The Story Started

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weyh, Hali. Pergilah lamar Gempa tu. Korang dah lama dah jadi soulmate tahu, tak? " Seorang lelaki yang lengkap berbaju casual berwarna biru menegur kawannya yang kini sedang duduk di hadapannya sambil menikmati ais koko.

Lelaki yang dipanggil Hali tadi, atau lebih tepatnya Halilintar hanya menjeling sahaja kawannya itu.

"Aku tak pasti lah, Taufan. Gempa nak terima ke?" Jawab Halilintar sambil menggaru belakang tengkuknya canggung.

"Lha, apsal pula? Korang tu kan dan jadi soulmate! Mustahil untuk Gempa tolak lamaran kau! Dah berapa banyak korang buat masa Gempa datang 'heat' huh? " Taufan mendelik tajam ke arah Halilintar. Rasa menggelegak pula apabila bakal 'adik ipar'nya itu seolah-olah ingin mensia-siakan perjuangannya bersama adik kesayangannya.

Taufan cukup pantang dengan lelaki pengecut! Sebagai seorang alpha yang terkenal di bandar mereka itu, Taufan sudah tentu mahukan pasangan yang terbaik untuk adiknya, Gempa kerana Gempa hanya satu-satunya adik kesayangannya dan tambahan pula Gempa merupakan omega yang kini sudah bersama Halilintar.

Pada awalnya agak sukar bagi Taufan untuk merestui hubungan antara Halilintar dan Gempa kerana Halilintar merupakan musuh kepada Taufan. Bukan musuh ketat tetapi musuh yang sering bersaing secara sihat.

Di bangku sekolah, Taufan dan Halilintar sama-sama merupakan jaguh atlet yang masing-masing handal dalam sukan dan seni bela diri. Jadi tidak hairanlah jika mereka akan selalu bergusti lengan jika bertemu.

Abaikan yang itu. Setelah puas dipujuk oleh adik kesayangannya, akhirnya Taufan terpaksa akur dan terima. Dan selepas daripada itu, Halilintar dan Gempa mula menjadi soulmate.

Dipendekkan cerita, keakraban antara Taufan dan Halilintar semakin pulih kerana Gempa sering mengajak mereka berdua untuk keluar bersama. Selain ingin bersama orang yang tersayang Gempa sudah tentu mahu mereka berdua berbaik dan berdamai kerana tidak lama lagi mereka akan menjadi keluarga juga.

"Haih... Nantilah aku cuba. " Halilintar menghela nafas sambil menyebakan rambutnya ke atas. Fikirannya sedang kusut sekarang.

"Hmmm... Suka hatilah. Aku malas dah nak layan. Yang pasti, kau jangan sesekali sakitkan hati Gemgem aku. Faham? " Mode protective Taufan datang kembali sambil menjeling ke arah Halilintar.

Halilintar mendengus kesal sebelum akhirnya dia mengaku kalah dan mula memikirkan cara untuk melamar soulmate tercintanya.

⚡💕⚡💕⚡

Jam 12 malam, di rumah banglo 2 tingkat milik Halilintar, dia kini sedang khusyuk sekali melayan telefonnya di dalam bilik. Bukan melayari internet atau apa pun, hanya sekadar berbual kosong bersama insan tercinta sahaja.

____________________

Lyubov' 💕✨

Lyubov...
✔✔

Halilintar? Awak tak tidur lagi ke?

Tak.
✔✔

Kenapa tak tidur lagi? Nanti mengantuk nak kerja esok. Awak ada masalah ke?

Tak..
✔✔

Awak sakit ke? Dah makan ubat? Ada pening-pening?

Tak...
✔✔

Habis? Kenapa ni? Ada sesuatu yang perlu dibincangkan ke?

Hmm...
✔✔

Baiklah kalau macam tu. Awak cakap je. Saya akan dengar.

Pakai video call boleh?
✔✔

Eh? Err... Ok kut? Baiklah.

____________________

Perbualan mereka tidak berhenti di situ sahaja. Sebaik sahaja mendapat persetujuan dari Gempa, Halilintar pun terus menekan butang video call yang sudah tertera khas di aplikasi whatsappnya.

Tidak menunggu masa yang lama, panggilannya dijawab oleh pihak sebelah dan wajah yang selama ini dirindui dan disayanginya muncul di layar skrin telefonnya. Serta-merta senyuman kegembiraan muncul di wajah Halilintar.

"Halilintar? Awak ok? Apa yang awak ingin bincangkan? " Terdengar suara kerisauan dari Gempa. Sang kekasih pujaan hati Halilintar.

"Tak... Actually... Aku ada... Hal sikit nak bincang ni. Tapi... Masa macam tak sesuai je. " Halilintar berkata dengan ragu-ragu sambil menggaru belakang lehernya.

Gempa memberikan tatapan hairan kepada Alphanya. Entah kenapa terasa pelik pula melihat keadaan Halilintar sebegitu rupa.

"Jadi... Awak nak bincang atau tak? " Gempa bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Hmmm... Esoklah. Sekarang ni aku nak tengok muka kau puas-puas dulu sebelum tidur. " Besertakan seringai nakal Halilintar berkata kepada Gempa.

Al-hasilnya dia berjaya membuatkan Gempa merona kemerahan kerana mendengarkan kata-kata manis Halilintar. Dia mula mengetap bibirnya dan terbatuk-batuk kecil seraya menahan malunya.

"Pelik-pelik lah awak ni, Halilintar... " Gempa menutup mukanya dengan sebelah tangan sambil cuba mengelakkan diri dari bertentangan mata dengan Halilintar.

Melihat telatah comel Gempa, Halilintar terus tertawa. Terasa ringan sudah hatinya kerana dapat mendengar dan melihat orang yang dicintai dan disayanginya di hadapan mata sehingga membuatkan segala beban dan masalah yang berlegar-legar di dalam fikirannya dapat dibuang.

"Ah, ya. Halilintar. Nak dengar tak hari ni apa yang terjadi pada saya? "

Untuk menghilangkan rasa bosan, Gempa mula membuka bicara antara dia dan Halilintar.

Halilintar tidak membalas namun sebaliknya dia menunjukkan reaksi bahawa dia tertarik untuk mengetahuinya. Gempa kenal akan Halilintar yang agak berat mulut untuk bercakap namun dia suka dan terima akan hal itu.

"Macam ni... Tadi waktu saya selesai dari kelas, ada terjumpa seorang siswa ni. Entah, nama dia siapa saya tak ingat tapi.... Melalui saya dengar dari yang lainlah... Dia... Sukakan... Saya. " Semakin berakhir kata-kata Gempa, semakin perlahan dia berkata.

Namun kata-kata Gempa masih dapat dindengari Halilintar. Timbul rasa lain di dalam hatinya selepas mendengarkan cerita itu.

"Apa dia buat? " Tidak membendung lagi, Halilintar terus straight to the point.

"Eerr... Tak buat apa pun. Cuma... Ada lah cuba untuk goda saya. Cakap yang dia dah lama sukakan saya. Dia tak suka bila saya jadi soulmate Halilintar. Macam-macam lagi sebenarnya. Tapi saya tak endahkan pun. "

"Apa hak dia nak tentukan yang kau milik aku? " Suara Halilintar mula bertukar dingin. Sungguh hatinya sekarang rasa terbakar dengan apa yang diceritakan oleh Gempa.

Halilintar sudah tentunya mempercayai Gempa sepenuhnya kerana sepanjang dia mengenali Gempa sebelum mereka bersama, tidak pernah sekali pun Gempa menipunya atau membuatnya teragak-agak untuk mempercayai Gempa.

Tambahan pula selepas Gempa ceritakan hal sebegitu, dia dapat rasakan bahawa dirinya seolah-olah tercabar. Walaupun Gempa sudah cakap bahawa dia tidak endahkan lelaki tadi namun kata-kata lelaki itu yang diulang oleh Gempa membuatkannya mula berasa tidak puas hati.

"Saya tak terlalu kisah pun. Biarlah ada yang cakap lelaki tu dah banyak berkorban dan berusaha untuk dapatkan saya, tapi Halilintar sudah jadi soulmate saya. Takkan saya harus berpisah dengan Halilintar? "

Hati Halilintar bertambah sakit mendengarnya. Bara api di dalam hatinya semakin bergelora. Wajahnya yang serius cuba ditahan dan dia mula berpura-pura menguap.

"Fwaahh~ hmm... Baguslah kalau macam tu. Jangan nak dekat-dekat sangatlah dengan orang pelik. Bahaya... By the way, aku dah ngantuk. Nak tido. Bye-bye Lyubov'. Love you. "

Gempa tertawa mendengar kata-kata manis dari Halilintar. Namun dia anggukkan sahaja.

"Baiklah. Selamat malam, Halilintar. Tidur yang nyenyak, ya? Bye! "

Maka panggilan berakhir. Halilintar menatap layar skrin telefonnya dengan tatapan yang kosong nan dingin. Seolah-olah sedang menahan sesuatu dari meletus.

"Hoho... Jadi... Ada yang berani cari pasal, huh? "

Halilintar tersenyum sinis mengingat kembali apa yang telah diceritakan oleh kekasih hatinya tadi. Jadi selama ini Gempa sedang diganggu oleh seorang lelaki pelik yang tiba-tiba datang mengaku mencintai kekasih Halilintar, ya? Ck ckh ckh! Dia telah jatuh cinta kepada kekasih orang yang salah!

"Hmmm... Apa yang patut aku buat dekat dia? " Halilintar bangkit dari katilnya lalu dia pun berjalan ke arah sebuah peti di biliknya.

Dia menatap ke arah peti tersebut. Sudah lama dia tidak melakukan hal tersebut. Hal yang pasti orang akan kata gila kalau mereka tahu apa yang ada di dalam peti tersebut.

Halilintar membuka peti tadi dan terserlah lah, peralatan memotong dan segala jenis senjata tajam dan merbahaya ada di dalamnya. Namakan sahaja apa yang di fikiran semua, segalanya ada di dalam peti tersebut.

Halilintar tersenyum miring. "Kita tengok esok apa jadi... "

⚡💕⚡💕⚡

Keesokan harinya, di universiti tempat Halilintar dan Gempa belajar, kelihatan pasangan itu berjalan dengan mesra sekali sambil berpegangan tangan antara satu sama lain. Topik perbualan mereka hanyalah random tetapi apa yang menghangatkan suasana di antara mereka ialah sambil mereka berbual, mereka saling melihat mata masing-masing. Menunjukkan itulah bond di dalam hubungan mereka yang tidak ada di dalam diri orang lain.

"Macam mana class hari ni? Ok? "

Halilintar bertanya sambil tangannya tidak lepas-lepas menggenggam erat tangan milik Gempa. Dia sangat sayangkan Omeganya itu. Dan tiada sesiapa yang berani dekat dengannya.

Tiada.

Hanya Halilintar seorang sahaja.

"Ok je. Biasalah Lecturer Papa suka buat jenaka dalam kelas dia hari ni. Jadi kelas takdelah bosan sangat. Halilintar pula macam mana? " Gempa mendongak dan memandang ke arah kekasihnya.

Halilintar menoleh ke depan. "Kalau kau ok, aku pun ok juga. "

"Eh? Macam tu pun boleh ke? "

"Yelah. Apa yang nak peliknya? Kita kan satu kelas? "

"Eh, ha'a lah! Hehe, lupa pula. " Gempa tersengih sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Membuatkan Halilintar terbatuk geram. Ah, untung Gempa sudah jadi Omega milik Halilintar. Kalau tak, entah apalah jadi nanti.

"Ah, Halilintar. Ingat lagi tak tentang budak lelaki yang pernah saya cerita semalam? "

Persoalan yang keluar daripada mulut Gempa menghentikan langkah Halilintar. Gempa yang berjalan kedepan sedikit menoleh ke arah Alphanya dengan pelik. Kenapa?

"Kenapa dengan dia? " Halilintar bertanya semula. Namun kali ini nada suaranya agak dingin dan pandangan matanya lebih serius.

Gempa berkeringat dingin. Kenapa Halilintar jadi macam tu? "Uumm... Saya cuma nak cakap yang budak tu dah tak ganggu saya dah. K-kenapa..? "

Wajah Halilintar terus pulih ke asal apabila Gempa berkata demikian. Dia pun kembali berjalan bersama-sama Gempa bagi meneruskan perjalanan mereka berdua yang sempat tertangguh tadi.

"Tak. Takde apa. Saja nak tahu. " Halilintar membalas sambil wajahnya tetap datar. Walaupun dia membawa maksud yang tersirat, tetapi nasib baik Gempa tidak perasan akannya. Jadi sekurang-kurangnya Halilintar tidak perlu terlalu berhati-hati.

"Oh. " Jawapan singkat daripada Gempa membuatkan Halilintar tersenyum dalam diam. Memorinya mula mengimbas kembali akan hal malam tadi.

Suasana di saat dia dapat menikam tubuh mangsanya dengan senang. Banyak percikan darah dan tompokan darah mengalir keluar dari badan mangsanya. Bau darah juga Halilintar tidak kisah menghidunya lama-lama sebab dia sudah biasa.

Ya. Halilintar sudah biasa.

Dia sudah biasa dalam melakukan pembunuhan.

Demi orang yang dia sayang. Dan orang yang Halilintar sayang hanya satu.

Hanya satu.

Gempa.







_________

Makin lama cerita Ani makin pelik sekarang. 😂😂 //banyak lagi cerita tak kesudah woy!

Tapi ini adalah salah satu cerita di dalam draft yang... Memang dah lama berhabuk. Lol.

By the way Ani tak pasti nak sambung ke tak tapi terpulang atas keadaan juga. Kalau ada mood Ani sambung. So, buat masa sekarang Ani biarkan ia complete sebagai oneshot dulu, ya? 😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro