TSI 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"YOU can resign now before it's too late" muncul Shah berdiri di sebelah Mia di balkoni pantry.

Perbincangan mereka pada pagi tadi bersama pihak pengurusan sudah mencapai kata sepakat dengan membenarkan Mia untuk tinggal di residence RH. Cadangan itu disokong oleh Mia sendiri walaupun Mika dengan berat hati terpaksa bersetuju memandangkan lelaki itu merupakan penjaga Mia.

"I am not someone who will step down hanya kerana orang hantar bangkai tikus dekat saya" balas Mia.

"Tempat kau bukan dekat sini. I know you have a LL.W" ujar Shah. Mia memandang Shah. Lelaki itu seolah-olah ingin menghalaunya.

"Saya nak tanya... saya ada buat salah dengan awak ke? Dari hari first saya dekat sini awak nampak macam tak suka saya or maybe hanya andaian saya sahaja"

"Ya. Aku memang tak suka kau. Kau tak layak ada dekat tempat ni. You should know your place" tutur Shah lalu beredar.

Mia bagaikan terpukul dengan pengakuan daripada Shah itu.

Apa salah dia sebenarnya?



"ISH, dia siapa nak halau aku" omel Mia lalu melabuhkan punggung di atas katil.

Tiba-tiba telefon di tepinya berbunyi.

Melihat nama Kiesya yang terpapar di permukaan skrin, serta-merta wajah Mia berubah.

"Hello, Kie" nadanya ceria menjawab panggilan daripada kawannya itu.

"Kau kenapa? Kena sampuk?" soal Kiesya.

"Suka kau je kata aku kena sampuk. Kau kenapa call aku?" soal Mia.

"Kau ada buka X?" soal Kiesya.

"X? Twitter?" soal Mia.

"Ya la. Ada tak?" balas Kiesya.

"Kenapa?" soal Mia pelik lalu membuka aplikasi X melalui iPad Pro miliknya.

"Tu kau kan?" soal Kiesya serentak satu gambar muncul di paparan utama skrin iPad Pro Mia itu.

"Ke... kenapa trending?" soal Mia sedikit pelik. Dia malas mahu membaca.

"Weh yang berdiri sebelah kau tu jejaka terhangat di pasaran Malaysia kot" tutur Kiesya bersungguh. Mia menunjukkan muka tidak berminat.

"He is just Tengku Shah Irham" balas Mia lalu mematikan iPad Pro miliknya itu.

"Haih... Mia, Mia" Kiesya menggelengkan kepalanya.

"What?" soal Kiesya.

"Apa aku boleh cakap cuma... aku nak kau berhati-hati. Aku tak nak benda yang sama jadi dengan pengurus sebelum-sebelum ni jadi dekat kau juga. Kau tu jaga diri sikit and ikut arahan orang. Jangan tahu nak ikut kepala kau je" bebel Kiesya panjang lebar.

"Ye mak cik. Aku tahu la jaga diri aku. Kau sekarang ada dekat mana?" soal Mia.

"New York. Sebulan juga aku dekat sini lepas tu aku pergi bercuti dekat Europe dengan agency aku" jelas Kiesya.

"Okay hati-hati. Kau pun sama jaga diri. Dah la aku ada kerja. Bye"

"Bye"

Panggilan mereka berhenti di situ sahaja.

Shah berjalan masuk ke dalam pejabat Aryana dengan memasang wajah selamba. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.



"INGAT pula jalan pergi office" perli Aryana lalu menutup fail di atas mejanya.

"Ada apa you nak jumpa I? I tak boleh lama" balas Shah.

Aryana menolak kerusi kerjanya menjauhnya meja lalu bangun. Kasut tumit tinggi jenama YSL itu memijak lantai, berjalan menghampiri Shah yang duduk di atas sofa.

"Apa cerita dinner you semalam?" soal Aryana lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Sejak bila you berminat nak tahu ni Tengku Aryana Raina?" soal Shah lalu mengangkat sebelah keningnya memandang Aryana.

"Sejak gambar you and seorang perempuan mula trending Tengku Shah Irham. You sendiri tahu media tak pernah berhenti nak tahu siapa tunang you because you never revealed her"

"Unfortunately, she's dead. There is nothing to reveal anymore" balas Shah mendatar. Nadanya berubah.

"Bagi kita bukan bagi mereka selagi you tak bagitahu Shah" tegas Aryana.

"Then what do you want me to do?" soal Shah. Wajahnya kelihatan dingin.

Aryana mengeluh. Shah bangun dari sofa.

"Kalau tak ada apa-apa, I balik dulu" tutur Shah ingin melangkah pergi. Dia takut jika berada di situ lebih lama, bakal menimbulkan pergaduhan yang tidak diingininya.

"Tempat you dekat sini masih kosong Shah. Tiada siapa yang dapat gantikan you. I will wait till the day you come back" tutur Aryana sewaktu Shah mahu membuka pintu.

Langkah Shah terhenti sekejap namun dia meneruskan semula langkahnya dengan meninggalkan pejabat Aryana itu.

"Shah"

Lelaki itu berpaling apabila terdengar namanya dipanggil.

"Yow" sahut Shah lalu bersalaman dengan Darwish. Agak lama dia tidak berjumpa dengan Darwish.

"Baru lepas jumpa Ary?" tebak Darwish.

Shah mengangguk.

"Dia cakap apa?" soal Darwish.

"Nothing much. Dia bagitahu position aku masih kosong" tutur Shah lalu matanya jatuh memandang ke arah sebuah bilik. Di hadapan pintu bilik itu terdapat papan tanda yang tertulis President's Room bersama namanya, Tengku Shah Irham yang masih belum ditanggalkan.

Sudah hampir lima tahun lebih dia meninggalkan pejabatnya itu namun, Aryana masih membiarkan jawatan itu kosong. Kata Aryana, dia lebih selesa menjadi VP kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lebih besar di rumah. Manakala Darwish terpaksa menggalas jawatan acting president bagi menggantikan Shah itu.



"MANA Shah?" soal Mia kepada si abang yang sedang memanaskan badan.

"Aik... rindu ke?" sakat Mika.

"Lambat lagi nak rindu. Betul-betul la adik tanya ni" marah Mia. Melawak tak kena keadaan betul abangnya itu.

"Ada hal dekat luar. Malam nanti baru dia balik" balas Mika.

"Hah yang kau ni tiba-tiba cari Shah kenapa?" tambah Mika.

"I just want to know la" balas Mia lalu berjalan meninggalkan abangnya. Tidak mahu menjadi mangsa soal siasat si abang lagi.

Langkahnya terhenti apabila telefon di tangan berbunyi minta untuk diangkat.

"Hello ma" panggilan daripada si ibu dijawab.

"Mia ada dekat mana?" soal si ibu.

"Mia tengah kerja ma... why?" soal Mia sedikit pelik.

"Aaa... Liam ada call Mia?" soalan daripada si ibu membuatkan Mia tersentak.

"Ma"

"Adik ada masalah dengan Liam ke?" soal ibunya. Firasat wanita itu kuat mengatakan bahawa hubungan antara anak perempuan dan teman lelakinya mempunyai masalah sehingga Mia membuat keputusan untuk tinggal semula di Malaysia.

"Kenapa mama tanya macam tu? Dia ada datang jumpa mama dengan papa ke?" soal Mia mendatar.

"Ada... two days ago" balas ibunya.

"Ma... I have work to do. I will talk to you later" segera Mia mematikan panggilan. Sebolehnya dia tidak mahu mendengar nama lelaki itu.

'Berani kau jumpa parents aku?'



KERETA Lamborghini Huracan milik Shah bergerak masuk melintasi palang di pondok pengawal keselamatan. Namun, kaki serta-merta menekan pedal brek apabila melihat satu susuk tubuh yang sedang berada di sekitar padang balapan.

'Siapa pula jogging malam-malam dekat padang ni?'

Kereta berhenti di bahu jalan. Shah keluar dari kereta.

"Mia?" gumamnya. Setelah mengenal pasti susuk tubuh tersebut. Dia yakin gadis itu ialah Mia. Memandangkan hanya Mia seorang sahaja perempuan yang tinggal di residency itu bersama mereka.

Kaki Shah turun memijak rumput padang.

"Kau memang tak ada kerja malam-malam macam ni nak jogging? Sorang-sorang pula tu" tegur Shah apabila melihat Mia yang sedang berhenti untuk mencari nafasnya yang hilang.

Mia tersentak lalu menanggalkan AirPods Pro yang melekat pada telinganya.

"Bukan masalah awak" balas Mia berani. Tangan menarik zip windbreaker ke atas memandangkan dia hanya memakai studio bra di bahagian dalam.

Shah mengerling ke arah jari Mia yang masih berbalut dengan plaster itu.

"Masalah aku kalau benda tu melibatkan pasukan aku" balas Shah dingin.

Mia berdecit.

"Kalau awak fikirkan pasukan awak, awak tidak sepatutnya keluar masa training tadi" sindir Mia sinis.

Shah memandang Mia tepat menikam anak mata berwarna biru milik gadis itu. Ya, Mia dan Mika mempunyai sepasang anak mata berwarna biru kerana mewarisi gen daripada ayah mereka yang sememangnya berasal dari US.

"Buang masa cakap dengan orang degil" ujar Shah ingin beredar.

"I am your manager, Shah Irham. If anything happens to you, it will be my responsibility" tutur Mia.

"Team manager, to be specific. And I won't ask you to be responsible for my action. You can manage others, but not me. Mia Xandra" balas Shah lalu beredar.

Kedua-dua belah tangan Mia digenggam membentuk penumbuk.

"Argh!" jerit Mia geram selepas melihat kereta Shah laju meninggalkan kawasan itu.

Lelaki itu tidak habis-habis ingin mencari masalah dengannya.

'Apa yang kau tak puas hati sebenarnya, Tengku Shah Irham?' 

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro