TSI 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mia, awak dengar tak saya cakap ni?" soal Encik Luqman.

Mia tersedar daripada lamunannya.

"Ya... saya akan discuss balik dengan player" balas Mia. Dia tidak dapat memberikan perhatian pada pekerjaannya pada hari ini. Semua gara-gara perbualan telefon antara dia dan ibunya semalam.

"Okay. Esok akan ada monthly medical check-up untuk semua pemain. Lusa saya nak report tu atas meja saya" tutur Encik Luqman.

"Baik"

"Boleh bersurai" tutur Encik Luqman lalu berjalan keluar meninggalkan ruangan itu.

"Awak okay Mia?" soal Encik Hakim.

"Okay. Saya minta diri dulu, Encik Hakim" tutur Mia lalu berjalan keluar dari tempat itu.

Mia melepaskan keluhannya.

"Mia... someone is looking for you" tutur Tiffany di hadapan bilik kuliah.

Mia yang sedang mengemas barang-barangnya memandang ke arah Tiffany.

"Who?" soal Mia pelik.

"Erm... he's outside. I need to go Mia. Bye" tutur Tiffany. Laju Tiffany melangkah keluar dari bilik kuliah itu.

"Siapa pula yang cari aku ni?" omel Mia.

Segera dia mengemas barang-barangnya lalu menolak kerusi ke bawah meja. Entah siapa pula yang mencarinya itu.

"Miss Vilian" langkah Mia terhenti. Dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.

"Er..."

"Hye... I'm Liam. Liam Maxwell" tangan dihulurkan kepada Mia.

Mia hanya memandang sepi huluran lelaki itu.

"Erm" Liam pantas menarik tangannya kembali.

"So, Mr. Maxwell, why are you looking for me?" soal Mia malas. Dia kenal siapa lelaki itu cuma dia sengaja berpura-pura tidak mengenali lelaki itu.

Liam Maxwell merupakan jejaka idaman para mahasiswi di Law School mereka. Tambahan pula lelaki kacak itu merupakan anak kepada salah seorang pensyarah kanan di Law School yang sama juga.

"Notes. I'm looking for you because I want to borrow your criminology code note" tutur Liam yang sebenarnya mencari alasan.

"Unfortunately, the notes are not with me. Try again next time. I have to go. Bye" balas Mia tidak mahu berlama di situ. Dia mempunyai tentatif lain untuk dikejar.

"Hey..." pantas Liam menarik lengan Mia.

"Excuse me" marah Mia lalu menarik lengannya.

"Sorry. My bad but..."

"I'm busy, Mr. Maxwell. You are wasting my time" marah Mia.

"Okay then just give me your number because I really need your notes" tutur Liam berani. Mia menjeling lelaki itu tajam.

'Tak tahu malu'

"Mia, let's go!" dari jauh kedengaran nama Mia dipanggil oleh seorang gadis.

"Coming" balas Mia lalu berjalan meninggalkan Liam di situ.

Berkelip-kelip mata Liam melihat Mia yang sudah berjalan meninggalkannya di situ.

"Wait, am I being rejected? Without asking her out?" tutur Liam kepada diri sendiri. Bagaikan tidak percaya ada gadis yang menolaknya begitu sahaja.

"Mia?" panggil Putra.

Tiada respons.

"Mia?" panggilnya sekali lagi. Masih sama tiada respons.

Putra berpaling memandang Mika, menghantar isyarat mata kepada lelaki itu. Mika terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah Mia.

"Adik" panggil Mika sambil menyentuh bahu Mia.

Mia tersedar.

"Sorry... nah" tutur Mia laju tangannya memberikan sehelai kertas kepada Putra.

"Are you okay?" soal Mika risau.

"Yea... I'm okay" balas Mia lalu kembali memanggil nama seterusnya yang berada dalam senarai.

Mika kembali duduk di tempatnya. Dalam diam ada sepasang mata lain yang memerhati. Tidak lain dan tidak bukan orang itu ialah Tengku Shah Irham.

"Jangan tenung anak dara orang lama sangat" tegur Rafael yang menyedari akan hal tersebut.

Shah menoleh memandang Rafael. Mukanya ketat.

"Aku tak tenung dia" tutur Shah membela dirinya sendiri.

"Habis tu?" soal Rafael.

Shah diam.

"Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau, Shah" tutur Rafael. Kata-kata lelaki itu bagaikan memberi peringatan kepada Shah.

"Aku naik dulu. Apa-apa roger" tutur Shah lalu bangun meninggalkan ruangan itu.

Rafael hanya menggelengkan kepalanya.



MIA berjalan keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambut panjangnya menggunakan tuala. Kaki laju berjalan ke arah telefon pintar yang menjerit minta diangkat dengan segera.

"Hello, Belle" tutur Mia. Isabelle, kawan rapatnya semasa menuntut di Harvard.

"Mia, I miss you so much, babe" tutur Isabelle teruja.

"Yea... not me too" balas Mia sengaja.

"No way. You must miss me back" ujar Isabelle.

"By the way... why you call me?" soal Mia sedikit pelik. Bukankah gadis itu sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang peguam di salah satu firma guaman yang terkenal di US.

"Erm... actually... Liam" rasa bersalah Isabelle mahu meneruskan ayatnya.

Degupan jantung Mia bagaikan mahu berhenti saat Isabelle menyebut nama Liam. Apa lagi yang dimahukan oleh lelaki itu?

"Why?" soal Mia ingin tahu.

"I just learned yesterday that we are working at the same firm but in different departments. and I met him yesterday. He's been looking for you, Mia" jelas Isabelle.

"And you are not telling him that I'm here, right, Belle?" soal Mia yang sudah meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada gadis itu.

"Of course not, Mia. But he looked desperate" tutur Belle.

"I don't care. I don't want to meet or hear his name again. It's already over" balas Mia.

"I'm sorry, Mia. I'm supposed to warn you before" tutur Isabelle dengan nada rasa bersalah.

"It's not your fault, Belle. Belle, I need to go. I have work to do" balas Mia tidak mahu memanjangkan lagi topik tersebut.

"Okay, Mia. Bye"

"Bye"

Mia mematikan panggilan lalu meletakkan telefonnya di tepi.

Dia lemah dan dia tidak mampu. Hatinya terlalu sakit dan terluka untuk mengingat semula apa yang terjadi. Kalau diizinkan Tuhan, dia mahu memadam semua memori tersebut walaupun sebenarnya dia rindu. Rindu pada kenangan lalu.



"MIKA, kau tak pergi dengan Mia?" soal Rafael apabila melihat Mika membuka pintu kereta Roy.

Mereka perlu ke hospital untuk melakukan medical check-up memandangkan perlawanan kumpulan A akan bermula pada minggu hadapan.

"Tak. Dia suruh pergi dulu" tutur Mika. Rafael hanya mengangguk. Mata jatuh memandang Shah yang sudah berada di dalam kereta mewahnya.

Rafael hanya berjalan menuju ke arah kereta Zarul. Malas mahu memandu sendiri.

Deretan kereta mewah dipandu keluar dari bahagian basement parking bangunan residence RH. Namun, Shah masih duduk di dalam keretanya.

Mata menangkap figura Mia yang berjalan melintasi keretanya. Wajah gadis itu kelihatan kosong tanpa perasaan dan sedikit pucat walaupun sudah disolek nipis.

Mia masuk ke dalam kereta. Kunci kereta diletakkan di tempat letak air. Jari menekan button start namun enjin tidak dapat dihidupkan.

"Dah kenapa kau ni buat hal" marah Mia apabila skrin meternya tidak bernyala. Sekali lagi dia cuba menghidupkan enjinnya namun gagal. Bunyi yang kedengaran hanya bunyi semput enjin yang tidak dapat dihidupkan.

"Beli mahal-mahal nak buat hal pula. Ish!" omel Mia geram.

Tok! Tok! Tok!

Mia menoleh apabila kedengaran bunyi tingkap keretanya diketuk dari luar.

'Shah'

Bagaimana pula lelaki itu masih berada di sini?

Mia membuka pintu keretanya.

"Tak boleh start?" soal Shah.

Mia mengangguk.

"Turun. Aku tengok" arah Shah. Mia akur.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkan enjin namun gagal. Shah keluar dari kereta lalu membuka engine hood.

"Nanti aku call orang untuk tengok" tutur Shah lalu menutup engine hood itu kembali.

Mia memejamkan matanya.

'Ish, macam mana pula aku nak pergi hospital ni'

"Naik aku"

Mia tersentak.

"Hah?" balasnya tidak mengerti.

"Kau nak pergi hospital kan? Naik je la dengan aku" tutur Shah. Boleh pula minah di hadapannya ini blur.

"Take it or leave it, Miss Vilian" tutur Shah memberikan tawaran terakhir kepada gadis itu.

"Okay, wait" balas Mia tergesa-gesa mengambil beg tangannya yang berada di dalam kereta lalu mengejar langkah Shah ke arah McLaren 720s milik Shah.

Melihat deretan sport car yang bermula dengan nombor pendaftaran TS itu, sudah pasti pemiliknya ialah Tengku Shah Irham.

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro