Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                Aku Ariq. Takda orang dalam dunia ni yang panggil aku 'Ariq'. Semua panggil aku 'Fran', kecuali kakak ipar aku. Aku tak kisah dia nak panggil aku apa, sebab dia ialah manusia paling bermakna bagi kedua abang aku, Aryan dan juga arwah Arlan. Tapi dia tu takdalah bermakna sangat bagi aku. Lainlah kalau dia tu bini aku.

Masa berlalu dengan pantas. Sudah setahun berlalu sejak chapter terakhir Jejaka Blue & Gadis Hazel dipublishkan.

              Sekarang aku dah berumur 26 tahun. Tua. Aku benci jadi tua. Nanti hilang lah kekacakan aku. Tak pernah wujud lagi lelaki tua yang hensem. Semua hodoh. Tapi nak buat macam mana, takkan nak masuk dalam perut mak balik. Perit.

              Sesiapa yang belum kenal aku ni orang yang macam mana, korang kena baca cerita Jejaka Blue & Gadis Hazel terlebih dahulu. Kerana ini adalah siri yang kedua. Cuma watak utama sahaja sudah bertukar.

             Kalau korang taknak baca cerita yang pertama, maka korang ialah babi. Sial punya babi. Cau.

Ariq mencampak cermin yang dipegang ke luar tingkap. Orang bodoh je yang bercakap depan cermin.

             Ariq memakai tali leher bewarna merah. Cukup padan dikenakan dengan kemeja kerjanya yang bewarna hitam dan juga kot kerjanya yang bewrna hitam. Yeahh.. I love this color.

             Kunci kereta dicapai.

             Kaki melangkah menuju ke Lamborghini Aventador. Pintu kereta dibuka dengan kasar.

           Fellen dan Ferris berlari ke arah Ariq yang baru sahaja tiba di bilik pejabat milik Aryan.

             Fellen dan Ferris didukung oleh Ariq.

            "Bro.. Apahal sampai bawak anak datang office ni ? Avrin mana ?", tanya Ariq sambil tersenyum kepada Fellen dan Ferris.

            "Avrin ada meeting harini. So kau tolong jaga anak-anak aku sebab kejap lagi aku ada meeting. Thank you", kata Aryan yang sudah mencapai komputer ribanya.

           Ariq mengerutkan dahinya. 

           "Aku pun ada meeting kejap lagi, setan", kata Ariq yang sudah menurunkan kedua-dua gadis kecil itu.

           "Aku boss kau, aku benarkan kau tak datang meeting harini. Terima kasih", kata Aryan lagi dengan senyuman lebar. Pen bermain-main di jari.

           "Cetan....", kata Ferris tiba-tiba.

           Aryan membulatkan matanya.

           Ariq pula tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Dia kemudian menunduk ke arah Ferris.

           "Iye, betul tu. Sebut, DADDY SETAN", Ariq cuba untuk mengajar gadis itu supaya mengajuk katanya.

           "Dada.. cetan", ajuk Ferris dengan pelatnya.

           "Yeahhh !!! Macam tu lah anak sedara uncle !! You're the best, Ferris ! You're the best !", Ariq menepuk tangannya kuat.

            Ferris dan Fellen hanya melepaskan tawa mereka. Apa yang lawak pun tak tahulah.

           "Kau jangan nak ajar anak aku cakap benda yang bukan-bukan, Fran. Mengamuk Avrin nanti", kata Aryan cukup tegas.

           "Kisah apa aku", kata Ariq selamba. Mata masih tertumpu pada Ferris.

           "Sebut.. DADDY BODOH OTAK SEMPIT", kata Ariq lagi.

           "Dada odoh tak empit..", pelat Ferris.

          "Frandy !!!!", jerit Aryan.

          "Yes, boss ?", jawab Ariq dengan mata yang sudah menoleh ke arah abangnya.

          "Keluar sekarang. Bawak anak-anak aku jalan. Lepas habis aku meeting balik, kau balik sini semula", arah Aryan dingin.

          "Alright".

          Ariq mendukung kedua-dua anak buahnya dan terus menuju ke pintu keluar.

           "Today is our day, guys. You guys akan belajar banyak perkataan sial daripada uncle huhu", kata Ariq yang melangkah keluar.

Aryan yang mendengar kata-kata Ariq itu terus berlari ke pintu. Pintu dibuka. Tetapi Ariq sudah tiada di situ. Fuck.

          Ariq meletakkan kedua-dua gadis kecil itu di tempat duduk sebelah. Alah muat sangat dua-dua duduk kat atas satu seat.

           "Kita nak pergi mana dulu ye ? Kelas menembak ? Ke nak pergi jumpa dengan anak-anak buah uncle ? Muahahahahaha", Ariq suka sendiri. Stereng kereta dipulas.

           Mereka tiba di New York City Mall. Saja mahu bawa anak-anak sedara pergi shopping.

           Sudah banyak yang dibeli oleh mereka. Kini mahu pulang ke pejabat semula.

            "Kita kena balik.. Nanti daddy cari awak berdua", pujuk Ariq. Fellen dan Ferris memegang tangan masing-masing dan mereka memegang tiang di salah sebuah kedai yang terletak di hadapan pintu utama.

           Ariq hanya mengerutkan dahinya. Time ni lah budak dua ni nak buat hal. Aduhh, Takda masa lah nak melayan. Ada aku ikat pastu campak dalam kereta ni karang. Takpun tinggal je.

           "Balik", kata Ariq sepatah.

          Fellen dan Ferris menggeleng kepala mereka dengan laju.

           "Uncle kata balik", kata Ariq lagi. Tetapi penuh dengan ketegasan.

           "No !!", jerit Ferris.

           "Nak tinggal ke ?!", suara Ariq sudah naik satu oktaf.

           Fellen dan Ferris sudah mula menangis.

Ariq meraup wajahnya. Fuck betullah.

           "Bukan macam tu cara nak ajak anak balik", tegur satu suara lembut.

           Ariq pantas menoleh ke arah pemilik suara. Fuhhh bapak cun.

         Erika menunduk ke arah Fellen dan Ferris. Susu kotak dihulur ke arah dua-dua gadis itu. Gadis itu terus diam serta-merta.

Ariq hanya memerhati. Sejak bila dia ada susu kotak tu ? Ke baru lepas perah ? Hahahahaha.

          "Kenapa awak senyum-senyum macam tu ?", tanya Erika lembut. Rambut lurusnya yang bewarna coklat pekat itu menyerlahkan keputihan pada kulit wajahnya yang bersinar-sinar.

           Ariq tidak menpedulikan kata-kata gadis itu. Dia terus mencapai tangan Fellen dan Ferris untuk pergi dari situ.

          Ferris berkeras untuk tinggal di situ tetapi Fellen hanya mengikut Ariq.

          Ariq menoleh ke arah Ferris yang tertinggal di belakang. Erika pula hanya memerhati.

          "Nak tinggal ke ?", tanya Ariq dengan mata yang direnung ke arah Ferris. Gadis itu hanya meminum susu kotaknya tanpa membalas soalan Ariq.

          "Okay. Tinggal kau kat situ", kata Ariq yang terus berjalan meninggalkan Ferris di situ. Kaki menuju ke kaunter Valet. Kunci kereta dihulur.

          "Haaa ?! Dia tinggal je budak ni kat sini ?!", kata Erika sedikit kuat. Mata terus memerhati Ferris yang memegang tangannya. Mudah betul kanak-kanak mempercayai orang asing.

          Ariq masuk ke dalam kereta. Fellen diletakkan di tempat duduk penumpang di sebelah.

          Satu minit... Dua minit... Tiga minit...

Ariq menoleh ke arah Fellen yang sedang merenungnya.

          "Mana adik kau ni ?", tanya Ariq kepada Fellen yang tidak tahu apa-apa itu.

Ariq menghembus nafas beratnya sebelum membuka pintu keretanya semula.

"Tunggu sini !! Kejap lagi uncle datang balik", tegas suara Ariq berkata kepada Fellen.

Fellen hanya terdiam dengan kotak susu yang sudah habis diminumnya.

Ariq melangkah ke tempat terakhir Ferris berada. Mata melilau mencari anak saudaranya itu.

Tiada.

Bullshit.

Ariq mencari-cari lagi kelibat anak saudaranya itu. Masih tiada. Tiada tanda-tanda pun yang anak saudaranya masih di situ.

Ariq terus melangkah ke keretanya semula. IPhone X miliknya dicapai.

Nak call ke taknak ? Nak call ke taknak ?

Ariq mencampak semula telefonnya. Takut pula mahu memberitahu abangnya akan kehilang anak kesayangannya itu. Aduhhh ! Menyusahkan betullah !

     Lamborghini Aventador bergerak dengan laju. Takkan nak balik pejabat dengan sorang budak yang dah hilang. Aduhh.

Ariq memandu keretanya pulang ke rumah kedua orang tuanya. Dia perlu kumpulkan budak-budak jika mahu mencari anak saudaranya itu.

Mata memerhati sebuah kereta Mercedes Benz siri lama yang terparkir elok di depan rumah ibu bapanya.

Ariq mengerutkan dahinya. Sejak bila mummy ada taste dekat kereta buruk macam ni ? Oh hell.

Ariq mendukung Fellen dan terus masuk ke dalam rumah.

"Ariq Frandy Louise !!!", jerit Mrs Keren dari ruang tamu.

Ariq mengerutkan dahinya. Apahal pulak ni ? Rasanya sofa yang berlubang terkena peluru tu dah ditukar kelmarin. Benda apa pulak yang aku lupa nak tukar ni ?

Kaki terus melangkah ke ruang tamu.

"Ferris !!", Ariq separa jerit. Terkejut melihat anak saudaranya yang hilang itu kini berada di depan mata.

Erika yang sedang duduk di sofa hanya memerhati sambil tersenyum.

"Apa yang kamu fikir haa ?!!!", Mrs Keren terus menarik telinga Ariq dengan kuat.

"Aduii !! Sakit ! Sakit ! Apa yang saya dah buat ?!", tanya Ariq kuat.

"Kalau bukan sebab Erika yang bawak Ferris balik sini, Ferris tu dah hilang tau tak ?!! Kamu ni memang tak boleh diharap !!", marah Mrs Keren dengan pelatnya.

"Elok lah tu. Sekurang-kurangnya dia dah balik", jawab Ariq selamba.

"Elok lah tu kamu cakap ?!! Elok sangatlah pakcik dia sendiri tinggal dia dekat mall tu sorang-sorang ?!! Kalau jadi apa-apa, macam mana ?! Siapa nak jawab ?! Kalau Ar tahu ni, macam mana ?!", bertubi-tubi dari Mrs Keren.

"Janganlah bagitahu Ar pasal ni", kata Ariq tiba-tiba lembut.

"Habistu ?!! Mesti dia marah kalau dapat tahu yang adik dia buat anak dia hilang !!", marah Mrs Keren.

"Habistu janganlah bagitahu. Barulah dia tak marah", kata Ariq lagi.

"Sekarang bagitahu mummy, kenapa kamu bodoh sangat sampai tinggal Ferris sorang-sorang ?!", tanya Mrs Keren dalam marahnya.

"Fran tak tinggal dia sorang lah. Kan ada perempuan tu", kata Ariq dengan tangan yang selamba ditunjuk ke arah Erika yang sedari tadi hanya tersenyum.

"Perempuan kamu cakap ?!! Bahasa tu elok sikit !!", marah Mrs Keren. Tangannya laju sahaja mencubit peha kiri Ariq.

"Aduhh !! Sakitlah.. Mummy ni period ke apa ?!", marah Ariq semula.

Erika sudah melepaskan tawanya. Sungguh terhibur melihat gelagat lelaki kacak yang digelar Fran itu.

            "Habistu nak panggil apa ? Betullah dia tu perempuan, kan ? Takkan nak panggil bidadari pulak ?", perli Ariq dengan mata sinisnya ditoleh ke arah Erika.

            Erika hanya tersenyum lembut. Fuh cun habis lah dia ni.

            "Ehem.. Saya balik dulu lah ye, aunty.. Assalamualaikum", kata Erika yang sudah mendekati Mrs Keren. Tangan orang tua itu disalam lembut. Mrs Keren hanya tersenyum.

             Ariq pula hanya memerhati. Langsung tidak berminat untuk berkomunikasi dengan gadis itu. Tak hadap lah weh. Aku hidup 26 tahun single, tak mati pun !

            Erika kemudian menghulur tangannya ke arah Ariq untuk menyalam tangan lelaki itu.

             Ariq hanya memandang tangan gadis itu dengan pandangan yang sinis. Senyuman sinis pula ditayang. Tetapi masih kekal kacak.  

            "Aku tak sentuh perempuan", kata Ariq sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu.

            Erika hanya terdiam. Sumpah dia malu. Kepalanya yang tidak gatal digaru sedikit.

            "Sorry ye.. Frandy tu memang macam tu. Dia tak bergaul dengan perempuan", Mrs Keren berkata dengan lembut.

            "Eh takpa, aunty. Dia tak kenal saya lagipun", kata Erika pula.

            "Saya balik dulu lah ye", kata Erika dengan kaki yang sudah melangkah ke pintu utama rumah yang gah itu.

            Satu jam kemudian...

           Ariq menghidupkan enjin keretanya. Fellen dan Ferris diletakkan di tempat duduk sebelah. Dia perlu ke pejabat keluarga semula setelah mendapat panggilan dari abangnya.

             Lamborghini Aventador bergerak dengan laju.

            Selepas lima minit memandu, tiba-tiba matanya tertumpu pada Mercedes Benz yang tersadai di tepi jalan. Macam kenal je..

            "Aduh !! Time macam ni lah tayar kereta cabuk ni nak buat hal ! Menyesal aku sewa kau, tahu tak ?!", marah Erika.

          Erika membelek jam tangannya. Sudah lambat untuk pergi ke hospital. Itulah dia, gadis yang sentiasa sibuk dengan tugasnya. Dialah yang dikenali sebagai Doktor Erika.

Gadis yang berumur 26 tahun itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di University Of New York pada hujung tahun lepas.

            "Bodoh !!", Erika menendang tayar keretanya beberapa kali.

            "Kalau tendang tayar tu, bajet dia boleh ada angin balik", tegur satu suara garau.

            Erika pantas menoleh ke arah si pemilik suara.

           "Eh ! Encik...",

           "Frandy", potong Ariq.

           Erika hanya tersenyum.

           "Mana tayar spare ? Biar aku tukar", kata Ariq cukup dingin.

           "Ada kat dalam but", jawab Erika perlahan. Sumpah dia seram dengan kedinginan lelaki itu. Harap muka saja hensem, tetapi sombong nak mati.

           Ariq tidak banyak kata malah terus melakukan kerjanya. Ariq menanggalkan kot kerjanya dan dihulur kepada Erika.

          "Pegang. Kotor pulak karang", arah Ariq. Erika hanya menyambut.

         Ariq kemudian melipat lengan bajunya sedikit.

         Erika memegang kot kerja milik Ariq. Bau wangi lelaki itu sungguh kuat. Menusuk-nusuk ke hidung. Cair pulak rasa aduhh !

          "Apahal aku pulak nak kena buat kerja bodoh ni ? Bodoh lah", bisik Ariq perlahan supaya dia sahaja yang mendengarnya.

Erika hanya berdiri di hujung kereta. Tidak berani mahu mendekati lelaki dingin itu.

           "Dah siap", kata Ariq sambil bangun dari cangkungnya. Dia menepuk-nepuk seluar kerjanya yang terkena jalan tar.

           "Er... Thanks", ucap Erika lembut.

           "Sekarang aku nak tanya kau, macam mana kau tahu kat mana rumah mak bapak aku ?", tanya Ariq dingin. Dia merapatkan dirinya ke arah Erika.

Erika sudah membulatkan matanya. Jarak mereka hanyalah beberapa inci. Jantungnya berdegup dengan sangat pantas. Tadi kata tak sentuh perempuan, ni apahal dekat sangat ni ?!!

            "Err... Dekat... Dekat dalam kocek baju budak yang awak tinggal tu..", jawab Erika tersekat-sekat.

            "Menda apa yang ada kat dalam kocek dia ?", tanya Ariq dingin. Mata birunya merenung ke dalam mata coklat pekat milik Erika.

           "Ada kad tulis nombor telefon, alamat, nama bapa, nama ibu... Saya tengok dari situlah...", jawab Erika lambat-lambat.

            Ariq menjauhkan sedikit jaraknya dengan Erika. Kemudian dia tersenyum lebar sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu terpinga-pinga.

           "Tak sangka sampai sekarang kau nerd lagi, Ar. Babi apa letak kad keselamatan dekat dalam kocek anak. Baik kau letak biodata kau terus kat situ. Tulis sekali hobi, cita-cita, makanan kegemaran, minuman kegemaran.. Hahahaha", Ariq bercakap seorang diri sambil kakinya melangkah ke keretanya.

           Keretanya berlalu dengan laju.

           Erika hanya memerhati kereta mewah itu pergi. Tiba-tiba dia teringat. Eh ?! Kot dia !!

           Erika ingin mengangkat tangannya tetapi lelaki itu sudah berlalu jauh. Haih.

       Kot kerja lelaki itu ditenung sebelum dicium sedikit. Hmmm wanginya..  Haha gila apa nak cium kot kerja orang. Erika terus masuk ke dalam keretanya.

Hi. Seperti yang saya janjikan, saya akan mulakan cerita pasal Ariq pula.

Kepada sesiapa yang tidak tahu 'Assassin' tu apa. Ianya lebih kurang dengan maksud 'killer' lah. Pembunuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro