TSI 08

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MIA menarik nafasnya dalam-dalam sebelum masuk ke dalam conference room. Semua pemain sudah berada di tempat duduk mereka masing-masing dan hanya menunggu kedatangan Mia.

Screen smart tv dihidupkan. Dia memulakan sesi penerangannya kepada semua pemain mengenai jadual mereka yang akan datang. Manakala semua pemain tekun mendengar.

Mika bangun dari tempat duduknya lalu membantu si adik mengemas barang-barangnya. Mesyuarat kali pertama mereka berjalan dengan lancar seperti sebelum-sebelum ini.

"Ada apa-apa soalan?" soal Mia kepada 12 pemain yang sedang berada di hadapannya.

Mia menelan air liurnya payah apabila kesemua mata sedang memandang ke arahnya.

"Er... Anything?" soal Mia lagi.

"I need you to re-do my diet schedule" Shah bersuara setelah lama mendiamkan dirinya. Tangannya meletakkan kembali kertas yang dipegangnya di atas meja.

Kesemua fokus jatuh kepada Shah selepas lelaki itu bersuara. Mia turut sama memandang ke arah Shah.

"Why? Ada apa-apa yang tak kena dengan diet schedule awak?" soal Mia. Dia sedikit gemuruh kerana perlu bercakap dengan lelaki itu.

"I will send you my old diet schedule from the previous manager. I'm expecting better from you, Miss Mia" tutur Shah mendatar. Mika memandang Shah dan Mia bersilih ganti.

Dilihat ekspresi muka si adik sudah berubah.

"Sorry for not doing as well as your expectations, Mr. Tengku Shah Irham" balas Mia. Nada suaranya 100 peratus berubah.

"It's good to learn from your mistakes" balas Shah lalu bangun dan berjalan meninggalkan ruangan itu.

Suasana tegang antara pengurus baru mereka dan Shah benar-benar membuatkan semua pemain di dalam bilik itu terpaku.

Mia mengetap rahangnya.

'Argh!'




"PENAT" luah Mia lalu duduk bersandar di atas kerusi sambil menayangkan ekspresi sedih kepada si abang.

"Don't make a sad face" awal-awal lagi Mika sudah memberi amaran.

Mia mencebik.

"Abang tengok la macam mana Shah hentam adik pagi tadi" adu Mia.

"Tengok" balas Mika lalu menyumbat salad buah ke dalam mulutnya.

"Abang ni!" dengan geram Mia membaling kusyen tepat ke wajah si abang.

"Mia Xandra!" jerit Mika nasib baik dia sempat menyelamatkan mangkuk salad buahnya dari tumpah.

"You deserve it" balas Mia lalu bangun dari sofa dan berjalan meninggalkan si abang sendirian.

"Hah elok perangai tu memang patut kena dengan Shah. Silap hari bulan kahwin je la korang berdua tu!" omel Mika geram.

"Whatever, I hate you Mika Xandre" balas Mia di tangga.




MIA berjalan masuk ke dalam ibu pejabat pengurusan Red Hunter. Tiba sahaja di hadapan pintu, dia sudah terserempak dengan Shah bersama jurulatih utama pasukan itu yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat.

'Bala apa pagi-pagi dah terjumpa?'

"Mia" tegur Encik Luqman.

"Ya Mr. Luqman, good morning" balas Mia bersama sebaris senyuman namun senyuman hilang apabila memandang Shah yang berdiri di sebelah Encik Luqman.

"Macam mana your work? Okay? Ada apa-apa problem mengenai player?" soal Encik Luqman.

"Erm... tak ada. So far so good je" balas Mia cuba untuk memaniskan wajahnya kerana Shah sedang memerhatinya tajam.

"Okay kalau macam tu... I will leave you with Shah" balas lelaki itu lalu beredar.

'Dah kenapa aku kena tinggal dengan mamat ni pula?'

Keadaan di situ bertukar janggal selepas pemergian Encik Luqman.

Mata Mia memandang kertas yang berada di tangannya.

"Kau dah betulkan diet schedule aku belum?" soal Shah membuka topik.

"Hah? Oh, dah" balas Mia lalu menghulurkan sehelai kertas kepada Shah.

"Saya dah ikut macam mana previous manager awak buatkan" tambah Mia.

Bola mata Shah bergerak membaca tulisan yang tercetak di atas kertas putih bersaiz A4 tersebut.

"Okay" balas Shah pendek.

"Hah? Okay je?" tanpa sedar Mia terlepas kata. Segera bibirnya dikemam.

'Apa benda kau ni Mia?'

Shah memandang Mia dengan sebuah senyuman sinis.

"What do you expect from me, Miss Mia?" soal Shah dengan merapatkan jarak antara mereka berdua.

Mia terundur beberapa langkah ke belakang akibat tindakan Shah.

"Hah... tak tadi saya... saya..." Mia kehilangan kata-kata. Otaknya agak tidak berfungsi pada pagi ini. Tiada alasan yang boleh digunakan untuk menipu lelaki itu.

"Macam mana kau boleh study law kalau kau gagap?" soal Shah sedikit memerli gadis itu.

Serta-merta Mia memandang Shah tajam. Ekspresi wajahnya bertukar.

"Tak ada kaitan dengan topik kita sekarang Mr. Tengku Shah Irham" balas Mia mendatar.

"Jangan mengharapkan apa-apa daripada aku kalau kau tak reti buat kerja. Oh, lagipun kau bukan selamanya akan ada dekat sini. Yea" sindir Shah lalu melangkah pergi.

Mia mengecilkan matanya memandang belakang badan Shah yang sedang berjalan meninggalkannya itu.

"What the fuck? Apa kaitannya? Macam mana dia boleh tahu aku study law?" soal Mia bertubi.

"Argh! Ni mesti abang" tidak lain dan tidak bukan ini mesti angkara si abang.

"Harap nama je sedap tapi perangai. Ugh! Tolong jauhkan dia daripada aku lepas ni" ujar Mia lalu mendengus kegeraman. 




"SHAH!" panggil Mika sebaik sahaja susuk tubuh Shah melangkah ke dalam indoor court.

Shah meletakkan beg di tepi gelanggang lalu berjalan ke arah Mika.

"Kau kenapa panggil aku macam tak ada hari esok?" soal Shah.

"Kau ada jumpa Mia dekat office?" soal Mika.

"Ada" balas Shah pendek lalu memanaskan badan.

"Dah dapat diet schedule kau yang baru?" soal Mika.

Shah hanya mengangguk.

"Puas hati tak? Sampai tak tidur malam adik aku study pasal diet schedule kau. Nasib dia tak mengamuk je sebab tak cukup tidur semalam" jelas Mika.

Shah memandang Mika dengan sebelah keningnya diangkat.

Mia melangkah masuk ke dalam indoor court. Mata tajam memandang si abang yang sedang memanaskan badan di kawasan gelanggang.

"Tengok tu. Ada la benda yang dia tak puas hati tu. Tajam semacam pandang aku" ujar Mika.

"Kau kan suka cari pasal dengan dia Mika" celah Putra.

"Bukan selalu" balas Mika.

"Tapi kenapa Mia tiba-tiba nak pindah sini terus?" soal Putra sedikit pelik. Seingatnya Mia seorang yang tidak boleh berpisah daripada ibu bapanya.

Mika menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Dia tak buka cerita aku malas nak tanya" balas Mika.

"Tapi bukan dia ada boyfriend ke masa study dekat Harvard?" celah Faliq.

"She stopped talking about her boyfriend after a few months of going back to Malaysia" jelas Mika.

"And you don't ask her?" soal Putra.

Mika sekali lagi menggelengkan kepalanya.

Manakala Shah dalam diam memandang ke arah Mia. Kelihatan Mia sedang menunjukkan sesuatu kepada jurulatih mereka.

'Raut wajah kau, senyuman kau terlalu sama dengan Dee'

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro