36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Terima kasih doktor.." Safa senyum sebelum menutup daun pintu. Perut besarnya diusap lembut. Sedar tak sedar kandungannya sudah mencecah 7 bulan. Sunggub cepat masa berlalu.

Sepanjang itu juga hubungan dia dan Thaqif mendatar seperti biasa. Melihat Thaqif yang tak lekang menyalur kasih sayang dan berusaha untuk ada disisinya, Safa jadi tidak sanggup untuk berkasar. Apapun yang lelaki itu lakukan, sekurang-kurangnya Thaqif masih ada disisinya sehingga sekarang.

Cuma hari ini, sepatutnya lelaki itu datang bersama untuk appointment Saqif, tapi lelaki itu dah awal-awal minta maaf kerana ada mesyuarat penting yang terpaksa dia pergi. Bukan masalah besar bagi Safa. Balik nanti dia tahu Thaqif akan berubah seperti inspektor tanya itu dan ini.

Untung Saqif ada papa macam Thaqif. Dia jadi yakin, kelak mereka bercerai. Kasih sayang Thaqif pada Saqif tak akan berkurang. Saqif akan ada seorang ayah dan Ibu yang sayangkan dia.

"Auch!!" Baru melangkah ke kaki lima, Safa tergamam melihat seorang wanita rebah bersama mop ditangan. Pakaian seragam dipakai wanita itu jelas menunjukkan dia seorang cleaner di situ.

Cepay-cepat Safa melangkah menghampiri untuk membantu.

"Jangan Puan! Lantai licin! Puan mengandung.." Baru sahaja wajah wanita itu mendongak menghalangnya. Safa terkedu lagi.

Bagai ada sesuatu menghentak kuat di dadanya sekarang. Bibirnya bergetar mencerna raut wajah dihadapannya. Tag nama tersarung dibaju wanita itu jelas mengatakan matanya tidak salah.

"Na-Najla?" Bergetar suara Safa menegur.

Najla angkat wajah dengan dahi berkerut seperti seorang yang tidak dapat mengecam siapa susuk dihadapannya. Lama wanita itu memerhati segenap wajah Safa sebelum wajahnya Najla berubah kendur.

"Safa..." Najla teguk air liur.

Terlalu banyak kisah silam mereka, cukup meninggal pahit dan luka di dalam diri Safa sehingga hari ini.

Najla? Perempuan yang sama menjadi kepala membuli dirinya dahulu. Setelah Dini meninggal, Najla lah dalang yang menyebar mulut seperti dia yang ada di tempat kejadian. Dan mulai hari itu, Safa hilang segalanya.

Masih kuat sakit yang dia rasa, seperti bayang-bayang Najla menarik kasar rambutnya dan menghentak kepalanya kedinding. Saat itu dia hanya mampu menjerit, meronta hingga tekaknya tiada suara. Sakitnya hari itu, masih kekal sehingga hari ini.

Lagi sakit melihat sahabat-sahabat sendiri yang sekadar sudi menjadi pemerhati dengan senyum puas terukir dibibir masing-masing. Dan tak lupa ada yang datang menyumbang luka, menghentaknya dengan kerusi kayu, dan menyepaknya seperti haiwan hina.

"A-aku.. terlalu banyak dosa dengan kau Safa." Cafe terdekat menjadi pilihan untuk mereka. Awalnya Safa mahu mengangkat kaki pergi tapi Najla yang tiba-tiba melutut memegang kakinya buat hatinya luluh. Akhirnya dia kalah dengan rasa kasihan.

"Aku anggap apa yang jadi kat diri aku sekarang, balasan pada apa yang dah aku buat kat kau." Suara Najla bergetar dan tangan wanita itu turut terketar-ketar.

"Itu masa lepas, sekarang aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku dah lupa apa yang dah terjadi antara kita. So jangan lagi cerita benda-benda lepas." Dalam dingin Safa membalas. Cukuo buat Najla tersenyum lega.

"Aku tahu, apa yang aku buat dulu susah untuk dimaafkan. Tapi untuk kali ni.. aku merayu.." Mata Najla berair menatap jauh ke dalam mata Safa.

"Tolong aku nak dengar kata yang kau dah maafkan aku dari mulut kau sendiri.. Aku nak hidup dengan tenang.. Dan aku pun nak pergi dengan tenang.." Najla cuba capai tangan Safa.

"A-aku dah banyak lalui derita hidup lepas apa yang aku buat kat kau Safa. Satu demi satu aku hilang. Dan tak lama lagi aku hilang kehidupan aku.."

"A-apa kau cakap?" Safa kerut dahi.

"Anggaplah aku kerja sekarang sekadar untuk meneruskan baki hidup yang aku ada. Dan bayar hutang kos hospital dan ubat yang ada. Aku penghidap kanser tahap 4, tak ada apa dah yang dapat tolong aku." Safa terpana memandang Najla tak berkelip.

"Dulu, mungkin aku ada duit untuk tanggung rawatan. Tapi sekarang tak ada. Dan sekarang walau aku ada duit sekalipun, kanser aku dah merebak. Doktor dah tak dapat tolong aku selain letak harapan hidup aku hanya tinggal dalam masa dua bulan.."

"Aku tak ada duit, dan aku kerja di hospital ni sebab aku tahu, kat sini aku hembus nafas terakhir aku.."

"Mana keluarga kau? I mean, suami? Ibu ayah?" Soal Safa tidak percaya.

"Aku dah cakap aku banyak menderita lepas apa yang aku buat kat kau.." Najla tunduk memandang jari.

"Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki. Aku cinta mati pada dia. Dan kami pernah terlanjur dan end up aku pregnant masa aku berumur 18 tahun." Najla usap air mata dengan jari sendiri.

"Aku.. tak tahu nak buat macam mana. Aku minta dia bertanggungjawab tapi respon dia buat aku lemah. Dia bagi aku duit untuk aku gugurkan kandungan tu. Dia paksa aku gugurkan anak aku Safa.. tsk tsk." Najla tekup wajah melepaskan esakan.

"Masa umur aku 18 tahun tu hidup aku terkontang kanting! Aku tak tahu selain patuh semua yang dia minta. Tapi sebab keputusan aku gugurkan kandungan tu. Ibu dan Ayah aku meninggal dalam kemalangan untuk halang aku gugurkan kandungan.. Aku hilang semuanya Safa. Semuanya.."

Safa tarik nafas panjang..

"Aku ingat dia datang pada aku lepas aku gugurkan anak aku sendiri. Tapi dia tak datang.. dia tinggalkan aku dalam keadaan aku hilang semuanya." Najla kemam bibir melepas esakan. Safa yang kelu memandang wanita itu turut bergenang air mata.

"Sampailah ada seorang lelaki sudi memperisterikan aku. Aku janji untuk curahkan segala cinta pada lelaki itu. Tapi sekali lagi.. Aku ditinggalkan."

"Aku tak dapat mengandung Safa.. Aku dah mandul sebabkan keguguran tu. A..aku wanita tak berguna lagi. Ini balasan aku sebab apa yang aku buat kat kau dulu.."

"Tak.. Najla tak!" Safa luluh sebelum bangun duduk di sebelah Najla. Tubuh Najla ditarik lalu dipeluk erat.

"Jangan baik dengan aku Safa, aku jahat. Jangan.." Teresak-esak Najla dalam dakapan Safa.

"Tak, kau tak jahat. Aku maafkan kau Najla.." Safa leraikan pelukan sebelum dia usap pipi Najla yang sudah basah dengan air mata.

"Aku maafkan kau.. Aku akan tolong kau Najla. Aku janji!" Ujar Safa bersungguh-sungguh.

"Kau baik Safa, kau lebih baik dari suami aku sekarang." Najla sekali lagi mengalir air mata.

"Kau kahwin lagi?" Soal Safa keliru.

"Ya, aku dah kahwin dengan lelaki yang dulu terlanjur dengan aku. Yang paksa aku gugurkan anak kami. Itupun sebab atuk lelaki tu yang paksa. Aku cuma nak lalui akhir-akhir hidup bergelar seorang isteri kepada lelaki yang aku cinta. Tapi.."

"Dia benci aku.."

"Haa.. Aku bodoh Safa. Tapi alang-alang aku memang dah dibodohkan dari dulu. Biarlah sampai akhir hayat aku. Aku terlalu cintakan dia walau aku cuma dilayan seperti sampah." Najla kelihatan pasrah dengan jalan hidupnya.

"Bila kau kahwin dengan lelaki tu?"

"Sebulan lepas, dan lepas akad nikah kami. Lelaki itu hilang dan tak pernah sesaatpun datang tengok keadaan aku. Tak apalah, asalkan dia datang ke kubur aku nanti sebagai suami. Cukup buat aku bahagia. Lagipun aku cuma wanita tak berguna, buat apapun, aku tak boleh mengandung. Lagipun tak lama lagi aku aku pergi dari dunia ni.."

"Siapa lelaki tu?!" Tegang suara Safa menyoal. Najla kelihatan terkebil-kebil.

"Thaqif.."

"Mohd Thaqif bin Dato' Raihan."

•••

"Assalamualaikum Safa.." Thaqif tolak daun pintu bersama bungkusan di tangan.

"Safa aku bawa balik Oden yang kau minta tu." Kasut ditanggal, walau tiada sahutan dia tahu waktu-waktu beginu Safa cuma akan duduk dihadapan televisyen ruang tamu.

"Penat tau beratur panjang. Berpeluh aku. Tapi tak apa, untuk Saqif aku sanggup." Sambil dia bercakap, sambil dia leraikan tali leher.

"Safa nak makan terus atau..."

Buk!

Bungkusan dibawa jatuh menyembah lantai. Mata Thaqif tak berkelip memandang ke arah sofa. Ada dua wanita kini diam memandangnya.

"A-apa? Apa kau buat dalam rumah aku?! Kau buat apa pada Safa?!" Kuat seperti halilintar Thaqif menjerkah. Najla kelihatan diam menunduk.

Mata Safa jatuh melihat tangan Najla bergetar di atas riba wanita itu.

"Keluar!" Turun naik nafas Thaqif.

"Aku cakap keluar!"

"THAQIF!!" Jeritan Safa buat Thaqif terdiam. Mencerlung mata memandang suaminya. Mulut sedikit terbuka mencari nafas.

"Jom, kita ada perkara kita perlu bincang. Najla kami tinggal sekejap." Safa melangkah mendahului Thaqif sebelum dia mendaki tangga masuk ke bilik.

Pang!!

Baru sahaja daun pintu dikatup, pipi Thaqif sudah terteleng ditampar Safa. Mata sedikit membesar. Ketakutan dahulu kembali bersarang.

"Kau tahu aku rasa apa sekarang?" Safa pandang Thaqif dingin.

"Jijik! Kau memang lelaki jijik Thaqif!! Kau lebih jijik dari Adri! Kau lagi jijik dari mana-mana lelaki yang pernah aku jumpa!" Turun naik nafas Safa melepas segala rasa terbuku.

"Safa dengr dulu, apa yang dia cerita.."

"Oh kau nak pusing mana lagi Thaqif? Sekarang aku baru ingat. Perempuan yang kau pernah cerita dalam flight ke Santorini kononnya kau nak tebus salah kau. Tu Najla! Dulu kau cari dia kenapa sekarang kau abaikan dia?"

"Safa..." Thaqif hilang kata.

"Sebab apa? Sebab dia dah tak boleh nak bagi kepuasan kat kau? Tak boleh nak mengandung, sakit pula tu. Mana tanggungjawab kau? Kau yang buat dia macam tu sampai sekarang. Dan now kau lepas tangan!"

"Dia sakit Thaqif! Hidup dia menderita sebabkan kau! Dia hilang semuanya sebabkan kau!"

"Apa yang dia cerita kat kau Safa?!" Suara Thaqif naik satu oktaf.

"Cerita yang cukup buat aku rasa jijik pada orang yang sanggup bunuh anak sendiri." Dan kali ini Thaqif kelu. Mata membahang memandang Safa tidak berperasaan melontar kebencian padanya.

"Aku menyesal mengandungkan anak kau." Sebaik menutur ayat terakhir Safa berlalu meninggalkan Thaqif yang masih terpana di situ.

Dengan nafas turun naik pintu bilik dihempas kasar. Langkah diatur menuruni tangga.

"Safa.." satu suara menyeru buat Safa berpaling belum sempat dia tangkap wajah itu, ada tangan sudah menolaknya dengan mudah.

Dan

Buk buk buk!! Tubuhnya bergolek jatuh dari tangga rumah.

"Arghh!!" Safa menyeringai kesakitan, tubuhnya sakit, dan itu tak penting sekarang. Sakitnya lebih pada bahagian pinggul.

"Safa!!" Suara gusar Thaqif kedengaran dengan langkah laju keluar dari pintu bilik. Mata Safa melayu memandang ke atas.

Ada Najla dan Thaqif.

"SAFA!! YA ALLAH!! SAFA!!" Baru sahaja Thaqif mahu menerkam isterinya, tubuhnya ditarik Najla dalam pelukan.

Dalam mata yang sudah kabur, air mata akhirnya jatuh. Sakitnya bercampur baur.

Bayang-bayang lama kembali muncul, seperti Najla dan Thaqif sama-sama menatapnya dengan senyum kepuasan.

"Cuma aku nak pesan, kau mungkin takut untuk kenal rapat dengan orang. Tapi bila dah rapat kau lupa ketakutan kau dan kau mula teruja untuk tunjuk kelemahan kau pada orang." Kata-kata Thaqif dahulu kembali bermain dalam fikiran. Beginikah pengkhirannya? Sampai bilapun kelemahan dia tetap jadi kekuatan bagi orang lain.

"LEPASLAH SYAITAN!!" Kuat Thaqif menjerkah dengan kasar menolak tubuh Najla hingga wanita itu terdorong beberapa langkah kebelakang.

Laju Thaqif menuruni tangga mendapatkan tubuh Safa yang sudah tidak sedarkan diri, darah banyak mengalir dari baju gaun dipakai Safa buat dia hilang arah. Traumanya datang menyucuk, dia buntu, hilang arah. Tangannya bergetar dan sekali lagi raungan yang lama menjadi kesakitan kini hadir lagi.

"SAFA!! Tolong sedar, tolong Safa!  Tolong.."

"Ya Allah tolong.." Tubuh Safa akhirnya dicepung dengan darah menitik di atas lantai, Thaqif bawa isterinya keluar dari rumah itu.

Najla yang tadi menjadi pemerhati menuruni tangga dengan senyum puas. Darah Safa yang melekat dilantai dicalit dengan tangan.

"Hahahaha.. isteri kau akan rasa.. Apa yang rasa.."

"Safa bodoh.. HAHAHAHA!!" Makin kuat tawa Najla kedengaran.

"Thaqif bodoh!! HAHAHA"

"Semua orang bodoh!! HAHAHAHAHAHA"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro