35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terkebil-kebil Safa memandang Ihsan yang sekadar melekap tangan di dahi Thaqif yang  qtak bermaya di atas katil. Mana alat perkakasan yang sepatutnya seorang doktor bawa? Suami dia tengah tenat demam panas, tapi lelaki itu dengan selamba melekap tangan di dahi Thaqif dengan bibir tersenyum-senyum seperti kerang busuk.

Plastik ubat pula macam beli dekat 7 Eleven? Paling tak pun beli lah ubat dekat farmasi ke apa. Geram mana pun dia pada Thaqif, terbit juga rasa kasihan melihat keadaan suaminya sekarang.

Dari pagi tadi perubahan badan Thaqif ketara, panas dan tak bermaya. Itupun Thaqif tetap pura-pura kuat dihadapannya sampailah ke petang. Balik dari kerja dia mendengar lelaki itu muntah di bilik air. Kalau tak sampai kesudahlah dia tak tahu suami dia demam.

"Aku dah cakap sikit je.." dalam lemah tangan Thaqif tetap bergerak mahu menarik Safa dekat dengannya.

"Macam mana? Thaqif tak demam teruk kan." Safa tepis tangan Thaqif sebelum dia memeluk tubuh. Garang memandang Ihsan yang membelek-belek plastik ubat.

"Alaa biasalah tu, demam alahan ibu mengandung kadang kena dekat suami juga." Selamba Ihsan keluarkan Penadol dan memandang Thaqif dengan senyum penuh makna.

"Demam alahan ibu mengandung? Apa kaitannya." Safa kerut wajah membalas.

"Alaa, kau tak pernah dengar ke? Kalau tak ibu, ayah pun boleh kena alahan mengandung. Aku tak main-main. Ini fakta." Senyuman Ihsan melebar sebelum dia cengkam pipi Thaqif, pil penadol tadi disumbat kasar ke dalam mulut lelaki itu.

"Uhuk-uhuk!!" Thaqif terbangun.

"Air.. air.. sayang.." spontan Thaqif meminta air dari Safa buat wanita itu terkocoh-kocoh menuang air ke dalam gelas lalu disua ke mulut suaminya.

"Kut ye pun, jangan lah suap ubat macam tu kat aku." Thaqif merengus geram.

"Itu tips paling berkesan nak suap ubat kat suami kau Safa. Dia.. anti ubat." Ihsan senyum tak bersalah.

"Oh,," Safa teguk air liur sambil tangannya mengusap-usap belakang Thaqif. Seperti orang menghadap sakaratul maut. Padahal ubat je pun.

"Demam dia ni melarat lama ke?" Risau suara Safa kedengaran.

"Tak lama, kalau melarat teruk. Kau bawa lah pergi jumoa doktor. Tapi biasanya Thaqif ni tak demam lama."

"Laa aku dah bawa jumpa doktor ni kan?" Sekali lagi Safa terkebil-kebil.

"Siapa doktor?" Ihsan berpandangan dengan Thaqif.

"Kau?" Safa pandang Ihsan.

"Hahahahahaha!!!" Thaqif yang tadi nazak akhirnya melepaskan tawa. Riak wajah polos isterinya buat dia mahu memeluk erat melepaskan dekah.

"Sejak bila si Ihsan ni jadi doktor Safa. Aduh.."

"Kau dah lama teringin nak jumpa lubang kubur ke?" soalan tajam Safa buat Thaqif serta merta menekup mulut. Garang ibu mengandung jangan dibuat main yang.

"Aku bukan doktor Safa, aku pemilik hospital je dan recruit doktor untuk kerja dengan hospital kami." Ihsan membalas tenang.

"Oh macam tu pula. Patutlah beli ubat kat 7 Eleven je." Safa jeling plastik ubat dibawa Ihsan. Sekali lagi Thaqif mengemam bibir menahan dekah. Baru dia tahu isterinya boleh tahan kelakar juga orangnya.

"Habis kau call aku tadi kau ingat aku doktor?" Ihsan soal tidak percaya.

"A'ah. Aku ingat kau doktor."

"Aku datang sebab ingat laki kau dah nak mati." Ihsan tergelak kecil.

"Kalau tak ada apa, aku balik dulu lah." Ihsan bangun dari katil lelaki itu.

"Okay. Terima kasih Ihsan sudi datang. Maaf susahkan kau," Safa turut bangun menghantar lelaki itu.

Thaqif pula tersenyum sendiri di atas katil. Risau juga Safa pada dia ya? Entah kenapa walau dia sedang sakit sekarang, dia rasa bahagia. Tak pernah dia rasa sebahagia sekarang.

Safa jelas masih sayangkan dia..

"Tengok Thaqif macam tu teringat pula zaman kami muda-muda dulu." Ihsan tergelak kecil menuruni tangga.

"Zaman bila tu." Safa yang membawa perut turut perlahan-lahan membontoti lelaki itu. Lihat Safa yang susah payah, Ihsan memperlahankan langkah menunggu wanita itu.

"Zaman kami student dulu. Ada satu hari tu Thaqif demam teruk! Mungkin sebab dia dah all out tenaga dia masa final exam, lepas je final, kami terus fly pergi Santorini." Dengar sahaja Santorini, langkah Safa terhenti di hujung tangga.

"Pergi Santorini?" Safa kerut dahi cuba mengingat sesuatu. Kenapa dia pernah rasa Thaqif pernah cerita tentang perjalanan lelaki itu ke Santorini dahulu? Tapi versi yang berbeza.

"Ya, kami dah suruh dia tak payah join, demam dia teruk. Tapi tulah, Thaqif tu kan degil. Mana dia nak dengar cakap orang selain bini kesayangan dia ni." Sekali lagi Ihsan tertawa mendongak memandanf Safa dihujung tangga.

"Oh, siapa lagi yang pergi?"

"Kawan-kawan kami je. Kawan kampus. Orang cakap, zaman-zaman menyetankan diri sendiri."

"Pula dulu, si Thaqif ni dia memang cerewet tak suka kongsi bilik dengan orang. Bajet anak Sultan, melancong pun nak duduk bilik sorang-sorang. Itu yang susahkan aku terpaksa pergi bilik dia sumbat penadol macam tadi."

"Dia tak suka share bilik dengan orang?" Seperti tahu fakta baru tentang suami sendiri. Safa agak pegun terkejut.

"La kau tak tahu ke? Dari zaman kampus sampai sekarang. Thaqif memang tak suka share bilik. Siapa yang berani nak tidur dengan dia memang kena terajang awal-awal. Sorang je yang special boleh tidur sekatil dengan dia sekarang." Ihsan tersenyum ikhlas memandang Safa masih pegun memandangnya.

Tak mahu menyoal siapa orang special itu, Safa tahu, itu dia. "Kau ada gambar dulu masa kau orang melancong dekat Santorini dulu?" Entah kenapa dia rasa teruja nak tengok wajah Thaqif masa zaman-zaman muda dulu.

"Ada! Jom duduk dulu." Ihsan depa tangan memberi laluan untuk Safa melangkah ke arah sofa diruang tamu.

"Ni.. kau tengok ni. Masa ni kami baru mendarat kat airport Santorini, kau tengok muka dia. Macam orang high, tapi dia demam! Dua tiga kali kena soal dengan guard sebab dia orang ingatkan Thaqif ni mabuk! Hahahaha." Safa tekup mulut dengan tapak tangan, badan siap bergegar menahan tawa melihat wajah hodoh Thaqif ditunjuk Ihsan.

"Kejap-kejap ada lagi." Ihsan gigih menilik kembali album gambar lama yang dia simpan di Google Photos.

"Ni! Maaf Safa, ni zaman Jahil kami. Masa ni kat kelab malam. Tapi orang demam ni ego nak mengikut juga. Nasib baik dia tak minum." Ihsan tunjuk sekeping demi sekeping gambar mereka di Santorini dahulu.

"Kau buat apa?" Ada satu suara garau mengganggu buat dua manusia itu serentak menoleh.

Ada Thaqif kelihatan lesu menuruni tangga dengan mata menjenggil melihat keakraban isterinya dengan sahabat sendiri.

"Mengulik kenangan lama." Ihsan bangun menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar.

"Kau comel masa muda-muda dulu." spontan Safa memuji buat mata Thaqif sedikit membesar tidak percaya.

"Betul ke?" Thaqif tak berkelip menyoal.

"Dah lah, macam ganggu keintiman rumah tangga orang. Aku balik dulu." Ihsan bangun dari sofa dengan senyum tipis.

"Terima kasih Ihsan, jumpa lagi."

"Jumpa lagi Safa. Lepasni jangan tersalah doktor pula." Ihsan kenyit mata sebelum berlalu meninggalkan dua manusia itu disitu. Helaan nafas berat dihembus. Semoga hari esok rumah ini masih damai seperti hari ini. Semoga sahabatnya Thaqif masih kuat ubtuk kukuhkan tiang yang sudah retak.

Rumah ini berhak bercahaya seperti hari ini..

"Betul ke aku comel dulu?" Thaqif jungkit kening memandang Safa dengan senyum nakal.

"30%" Safa tolak tangan Thaqif di bahunya sebelum dia perlahan-lahan melangkah memegang perutnya.

"Orang cakap, kebijaksanaan seorang anak turun dari mak, dan rupa anak akan dapat dari ayah. Baik kau naikkan percentage tu sekarang." Thaqif perlahan berjalan dibelakang isterinya. Mata jatuh memandang kaki Safa yang kekok berjalan. Ada bengkak terkumpul disitu buat dia gusar setiap kali melihatnya.

"Aku akan naikkan percentage tu bila Saqif dah lahir. Kita tengok macam mana." Safa senyum sumbing.

"Jadi can our love percentage increase too?" Soalan Thaqif buat langkah Safa terhenti.

"Thaqif,,"

Thaqif dongak memandang ke atas.

"Kau sakitkan aku.." mata sedikit layu, seperti hilang sikit demi sedikit semangat yang dia gantung dibahu.

"Sorry." Thaqif sudah hilang kata.

"Jom, masuk bilik." Safa berpaling dan cuba tersenyum pahit. Lengan Thaqif ditarik mengikut langkahnya.

"Berat ke?" Thaqif pandang ke bawah.

"Apa?" Safa dongak memandang wajah suaminya.

"Perut kau?"

Pap!!
"Apa tanya soalan macam tu. Terasa hati Saqif kalau dia dengar. Merajuk nanti siapa nak jawab?" Safa usap perut sendiri.

"Perut kau besar sangat. Aku yang demam tengok kau macam ni."

"Ya ya lah.."

Safa hela nafas berat, sejak Thaqif berkahwin dua. Jujur dia tidak pernah tahu siapa perempuan itu dan bila Thaqif pergi berjumpa isteri keduanya. Jauh disudut hati, dia yakin apa yang Thaqif katakan dahulu. Kahwin tanpa cinta dan sekadar melunaskan hutang lama.

Apa taknya, tak pernah satu malampun Thaqif tinggalkan dia sejak hari pertama lelaki itu berkahwin dengan wanita itu.

Kata orang ada sejenis lelaki berkahwin dua saat isterinya berbadan dua, atas tuntutan nafsu. Ikutkan, saat Safa semakin sarat sekarang, Thaqif tidak pernah menyentuh isterinya. Tak adakah terbit rasa dalam diri lelaki itu untuk tidur dengan isteri keduanya? Bukan Safa menghalang, puas disuruh.

Thaqif malah mengubah topik dan menyibukkan diri dari berbual soal isteri keduanya. Agaknya kemana wanita itu sekarang? Dan adakah betul lelaki itu tiad rasa ingin tidur dengan perempuan lain?

••••

"Maaf Naufal, akak susahkan Naufal pula." Senyum Safa melihat adik iparnya membantu dia memasukkan barang dapur ke dalam peti ais.

"Alah, setakat beli barang dapur je kak. Lepasni Naufal bantu akak masak ya?"

"Eh tak apa! Akak boleh masak. Naufal duduk tengok TV ke, main game ke." Serba salah Safa menolak.

"Bagi je dia masak Safa, Naufal tu chef kat rumah." Bunyi suara Thaqif mencelah dari ruang tamu. Naufal pula mengangguk.

"Okay, bantu akak sikit ya." Akhirnya Safa mengalah.

"Boleh akak, Naufal potong bawang ya." Naufal senyum manis mencapai apron lalu diikat pada badan. Safa tekup mulut teruja. Siapalah orang beruntung dapat bersama adik iparnya ini. Tak cukup segak, pandai masak pula tu.

"Sebelum tu, Naufal tolong bersihkan ikan? Akak alah bau ikan. Takut pula termual." Betul, sejak mengandung Safa sangat berhati-hati nak basuh ikan tak pun ayam. Bau hanyir tu boleh buat dia berulang ke tandas berpuluh-puluh kali.

Cukup serik!

"Boleh akak."

"Assalamualaikum Akak! Abang!!" Belum sempat tangan Naufal menyentuh ikan ada satu suara melaung dan derap langkah memasuki rumah buat Naufal berpaling.

"Safiya! Datang dengan siapa?" Thaqif menegur adik iparnya.

"Hehe, Safiya singgah alang-alang keluar dengan kawan. Tadi bibik masak asam pedas kegemaran Kak Safa, dia tak senang duduk selagi tak dapat bagi kat Kak Safa."

"Bibik Muna ke?" Safa keluar dari dapur menyambut adiknya.

"Ya Bibik Muna, dua tiga hari sebut rindukan Kak Safa. Kami tiap tiap hari makan makanan kegemaran Kak Safa je tau." Safiya capai tangan kakaknya lalu dikucup melepaskan rindu.

"Alahai, terharunya." Safa ambil bungkusan beg kertas di tangan Safiya lalu diletak di atas meja makan.

"Safiya jom lah makan sini sekali, Naufal pun ada." Dengar sahaja nama Naufal, mata Safiya melirik ke dapur dan masa sama Naufal juga turut berpaling kebelakang buat mata mereka bertembung seketika. Tak lama sebelum Safiya terlebih dahulu melarikkan anak mata.

"Maaf Kak Safa,, kawan Safiya dah tunggu kat luar. Kami dah janji nak keluar."

"Kawan mana ni?" Safa kerut dahi. Sekadar bertanya, dia tahu Safiya ramai kawan. Cuma nak tahu yang mana satu.

"Err, senior. Senior Safiya."

"Oh lelaki?"

"Alaa akak ni, biasalah lelaki perempuan. Akak jaga kandungan elok-elok. Nanti Safiya singgah lagi. Bye!" Safiya kucup pipi kakaknya sebelum dia cepat-cepat melangkah meninggalkan ruang itu.

Safa berpandangan dengan Thaqif.

"Bye abang Thaqif!"

"B-bye." Thaqif balas teragak-agak. Jelas dia dapat membaca ada riak tak senang di wajah isterinya. Mungkin risau dengan pergaulan bebas adiknya.

Naufal cengkam sinki, nafas dihela berat. Sebelum dia tanggal kasar apron pada tubuh dan melangkah melintasi Safa yang terkebil-kebil.

Sekali lagi Thaqif dan Safa berpandangan. Masing-masing mengerut dahi keliru.

Gigi diketap. Dia tak tahu sejak bila. Dia tak tahu rasa ini datang. Tapi dia jelas tak senang dengan apa yang Safiya lakukan.

"Safiya!" Tangan ditarik buat Safiya yang baru menyarun kasut sedikit tersentak.

"Naufal.."

Mata Naufal bergerak melihat seorang lelaki yang menjadi pemandu kereta yang sekarang terparkir dihadapan laman rumah Thaqif dan Safa.

"Safiya nak pergi mana?" Dingin soalan Naufal.

"Laa, kan Safiya dah cakap Safiya nak jalan-jalan dengan kawan Safiya." suara Safiya jelas bengang.

"Tak payah, masuk. Nanti abang bawa jalan-jalan." Naufal menghalang.

"Laa! Abang ni kenapa?" Safiya rentap tangan dari pegangan Naufal.

"Safiya kecil lagi, tak elok bergaul bebas macam ni.."

"Dah tu abang ingat abang tua sangat? Abang pun muda lagi, elok je keluar masuk kelab malam." Kata-kata Safiya buat Naufal tersentak.

"Ma-macam mana Safiya tahu..?" mendatar suara Naufal.

"Tak lama lagi, Safiya pun akan 18 tahun. Safiya bukan budak-budak lagi. Don't act like you are my brother. Tempat abang pergi tu akan jadi tempat Safiya juga.."

"Safiya!!" Naufal tahan tona suara dari menjerkah gadis itu. Jelas dia rasa dicabar oleh seorang remaja perempuan.

Apa yang keluar dari mulut Safiya tak ada satupun dia berkenan!

"Dah lah! Abang ni kuno! Jangan rosakkan mood Safiya. Bye!" Safiya merengus sebelum berlalu meninggalkan Naufal yang mengetap gigi memandang gadis itu berlalu masuk ke dalam perut kereta lelaki lain.

Hatinya sakit..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro