TSI 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KIE help me... baju apa yang sesuai untuk aku pakai" ujar Mia lalu melempar dress yang dipegangnya ke atas sofa.

Kiesya menggeleng kepalanya melihat Mia.

"Yang banyak-banyak depan mata kau ni apa benda? Habuk?" perli Kiesya lalu menyilangkan tangannya.

Mata Mia jatuh memandang baju-baju yang sudah berteraburan di atas permaidani dan sofa. Habis semua dia keluarkan dari dalam almari. Ini tidak termasuk yang masih dalam perjalanan dari US ke Malaysia lagi.

"Mia... kau pakai apa pun cantik. Jangan bogel je la" tutur Kiesya.

"Ish, membantu la sikit. Aku dah la tak suka pergi event-event macam ni" adu Mia.

"Kau sure? Bukan masa kau study dulu..."

Laju Mia menutup mulut Kiesya.

"Tu dulu" balas Mia dengan suara yang semakin perlahan.

"Why don't you wear a white dress? The color suits you well. Nampak betul macam minah salleh celup" cadang Kiesya lalu menghulurkan dress berwarna putih yang menarik perhatiannya itu kepada Mia.

Gadis itu hanya mengambil tanpa membuka mulut. Hanya satu event biasa mengapa dia perlu beria siap cantik-cantik.



SEBUAH Porsche Taycan berhenti di hadapan pintu masuk Majestic Palace Hotel. Pemilik kenderaan itu keluar dari keretanya.

Figura itu menjadi tarikan kepada orang yang berada di lobi hotel tersebut dan rata-rata orang yang berada di situ ialah lelaki.

"Hello" tuturnya.

"Where are you?" soal suara di sebalik talian.

"Lobby" balasnya.

"Okay. The ball is on the third floor. Beware of the camera" pesannya.

Mika mematikan panggilan.

"Mana Mia?" soal Putra.

"Lobby" balas Mika.

"Kau tak pergi ambil dia bawa naik ke?" soal Rafael kerana risau akan sesuatu yang buruk terjadi memandangkan event pada malam ini dihadiri oleh para wartawan dan jurugambar.

"Dia kata tak payah" balas Mika lalu meneguk air minumannya.

Rafael menggelengkan kepalanya.

"Oh, mana Shah?" soal Roy. Mata dia cuba mencari kelibat Shah namun tiada.

"Kejap lagi sampai la tu. Macam tak kenal dia" balas Rafael lalu melihat ke arah jam tangannya.



SHAH melajukan langkahnya untuk menahan pintu lif yang mahu tertutup.

"Wait" tangannya pantas menyentuh pintu lif sebelum tertutup sepenuhnya.

"Thank you" tutur Shah saat melangkah masuk ke dalam lif.

Seluruh tubuhnya membatu apabila melihat figura yang berada di dalam lif itu.

"Shah" tutur Mia. Tangannya segera menekan punat berangka 5 di paparan skrin.

Shah mengemaskan kot pada tubuhnya lalu berpusing membelakangi Mia. Suasana di dalam lif itu sunyi sepi hanya kedengaran bunyi lif naik ke atas sahaja.

'Kenapa la aku dekat sini?'

Mia melepaskan keluhan perlahan.

Lif berhenti di tingkat lima. Sebaik sahaja pintu lif itu terbuka sedikit, cahaya dari lensa kamera dan bunyi suara dari luar menangkap deria pendengaran Shah.

"Kalau kau tak nak muka kau masuk news malam ni... you better follow my lead" ujar Shah lalu menarik lengan Mia agar berdiri di sebelahnya.

"Hah" Mia bingung. Matanya terkelip-kelip memandang Shah.

Shah terus menanggalkan kot yang tersarung pada tubuh tegapnya lalu diletakkan di atas kepala Mia.

"Wh..." tidak sempat Mia menghabiskan ayatnya, pintu lif terbuka sepenuhnya.

"Tu Tengku Shah Irham" laung seorang jurugambar sebaik sahaja melihat Shah berada di dalam lif.

"Ingat... no matter what happens jangan angkat kepala kau or lepaskan lengan aku" bisik Shah.

"Tengku... Tengku" media mula berpusu-pusu ke arah Shah dan Mia.

Mia akur kerana sungguh dia tidak selesa dengan situasi itu sekarang. Dia mahu segera masuk ke dalam ballroom.

"Shah" panggil Mia. Shah menunduk memandang Mia yang memegang erat hujung lengan baju kemejanya.

"Aku ada" tutur Shah.

"Tengku... Tengku boleh..." Shah segera membawa Mia keluar dari lif tanpa menghiraukan soalan-soalan yang keluar daripada mulut media.

Security team segera mendapatkan Shah dan Mia lalu mengiringi mereka masuk ke dalam ballroom. Pintu segera ditutup sebaik sahaja Shah dan Mia melangkah masuk.

"Well... well nampaknya Tengku Shah Irham bawa partner malam ni" tegur satu suara semasa Mia mahu memulangkan semula kot milik Shah.

Shah memakai kotnya semula lalu memandang ke arah pemilik suara tersebut.

"None of your business" balas Shah dingin.

"Mana kau dapat dia? Lawa minah salleh kau bawa ni" tuturnya lalu meneliti wajah Mia.

Sebelah kening Mia terangkat. Tangan yang cuba menyentuh Mia ditepis kasar oleh Shah.

"Where is your manner?" soal Shah dengan nada yang marah.

"Wo... tak boleh sentuh sikit" provok lelaki itu.

"Bro... adik aku tu" muncul Mika bersama Rafael yang dari tadi memerhati.

Lelaki itu menoleh memandang Mika. Mika dan Rafael berjalan menghampiri Mia dan Shah.

"What?" soal Ameer terkejut.

"Sejak bila kau ada adik?" tambahnya lagi.

"26 tahun yang lepas?" balas Mika lalu berdiri di hadapan Ameer.

"So, please behave with your hand around my sister. Adik aku tak layan mamat kaki perempuan macam kau ni" tutur Mika lalu menepuk bahu Ameer. Senyuman sinis diukir pada wajah lelaki itu.

"Jom" Mika menarik lengan adiknya pergi.

"Siapa dia tu?" soal Mia ingin tahu.

"Ameer, player Black River. Dia memang suka cari pasal dengan Shah. Entah apa masalah dia pun tak tahu la" jelas Mika.

"Wait aku lupa... reporter dekat luar tadi..."

"Nasib ada Shah" pintas si adik lalu mengambil minuman daripada pelayan.

"Oh, kau naik sekali dengan Shah?" tebak si abang.

"Haah. But I heard one of the media ask Shah who I am but Shah..."

"No comment from him right?" sambung Mika. Mia mengangguk.

Lampu di dalam ballroom itu tiba-tiba dimalapkan. Mia dan Mika segera mengambil tempat duduk mereka di meja yang sudah dikhaskan buat Red Hunter.

Mia menoleh ke kanan apabila terasa kerusi kosong di sebelahnya itu ditarik.

'Shah'

Lelaki itu melabuhkan punggung di kerusi kosong yang berada di sebelah Mia tanpa bersuara.

'Kenapa kau tiba-tiba baik pula hari ni?'

Mia bingung dengan personaliti lelaki itu. Adakah Shah mempunyai dua personaliti yang berbeza? Atau semua itu hanya lakonan di hadapan media sahaja?



"TU... aku dengar dia manager baru RH" tutur Kamal kepada kapten pasukannya.

"Mana?" soal Johan. Dipanjangkan lehernya untuk mencari pengurus pasukan Red Hunter yang baru itu.

Di atas pentas utama, Menteri Belia dan Sukan sedang memberikan ucapan perasmian. Yang pasti apa yang dikatakan oleh menteri tersebut mestilah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

"Tu yang pakai white dress sebelah kiri Shah tu" tunjuk Kamal. Padahal meja mereka hanya di belakang meja pasukan Red Hunter.

"Oh... team dia orang still ambil perempuan eh?" soal Johan. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi kepada pengurus perempuan pasukan itu sebelum ini.

"Haah. Tapi tadi aku terdengar yang Mika cakap tu adik dia" balas Kamal.

"Kalau tu adik Mika sekalipun, dia masih perempuan, Mal" ujar Johan.

Kamal hanya mengangguk tanda bersetuju.

Mereka yang berada di dalam ballroom ini bukan tidak tahu tahap fanatik peminat pasukan Red Hunter itu bagaimana. Semua sudah sedia maklum.

Memandangkan season mereka sudah bermula pada minggu hadapan pasti nama pasukan Red Hunter akan berada di skrin-skrin gergasi bangunan pencakar langit.

Red Hunter dan Tengku Shah Irham bukan dua nama yang baharu. 

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro