TSI 09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SHAH sini" panggil Dee.

"Coming" balas Shah lalu mengambil dua cup minuman yang dipesan mereka.

"Sit here?" soal Shah.

Dee mengangguk bersama senyuman manis di wajahnya.

Shah meletakkan air strawberry smoothie yang menjadi pilihan kegemaran Dee setiap kali mereka ke cafe ini.

"Thank you boy" ucap Dee.

"My pleasure" balas Shah.

"Macam mana your study dekat sana?" soal Shah memandangkan Dee sudah melanjutkan pengajiannya di The University of Queensland yang terletak di Brisbane, Australia.

"Okay je. So far so good. You macam mana pula?" soal Dee yang lebih tertarik untuk mendengar cerita Shah.

"As usual. After class kena masuk office or attend meeting dengan Darwish. You tahukan Ary tak sihat lagi" balas Shah.

Dee mengangguk.

"I teringin nak jumpa Aryana" luah Dee.

"Nanti bila Ary dah sihat, I bawa you jumpa dia. But you know... I..."

"I faham Shah. Tak ada perempuan dalam dunia ni sanggup pinjamkan lelaki yang dia sayang untuk dijadikan tunang kepada perempuan lain. Tapi kalau ni dapat membantu keluarga you... tak salah kalau I tolong sekalikan? Lagipun setakat you bersepah la dekat tepi-tepi jalan tu" seloroh Dee.

"What? Tepi jalan Dee? Mulut you memang la" balas Shah.

Tawa Dee pecah. Memang dia suka menyakat Shah. Manakala Shah hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

Raja Dania Deenayla, gadis itu sememangnya memberikan warna dalam kehidupannya. Tanpa gadis itu dia mungkin tidak boleh pergi sejauh ini.




"SHAH" tegur Rafael sambil menghulurkan pakaian lelaki itu.

Shah tersedar daripada lamunannya.

"Dah terbang sampai mana dah? Rusia?" sakat Rafael.

Shah menyambut huluran Rafael lalu diletakkan di atas katil.

"Teringat dekat arwah ke?" soal Rafael apabila terpandang bingkai gambar yang berada di atas meja Shah. Shah turut menoleh melihat bingkai gambar tersebut.

Gambar yang diambil semasa majlis pertunangannya bersama arwah Dee beberapa tahun yang lalu.

"Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku kenal Dee" luah Rafael. Shah diam.

Melihat reaksi Shah, Rafael mengeluh.

"Aku tahu apa yang kau tengah fikir" tambah Rafael lalu menutup pintu almari bajunya.

"Apa?" soal Shah mendatar.

"Mia" sepotong nama itu keluar dari mulut Rafael. Shah pantas mengalihkan pandangannya ke arah Rafael.

"Kenapa aku nak kena fikir pasal dia?" soal Shah tidak mengerti.

"Kau pura-pura tak tahu atau tak tahu?" soal Rafael.

Shah diam.

"Muka Mia dengan arwah tunang kau tu terlalu seiras. Paling ketara jelas ialah senyuman dia. Aku nampak apa yang kau nampak Shah" sambung Rafael.

Dia sedar dari hari pertama Mia melangkahkan kakinya ke tempat ini, pandangan Shah terhadap gadis itu kelihatan berbeza. Jujur dia terkejut, bagaimana wajah Mia yang jelas tiada langsung pertalian darah bersama arwah tunang Shah itu, boleh kelihatan seiras. Hampir 80% sama seperti wajah arwah Raja Dania Deenayla itu.

"Muka dia mungkin sama tapi dia bukan Dee" tegas Shah lalu bangun dan berjalan meninggalkan bilik.

Rafael menggelengkan kepalanya.

'Aku tahu apa yang bermain dalam fikiran kau, Shah'




MIA menghempaskan badannya di atas sofa. Keadaan di rumah bertukar sunyi selepas pembantu rumah dan tukang kebun sudah pulang ke rumah mereka. Abangnya pula sudah tinggal di resident Red Hunter.

Nampaknya rumah ini hanya ada Mia sahaja sebagai penghuninya.

Mia melepaskan keluhan berat. Hari yang agak memenatkan baginya.

Sebaik sahaja dia ingin memejamkan mata, bunyi yang datang dari telefon pintar memaksa Mia untuk membuka matanya semula.

"Ish! Apa lagi? Orang nak berehat pun tak boleh" omel Mia lalu mengeluarkan telefon pintar dari dalam beg tangannya.

Mata jatuh memandang nama pengirim pesanan pada skrin telefon pintar. Mia terpanar.

Serta-merta tubuhnya menegak. Dia dapat mendengar dengan jelas bunyi degupan jantungnya saat bola mata bergerak membaca pesanan yang diterima.

Jari laju membuang pesanan tersebut selepas selesai dibaca.

'Nothing to be explained anymore. It's over'




MIKA berjalan melintasi Mia yang sedang duduk menghadap iPad Pro. Sebelah kening Mika terangkat. Pelik melihat si adik yang tidak menghiraukan kewujudannya.

"Mia Xandra" panggil Mika.

Tiada respons.

Mia hanya pegun di tempat duduknya dan kekal dengan posisi yang sama.

"Mia Xandra Vilian" sebaris nama penuh si adik meniti di bibirnya.

"Apa!" marah Mia.

"Kau termenung apa? Dah sampai mana? Sampai US? Teringat dekat boyfriend ke?" soal Mika bertubi-tubi.

"Sampai underground maybe" balas Mia malas melayan loyar buruk si abang.

"Kau tengok apa?" soal Mika lalu menjenguk ke arah skrin iPad Mia. Terpapar dengan jelas siaran ulangan perlawanan antara Red Hunter dan Sapphire Wolf.

"Buat apa tengok ni?" soal Mika pelik.

"Season dah nak mula habis tu kau nak aku join game tanpa tahu apa-apa? I'm the team manager, Mika Xandre" jelas Mia memandang malas si abang.

"Tengok game atau tengok Shah?" tebak Mika. Tajam Mia memandang abangnya.

"Apa kena-mengena Shah dalam topik kita sekarang? Oh, speaking about Shah... abang ada bagitahu dia yang..."

"Kau study law?" potong Mika. Dia hanya bereaksi selamba tanpa rasa bersalah.

"Abang bagitahu dia buat apa? Dah tak ada kerja lain nak buat? Free sangat ke masa kau? Adik boleh tambah lagi jadual latihan abang tu" sembur Mia geram.

"Chill, bro" balas Mika.

"Bukan adik sorang je kerja luar bidang. Shah pun sama lagipun Shah tu..."

"Shah nampak benci gila dengan adik since the first day I stepped in here" tutur Mia.

"No hard feelings, Mia. Shah memang macam tu. Nanti lama-lama dia okay la with you" pujuk Mika. Tapi apa yang dia perasan, Shah selalu curi-curi pandang Mia ketika sesi latihan.

Adakah mereka berdua pernah berjumpa sebelum ini?

"Whatever, since I'm here just for a short period. I don't mind him anymore" tutur Mia yang sudah malas untuk mengambil tahu mengenai lelaki itu.

"Jangan benci lama sangat takut tersuka. Eh, tapi kau dah boyfriend... so, nevermind" tutur Mika lalu bangun dari kerusi.

Mia terdiam saat perkataan boyfriend itu keluar dari mulut abangnya.

"Berambus" halau Mia hanya sepatah perkataan sahaja yang digunakan.

"Ya, nak pergi la ni. By the way, jangan lupa malam ni ada dinner. Sila pakai cantik-cantik dan jangan bawa attitude lawyer kau pula" pesan Mika.

Mia hanya menghantar pemergian si abang dengan sebuah pandangan tajam.

"Aku tahu la. Ish!" omel Mia. Apa Mika fikir dia budak enam tahun ke?




"MIA bola!" jerit Roy mengarahkan Mia untuk memberhentikan bola yang sedang bergolek ke arah gadis itu.

Bola itu diberhentikan menggunakan kaki Mia yang sedang berjalan ke arah gelanggang utama.

"Hye Mia" tegur Roy lalu mengambil bola.

"Lama tak nampak kau" tutur Roy. Kali terakhir dia melihat Roy ialah sewaktu majlis graduasi sekolah tinggi mereka. Selepas itu, Mia mengikuti ibu bapanya ke US. Langsung tidak berhubungan dengan kawan sekolahnya.

"Kau yang lupa daratan. Mana nak ingat aku" tutur Roy lalu membaling bola kepada Rafael yang berdiri di tepi goal post.

"Tak payah nak jadi Mika" balas Mia menyampah. Suka sangat buat ayat sedih.

"Sekali-sekala. Lagipun kau terus duduk US lepas habis high school mana taknya" tutur Roy.

"Habis sekolah kau buat apa?" soal Mia ingin tahu.

"Aku study sport science and now here I am..." balas Roy.

"Oh, aku dengar kau study law lepas tu kenapa tiba-tiba balik? Bukan kau tak boleh berpisah dengan parents kau ke?" soal Roy ingin mengorek sesuatu daripada gadis itu memandangkan Mika tidak mempunyai jawapannya.

"Saja. Tukar angin" balas Mia pendek. Roy hanya mengangguk dan tidak bertanya lebih memandangkan gadis itu kelihatan mahu menyembunyikan sesuatu. 

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro