakan telefonnya bagi merekod video perkahwinan kawan baiknya itu.

Halilintar memutarkan bola matanya seolah-olah merasakan bahawa idea itu jengkel. Padahal di dalam hatinya sudah berdegup kencang kerana terlalu teruja.

Halilintar memotong kek perkahwinannya dan Gempa lalu mengambil potongan cheese cake tersebut dan menyuakannya kepada Gempa. Kemerah-merahan muka Gempa apabila kawan-kawannya semua sedang mengusiknya. Namun huluran dan suapan daripada suaminya diterima sahaja. Dia menikmati suapan tersebut dengan gembira sekali.

"Sedap! " Gempa berbisik dengan teruja sambil mengunyah kek tersebut.

Halilintar yang melihat wajah gembira isterinya pun turut terasa gembira sambil menjilat jari yang mempunyai bekas kek tadi. Dan malam itu, semua tetamu yang hadir menikmati majlis perkahwinan tersebut tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Terutama pada rumahtangga Halilintar dan Gempa. Halilintar masih belum menceritakan tentang dirinya yang sebenarnya kepada Gempa. Adakah rumahtangga mereka akan bahagia? Dan... Adakah Gempa akan menerima Halilintar seadanya?

⚡💕⚡💕⚡

Di dalam bilik pasangan pengantin itu, kelihatan Halilintar sedang menikmati pembaringannya di atas katil sambil melihat sesuatu di dalam telefonnya. Dia melihat dengan khusyuk sekali dalam video yang sedang berlangsung itu. Segala pergerakan seseorang di dalam video itu dilihatnya dengan penuh teliti.

Seseorang itu sedang mandi dengan selesa. Mencuci dan meletakkan sabun di seluruh tubuh badannya. Dia juga membiarkan air hujan dari paip yang mengalir membasahi seluruh badannya. Dan tidak lama selepas itu, orang itu menutup paip air tadi dan segera mendapatkan tuala yang disangkut berdekatan dengannya pada dinding bilik mandi tersebut. Dia mengeringkan rambutnya dan segera memakai bathrobe di badannya sebelum melangkah keluar dari bilik mandi itu.

Halilintar tersenyum melihatnya. Dan tidak lama selepas itu, orang tadi pun mula keluar dari bilik mandinya.

Halilintar dapat mendengar bunyi pintu bilik mandi terbuka. Jadi dia segera menutup video tadi dan menukarkannya kepada apa-apa aplikasi yang lain.

"Kenapa tak tidur lagi?" Isteri manis Halilintar, iaitu Gempa bertanya kepada suaminya yang nampaknya begitu seronok sekali bermain candy crush di dalam telefonnya.

Omega itu menghampiri si Alpha dan terus mendapatkan tempatnya di atas katil di sebelah suaminya itu.

Halilintar menutup telefonnya dan meletakkannya di atas meja kecil di sebelah katil. Selepas itu, dia pun memusingkan badannya untuk menghadap ke arah isterinya sepenuhnya.

"Sebab Gempa takde so tak boleh tidur. " Halilintar berkata dengan nada mengusik.

Dan hal itu berjaya membuatkan wajah Gempa kemerahan. Omega tersebut berdehem sedikit sebelum melepaskan tuala yang digunakannya untuk mengeringkan rambutnya.

"Ok... Tapi sekarang kan saya dah ada? Masih tak nak tidur? "

Halilintar menggeleng.

"Tadi tak nak. Sekarang dah nak. Tapi dengan syarat! "

"Apa syaratnya? "

"Kena peluk! "

Tanpa menunggu kata putus dari Gempa, Halilintar pun terus memeluk erat badan isterinya dan sama-sama menghumbankan diri di atas katil bersama. Kini posisi mereka berdua adalah saling berpelukan antara satu sama lain dan saling menghadap wajah masing-masing dengan dekat.

Halilintar menatap wajah isterinya. Betapa bersyukurnya dia kerana dapat memiliki insan yang sudah bertakhta di dalam hatinya. Insan yang manis, baik hati, rajin, bertanggungjawab dan sangat mempesonakan. Ditambah pula Gempa mempunyai wajah yang manis dan lembut dipandang. Persis Omega yang sempurna.

"Halilintar... Saya mengantuk. " Gempa berkata sambil cuba menahan diri daripada menguap.

Halilintar sedikit terkekeh sebelum mula membelai wajah isterinya dan mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua. Wajah Gempa berada di dada bidang Halilintar dan Halilintar pula mengambil kesempatan untuk menghirup aroma manis dari rambut isterinya yang baru selesai mandi itu. Dia menepuk-nepuk kepala isterinya dan mengusap-usap belakangnya dengan lembut.

Tidak lama kemudian, Halilintar dapat mendengar suara dengkuran halus keluar dari Gempa. Isterinya sudah tidur.

Melihat wajah comel isterinya yang sedang tidur membuatkan jiwa Halilintar terasa tenang dan bahagia. Halilintar memberikan senyuman manisnya kepada Gempa sebelum dia mengucup dahi isterinya dan membisikkan kata-kata manis kepadanya.

"Goodnight, Lyubov'. " Maka Halilintar pun ikut tertidur sambil memeluk isterinya.

⚡💕⚡💕⚡

Hubungan rumahtangga antara Halilintar dan Gempa di bulan pertama begitu manis dan lancar sekali. Persis pasangan pengantin baru, segalanya kelihatan manis sahaja. Mereka saling berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Dan tidak pernah sekalipun dalam masa satu hari mereka tidak mengucapkan rasa cinta terhadap antara satu sama lain dan saling berpelukan.

"Hey, Gem~ Masak apa? " Halilintar bertanya seraya memeluk pinggang Gempa yang sedang memasak untuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua.

Tempoh rumahtangga mereka sudah menginjak kepada hari yang ke-7 dan pasangan pengantin baru itu masih lagi hidup dengan begitu selesa dan bahagia di dalam dunia mereka berdua sahaja.

"Hai! Saya tengah buat telur goreng, ham goreng dan roti bakar. Halilintar ok ke makan sarapan simple macam ni je?" Gempa bertanya sembari melirik ke arah suaminya yang masih tidak berganjak dari memeluknya dari arah belakang.

"Hmm... anything that you make will always be special to me, babe. Lagipun tak kisahlah Gem masak apa pun semuanya akan ditelan dengan senang hati!"

Gempa terkekeh ketawa dibuatnya selepas mendengar jawapan daripada Halilintar. Dia tahu suaminya itu sering mengusiknya dengan tingkah nakalnya. Biarpun dia tahu yang Halilintar itu terkenal dengan sifat dingin dan sombongnya terhadap orang lain, tetapi hanya kepada Gempa dan untuk Gempa sahaja Halilintar menunjukkan sifatnya yang sebenarnya.

Mereka berdua kekal dengan keadaan sebegitu buat beberapa seketika sebelum Halilintar bersuara semula.

"Gem..."

"Hmm...?"

"Kita takde gelaran lagi kan untuk status kita sekarang?"

"Mm? Maksud Halilintar?"

Halilintar melepaskan pelukannya dari tubuh badan Gempa dan kemudiannya menutup api dapur yang sedang terbuka sebelum dia memusingkan tubuh isterinya untuk menghadap ke arahnya.

"Gem, kita dah kahwin kan? Bukankah sudah tiba masanya kita buang panggilan formal tu dan gantikannya dengan panggilan yang lebih... you know? Rapat dan istimewa?"

Ah, Gempa tahu apa maksud yang sedang dibicarakan oleh Halilintar. Maka dari itu dia pun tersenyum lalu melingkarkan kedua-dua belah tangannya pada leher suaminya dan mendekatkan jarak tubuh antara mereka berdua sambil menatap lekat wajah tampan Halilintar itu.

"Hmm... jadi apa Halilintar nak saya panggil, hm? Abang? Hubby? Honey or... Daddy?" Bibirnya sempat dijilat dan digigit kecil pada hujungnya untuk membawa topik perbualan mereka menjadi lebih hangat.

Gempa tahu Halilintar suka tentangnya. Gempa ialah omega milik Halilintar. Sudah tentu dia tahu apa yang disukai oleh Alphanya itu.

"Fuck..."

Halilintar mendekatkan jarak wajah antara mereka berdua dan mencium bibir lembap Gempa dengan lembut sebelum dia menatap isterinya semula.

"Panggilan yang biasa-biasa, please? Because I'm afraid I'll bend you down and fuck you raw and hard without even care either we're in public or not." Halilintar membalas sembari cuba untuk menahan hawa nafsunya yang mula bergelojak.

"Oohh... interesting? Nak panggil apa yang biasa-biasa tu? Abang?"

"Ya... yang itu lagi baik." Jawapan daripada Halilintar mendapat kekekan tawa daripada Gempa. Mereka berdua saling menyentuhkan dahi masing-masing sebelum Gempa pun bersuara semula.

"Jadi, abang pun kena panggil saya dengan panggilan khas kan? Nak panggil apa? Saya serahkannya kepada abang."

"Mmm... sayang? Or perhaps you want me to call you baby? Dear? My love? Oh, wait... what about Lyubov'?" Halilintar bertanya dengan nada yang menggoda. Lyubov'. Ah, dia betul-betul menyukai nama panggilannya terhadap Gempa itu. Ia kedengaran cukup manis dan sedap didengar apatah lagi disebut oleh bibirnya sendiri.

"Hahaha! Sayang saja dah cukup. Lagipun Lyubov' sounds much better when we so something else."

"Oh ya? Contohnya?"

Gempa memutarkan bola matanya sambil tersenyum nakal. Ya, sudah tentulah Halilintar tahu maksud di sebalik pandangan wajah isterinya itu.

"Makin nakal, ya?"

"Heheh! Abang juga yang ajar kan?"

Mereka berdua kekal berada dalam keadaan begitu buat beberapa ketika sebelum masing-masing memutuskan untuk mula menikmati sarapan mereka. Bercinta pun bercinta jugak, tetapi makan jangan dilupa!













__________

Cerita ni ditulis pada tahun 2020 tapi baru disambung pada tahun 2022. Damn... 😂😂

Maaf banyak-banyak ya readers kesayangan Ani semua! Sejak dari sambung belajar ni memang banyak benda yang kena diuruskan dan Ani lebih banyak fokus kepada kehidupan personal Ani berbanding di dunia oren ni. Jadi harap-harap korang tak kisah bila selalu kena tunggu lama untuk Ani update! 🙇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro