BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LIMA belas minit telah berlalu namun bayang gadis itu langsung tidak nampak. Serra merengus kasar apabila rakannya langsung tidak menepati masa. Jus epal dalam gelas pun tinggal suku memandangkan dia teramat haus akibat cuaca panas terik pada hari ini.

"Weh, Serra! Sorry lambat! Jalan jammed teruk tadi dan aku stuck. Sorry sangat-sangat." Muncul wajah Ummie yang bertudung ayu. Penampilan saja ayu sedangkan perangai... mengalahkan lelaki!

Serra merenung tajam ke arah sepasang mata milik Ummie. "Jammed?"

Terus pucat wajah Ummie apabila rakannya menggunakan nada serius.

Ummie tersengih lebar. "Err... aaa... aku bangun lambat sikit tadi. Sikit aje. Jangan marah aku."

"Ah, kau ni! Aku nak marah juga."

"Alaaa Serra... janganlah macam ni. Kau tak kasihankan kawan kau yang comel ni ke?" Sedaya upaya Ummie mengerdipkan matanya, lagak seperti kucing yang gedik.

Serra melepaskan tawanya. "Kau cakap apa? Kau... comel? Yerk! Sejak bila kau admit diri kau comel ni? Bukan ke kau kata kau kuat macam Ultraman ke?"

"Eeee Serra..."

"What?"

"Janganlah gelak. Salah ke aku nak puji diri aku?"

Serra mengesat air mata yang mula mengalir. "Tak salah tapi... tapi... tak pernah kau puji diri kau comel." Terasa senak apabila ketawa banyak sangat. Terus hilang geram terhadap rakannya itu.

"Ala aku tahulah aku lebih sempurna daripada kau. Kau apa aje ada?" Tanpa Ummie sedar mulutnya terlanjur berkata-kata sesuatu.

Terus hilang keceriaan pada wajah Serra.

Sedar akan khilafnya apabila melihat sahabatnya berhenti ketawa, Ummie menepuk bibirnya berkali-kali. Mulut jahat. "Serra... aku minta maaf. Aku tak sengaja. Kau jangan ambil hati, eh? Bagi aku kaulah sahabat yang paling sempurna." Satu senyuman manis dihadiahkan buat Serra.

Serra membalas senyuman. "Aku okeylah, Ummie. Lagipun aku tahu tak ada siapa sempurna di dunia ni termasuk diri aku. Aku reda dengan takdir yang Allah beri kepada aku."

"Okey tutup cerita ni. Sekarang kita fokus fasal kau. Benda apa yang kau tak sabar nak share kat aku? Ceritalah..."

Satu senyuman manis mula terukir di bibir Serra, "Ummie..."

Ummie yang tidak sabar tu mengangguk kepalanya laju. Pipi Serra mula berona merah.

"Eeee... kau ni kenapa blushing pula?"

Kedua tangan Serra menekup kedua pipinya yang merah. "Hmm... Farhan ajak aku kahwin."

"Apa? Farhan ajak kau kahwin?" Berlapis-lapis dahi Ummie, tidak percaya apa yang diucapkan oleh sahabatnya sebentar tadi.

Anggukan Serra memberi jawapan kepada pertanyaan Ummie. Jelas sinar bahagia yang terpancar di wajah Serra. Ummie senyum nipis.

"Jadi... bila nikah?"

"Sebenarnya aku tak bagi jawapan aku lagi kat Han. Lagipun aku masih berfikir..."

Ummie menjungkitkan keningnya. "Kau nak fikir apa lagi? Kau tak suka dia ke?"

Serra hanya senyap buat seketika.

"Tipulah kalau aku tak suka dia. Sepanjang kita orang berkawan, aku rasa selamat aje bila dia ada dengan aku. Tanpa aku sendiri sedar yang aku dah mula sayang dia lebih daripada seorang kawan. Tapi Ummie, layak ke aku jadi isteri dia?"

Lidah Ummie kelu buat sesaat. Tangannya mencapai kedua tangan milik sahabatnya lalu digenggam erat. "Serra, jangan sesekali kau fikir kekurangan yang ada pada diri kau. Jangan rasa kau tak layak untuk Farhan atau sesiapa pun. Kalau nama kau dengan Farhan dah tertulis di Luh Mahfuz, kau tolaklah si Farhan tu tapi takdir tetap akan temukan kau dengan dia juga."

Jeda.

"Dengar sini, kau layak bahagia juga. Dan kau memang layak untuk Farhan." Ummie menyambung ayatnya.

Mata Serra mula bergenang. "Thanks, Ummie. Aku pun layak untuk bahagia, kan?" Ummie mengangguk kepalanya dengan senyuman lebar.

"Ummie, aku rasa aku nak bagi jawapan kat Farhan sekarang juga. Biar dia tahu yang aku pun sayangkan dia seperti mana dia sayangkan aku." Serra mula berdiri.

Ummie turut berdiri juga. "Good luck! Aku doakan untuk kau dan Farhan." Serra meluru ke arah Ummie lalu memeluk tubuh itu seerat yang mungkin.

"Aku sayang kau, Ummie," bisik Serra di telinga sahabat baiknya.

"Bye! Aku pergi dulu." Ummie tersedar apabila figura Serra sudah berada di pintu kafe. Bayangan Serra mula hilang dari pandangannya.

Ummie terduduk di kerusinya semula. Satu senyuman kelat terukir di bibirnya. Pelbagai kenangan mula terlayar di minda.

"Aku perlu lepaskan cinta aku demi kebahagiaan sahabat aku..."

***

FARHAN mendekati figura seorang gadis yang sedang berdiri menghadap tasik. Mindanya mula terlayar satu peristiwa – hari dia melamar gadis itu di tempat yang sama. Adakah Serra akan beri jawapannya hari ini?

"Serra."

Serra berpusing menghadap jejaka yang memanggil namanya dengan lembut. Satu senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. "Farhan..."

Rambut panjang Serra yang melepasi bahu beralun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. "Kau dah fikirkan lamaran aku?" Farhan berterus terang bertanya perihal lamarannya itu selepas tiga hari gadis itu sepi tanpa kata.

"Han, kau nak tahu sesuatu tak?" Serra kembali menghadap tasik yang terbentang luas di hadapannya.

Farhan hanya memandang gadis di sebelahnya sambil menanti kata-kata yang bakal meluncur keluar daripada bibir gadis itu.

Satu senyuman lebar menghiasi wajah Serra.

"Dulu saat aku dihina sekumpulan pelajar, ada seorang lelaki datang jadi hero aku. Dia pertahankan aku daripada dicerca dan dihina orang lain. Sejak hari tu, tak ada sesiapa berani ganggu aku sebab kehadiran lelaki itu yang dah jadi sahabat baik aku..."

"Hari demi hari, tahun demi tahun persahabatan aku dengan lelaki tu semakin akrab. Dan tanpa aku sedar, aku dah sayang sahabat baik aku sendiri lebih daripada seorang kawan. Aku sentiasa rasa selamat dan dilindungi bila bersama dengan dia. Aku rasa dia dah jadi pelindung aku. Kau tahu siapa dia, kan? Farhan Haqimie," sambung Serra dengan panjang lebar.

Farhan memandang Serra keliru. Apa maksud Serra sebenarnya?

Serra tersenyum manis. "Han..." Sepasang mata milik Farhan direnung Serra.

"Aku dah tak peduli andai aku bukan gadis yang sempurna. Aku tak peduli jika ada orang kata aku tak layak bersama dengan lelaki seperti kau. Han, aku cintakan kau seperti mana kau cintakan aku."

Farhan tersenyum lebar mendengar ungkapan gadis yang dicintainya selama ini. "Kau tak tipu aku kan, Serra? Kau cintakan aku?"

Serra mengganguk kepalanya berkali-kali.

"I will take care of you and I will always be your hero. I love you."


❦︎ EBOOK VERSION STILL AVAILABLE

❦︎ PRINTED VERSION (PAPERBACK/NOVEL) - OPEN PREORDER TILL 06/11/2021



LINK DI BIO!
LINK DI BIO!
LINK DI BIO!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro