TSI 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ARY" panggil Darwish apabila melihat Aryana keluar dari bilik pejabatnya.

Aryana menoleh.

"Yes?" sahut Aryana memandang Darwish.

"Do you read the news today?" soal Darwish.

"No... not yet. I left my phone at home" balas Aryana. Terlalu sibuk menguruskan anak kembarnya untuk dihantar ke preschool sehingga dia tertinggal telefon di atas meja dapur. Haykal pula tiada pada minggu ini kerana perlu berada di Singapura untuk memantau projek yang baru sahaja dijalankan di sana.

"Ni" Darwish menghulurkan telefonnya kepada Aryana.

Bola mata Aryana bergerak membaca tajuk utama berita yang ditulis oleh seorang wartawan sukan.

"Ada call Shah?" soal Aryana.

"Not yet" balas Darwish.

"I will talk to him later" ujar Aryana lalu berjalan masuk ke dalam pejabatnya semula.



"TENGKU Shah Irham" panggil Rafael. Shah yang masih tidak bergerak di atas katil itu dipandang.

"Shah Irham!" laung Rafael buat kali kedua.

"Apa?" Shah terjaga dari tidurnya. Tangan bergerak mencapai telefon yang berada di tepi katil.

"Baru pukul 7.45 Raf" marah Shah.

"Dude, you better look at what you did yesterday. It's trending today on X as well" tutur Rafael sambil bercekak pinggang.

Dengan malas Shah membuka akaun X miliknya, mata membulat selepas melihat gambarnya bersama Mia semalam menjadi trending.

"Aku baca beberapa komen... mereka teka Mia tu mungkin manager baru kita or mungkin girlfriend kau. Hebat juga eh netizen sekarang boleh jadi ahli nujum" ujar Rafael.

"Girlfriend? Bullshit" tutur Shah lalu mematikan telefonnya semula.

"Amboi mulut kau suka hati bullshit-kan anak dara orang ye" tutur Rafael. Kalau boleh disekeh kepala sepupunya itu sudah lama dibuat.

"Jangan lupa pukul 8.30 sharp kita ada strategy meeting"

"Aku tahu la" balas Shah.

Rafael dengan beraninya mengajuk semula ayat lelaki itu dan segera meninggalkan bilik itu. Risau kaki Shah bakal mendarat di atas mukanya pula.



"CIK Mia" panggil security guard yang bertugas di pondok pengawal.

Mia segera menurun cermin tingkap keretanya apabila melihat pengawal itu melambai-lambai ke arahnya.

"Ya Pak Hassan, kenapa?" soal Mia.

"Ni ada bungkusan untuk Cik Mia" tutur lelaki berusia 50-an itu.

"Untuk saya? Daripada siapa?" soal Mia pelik. Siapa pula mengirimkan bungkusan itu kepadanya sedangkan dia tidak membeli apa-apa dan tiada siapa tahu dia bekerja di situ kecuali kenalan terdekat.

Manakala kawan-kawannya pula ramai di US.

"Dia tak tulis la Cik Mia. Ni pun Pak Hassan perasan lepas subuh tadi ada dekat depan pondok ni hah" balas Pak Hassan.

"Okay la kalau macam tu" Mia menyambut huluran Pak Hassan lalu kotak bungkusan itu diletakkan di tempat duduk penumpang.

Kereta Audi Rs7 itu dipandu melepasi palang pengawal dan berhenti di tempat letak kereta di hadapan bangunan pejabat pengurusan Red Hunter.

Mata masih memandang pelik kotak bungkusan di sebelahnya itu.

"Hurm... aku bawa je la kau sekali" gumam Mia lalu membawa keluar kotak segi empat sama itu bersamanya sekali.

Mia melangkah keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam bangunan pejabat pengurusan RH.

"Mia meeting pukul 8.30 jangan lupa" kehadirannya disapa oleh Encik Luqman yang awal-awal sudah mengingatkannya mengenai mesyuarat mereka pada pagi itu.

"Baik Encik Luqman" tutur Mia.

Malas mahu meletakkan barang di atas meja kerjanya, Mia membuat keputusan untuk pergi terus ke conference room.



IBU jari Shah laju meng-slide permukaan skrin telefon pintarnya. Muka bosan ditayangkan apabila membaca berita-berita yang menggunakan namanya untuk trending. Memang wartawan dan netizen di Malaysia ini tidak mempunyai kerja lain selain daripada sibuk mengorek hal peribadinya.

Bunyi pintu conference room dibuka menarik perhatiannya.

Langkah Mia terhenti sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata helang Shah.

'Adakah aku buat keputusan yang salah?'

Mia menelan air liurnya payah. Kaki melangkah dengan cermat ke arah tempat duduknya. Manakala Shah hanya memerhati gerak-geri gadis itu melalui ekor matanya sahaja. Entah mengapa gadis itu kelihatan seperti pencuri dia tidak tahu.

Sunyi. Tanpa sebarang suara. Bosan menunggu, Mia membuat keputusan untuk membuka kotak bungkusan yang diterimanya itu.

"Entah siapa-siapa la yang bagi" gumam Mia perlahan. Mini cutter blade yang selalu dibawa bersamanya di dalam beg tangan dikeluarkan. Selesai memotong salotape yang berada di atas permukaan kotak lalu dibuka.

"Argh" Mia terundur beberapa langkah ke belakang sambil memegang jari telunjuknya yang sudah mengalirkan darah.

"Kenapa?" terkejut dengan jeritan Mia, Shah berlari mendapatkan gadis itu.

"Tu" tutur Mia terketar-ketar.

Shah melihat isi kandungan di dalam kotak tersebut lalu matanya membulat. Seekor bangkai tikus yang ditikam menggunakan pisau lipat dan pelepah burung memenuhi ruangan di dalam kotak tersebut.

"Siapa bagi benda ni dekat kau?" soal Shah.

Mia menggeleng kepalanya tanda tidak tahu.

Tangan Shah pantas mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya lalu diberikan kepada gadis itu.

"Terima kasih" Mia menyambut huluran tersebut lalu membalut jarinya.

"Bau apa ni?" soal Putra sebaik sahaja membuka pintu masuk ke dalam conference room itu. Tangan naik penutup bahagian hidungnya.

"Busuk gila"

"Mia, Shah?" soal Roy.

"Adik kenapa?" pantas Mika meluru ke arah adiknya apabila dilihat wajah Mia berkerut menahan kesakitan.

"What the f..." ayatnya berhenti di situ apabila melihat kotak di atas meja.

"Better kau bawa adik kau pergi infirmary. Roy call Encik Luqman and security" arah Shah.

Pantas Roy mengeluarkan telefonnya.

"Jom" ajak Mika dengan segera membawa adiknya ke infirmary.

Mata Shah memandang kertas putih yang tertampal di atas permukaan kotak.

'Kepada pengurus pasukan RH?'

Sebelah kening Shah terangkat. Jadi sudah ada orang luar yang tahu mengenai pengurus pasukan baru mereka itu?



"MANA kau dapat box tu?" soal Mika sambil melihat doktor membersihkan luka pada jari adiknya itu.

"Dekat Pak Hassan" jawab Mia.

"Pak Hassan tak tahu siapa yang hantar?" soal Mika lagi.

Mia menggeleng.

"Lepas ni aku hantar kau balik" tutur Mika.

"Hah? Kenapa pula kena balik?" soal Mia pelik.

"Arahan Mia Xandra" tegas Mika bersuara.

"No!" bantah Mia berani melawan si abang.

"Listen to me. You sit here until I come back" tutur Mika.

"You pastikan dia tak tinggalkan tempat ni" pesanan itu ditinggalkan kepada Dr. Iris. Doktor muda itu hanya mampu menggangguk.

"Abang! Mika Xandre!" jeritan Mia langsung tidak dihiraukan Mika.

Kakinya melangkah menuju ke conference room semula.

"Macam mana?"

Putra menggelengkan kepalanya.

"Camera tak dapat tangkap muka dia. Dia letak benda tu masa guard tengah tukar shift" ujar Faliq. Penat dia membesarkan matanya untuk meliht wajah si pelaku, namun kerana topi dan mask yang dipakai lelaki itu, identitinya masih selamat.

"Mia macam mana?" soal Roy.

"Aku nak hantar dia balik lepas ni" ujar Mika.

"I don't think that's a good idea" celah Shah setelah mendengar jawapan daripada Mika itu.

Rafael sudah memandang Shah.

"Why?"

"You are not with her, Mika. Kalau apa-apa jadi masa dia dekat rumah lagi susah. Ask her to stay here. Lagi senang nak pantau kalau jadi apa-apa. And orang luar pun tak boleh masuk tempat ni sebarangan" jelas Shah.

Rafael sedikit kagum mendengar penjelasan Shah. Boleh dikatakan kali ini merupakan paling lama masa Shah bercakap kerana sebelum ini jawapan yang diterima mereka hanya sepatah dua sahaja.

"I agreed with Shah"

Kesemua mereka yang berada di situ berpaling memandang ke arah pintu.

"I told you to stay at infirmary kan" marah Mika. Memang susah nak dengar arahan betul la adik dia ni.

"I own my body. It's up to me whether I want to stay or not" balas Mia. Aura seorang peguam menguasai diri gadis itu.

Masing-masing terdiam. 

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro